Nak tengok drama Korea tak? Cepat siapkan paper!


Kejap tadi encik posmen tekan loceng hantar dvd...dvd workout Six Pax Six Weeks with Jillian dan 2 judul drama Korea...apa lagi kalau bukan genre thriller dan aksi Bridal Mask dan Ghost. Meleleh lioq tengok dvd bersusun, Bridal Mask sampai 6 keping dvd tau. Maknanya ada extension episod dan tu bermakna cerita tu best la sebab drama korea kalau tak dapat sambutan, episodnya tak panjang. Oh ye, ada yang teringin gak ke nak tengok cerita korea? Sila ke sana.

TAPI!!!...Ada satu lagi paper conference yang pending ni..suku jalan je baru siap, lit review dah draf tapi belum tulis, analisis memang belum la. Lama dah mula buat paper ni tapi lambat betul nak siap. Sampaikan dah lepas due dah pon. Rasa berat je hati ni nak siapkan (alasan..ngaku je malas kan senang).

Ada 2 sebab kenapa saya lambat-lambat gan paper ni. 1) Tarikhnya berturut dengan satu conference lagi satu yang buat kat Penang. Jadi, saya kena mintak kat penganjur supaya saya boleh bentang awal dan lepas tu sebelah malamnya travel ke Penang. Saya bayangkan, alahai letihnya. Kemudian...penganjur conference yang dimaksudkan ni macam tak bersungguh je. Hantar abstrak tapi takde feedback sampaila dah lepas tarikh akhir hantar paper. Kalau lanjutkan masa, bagi tahu la kan. Kalau conference lain tu dah bersepah-sepah emel warning suh hantar paper walaupun berbulan lagi dari tarikh seminar. Yelah, orang nak buat prosiding, nak booking tempat, caterer bagaikan. Saya tau macam mana sibuk dan remehnya nak organize seminar sebab saya ada pengalaman, walaupun AJK kecil je. Yang paling tak tahannnn...bila saya call, katanya ada sorang je staf yang uruskan seminar tu. SEORANG! Saya naik takjub pulak. Saya tanya takkan  takde orang lain yang incharge, AJK lain? Katanya takde dan orang lain semua tak tau menahu. "Wah, hebat!" Itu yang terkeluar daripada mulut saya. Taktau la kagum ke, tak percaya ke. Dan lagi tak percaya, seminar tu akan diadakan pada hujung November. Sekarang dah nak hujung Oktober dah. Logik tak?

Entah la...kata hati kecil saya (dah tulis kat blog dah tak kata hati dah la...kata jari-jemari mulus dan runcing saya ), seminar tu tak dapat dilangsungkan, atau..kalau dilangsungkan pun mesti jadi tahap kolokium aje. Apepun tengok la kalau paper ni dapat saya siapkan hujung minggu ni, saya hantar. Kalau tak....saya siapkan kemudian je la lepas tengok drama korea. hehehehe. Dah craving dah ni...lama dah cuti menonton.hehehe.

2 comments:

Sally said...

Salam..sibuk2 buat paperwork pun smpt lagi berdrama korea tu..anyway godluck ya..buat paper work tu ..ehheh:p

Nong Andy said...

saya elakan tgk korea drama. susah.. dah start nanti tak boleh nak berhenti.. laki n anak pun terabai ekekekeke!

er.. sebenarnya kamu kerja apa ye??