Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
Dar-al-Hikmah Library, UIAM
Ini cerita zaman degree ye. Saya adalah graduan ijazah di UIAM. Dulu, library bukanlah tempat yang boleh menarik saya untuk duduk lama-lama. Library hanyalah tempat untuk saya pinjam buku, atau fotostat bahan, dan kemudian balik. Pendek kata library takda chemistry dengan saya. Ada beberapa sebab kenapa saya tak berlama-lama di library.
Satu, sebab bilik hostel saya adalah sangat best, selesa dan tak ada gangguan. Jadi baiklah study di bilik saja, lagi selesa, tak perlu pakai tudung dan kalau dah lenguh-lenguh boleh baring-baring pulak. Dahaga, boleh bancuh air. Nak tukar mood, on je radio atau on winamp kat pc. hehehe. Nampak sangat study main-main kan Mai.
Kedua, saya mengaku saya ni jarang sangatlah nak study kalau tak bukan musim exam. Selain waktu exam saya cuma datang kelas, tulis nota (by hand), buat assignment saja. Kalau ada subjek yang perlukan ujian hafazan barulah menghafal. Nak exam baru sibuk nak study. Waktu tu library adalah bising, panas, dan agak kelam-kabut. Ramai. Mungkin masing-masing nak datang study untuk exam kat library.
Ketiga, dulu saya tak ada laptop. Sape-sape yang ada laptop masa tu kira orang kaya berada la. Jadi, untuk siapkan assignment mahu tak mahu kena buat di bilik sebab pc 17inci (bukan flat screen) hanya ada di bilik. Itupun masa awal-awal takde pc sendiri, kenalah buat assignment di computer lab yang sentiasa penuh sebab hanya di lab dan cc sahaja ada capaian internet. Tak pun..kena tumpang pc kawan sebab nakkan pc yang boleh taip Arab. Huhu...baru teringat susahnya nak belajar dulu. Tapi orang-orang sebelum zaman computer lagi susahkan..kena guna typewriter :-)
Keempat, jauh dan tak menariklah library. hehehe. ok, ini semata-mata alasan.
Ok, cukuplah 3 sebab mengapa saya tak suka lepak di library semasa saya belajar di peringkat degree dulu. Tapi manusia semakin matang, dan keperluan serta kehendak manusia juga berubah seiring kematangan. Jadi saya akan tulis pula tentang aura library dalam entri yang lain ye.
Oh ya..sebelum terlupa. Tak suka tak suka pun, saya pernah kerja part time kat library tau. Kerjanya key in data. Jadilah buat timba pengalaman. Bagi adik-adik yang nak cari duit poket di zaman gst ni, cubalah apply kerja sambilan di library. Mungkin bukan key in data tapi susun buku ke, jawab telefon ke, kerja di kiosk fotostat pun ok juga. Belum cuba belum tahu. Kalau sejam RM4 pun, 3 jam dah RM12. Dapat juga duit makan 2kali. Siapa nak bagi ye tak?
2 comments:
Saya suka duduk dan buat kerja di library.
Alhamdulillah, sekarang diamanahkan untuk buat library di sekolah.
Alhamdulillah, terima kasih atas respons Encik Muhammad Syahmi.
Jika berhajat mendapatkan buku-buku yang ada di kedai online kami dipersilakan hubungi saya di 012-3302067. Terima kasih.
Post a Comment