Bahana Smartphone, Hilang Cinta Hilang Bahagia

Catatan ini diambil daripada tulisan Ustaz Ebit Lew. Semoga menjadi teladan buat kita semua, termasuk saya juga. 
********************************************************************************************************

Semasa berjalan di pasaraya sebak bila tengok sepasang suami isteri bawa anak. Isteri tolak troli. Beli barang hampir penuh troli. Bawa anak-anak 3 orang berlari sana sini. Suami boleh sibuk dengan hp jer. Tengok hp. Pegang tangan anak sikit-sikit..sehingga isteri bayar. Suami buat tak tahu. Masuk kereta pun pegang hp lagi. Melintas jalan raya tengok hp. Lupa isteri dan anak-anak..
Saya perhatikan suami sibuk jer dengan hp..tak peduli isteri dan anak-anak. Tak tolong pun. Tak tengok pun. Berjalan sekali tapi macam takde. Senyum seorang diri. Muka macam tak sedar. Kalau tanya anak dekat mana or apa-apa mesti tak sedar..usah tanya pendapat barang apa nak beli...
Waktu lain saya tengok seorang lelaki makan dengan keluarga. Isteri sibuk layan anak-anak kecil makan. Isteri dah rasa nak menjerit tengok anak-anak makan. Jatuhkan sudu. Nak main lagi. Tumpah. Meja makan dah tak rupa meja. Berebut makanan. Menangis lagi. Yang kecil nak susu..
Suami bagaikan batu karang yang tetap walau dipukul ombak...sibuk tengok hp. Sambil suap makanan dalam mulut. Sambil sebelah lagi pegang hp tak berhenti.
Lagi malang saya pernah nampak seorang lelaki bawa kereta sambil tengok hp. Kereta ke kiri ke kanan..tak menentu. Sedangkan ketika itu kereta penuh dengan isteri dan anak-anak...ya Allah...
Saya lihat orang ambil anak di sekolah. Suami main hp. Isteri mengandung perut besar turun dari kereta bawa seorang anak nak ikut dan ambil anak. Mana nak pegang beg. Pegang anak. Suami bertenang tunggu dalam kereta. Sedangkan dah parking elok-elok..
Lebih malang bila seorang ketua pemimpin keluarga duduk di rumah bersama keluarga tapi tangan sibuk tengok hp. Dari sampai rumah katalah 8 malam. Tengok hp sampai isteri dan anak-anak tidur...tak tahu masa bila isteri dan anak-anak tidur.
Sebelum tidur sepatutnya tidurkan anak-anak. Masing-masing tengok hp. Bangun tidur tengok hp. Lupa nak tengok isteri dan anak-anak ada di rumah atau tidak. Hidup atau mati...
Ya Allah...apalah yang telah menimpa kita hari ini. Kita dijadikan dengan tujuan yang lebih besar. Sedarlah..berilah hidayah pada kami semua.. Kita adalah khalifah. Kita pejuang. Kita hamba Allah. Ciptaan terbaik. Hiduplah dengan cinta. Hidup dengan sedar dan hadirkan rasa bertuhan dalam hati. Merasai kebesaran Allah..
Pandang isteri dengan kata ya Allah cantiknya ciptaanMu. Indahnya bidadariku kurniaanMu. Sejuk hati dan pegang tangan mereka erat dan kata wahai bidadariku, terima kaseh sudi menjadi penyejuk hatiku..pelengkap hidupku. Teman perjalanan setiap hari sampai ke syurga..
Bersama dukung anak-anak dengan rasa sayang. Peluk cium mereka..
Ajar Al-Quran dan Hadis Nabi saw dalam rumah. Umar ra boleh kejut keluarga setiap malam tahajud. Bagi tazkirah dalam keluarga. Dia khalifah. Pemerintah paling sibuk. Paling banyak berjuang dan berkorban.
Menghargai keluarga. Hidup dengan cinta dan perasaan. Bukan nak jadi terlalu baik atau romantik..' . Cuma cukuplah jadi orang peka dan hidup dengan perasaan.
Bila kita hilang rasa sayang dan tanggungjawab pada keluarga,Allah tarik rasa bahagia dalam hati. Kita berjalan, makan minum, berkeluarga tapi seperti orang mati. Tiada lagi rasa tenang dan bahagia. Orang berzikir ialah orang yang sedar. Hidup dengan cinta dan perasaan. Lalui hidup dengan cinta. Melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Itulah kenikmatan dunia ini. Kata Saidina Ali ra, nikmat atau berjaya dunia bila dapat isteri solehah. Bagaimana nak dapat isteri solehah sekiranya tak sedar kehadiran isteri itu disisi. Tak sedar dan ambil tahu untuk bawa mereka berjuang dan belajar Islam. Tak tahu solat mereka. Tak ambil tahu siapa kawan mereka. Dengan siapa mereka. Keadaan mereka..
Bila iman menjalar dalam hati. Orang paling penakut jadi paling berani. Orang paling pemalas jadi paling rajin. Orang yang kasar dan keras menjadi penyayang dan lemah lembut-ebit lew

0 comments: