PhD: Kalau stuck jangan segan jumpa penyelia ye?

Selamat bekerja semula setelah bercuti panjang dengan cuti hujung minggu, Maulidur Rasul dan Thaipusam. Buat semua yang beragama Islam, sama-samalah kita terus berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan melazimi sunnah baginda. Marilah kita tanamkan rasa cinta dan kasih kepada baginda yang tak pernah kita tatap, tetapi bagindalah yang membawa sinar kepada seluruh alam, meninggalkan kita dengan dua perkara yang sangat penting dan perlu kita pegang sungguh-sungguh iaitu AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH. Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Okeh, berbalik kepada tajuk. Hari ni ada klinik PhD dengan penyelia. Setiap seorang pelajar di bawah penyeliaan Prof saya ditetapkan masa dan hari untuk sesi perbincangan, setiap seorang diperuntukkan masa selama 1 jam. Masa tu gunalah nak sembang pasal apa pun. Masalahnya, saya rasa macam tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya rasa semua benda masih di tahap permukaan, baca sana sikit, baca bab ni sikit, tengok yang tu sikit, cuit yang ni sikit, tapi tak jadi apa-apa pun. Masih berlegar-legar dalam kepala je. Ada bentang paper, tapi rasa macam lebih kurang proposal je. Betullah kata Rowena Murray, buat PhD ni jangan terus dengan cadangan, baca, dan plan sahaja. Wajib tulis. Tulislah walaupun sekadar draf ringkas. Sebab apa yang kita fikir dan rangka dalam fikiran tu tak akan ke mana kalau sekadar berlegar-legar di situ saja.

Makanya tadi, saya berjumpa penyelia dengan kecut perut, sejuk jari-jemari. Padahal boleh dikatakan hari-hari jumpa, tapi bila nak bincang betul-betul pasal tesis...dah jadi gelabah. Saya jumpa Prof tadi dengan membangkitkan perkara yang sangat basic bagi kajian linguistik, iaitu teori. Saya tanya balik apa yang saya kurang faham tentang teori pilihan saya. Saya bawaklah 2-3 bahan bacaan yang berkaitan, menunjukkan saya bukan datang dengan tangan kosong dan kepala yang kosong. Kena ambil hati Prof jugakan? Kemudian, Prof terus terangkan dengan panjang lebar, dengan contoh, dan kalau saya tak faham Prof akan ulang semula. Kemudian, habis bab tu saya dah risau, nak cakap pasal apa pulak ni. Alhamdulillah perbincangan jadi makin rancak bila dengan sendirinya Prof mula masuk cara nak analisis, berapa banyak data yang perlu, macam mana nak susun bab, yang mana perlu didahulukan, dan macam mana nak buat kesimpulan. Sekali tengok macam simple je rangka tesis tu. Barulah rasa terang sikit, nampak sikit laluannya. Kalau tak, dok stuck kat situ je la. Tapi rangka je yang nampak senang tu, tapi analisisnya sangat mencabar. Apapun, kalau saya tak jumpa penyelia hari ni, mesti saya masih lagi terkedanag dan tak termotivasi.

Pendek kata, kepada kawan-kawan seperjuangan di luar sana, kalau kita stuck dengan penyelidikan mahupun penulisan, jumpalah penyelia. Tak kisahla stuck tu atas sebab apa sekalipun. Mungkin stuck sebab tak faham macam saya, stuck sebab ada masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan, atau pun masalah BIASA iaitu dikekang dek kemalasan. Apa yang penting, berjumpa dengan penyelia mungkin menunjukkan kita jalan keluar daripada masalah kita tu. Dan lagi penting, lagi 2 minggu kena jumpa Prof lagi....hehehehe.

0 comments: