Ohoho...

Dengan tak malunya saya nak umumkan bahawa saya telah menerima surat cinta pada hari Sabtu lepas. Beginilah keratan surat tersebut, saya coretkan di sini buat kenang-kenangan. Yelah, kenangan bukan saja yang manis-manis kan, yang pahit, tawar, kelat pun kenangan juga ye tak..huhu (nangis dulu)

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TESIS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa mengikut rekod kami tempoh pengajian tuan/puan akan tamat pada semester 2 sesi 2009/2010 dan sebagai peringatan akhir tuan/puan dikehendaki menyerahkan tesis (draf akhir) tesis selewat-lewatnya sebelum 17hb. April 2010. Untuk makluman tuan/puan proses ujian lisan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 3 bulan termasuk pembetulan dan mesyuarat pengesahan gred untuk konvokesyen dijangka bulan Mei.

Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyerahkan tesis (draf akhir) dalam tempoh tersebut Pusat ######### tidak dapat membantu sekiranya tuan/puan ditamatkan pengajian.


Apakah perasaan saya?

Ya, saya rasa tergugat dan ada sedikit sedih dan sayu di sudut hati kerana saya khuatir saya tak dapat A.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hati saya berbunga ria, dan cukup teruja dengan perkembangan anakanda saya Muhammad Sofiy. Setelah sekian lama menunggu langkah pertamanya, maka semalam tanggal 16 Mac 2010 Sofiy telah pun dapat melangkah dengan lajunya (macam berlari) apabila dilepaskan pegangan tangannya.Yey, syabas anak umi!

Sebenarnya Sofiy ni dah lama dah boleh berjalan meniti meja, almari, sofa dan sebagainya. Seingat saya sejak 7 bulan umur dia kot, tapi lambat betul nak tunggu dia dapat berjalan sendiri. Selain dia belum bersedia, saya rasa salah satu faktor yang melambatkan proses berjalan dia adalah disebabkan kerap sakit sebelum ni. Sejak awal 2010 (menyambut tahun baru) demam, selsema, sakit tekak silih berganti. Sihat dalam seminggu dua, demam semula. Hujung Februari lepas la baru dia sihat betul dan alhamdulillah tak sakit lagi sehingga hari ni. Moga-moga berpanjangan lagi kesihatannya.

Sedikit bicara umi buat Sofiy...

Sofiy, anak umi yang baik hati. Semoga Sofiy akan terus membesar dengan penuh keceriaan, semangat dan kejayaan. Umi doakan langkah pertama Sofiy ini adalah langkah seorang perwira yang sedia memelihara dan membela agama, bangsa dan negaranya. Amin. Umi dan ayah sayang Sofiy sepenuh hati.
Saya sememangnya menyedari kelalaian saya dalam 1,2 minggu ini tapi saya buat-buat macam saya tak lakukan apa-apa kesalahan. Salah? Salah sampai berdosa tu tidaklah, tapi menyalahi undang-undang dan hukum pengepaman susu ibu.hehe.

Ya, saya telah banyak kali 'tuang' (mengelat) untuk mengepam sesi terakhir setiap hari. Tuntutan kerja yang mendesak sekarang ni buat saya fikir "Ala, balik nanti bagi Sofiy nenen aje la terus". Hakikatnya balik je rumah Sofiy tak terus nenen pun, sebaliknya saya sibuk di dapur. Bila dah lepas Maghrib barulah dia mengosongkan B yang telah penuh selama paling kurang 5jam! Itupun sebelah je ye. Ops, patutla daku jadi begini, lama sangat B tak dikosongkan.

Akibatnya, sampai je di rumah semalam saya dah rasa tak sedap badan.(Mungkin sebab tengahari saya berjalan di tengah panas terik...puteri lilin betul la). Saya cepat-cepat telan panadol. Walaupun saya tak suka bergantung dengan Panadol ni, tapi saya perlu sihat kerana saya ada baaaaanyakk kerja yang nak dilangsaikan.Badan memang rasa sangat lemah, pinggang rasa macam nak putus. B sebelah kanan dah rasa berdenyut-denyut sakit yang amat. Walaupun masa tu Sofiy dah pun kosongkan B tersebut.A.u pergi ke tempat kerja, check segala kerja yang tertangguh sebab dia bercuti siangnya. (baik tak payah cuti kalau siang cuti, malam pulak pergi kerja)

Penangan Panadol tu, saya berpeluh sekejap. Tapi lepas 4 jam, demam datang semula. Oh, saya sudah berbungkus dengan baju panas dan stokin. Sejuknya..kaki rasa macam nak tercabut, lenguh sangat. Pukul 1 a.u balik, Sofiy pulak bangun. Dia nak main pulak dah, ingat dah subuh kot. Mujurlah a.u tolong tidurkan budak yang menjerit-jerit taknak tidur tu. Saya? Pergi dapur bancuh susu panas cecah biskut marie...Panadol lagi dua biji dan bum! Tido je la..kerja-kerja harap boleh sambung esok. Inilah akibatnya tak ikut jadual mengepam,badan dah pening lalu mulalah menyerang empunya diri.

Nota: Masih demam, sakit-sakit badan, B masih sakit.Tapi datang kerja juga, wajib siapkan sebab isnin deadline!
Dulu saya ingatkan buat tesis ni senang..macam buat assignment cuma lebih panjang. Rupanya SUSAH....huhu.

Dulu saya ingatkan saya boleh rempit saja buat tesis ni...marathon. Rupanya banyak sangat traffic light, JPJ, simpang siur dan traffic jammed nye.

Hari ini saya sedang cuba..ya cuba untuk kayuh perlahan-lahan. Biar lambat asalkan selamat..jangan lambat tak sampai-sampai pulak ye..


Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi, saya sempat mendengar tazkirah pagi dalam ruangan Zikra di KL.fm. Ustaz tu bercerita tentang pendidikan anak-anak. Ustaz banyak memberi contoh imam-imam dan para ulama' Islam yang tersohor seperti Ibn Sina, Imam Nawawi, Imam Shafie, Al-Asfahani dan ramai lagi yang telah berjaya menghafal Al-Qur'an pada usia yang sangat muda, iaitu sebelum baligh, malah ada yang masih kanak-kanak tetapi berjaya menjadi al-hafiz.Ustaz menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun pada zaman khalifah Al-Makmum, telah berjaya menghafal Al-Qur'an dan diminta mempersembahkan bacaan di hadapan khalifah. Apabila selesai saja bacaan, kanak-kanak tersebut menangis kerana lapar...itu menunjukkan fitrah kanak-kanak.Intipati daripada tazkirah ini, ustaz menekankan bahawa imam-imam dan cerdik pandai Islam terdahulu telah berjaya dengan kejayaan yang sangat mengagumkan bermula dengan Al-Qur'an. Di zaman kita pula, kebinasaan kita bermula apabila kita menjauhi Al-Qur'an.Sungguh besar maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah, dan juga sebagai isteri dan ibu perlulah mengambil pengajaran dan panduan daripada kejayaan alim ulamak terdahulu agar dapat pula melahirkan generasi Al-Qur'an pada zaman ini.

Untuk diri ini:
~ peruntukkan masa walaupun sekejap untuk membaca Al-Qur'an setipa hari walaupun sekadar Al-Ma'thurat.

~ mula perkenalkan Sofiy dengan huruf Hijaiyyah-permulaan kepada pendidikan Al-Qur'an perlu lebih awal daripada pendidikan duniawi yang lain.