Perut Meragam Di Musim Perayaan


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah kita dah pun menyambut Syawal tahun ini dan cuti raya pun dah habis. Kami sekeluarga menyambut Syawal secara sederhana saja, tak de berjalan ke mana sangat memandangkan situasi saya yang tak berapa nak mengizinkan. Balik kampung, dok rumah mak layan tetamu, ziarah keluarga terdekat (tu pun tak ramai sebab ramai yang dah datang ziarah kami) dan pergi kenduri naik buai cucu jiran sebelah rumah. Petang raya ketiga kami dah gerak balik ke Bangi. Balik awal sebab nak elakkan jammed. Gambar masih kat handphone, takde ambik gambar dengan kamera pun. Dan sebenarnya saya sendiri tak bergambar kali ni. Maklum aje la kenapa..'penguin' ni segan nak bergambar. hehe.

Walaupun cuti raya dah habis dan masing-masing dah kembali bertugas, anak-anak dah kembali ke sekolah, tapi raya bagi rakyat Malaysia tetaplah sebulan. Tentu saja ada openhouse di sana-sini terutama di hujung minggu nanti. Mungkin ada yang dapat jemputan sampai 3-4 buah rumah dalam sehari. Dah nama open house, mestilah juadahnya pelbagaikan? Dan...tentu saja juadah yang sedap-sedap. Takde nya orang nak jamu buah-buahan atau salad je di hari raya. Paling kurang lemang, rendang, nasi himpit dan kuah kacang mestilah ada. Takpun juadah-juadah lain yang lebih membuka selera. Natijahnya, ramai yang alami ketidakselesaan perut akibat makan terlalu banyak atau makan terlalu banyak jenis makanan dalam satu-satu masa. Nak nak pulak juadahnya tu bersantan, berlemak, berminyak, pedas, berkacang, berpulut yang memang ada orang tak tahan.  Tak dimakan, raya setahun sekali ye tak. Masa hari-hari awal raya pun dah ramai yang berebut tandas..hihi. Teringat macam mana anak-anak saudara saya dan pak-pak saudaranya berebut bilik air nan satu di rumah mak saya.

Apa yang boleh disarankan, berpada-pada ketika makan. Perut kita dah rehat sebulan, tiba-tiba disumbat dengan segala macam makanan secara mengejut, memang terkejutlah perut tu kan. Ketidakselesaan perut ni jangan pandang ringan, mungkin ada yang cuma rasa tak selesa, perut berangin, cirit-birit ringan, tapi ada juga yang sampai muntah-muntah teruk tak kena gaya admit ward. Jadi, eloklah kita beringat sebelum kena, tambah-tambah anak-anak kita. Antara langkah yang boleh diambil,

- Banyakkan minum air masak sepanjang hari untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Anak-anak apatah lagi, memang perlu diingatkan selalu agar minum air masak selain air manis yang dihidang sejuk di kebanyakan rumah. Kalau air bergas @ berkarbonat tu, eloklah dielakkan terus.

- Elakkan makan beberapa jenis makanan secara serentak atau bersambung-sambung tanpa sela masa untuk perut memproses makanan yang telah dimakan.

- Kalau ada makanan yang boleh ditambah cili misalnya cili padi dalam laksa, sambal kicap dalam bihun sup, atau sambal cili untuk kuah kacang kurangkanlah cili tersebut. Makan makanan yang terlampau pedas memang meninggikan risiko terkena serangan sakit perut dan cirit-birit. 

- Sebaiknya waktu makan utama iaitu sarapan, lunch dan dinner jangan dilangkau. Kalau kita biasa makan nasi, ambil sedikit nasi pada waktu-waktu tersebut. Kalau pun tak lalu makan nasi, ambillah makanan berat yang lain macam roti atau mi. Kadang-kadang perut kita rasa sebu akibat makanan rapu dan menyebabkan kita tidak mahu lagi makan mengikut jadual yang sepatutnya. Ia satu tindakan yang boleh menyebabkan perit kita bertambah tidak selesa.

- Salah satu cara menjaga perut agar tidak terlalu tertekan adalah dengan detoks. Saya suka menyarankan Herblax Shaklee sebagai agen detoks yang paling berkesan namun lembut terhadap perut. Herblax membantu membersihkan perut dan kolon daripada sisa-sisa makanan yang tidak dinyahkan dengan baik. Kadang-kadang di musim perayaan ni, bukan sahaja cirit-birit, sembelit pun boleh jadi juga. Pendek kata. perut tidak dapat berfungsi secara normal akibat tekanan daripada aktiviti makan yang luar biasa. Selain Herblax, Peppermint Ginger Plus juga merupakan suplemen kecemasan yang patut ada dalam setiap keluarga. Diperbuat daripada ramuan halia, pudina, adas dan jintan, Peppermint Ginger Plus sememangnya dapat melegakan masalah angin dan senak perut. PGP juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami mabuk perjalanan. Ini salah satu testimoni Peppermint-Ginger Plus daripada pelanggan yang sudah merasai khasiatnya.


 "disebabkan saya makan pulut terlalu banyak, menyebabkan saya loya dan pening...malam tu badan dah tak sedap dah...macam nak demam je...sebelum gerak pulang ke rumah, saya sempat makan ketupat palas sekali lagi...kesannya, saya rasa loya dan pening makan menjadi-jadi...before bergerak, saya telan 3 biji peppermint-ginger plus (niat untuk hilangkan loya)..alhamdulillah tak lama kemudian, saya asyik sendawa dan akhirnya saya rasa cergas semula..."



Set Detoks Herblax RM 52.50 & Alfalfa (S) RM 53.75



Peppermint-Ginger Plus RM 45.00

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: