SWEET LIZAHANUM GIVEAWAY..Suka-suka nak bagi hadiah....


Dah tak ramai blogger buat contest atau giveaway sekarang ni kan...tapi Lizahanum tetap bermurah hati dan rajin buat GA. Sebelum ni saya dah pernah dapat buku-buku doa daripada Lizahanum, terima kasih ye Liza. Kali ni nak cuba tuah lagi, mana tau ada rezekikan.

Bercerita tentang hadiah, hadiah yang menjadi idaman hati saya adalah mengikut keperluan semasa dan juga umur la kan. Kalau dulu-dulu masa undergrad, suka dengan hadiah yang cute-cute macam teddybear, pouch yang comel-comel dan aksesori. Tapi untuk masa ni, saya teringin sangat nak dapat SMARTPHONE. Saya bukan gila gajet, tapi sekarang saya rasa ianya satu keperluan yang saya tak mampu nak dapatkan sendiri, jadi alangkah bagusnya kalau ada orang hadiahkan. Syukur sangat-sangat. Saya sekarang sedang berjinak-jinak dalam bisnes online demi mengubah nasib keluarga, jadi ada masanya rasa susah nak berurusan tanpa smartphone. 

Tak semestinya yang ini, asal smartphone kan...

Selain tu, saya juga suka sangat kalau ada yang hadiahkan WANG atau EMAS. Wang tu sebab saya boleh simpan, atau buat modal, atau infakkan. Emas pulak, bolehla ganti emas di badan yang dah lebur disebabkan masalah ekonomi yang menimpa kami. Tapi hadiah emas ni, kalau suami yang beri sentimental dia lain sikitkan. 

Apapun, ini hanyalah hadiah idaman...yang entah bilalah akan ada SURPRISE gini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada dan apa saja rezeki yang diberi oleh Nya. Walau apapun hadiah berbentuk material, hadiah kasih sayang ibu bapa, hadiah kejayaan dalam pelajaran, hadiah kebahagiaan dalam rumahtangga dan hadiah kelahiran cahayamata merupakan hadiah yang tidak ternilai di dunia ini.

0 comments: