Assalamualaikum wbt, buat semua pembaca MAIA.
Maaf berkali-kali maaf, langsung tak sempat menjenguk Singgah Sana MAIA ini pada 2017 hatta ucapan selamat tahun baru pun belum sempat lagi. Allahu..sibuk sungguh daripada akhir 2016 lagi, sampailah minggu lepas barulah dapat selesaikan sikit-sikit urusan yang tertangguh. Banyak perkara berlaku dalam 2-3 bulan ni.
Jadi, hari ni saya nak ambil kesempatan sikit untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca MAIA. Walaupun kadang-kadang panas, kadang-kadang suam-suam kuku, kadang-kadang sejuk dingin..tapi blog kesayangan saya ni sudah pun menjejak umur 7 tahun. Kalau budak-budak, dah masuk sekolah rendah la kiranya. hehe. Alhamdulillah.
Sungguh saya tak sangka blog yang sekadar suka-suka ni, akhirnya jadi medan saya menulis yang saya rasa sangat selesa, umpama rumah sendiri. Nama Min Aina Ila Aina ini juga dulunya saya cipta hanya untuk menulis coretan perjalanan hidup saya sahaja. Namun, ketentuan Allah ia berubah menjadi nama syarikat, dan jenama saya. Blog ini juga sudah jadi kedai maya saya...platform rezeki saya..alhamdulillah syukur kepada Allah. Terima kasih juga buat semua follower dan pembaca sekalian. Saya harap tahun ini saya akan terus menulis di sini, dan berkongsi yang baik-baik untuk anda semua.
#singgahsanamaia
#maia
#bukumaia
#blogger
0 comments:
Post a Comment