Take Charge PhD Seminar

Semalam, 16 November 2012, pusat pengajian saya anjurkan satu seminar motivasi untuk calon-calon Phd. Seminar ni tak wajib, kebetulan saya lapang pada tarikh tu maka saya pun turut serta. Lagipun seminar ni percuma je, dan separuh hari saja. Motivator yang dijemput ialah Saudara Rizal daripada Take Charge Sdn. Bhd.

Program bermula jam 8.15pagi, tapi pukul 8.00 pagi saya masih kat rumah pengasuh hantar Sofiy. Tengok-tengok tayar motor pulak takde angin, bergegas ke stesen minyak pulak. Risau juga kalau buat hal kat tengah jalan. Bab-bab tayar ni, risau pancit, bocor je. Putus urat kentut nak menolak motor.huhuhu. Mohon dilindungkan.

Saya sampai ke dewan seminar 8.30pagi, daftar dan keloi kawan-kawan. Ambik tempat. Secara keseluruhannya seminar ni ok la...bukan tak bagus tapi saya mendambakan lebih daripada tu. Segala rangsangan, dorongan, pencerahan yang diberi tu sebenarnya memang saya dah tau, dah sedar lama dah...apa yang saya perlukan adalah pengalaman mereka yang pernah melalui apa yang saya lalui hari ini. Pengalaman susah, senang, cabaran, dan segala tips dan nasihat untuk melalui perjalanan ni dengan lebih yakin dan bersemangat. Baik dari segi disiplin, pengurusan masa, adab, akhlak dan kerohanian serta pergantungan kita kepada Yang Maha Kuasa. Walau apapun, seminar semalam tetap memberikan kesan yang positif pada saya dan kawan-kawan. Dengan menghadiri seminar ni saya tau bahawa saya tak keseorangan dalam perjalanan ni, saya tau bukan saya seorang mengalami situasi tertekan atau buntu dalam menulis tesis, dan apa yang penting saya rasa kepala saya clear, keserabutan dah kurang, dah nampak jalan yang lebih terang sebab...semalam kami diminta CATAT apa yang selama ni berlegar dalam kepala saja. Ya, itulah kelemahan saya, semuanya nak dikonsepkan dalam kepala tapi tak tulis. Akhirnya jadi serabut. Satu ilmu baru yang perlu dipraktikkan.



2 comments:

AA said...

amboi kak mai..makin slim skrg..lama dh x jmp..tqh lak makin tembun kat sini.nnt share ngn tqh ye apa yg kak mai dpt..

Min Aina Ila Aina said...

Haha..dah namanya diet kan..kalau tak slim tu diet tak menjadi.hehe. Nanti kita jumpa ye.