Diet: Setelah 2 Bulan Beratkins

Masa awal-awal dulu memang saya kata Alpha Lipid Slim Diet II menjadi pembantu saya dalam diet. Saya tahu sebenarnya rules pemakanan bagi ALSD2 tu sama je dengan Diet Atkins. Cuma disebabkan kurang ilmu maka saya mencuba juga ALSD2 dan memang tak berniat nak sambung selepas habis tin yang ke-2, sebab harganya memang saya tak mampu nak maintain. Setelah 2 minggu juga saya dah join KDA di fb, dan dah faham tentang diet yang saya amalkan. Maka saya terus confirm akan teruskan DA tanpa produk. Alhamdulillah penurunan tetap berlaku dengan cemerlang. Walau apapun, saya berterima kasih kepada ALSD2 kerana mencetuskan semangat pada saya untuk menurunkan berat badan dan KDA pula tambah cekalkan hati dan semangat saya sehingga diet saya berlajutan genap 2 bulan hari ni.

Bagi saya, penurunan saya ni dah cukup baik walaupun mungkin lambat nak dibandingkan dengan orang lain. Kenapa saya kata cemerlang? Sebab dalam tempoh 3 tahun selepas melahirkan ni, saya nak turunkan 1 kg setahun pun payah. Naik lagi ade la. Ok, saya dah tak ingat kronologi penurunan berat saya dalam bulan yang kedua ni. Saya timbang hari-hari tapi gambar yang disnap masa timbang tu saya tak terus transfer dalam laptop dan letak tarikh. Saya cuma ambik gambar kalau ada penurunan je. Apa yang saya ingat, sepanjang bulan Oktober ni rasanya ada 3kali kenaikan. Sekali tu saya rasa macam jemuuuuu sangat dengan menu saya dan saya mula makan merapu sikit, dan hasilnya berat naik. Kemudian turun semula macma biasa. Lepas tu entah kenapa saya tak ingat, ada terlebih carb lagi dan naik lagi. Kemudian turun balik. Dan last sekali saya cuti diet 2 hari masa Aidul Adha baru ni. Kali ni makan nasi tau. hehehe. Kemudian diet balik macam biasa sampaila hari ni.










3 November 2012

Jumlah penurunan sehingga hari ini adalah 7.3kg. Ada lagi 3 kg untuk dinyahkan.

2 comments:

Oyis said...

wow.. nnt kena berguru la nmpknya... mudah ke nak mkn protein byk and kurg carb ni? so utk anak2 and suami mcm mana? masak asing utk diorg ke, dgn diorg2 skali x mkn nasi? saya x tahan la, kalo saya masak nasi + lauk utk family mesti nak makan skali. ambil bau x jd. x tahan godaan...

Min Aina Ila Aina said...

Hehehe..mula-mula memang rasa tak mampu, mana taknye saya ni pemakan nasi tegar esp nasi goreng. Tapi..azam kena kuat, kuat,kuat. 2-3 hari je rasa tak keruan pastu ok, tak pandang dah nasi. Sungguh.

Untuk mak-mak macam kita ni, cabaran lebih sikit la. Untuk family masak macam biasa. Kalau outing dgn family pulak, diorang kena la memahami kita yg diet ni. Kena la makan kat tempat yang ada jual makanan halal atkins.

Ok, kalau nak start nanti join la Kelab Diet Atkins Malaysia kat fb tau.