Assalamualaikum.
Selamat tengah malam atau dinihari:-)
Masih ada yang stay up? Jam kala ini menunjukkan pukul 3.12 minit pagi.
Stay up. Kegemaran atau amalan mereka (kita) yang bergelar pelajar. Tak kiralah pelajar di peringkat mana pun.
Cuma, perlu diingat dan diambil berat bahawa amalan stay up secara berpanjangan tidak begitu baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan kognitif (otak) kita menjadi semakin tidak cekap. Badan juga sebenarnya menjadi semakin lemah iaitu imuniti badan menjadi lemah. Akibatnya, tubuh kita mudah diserang penyakit.
Jangan silap faham pula dengan sunnah Rasulullah SAW dan arahan Allah untuk umat Islam bangun di tengah malam mendirikan solat sunat. Ia berbeza dengan stay up. Stay up ni, tidak tidur secara berterusan hinggan dinihari sedangkan bangun malam ialah tidur dahulu kemudian bangun. Dan sebenarnya, tidur awal dan bangun awal itu merupakan yang terbaik untuk diri kita mental dan fizikal, juga rohani. Ini semua dah dibuktikan secara saintifik. Allah kan Maha Mengetahui?
Best time to stuidy : 4am - 6am
Kan ngam ngam time solat tahajud tu, atau boleh la bangun awal sikit 3.30am ke untuk solat sunat. Dulukan Allah dalam setiap hela nafas kita kan.
Eh, yang tuan tanah ni kenapa pulak stay up? Kata tak bagus?
Sebenarnya saya sangatlah teringin nak tidur awal dan bangun awal. Serius saya dah cuba dan memang best baca buku / artikel cepat je faham. Tapiii...saya terpaksa ubah jadual disebabkan kekangan tertentu. Saya ada baby berusia 5 bulan yang tidur sekitar jam 8.00 malam. Waktu yang dia paling lena adalah dari waktu dia tidur tu (di mana maknya baru nak makan dan solat isya' dan kadang-kadang layan berita juga. Ajar abangnya mengaji juga) sampailah sekitar waktu ini, kira-kira 3-4 pagi. Lepas 4 pagi dia pun bukak mata, sengih-sengih, angkat kaki, cuit-cuit muka mak. Haha..Jadi, kalau saya tidur awal dan bangun awal? Sama la jadual saya dengan dia. Bilanya nak buat kerja dengan tenang? Kalau setakat nak bangun solat sunat ok la anak saya tak la jenis meragam kalau sekadar tempoh solat 2-4 rakaat. Tapi nak study? Harapannnn...
Alternatifnya? Weekdays saya tidur awal dan bangun awal...kerja buat waktu pejabat. Weekend, saya stay up sebab siang esoknya cuti.
Ok la..nak masuk tidur dah sebelum anak syurga saya bangun pulak jap lagi. Kang langsung mak tak tido. hihi.
#tipsphd
0 comments:
Post a Comment