Hahaha..are u ready????
Ready tak ready pun..masa tetap bergerak dan akan sampai la kita ke 1 April jika masih Allah pinjamkan nyawa. So, apa yang perlu kita buat? Ni saya nak kongsi pandangan daripada saya secara peribadi, sebagai rakyat marhaen. Saya tau masing-masing ada pandangan masing-masing. Ini pandangan saya sahaja, kalau baik jom kita sama-sama buat.
EMOSI
1-Bawa bertenang - Esok dah pun 1 April. Jadi kita bawa bertenang dan laluinya sebagaimana biasa. Mungkin sebelum ni kita ada melontar pendapat dan meluahkan rasa sesama kawan-kawan, di facebook, di group whatsapp...tapi sekarang rasanya adalah tempoh bertenang.
2- Elakkan stres - ya saya tahu ramai yang stres dengan kenaikan harga barang menjelang GST ni. Saya pun! Tak kira siapa pun anda, tetap kena tempiasnya. Tak berbaloi nak stres sebab GST ni. Stres pun GST implement jugak. Jadi, saya ambil langkah diam dan lihat. Kalau perlu, elakkan diri daripada join mesyuarat tingkap pasal GST ni. Komen-komen di fb yang marah-marah dan maki-maki pun tak payahlah baca. semua tu negatif. Jadi kita akan mudah jadi negatif juga.
PERBELANJAAN
2015 adalah tahun berjimat-cermat. Baguslah jika ada yang sudah pun memulakan langkah penjimatan sebelum isu GST ni lagi. Tahniah untuk anda. Bagi yang belum, inilah masanya. Islam pun tidak sukakan pembaziran. Nak berjimat macam mana kalau yang sedia ada pun tak cukup? Jom kita tengok apa lagi yang boleh kita jimatkan, berbelanja dengan lebih berhemah tanpa mengurangkan kualiti kehidupan.
1- Jenguk almari pakaian -
Jom jenguk almari pakaian kita. Kosong? Penuh? Tak muat? heee..kita sendiri je tahu. Tambah kalau perempuan..dah sedia maklumlah fitrahnya. Saya dah bulatkan tekad, saya akan tutup mata kepada sebarang jenis pakaian baik tudung, baju, seluar, kasut, kecuali persediaan raya serba sederhana. Dan, mana-mana pakaian yang dah lama tak berusik tu akan dipilih dan disedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Satu hari berapa helai sangatlah baju yang kita mampu pakai? Sama-sama kita fikirkan.
2- Makanan -
Bab makan ni ada baaanyak pecahan. Tapi kita sembang yang basic-basic saja dah la ye.
a- Elakkan atau kurangkan seminima mungkin makanan segera kerana ia tidak murah tetapi tidak berkhasiat
b- Mulakan kempen 'no junkfood'. Lebihkan makanan berkhasiat untuk seisi keluarga contohnya buah.
c- Bekal - Bagi yang baru nak biasakan memang rasa sedikit renyah atau leceh, tapi bila dah buat akan rasa kepuasannya.
d- Kurangkan lauk - kalau biasa kita makan 4-5 jenis lauk, apa kata cukup dengan 2 jenis lauk dan satu sayur untuk sekali makan. Apa yang penting khasiatnya, bukan kuantiti atau kepelbagaiannya.
e- Diet - Timbang berat badan. Memang rasa macam sedih je kena ikat perut, tapi boleh juga kita jadikan ini sebagai starting point memulakan gaya hidup sihat, dapat pulak berat ideal dan bentuk tubuh yang cantik. In sha Allah kita lebih sihat nanti.
f- Elak makan di luar. Ini tak perlu hurai pun ramai dah tau. Service charge saja dah 10% kan?
3- Jalan-jalan
Harga minyak bakal naik esok, dengarnya. Maka kita dah tak boleh keluar makan angin? Boleh...tapi berpada-pada dan ikutlah kemampuan masing-masing. Kalau keluar sebab nak elak anak-anak boring, inilah masanya kita jadikan diri kita kreatif untuk isi masa lapang dengan anak-anak. Antara pilihannya:
a. aktiviti DIY. Sekarang ni google saja, dah banyak video yang boleh kita jadikan panduan
b. home tuition. Belajar bukanlah aktiviti yang membosankan jika kena caranya. Jadikan belajar di rumah itu aktiviti menarik. Sebenarnya ramai anak-anak suka sesi bercerita, sesi mewarna atau melukis jika dilakukan bersama ibu bapa. Tapiiii..ibu bapa yang sibuk atau tak minat luangkan masa dengan anak-anak. Ketepikan gajet sebentar, layan mereka dengan sepenuh hati. Cubalah rasa sendiri kesannya pada kita ibu bapa.
c. Picnic di taman berhampiran rumah. Sekarang ni banyak taman rekreasi, pergi yang dekat-dekat saja tak perlu yang jauh atau berbayar. Apa kata buat picnic, mak sediakan sarapan pagi macam sandwich atau minum petang, letak dalam mangkuk tingkat, pergi taman, bentang tikar dan nikmati suasana alam. Mesti best! Anak-anak tentu suka.
d. Bersukan. Ini pun sama konsepnya, masa berkualiti tanpa keluarkan wang tapi keluarkan peluh. Ajak anak main badminton ke, bola ke, berbasikal ke atau jogging pun dah ok. Satu jam di hujung minggu dah memadai.
4- Kesihatan
Sekarang musim cuaca tak menentu. Ramai yang sakit. Buat pelaburan jangka panjang untuk kesihatan keluarga. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Makan makanan berkhasiat, ambil suplemen jika perlu, minum lebih air kosong, jaga kebersihan kediaman.
SPIRITUAL
(sambung nanti ye..solat dulu)
0 comments:
Post a Comment