Ni cerita 2 minggu lepas, sempena Karnival Amal Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra. Sebab sekolah nipun sekangkang kera je jauhnya dari rumah, bawaklah anak teruna berlibur sambil beramal dan bersedekah. Umi peruntukkan RM10 untuk nak main-main atau makan-makan kat karnival tu. Rupanya RM10 tu pun berlebih.
Sampai situ dah pukul 10 pagi macam tu, matahari dah rasa menyengat. Niat tu nak bagi dia tunggang kuda padi, sebab hari pertama karnival ada kuda tu. Tapi rupanya hari kedua dah takde, agaknya pony tu pun dah sakit pinggang kot.hehe. Yang ada kereta kuda je. Sofiy kata taknak kuda yang tu. Ok, bawak la jalan-jalan ke tempat budak-budak main lompat-lompat atas belon tu (punye la jakun mak hang, nama permainan tu pun taktau dan malas nak search). Memula tu kemain lagi semangatnya, awal-awal dah bukak kasut. Pastu bila dah dapat tiket, penjaga tu dukung le dia masuk dalma tu..hahahaha. Boleh dia berdiriiii je bukannya melompat macam budak-budak lain. Nampak benor takutnya. Bila orang suruh lompat, dia jawab pe tau "Janganla lompat kuat-kuat sangat" dengan muka cuaknye. Orang masuk dalam tu memang nak lompat dan jatuh yang oi. Sudahnya dia nak turun..hehe. Mujurlah memang duit tu untuk derma. Kalau tak mau umi mintak balik. Ye la dah dok depan pintu je kan.
Pastu pujuk-pujuk la dia naik kereta kuda. Mujurlah dia mau. Gambar kenangan, ambik dengan kamera handphone cokia je. Tak jelas sangat bawah matahari terik.
0 comments:
Post a Comment