Berakhirkah Siri Merlin Selepas Musim ke-5?



Akhirnya...Arthur tahu juga bahawa Merlin adalah ahli sihir, ada kuasa sakti. Tapi tak best sebab Arthur mati di penghujung kisah. Mati dalam sampan gitu je pulak, takde keraian oleh rakyat jelata sedangakn Arthur mati demi rakyatnya. Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, siap ada petisyen secara online oleh fan Merlin tau! dah la sad ending, plot laju sangat pulak tu. Sedangkan selama ni orang dok berdebar bila Merlin perlu rahsiakan kuasa magik dia, tup-tup cara Arthur dapat tau Merlin ada magic pun tak best, tak thrill langsung. Biarla Arthur tu teka dan boleh agak sendiri, ini sampai ke sudah 'lampi' (lambat pick up).hehe. Baik Gwen lagi terrer walaupun selepas kena rasuk dengan Morgana, Gwen macam hilang kredibiliti. 

Kemudian, Arthur kena mati la pulak sedangkan kononnya destini Merlin adalah di samping Arthur. Yang si naga putih Aithusa tu pun, sampai sudah sebelahkan Morgana sedangkan Merlin yang jampi dia bagi dia menetas. So banyak la kesudahan yang tak best dalam sebuah siri cerita yang best. Secara peribadi, bagi saya musim ke-5 ni Merlin tak menyengat, saya lebih suka musim ke-4 dulu. Magic dan zaman magic tu cukup terasa...yang musim ke-5 ni entah la..so-so aje. 

Dengan pengakhiran yang macam tu (Arthur mati) rasanya penerbit memang nak tutup buku la kisah Merlin ni. Walaupun ada yang bertanya tangan siapakah yang sambut pedang dilempar Merlin.

0 comments: