Assalamualaikum, selamat malam. Cuti-cuti ni, ada ke mak-mak yang tak dapat tidur malam sebab menjaga anak kecil yang kurang sihat? Cuaca tak menentu sekarang ni, kadang-kadang hujan petang, kadang-kadang hujan pagi, tengahari pulak panas lit lit, ada juga harinya mendung dan sejuk je dari pagi sampai petang. Dalam cuaca macam ni, memang biasa la bayi kecil dan anak-anak diserang selesema, demam dan batuk. Eh, bukan anak-anak je, mak ayah pun sama. Sekejap-sekejap tekak terasa perit dan berpasir. Kan?
Jadi malam ni saya nak share sikit apa yang ibu-ibu boleh lakukan untuk melegakan selesema dan batuk bayi kecil anda. Memang kalau baby selesema dan hidung tersumbat, baby akan meragam waktu malam, pulak tu nak menyusu pun payah. Kalau batuk pulak, baby akan mudah terjaga sebab batuk dan mudah muntah.
1- Terapi bawang putih
Saya gunakan kaedah tradisional ini, bakar bawang putih dengan kulitnya direct pada api dapur sampai hitam, kemudian buang kulit dan lenyekkan bawang putih tadi. Letak 2-3 sudu makan (minyak habbatussawda / minyak zaitun / minyak baby/ minyak masak) dan gaulkan. Sapukan pada kaki dan tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Sapu juga di seluruh badan bayi terutama dada dan belakang badan. Boleh juga sapu di ubun-ubun. In sha Allah selepas beberapa kali sapu, selesema bayi akan kering.
2- Garlic Steaming
Boleh juga gunakan kaedah ini. Bahan bawang putihnya masih sama, cuma campurkan bawang putih dan minyak tadi ke dalam sebesen kecil air panas. Halakan muka bayi untuk menyedut wap itu lebih kurang 15 minit. Pastikan suhunya tidak menyakitkan bayi. Dalam masa yang sama, boleh tepuk belakang bayi (sebelah kiri dan kanan) dengan teknik Chest Percussion. Boleh google atau youtube kaedah yang betul. Jika bayi muntah, itu tandanya kahak telah dikeluarkan, Hingus yang mencair juga bolehlah disedut dengan penyedut hingus. Kalau rasa tak habis sedut, gunalah mulut kalau lalu. Anak kan? hehehe.
3- Baby Balsam / Balm
Ini cara yang mudah dan cepat. Boleh beli balm bayi ni di farmasi, cuma PASTIKAN balm tersebut memang khusus untuk bayi. Balm yang bukan untuk bayi mungkin mengandungi champor yang boleh menyebabkan bayi diserang sawan. Jadi, eloklah sebelum beli, tengok dulu bahan-bahan yang digunakan. Balm ni pun sapu di tapak kaki dan pakaikan stokin, sapu di dada dan belakang. Kalau batuk, saya prefer sapu balm ni lagi. Daripada anak sulung lagi saya gunakan, kadnag-kadang di tengah malam baru anak diserang batuk..sapu-sapu kat dada, in sha Allah reda batuknya.
4- Nasal Drop
Nasal drop ni adalah cecair yang dititiskan ke dalam hidung untuk melegakan hidung tersumbat. Masa nak titis memang bersilat sikit la kalau anak dah pandai menepis atau geleng kepala. Dia geleng laju-laju. haha. Nasal drop ni boleh dibeli di farmasi, atau minta di klinik. Saya biasa mintak di klinik kesihatan je. Nasal drop ni sebenarnya boleh dibuat sendiri, tapi saya tak pasti caranya.
5- Aircond
Rata-rata rumah sekarang, especially di bandar, akan pasang aircond sekurang-kurangnya dalam bilik tidur. Tapi, masa anak-anak tengah selesema batuk ni, kalau ikut pengalaman saya..eloklah elakkan aircond. Tidur la dalam suhu bilik, dengan kipas dan peredaran udara yang baik. Tambah-tambah lagi jika anak batuk..memang perlu elakkan suhu yang sejuk.
6- The Power of Susu Ibu
Susu ibu hanyalah alat atau medium, kekuasaan itu adalah daripada Allah. Namun Allah dah pun memberi kita anugerah itu, maka kita harus manfaatkan sebaik yang mungkin. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, jom kita gunakan kurniaan Allah ini.
a. Teruskan penyusuan dan kerapkan penyusuan kerana susu ibu mempunyai antibodi untuk melawan jangkitan kuman dan virus. Daripada pengalaman saya, anak yang sakit jika dia tidak ada ulser dalam mulut, dia akan lebih kerap menyusu. Ikutkan saja rentak dan kemahuan anak. Cuma, potensi untuk tersedak lebih tinggi sewaktu hidung anak tersumbat, jadi ibu kalau boleh jangan menyusu anak sambil terlena. Bangun dan riba anak sewaktu menyusu, kalau tersedak boleh cepat-cepat kita bantu tepuk belakang atau iringkan.
b. Ibu boleh tingkatkan kualiti susu ibu dalam tempoh anak kurang sihat ini. Ada pandangan mengatakan susu ibu tidak berbeza mengikut apa yang ibu makan, tetapi saya kurang bersetuju. Ini kerana saya lihat sendiri perbezaan susu perahan saya dari segi kuantiti, warna dan kepekatannya berbeza mengikut apa yang saya makan. Begitu juga kesnya ibu dilarang ambil kafein secara keterlaluan, makan makanan berangin atau mengambil julap dikhuatiri kesannya sampai juga kepada si anak yang minum susu ibu.
Bagaimana membantu anak yang batuk selesema dengan pemakanan ibu? Saya akan lekas-lekas ambil Garlic Complex Shaklee jika anak saya demam atau selesema. Ini kerana bawang putih sangat terkenal dengan peranannya sebagai antibiotik semulajadi, antivirus dan antifungal. Kalau saya sendiri yang sakit tekak atau batuk selesema pun saya akan cepat-cepat ambil garlic ni bagi mengelakkan ke klinik untuk dapatkan antibiotik. Selain itu, Vitamin C juga saya akan ambil dalam dos yang lebih tinggi. Selain untuk disalurkan khasiatnya melalui susu badan, ia juga baik sebagai perlindungan buat ibu sendiri kerana ibu ada potensi untuk berjangkit daripada si anak. Ye la, hari-hari cium anak kan.
Saya juga akan pastikan saya minum air secukupnya, dan jika anak selesema atau demam, saya elakkan makanan yang bersifat panas macam herba. Sebaliknya jika anak batuk, saya akan ambil makanan panas lebih daripada biasa misalnya Omega Guard Shaklee, madu lebah dan habbatussawda.
7- Doa dan Selawat
Inilah senjata muslim yang perlu diletakkan paling tinggi dan digunakan paling awal. Berdoalah, dan diiringi ikhtiar. Walaupun demam batuk selesema adalah simptom biasa, namun sekecil-kecil perkara pun harus kita minta dan pulangkan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Selawat juga merupakan satu usaha untuk meredakan kesakitan, dengan berkat Rasulullah SAW kekasih Allah.
Itulah serba sedikit tips yang dapat saya kongsi untuk ibu bapa yang menghadapi masalah anak yang selesema, batuk atau demam. In sha Allah.
Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3, KUIS dan UKM.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
0 comments:
Post a Comment