Menulislah Dalam Apa Keadaan Sekalipun
Status ini naik di newsfeed FB saya. Ianya dari seorang penulis buku yang menjadi fenomena di Malaysia, iaitu buku berjudul Mudahnya Menjemput Rezeki. Ustaz Fathuri berkongsi motivasi, yang saya kira sesuai untuk semua genre tulisan dan objektif penulisan. Dalam konteks saya, menulis tesis PhD. Apa kata beliau?
MENULISLAH ...
( Walau apa keadaan emosi sekalipun )
*****************
1) Menulis dengan istiqamah; membina disiplin diri.
2) Menulis dengan bismillah menjaga niat di hati.
3) Menulis seperti berkebun. Kesusahan itu hanya sekali, hasilnya berkali-kali sehingga kita pulang ke sana nanti.
4) Mulalah menulis hari ini...
Baru saya sedar, inilah kelemahan saya selama ini. Saya akan terhenti menulis, atau dalam kata lain hilang fokus bila emosi terganggu. Ada saja alasan..alasan biasa, "hilang fokus, hilang momentum". Sedangkan masa terus berlalu. Sedangkan PhD itu satu komitmen. Sama seperti orang bekerja. Paling kuat pun dapat MC cuma sehari dua. Betul?
Ayuh, kita disiplin menulis dan terus menulis hingga siap dan berjaya dengan cemerlang.
Iklan: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Boleh dapatkan daripada saya.
Harga: RM 18/ RM20 (SS)
Mai 012 3302067
0 comments:
Post a Comment