Saya Jadi Ahli Shaklee Setelah 5 Tahun Mengenalinya

Saya kini pengedar sah Shaklee dengan ID 918631 Saya kenal Shaklee melalui Kak Arnie pada tahun 2009. Masa tu saya baru lepas pantang dan menyusukan Sofiy sepenuhnya. Demi melengkapkan penyusuan penuh, saya ambil vitamin Shaklee secara konsisten. Antara vitamin yang saya ambil waktu tu ialah ESP, Alfalfa,...

Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2013

Masih ada masa kira-kira 2 minggu untuk mohon biasiswa ni, cepat layari website tertera untuk maklumat lanjut. Semoga ada peluang kejayaan untuk and...

Assalamualaikum, salam petang Jumaat.

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa ada isteri yang tidak bebas membuat pilihan walau sekadar untuk membeli vitamin untuk dirinya sendiri. Entri kali ni sekadar bersembang dan berkongsi kepelbagaian darjah kebebasan yang dimiliki oleh kaum isteri dan ibu. Tentu saja kita memiliki paling kurang sedikit nikmat kebebasan, contohnya bagi anda yang sedang baca entri ni tentu saja ada kebebasan melayari internet, ye tak.

Saya terfikir untuk tulis entri ni selepas mendengar luahan rasa seorang kenalan rapat, yang juga seorang isteri dan ibu anak empat. Bila kami bersembang panjang..terus saya rasa insaf, dan rasa bersyukur dengan keadaan saya  sekarang. Semenjak dua menjak ni, kerjaya suami saya tidak memungkinkan beliau punya banyak masa untuk handle hal rumahtangga kami, maka banyak yang beralih ke bahu saya. Jadi, kadang-kadang saya rasa sedikit terbeban, tak tercekau dek tangan dan rasa otak pun letih memikirkan A-Z hal rumahtangga, dan semestinya hal study yang belum habis dan sudah masuk zon kritikal. Memang selama ni pun saya bersyukur, sebab walaupun suami sentiasa sibuk, dia masih bersama kami pada waktu malam. Walaupun dia sibuk kami tak berjauhan, anak saya masih lagi dapat peluk cium ayahnya setiap hari, emaknya juga.hehehe. Walaupun suami sibuk, dia masih makan di rumah. Walaupun suami sibuk, dia masih sempat berjemaah di surau. Tapi sekali ni bila saya tau bagaimana berbezanya saya dan kenalan saya itu, maka saya patut lebih bersyukur.

Menjangkau usia 40-an, Kak S ini adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Dulunya dia pernah melanjutkan pelajaran hingga ke UK, tapi bila berkahwin diminta tidak bekerja oleh suaminya. Dulunya dia ke hulu ke hilir dengan motosikal (tak mampu berkereta masa tu) menunjukkan dia seorang yang lasak dan berani, tapi sejak berkahwin tak lagi dibenarkan menunggang. Dah anak tiga barulah terpaksa bawa motor semula sebab keadaan dah memaksa, suami kena kerja jarak jauh masa tu. Mula-mula bawak motor semula, dia kata dia menggigil. 

Tadi kami bercerita tentang keperluan-keperluan isteri. Kadang-kadang kita orang perempuan ni perlukan sesuatu benda yang hanya orang perempuan je faham kepentingannya, sedangkan orang lelaki memandang remeh benda tu. Contohnya supplement, vitamin. Kita isteri-isteri dan ibu-ibu ni dapat rasa kecergasan badan kita merosot, kesihatan dah semakin lemah, jadi kita rasa makanan tambahan tu satu keperluan...dengan harapan kita dapat maintain atau upgrade performance kita dalam rumahtangga. Tetapi bukan semua suami memahami. Bagi yang bekerjaya mungkin tak ada masalah, kesampingkan sikit duit gaji untuk wishlist kita tu. Tapi bagi surirumah yang takde pendapatan tetap, atau duit simpanan tidak mencukupi...macam mana ye. Kes Kak S, dia ada duit tapi dalam bank. Dia nakkan set kurus dari Shaklee, tapi dia tak dapat beli sebab tak boleh buat pembayaran sebab susah nak ke bank, ada baby umur 4 bulan. Dia tak boleh memandu, dan kereta pun memang ada sebuah je suami yang bawa. Kata saya, gunalah online banking. Tak ada, katanya. Nak buat apa-apa, nak beli apa-apa, semuanya kena ada kelulusan suami. Jadi kalau suami dia rasa benda tu tak penting, maka tak dapatlah. Kalau dekat memang saya hantar ke rumah...tapi jauh. Kesian dia. Akhirnya kami dapat satu jalan, kami guna orang tengah yang boleh sampaikan bayaran tu pada saya. Tak kisahla walaupun lambat. Tapiiii...macam mana pulak kalau suami dia tanya bila set supplement tu dah sampai kat rumah? Oh...penat saya fikir. 

Mungkin kita tak terfikir ada orang yang lebih tension, lebih stres daripada kita dalam masalah rumahtangga ni kan. Kadang-kadang kita rasa komunikasi kita dengan suami tak berapa baik, rupanya ada orang yang langsung tak boleh berkomunikasi pun. Sesekali kita rasa sunyi, suami tak faham kita, sedangkan ada orang yang sejak kahwin berasa sunyi walaupun anak dah ramai. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada, mungkin nikmat bekerja, nikmat mempunyai pendapatan sendiri, nikmat memilih dan membuat keputusan sendiri...dan bagi yang senasib dengan Kak S, anda juga harus bersyukur...dengan nikmat mengendalikan rumahtangga sendiri, membesarkan anak dengan tangan sendiri tak perlu hantar pada pengasuh, nikmat tidak membazir (orang perempuan kan suka rambang mata bila ada duit di tangan), nikmat untuk tidak perlu fikir politik tempat kerja dan banyak lagi pro dan kontranya.

Bagi anda yang memerlukan makanan tambahan atau supplement dalam bentuk vitamin tetapi mempunyai kekangan kewangan, kami di Euphoria ada menyediakan trial pack (TP) iaitu set percubaan untuk tempoh sebulan. Saya dulu pun mula-mula ambil set TP saja dulu memandangkan saya perlukan 2-3 jenis vitamin sekaligus tetapi tak mampu nak beli yang full pack. Sekiranya berminat, boleh emel saya di maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067.

Perkara-perkara Mudah Mencambah Rasa Cinta Anak-anak Terhadap Rasulullah

Salam maulidur Rasul buat semua muslimin muslimat...mari kita sama-sama perkuatkan rasa cinta kita kepada baginda SAW. Dalam pada itu, teruskan memperkenalkan Rasul tercinta kepada anak-anak kecil kita dan semoga kecintaan terhadap Rasul pembawa rahmat ke seluruh alam ini akan berpanjangan, dan mudah-mudahan kita mendapat...


Mencoret sedikit di petang hari selepas menghadam segala ilmu tentang penerbitan dalam bengkel penerbitan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Kabilan.

Alkisahnya tengah hari tadi saya lunch di sebuah kafe, kat kafe ni macam-macam golongan datang menjamu selera. Ada orang besau-besau, ada orang pertengahan dan orang kecik-kecik aka student (sayalah tu). Masa saya mula nak makan tu, terpandang sorang budak lelaki kecik umur dalam 3 tahun, dok sorang-sorang kat meja. Comel budaknya. Tak lama mak dia datang. Di depan mereka ni ada 2 pinggan nasi putih, dan satu piring lauk iaitu ikan bakar dengan air asam. Dalam pinggan mak juga ada lauk lagi tapi saya tak nampak apa lauknya. Kemudian saya tengok anak tadah tangan baca doa, kemudian makan dengan sudu garfu...makan nasi putih saja. Masa tu saya terfikir apa ye lauk yang sesuai untuk si anak, sebab saya bayangkan kalau saya bawak anak saya...apa yang saya nak suap. Saya tengok pinggan saya, ada sup petola dengan bebola ikan. Ok la tu saya boleh suap anak saya. Kemudian saya fikir, ok la ikan bakar tu boleh la suap kat si anak, kan tak pedas. Saya nampak si mak cubit ikan tu dan letak tepi..ok la tu kan nak bagi anak dia la kot. Tengok-tengok, laju je cecah air asam dan masuk mulut dia sendiri, sesuap demi sesuap dan suapan yang seterusnya. Si emak tu dok pandang-pandang hala ke kaunter kedai, agaknya tunggu si ayah kot. Oo...ayah rupanya yang bawak lauk si anak. Tak lama ayah pun sampai, bawak nasi dalam pinggan ada tofu telur, dan semangkuk daging masak gulai kawah. Tofu telur tu kot untuk anak, fikir saya. Agak-agaknya betul tak tekaan saya...ye..tekaan saya salah. Si ayah pun dengan enaknya menyuap ke mulut sendiri. Oh ye lupa pulak..ayah tadi datang bawak 3 gelas air. 2 air sirap, 1 air kosong. Rasanya korang pun dah boleh agak sape punye air kosong..ye si anak. Saya rasa sayu tau masa tu..saya bayangkan kalau la anak saya dilayan macam tu. 

Mungkin kita boleh bersangka baik, anak dia takmo makan lauk, anak dia takmo minum air manis...tapi sebagai mak, itu tanggungjawab dia untuk suap anak dia makan. Dan sebolehnya pastikan anak tu kenyang baru la kita makan. Saya tak nampak pun si emak tanya kat anak dia nak lauk ikan tu ke, atau lauk dalam pinggan dia, atau dia cuba nak suap anak tapi anak geleng ke. Tak ada situasi tu. Mungkin dah biasa agaknya, budak tu tak kisah, tak mintak pun nak lauk. Dia suap nasi 2-3 suap lepas tu main. Kata kawan saya "Percayalah, zaman sekarang memang ada mak ayah yang macam tu".

Berakhirkah Siri Merlin Selepas Musim ke-5?

Akhirnya...Arthur tahu juga bahawa Merlin adalah ahli sihir, ada kuasa sakti. Tapi tak best sebab Arthur mati di penghujung kisah. Mati dalam sampan gitu je pulak, takde keraian oleh rakyat jelata sedangakn Arthur mati demi rakyatnya. Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, siap ada petisyen secara...

Sesiapa yang minat siri Merlin, jom tengok TV3 sekarang...2 jam episod akhir musim ke-5. Musim ke-5 adalah musim terakhir siri Merlin. Lepas ni tak ada lagi Merlin.

Update:

Sedikit review saya tentang episod akhir Merlin di sini


Teringat kat dua-dua penyanyi lagu ni masa tengok siaran ulangan AJL27(tengok online kat blog masa free). Bila nampak Aizat keluar nak nyanyi tu, terlintas kat kepala...rasanya kalau Sean Ghazi nyanyi lagi best kot. Sebab dia lagi biasa dengan lagu-lagu ala klasik ni. Apapun, Aizat nyani pun ok, rasa klasiknya dibandingkan nyanyian Yuna sendiri rasa macam moden. Tapi Yuna punye tetap original.


Jelesnya tengok body penari-penari dalam klip ni.

Buku-buku Terbitan 2012: Linguistik, Bahasa dan Penyelidikan

Saya sedang buat kerja part time sekarang ni, menyiapkan laporan tahunan kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Prof saya. Baru lepas ambik gambar buku-buku hasil nukilan ahli kumpulan tersebut, yang juga pensyarah-pensyarah saya. Tujuan ambil gambar buku tu nak upload di website kumpulan, tapi masuk blog saya dulu...


Pagi tadi dapat emel ni..disebabkan saya tidak berkelapangan dan tidak juga sesuai untuk kerja ini, jadi saya war-warkan di sini mana tahu ada rezeki orang lain.



Literacy and Numeracy Teacher Evaluation Project

Project/Job description
The School of Education University of Nottingham Malaysia Campus is undertaking a project on the readiness of Malaysian primary school teachers to teach and manage learners with literacy and numeracy learning difficulties. The project involves video recording teachers engaged in professional practice, i.e. teaching or engaged in remediation work with learners.
The recordings/teacher performance will be reviewed/assessed based on an evaluation framework developed by the School of Education. A general performance report will be created for each teacher and each performance. Assessment work will begin in January 2013. Assessment of video can be done at your own convenience away from campus.
The school invites applicants for the position of assessors.

Applicant Qualification
o   PG students with a first degree in an any area in Social Science with 3 years teaching experience
o   In-service teachers with 3 years teaching experiences
o   Adequate computer skills to view videos, generate reports using MS Word or Excel and communicate via emails
o   Own a computer or a laptop and have internet access
o   Competent in Bahasa Malaysia or the Malay language
o   Understanding of the Malaysian school system is an advantage.

Remuneration/Payment:
Assessors will be paid RM40.00 for work done on each hour of video. The job involves viewing, assessing and writing a brief report on a reporting template provided.

Interested applicants may contact the personnel below with a recent CV and photograph:
Dr. Ganakumaran Subramaniam: Ganakumaran.Subra@nottingham.edu.my
Dr. Ashley Ng: Ashley.Ng@nottingham.edu.my
Dr. Tida Tubpun: Tida.Tubpun@nottingham.edu.my

Ganakumaran Subramaniam (Dr.)
Director of Studies
Associate Professor
School of Education
Faculty of Arts and Social Sciences
University of Nottingham (Malaysia Campus),
Jalan Broga,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.


31 Disember di Port Dickson

Ini cerita 2012 yang tak sempat nak dicoret pada tahun 2012 akibat susah nak upload gambar. 31 Dis 2012, saya beria-ia ajak husband pegi PD. Saja nak jalan-jalan jauh sikit dari rumah sebelum anak masuk sekolah. Nanti Sofiy dah sekolah takde chance nak jalan-jalan lagi, sebab ayahnya cuma cuti hari Isnin, anak pulak...


4 Januari...baru nak dokumentasikan azam tahun 2013 dalam blog ni. Tahun lepas takde azam yang dicoret di sini. Sebelum cerita tentang azam atau to do list sepanjang 2013 ni, nak imbau kembali 2012. Tahun 2012 adalah tahun kritikal, mencabar emosi, pengorbanan, dan dugaan bagi saya secara khususnya dan kami sekeluarga amnya.

Hujung 2011 suami diberhentikan kerja secara beramai-ramai kerana company dia bekerja tu dah tak mampu menampung kerugian. Maka di awal-awal 2012 kehidupan memang genting dan stres memanjang. Harapkan kawan yang janji nak berbisnes sama, kena kencing aje. Masa tu saya ok, masih bertenang sebab saya yakin dengan rezeki Allah. Tapi suami, yelah dia kan ketua keluarga, dengan hutang-hutang sedia ada...memang susah hati. 7 bulan menganggur, kami memang hidup seadanya. Tapi saya bersyukur sebab hubungan kami makin erat. Sebagai isteri, ia juga ujian untuk saya...menguji kesetiaan, menguji kesabaran, menguji sejauh mana saya dapat berkorban. Alhamdulillah pertengahan 2012 suami dapat kerja, walaupun tak akan mampu dapat pendapatan yang sama macam dulu tetapi kami bersyukur. 

2013, saya mengharapkan kehidupan yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi, keharmonian, kesihatan dan segala aspek yang lain. Walaupun tak nampak apa-apa peluang depan mata sontohnya suami dapat offer kerja yang lebih bagus ke, atau saya akan mula bekerja ke..tetapi saya tetap berharap dan berusaha untuk memberikan yang lebih baik kepada keluarga kami.

Jadi di bawah ini adalah senarainya...yang besar-besar saje. Mula-mula rasa macam taknak tulis, tapi kata motivator, wishlist atau azam ni kena tulis dan patutnya kena tampal letak kat tempat yang kita selalu boleh nampak.

1- Tulis tesis dengan konsisten dan siap sebelum 2013 berakhir.
Yang ni memang dah tahap wajib. Saya cuma ada setahun lebih saja lagi.

2- Ajar Sofiy mengaji al-Qur'an secara konsisten
Konsisten- adalah satu perkataan yang tidak menggambarkan diri saya.huhuhu. Mendidik anak itu juga satu jihad dan amanah, maka tidak boleh tidak. Dulu masa belum kawin beria-ia niat nak ajar anak mengaji sendiri. Ni anak dah nak masuk 4 tahun masih dok kat Alif Ba Ta juga.

3- Konsisten baca al-Qur'an, solat dhuha, tahajud dan puasa sunat
Yang ni, selama ni memang buat pun, cuma tu la...tak konsisten. Tak jadikan amalan lazim.

4- Berjimat-cermat kecuali sedekah dan infaq
Ini untuk ekonomi tahun 2013. Kalau tak dapat nak tambah pendapatan pun, at least kurangkan mana yang tak perlu. No more online shopping kalau tak penting. Baju kau dah banyak dah mai.  Beli makanan yang perlu dan berkhasiat saja. Selalu saya ni terlajak beli makanan yang merapu, yang sebenarnya kalau beli makanan segar lagi berbaloi. Kalau bab belanja barang basah pulak, belinya rajin, masaknya malas. Lalu membazir. Jadi, disebabkan 2013 bukanlah tahun untuk memasak sebab saya nak tumpu pada tesis, jadi belilah secara berpada. Kami berdua dewasa sorang kanak-kanak, kalau tak masak pun boleh jimat. Kena pulak suami saya jenis makan sikit, saya sendiri nak teruskan diet.

5- Turun berat badan (lagi 3kg) dan maintain.
Masih ada 3kg untuk dibuang. Diet saya on off sejak banyak berjalan dan program tahun lepas. So far maintain 52.0 kg.

6- Exercise secara rutin
Yang ni..aduhai tahun lepas dah ok dah rutin...bila mula berenti pg penang tu terus berenti sampai la. Senaman ni kalau tak jadikan rutin badan tak cantik. Berat saja turun badan tak fit tak best la. Lagipun tak senaman kita akan rasa kurang bertenaga.

7- Dapatkan side income (asalkan tidak mengganggu pembelajaran)
Ini, peluangnya ada cuma saya tak berani nak pulun sebab saya tau kalau saya pulun yang ni, tesis tu jadi apa? Cuma bolehla kalau nak buat sampingan.

8- Menjadi ibu yang lebih positif dan lebih bertoleransi
Sebenarnya ini azam saya setiap hari, tapi kadang-kadang tak lebih sehari pun dah kantoi. Saya akan terus berusaha, demi menjadi ibu yang terbaik buat anak saya.

9- Sekiranya azam no.1  80% tercapai, mula merancang untuk baby baru:-)
Hehehehe...ini keinginan sebenarnya. Dah lama teringin nak baby baru. Sebelum ni saya turunkan berat badan pun sebab nak rasa confident kalau nak mengandung lagi. Sebab bila dah dapat berat badan asal sebelum mengandung yang pertama, kalau naik pun berat tu takde la double. Apapun, bergantung pada azam yang no 1 di atas. Cepat habis, cepatla ada peluang. Walau apapun, saya hanya merancang Allah juga yang menentukannya. 

Anak Umi Sudah Masuk Tadika

Awalnya bebudak sekarang masuk sekolahkan. Tak disekolahkan pun, dah trend nye begitu. Kawan-kawan yang sebaya kat rumah pengasuh pun dah pakat-pakat masuk play school seawal 2 tahun. Nanti lama-lama tinggal dia sorang paling besar pun dia boring juga takde geng. Maka umi pun daftar la Sofiy ke PASTI, antara tadika...