Malam ni saya nak cerita tentang library. Saya pernah tulis (KLIK SINI) beberapa sebab kenapa saya tak suka lepak (study) di library masa saya undergrad. Tapi mungkin juga suasana library tu yang membuatkan pelajar kurang tertarik. Ingat lagi, dulu saya pernah tonton drama Korea tajuknya Love Story in Harvard. Serius jelous k! Kalau di Malaysia pun ada library yang beroperasi 24 jam kan best? Nak habiskan masa sehari suntuk kat library pun tak ada masalah. Baru la best nak study mati-matian. Tengok gambar kat atas ni, ada lampu personal lagi. Kita tengok lagi satu gambar di universiti yang sama.
Library, University of Buffalo, NY.
Ok, dah..dah..kata nak cerita tentang aura library. Seiring dengan peningkatan usia dan juga tahap pengajian, saya tidak lagi memandang library sebagai sebuah tempat yang membosankan. Walaupun sekarang saya dah jarang berpeluang nak datang study di library selalu atas kekangan tertentu, namun bila datang library tu ada satu aura yang dapat dirasa. Serius, mula-mula dulu saya tak perasan tau. Saya cuma perasan sebulan yang lepas. Asalnya saya datang bukanlah untuk berlama-lama di situ, sekadar duduk di foyer untuk tunggu kawan. Tengok suasana library memang dah tak macam dulu-dulu. Dah meriah, dengan macam-macam kemudahan disediakan termasuk wifi, bilik karel 24 jam, ada juga mart yang ada jual macam-macam makanan termasuklah minuman panas dan makanan berat macam bihun sup, bubur nasi dan lain-lain. Pendek kata selesa la nak study di library sekarang. Tiba-tiba je, datang satu 'rasa', rasa sayu. Rasa macam "alahai seronoknya kalau aku dapat stay kat library ni, dan aku pulak ada masa macam masa undergrad dulu..boleh habiskan masa sampai malam kat sini". Tapi, itulah roda kehidupan. Dulu, ada masa tapi kemudahan dan keinginan tak ada. Sekarang, keinginan dah ada, kemudahan dah ada, tapi masa dan komitmen lain pulak tak mengizinkan. Dah kahwin dan ada anak-anak kecik ni, banyak yang perlu dikorbankan. Apa yang boleh dibuat? Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya saya ada juga bilik study di rumah yang selesa walaupun kecik dan tak de aircond. Saya pernah tengok kawan satu course yang menyewa bilik, satu bilik kecik kongsi dua orang, usahkan meja study, katil pun tak ada. Kipas pun kipas duduk yang kecik tu saja.Taip tesis atas lantai yang dialas kotak. Masa kawan tu datang rumah, dia kata "Jelousnya aku Mai, hang ada meja study,rak buku lengkap semua."
Ok..ok..melalut sudah. Sebenarnya bukan 'rasa sayu' itu 'rasa' yang saya nak highlightkan...tapi ada satu 'rasa' di mana bila saya datang dan duduk di library, saya rasa SEMANGAT!!! Semangat nak baca buku, semangat nak siapkan tesis, semangat nak cari bahan, dan semangat yang best best belaka. Selain itu, bila saya dah mula belajar di library, saya mula FOKUS. Fokus pada tesis saya, fokus dengan matlamat pengajian saya, fokus dengan apa yang saya baca. Dan lagi, bila saya di library, STRES SAYA HILANG. Kenapa? Sebab masalah-masalah kehidupan yang lain dapat saya tinggalkan di luar perkarangan library. Begitu juga dengan MASA. 9 pagi -1 tengahri di rumah rasa sangat sekejap berbanding 4 jam yang sama di library. Saya pun macam hairan sebenarnya. Tapi, akhirnya saya dapat jawapannya daripada Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa tulisan Ustaz Asraff Ayob dan Dr. Azizan Osman (DAO) iaitu THE POWER OF SUASANA! Untuk huraian lanjut tentang The Power of Suasana ni boleh juga dapatkan buku ni daripada saya. Bahkan ada lagi 20 The Power Of yang boleh dihayati dalam buku luar biasa ini. Benda baik, memang saya kongsi dan galakkan.
Jadi, kalau anda pelajar postgraduate, lebih-lebih lagi PhD atau Master yang sedang menulis tesis, rajin-rajinlah datang ke library. Kalau agak-agak stuck tuDatang dan duduk, buka buku atau laptop anda. Buatlah sesuatu untuk kajian anda di situ. In sha Allah anda akan dapat rasa aura positifnya. Bagi yang berkesempatan untuk datang selalu...datanglah selalu. Library itu gelanggang ilmu, jadi di situ adanya barakah.
Semoga tips ini dapat memberi manfaat dan motivasi buat kawan-kawan seperjuangan.
1 comments:
Tips ni memang sah. Akak pun sama macam Maia, I spend any free time di library bila nak siapkan tesis. Bila di library, kerja yang pending seminggu boleh selesai dalam 4 jam. Suasana membuatkan kita lupakan everything else except our research.
Post a Comment