Bilakah Rezeki Itu Dinamakan Rezeki?

...APABILA KITA MENIKMATINYA DAN MENSYUKURINYA.



Gambar Hiasan:   Kek Mahal VS Kek Murah


Balik kerja tadi, saya singgah sebentar makan di sebuah kedai. Sedang saya menikmati hidangan saya seorang diri, saya ternampak sebuah keluarga datang dan duduk bersebelahan dengan meja saya. Si ayah meminta pesanan makanan yang paling special dalam kedai tu mengikuti permintaan si anak. Dan saya pasti makanan yang paling special, tentu mahal harganya. Sampai sahaja makanan, si anak ambil dan makan sedikit. Tiba-tiba, mukanya berkerut dan dia berkata dengan suara yang agak kuat.
"Ayah, makanan ni tak sedap. Dahlah harga mahal, makanan tak sedap"
Ayahnya pantas membuat isyarat jari di mulut, dan menyuruh anaknya terus sambung makan seperti biasa. Anaknya sedikit tidak berpuas hati dan terus meluahkan perasaan seorang diri.
Saya diam. Saya teringat. Beberapa hari lepas, saya pernah ternampak seorang makcik dan anaknya, makan berkongsi burger yang sama. Selera betul mereka makan. Walhal, mereka hanya makan makanan biasa saja.
"Hakikat Rezeki" saya terdetik.
"Ada orang, tuhan rezekikan dia makanan. Kualiti makanan dia hebat. Sekali makan, mahal bilnya. Tapi, tuhan tak kurniakan selera, makan mahal mana, masih tak memuaskan hatinya"
"Kita selalu cakap dengan diri sendiri. Wahai tuhan, tengoklah orang tu, rumahnya besar, keretanya mahal, isterinya cantik, mesti dia bahagia, dapat tidur dengan lena, walhal belum tentu tuan rumah merasakan perkara yang sama. Kita selalu cakap bila tengok kawan kita yang berjaya, tuhan tengoklah dia, kerja bagus, gaji besar, tentu dia bahagia, walhal dia terhimpit dengan bebanan hutang, sukar menguruskan kewangan yang besar"
"Demikian tuhan, membahagi-bahagikan rezekinya. Jangan kita sangka kita tak dapat rezeki. Ada. Tuhan ada bagi rezeki untuk kita."
Bersyukurlah wahai diri.

#thepowerofsyukur
#mudahnyemenjemputrezeki
#bisnescarakami
#Allahtempatmeminta

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku-buku di kedai maya kami, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Berdaftar MMR, ATM , Legacy dan Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

0 comments: