Oh, persoalan ni berlegar-legar di kepala saya sejak sekian lama. Hari ni nampaknya tak tertahan, nak diluahkan juga di sini. Ye, saya mengalami masalah lebih berat badan.

Masa sekolah menengah, badan saya memang berisi, pipi tembam, agaknya penangan nasi kawah asrama. Tapi masa tu saya tak ambil kisah pun. Janji hidupku bahagia dan gembira.


saya yang ada tali di leher

Masuk matriks, badan saya susut banyak. Mungkinkah sebab kurang makan akibat tak cukup duit? Boleh jadi juga. Masa tu saya makan apa-apa je dah boleh membuatkan saya kenyang. Tak perlu nasi setiap masa. Kalau masa duit dah kering hujung-hujung sem tu, saya bertahan dengan makan roti putih harga RM1 sebungkus, oat (bukan quaker oat), dan mi segera je. Apa yang penting, saya cuma makan pada waktu makan utama saja, sebab jadual kelas saya sangat padat. 8-10pg, 11pg-1ptg, 2-4ptg, 5ptg-7mlm. Tiada snek, tiada makan rapu. Bajet la katakan. Ni je gambar yang ada dalam pc, masa ni hp kamera atau kamera digital tiada dalam angan-angan pun.


Tudung labuh, tak nampak kurus ke gemuk,kan. (Abaikan meja bersepah, satu meja kongsi 2 org)

Masuk U, saya rasa saya semakin slim (cewah...pemilihan perkataan tu agak kurang tepat kot). Berat lingkungan 47-48kg. Saya rajin jogging masa tu. Saya pilih waktu kelas yang tak pagi sangat dan tak petang sangat, jadi saya ada masa nak jongging 2 kali sehari. Pukul 7 pagi saya dah turun trek. Pukul 8 saya naik bilik, mandi, sarapan (sarapan roti atau biskut, buah kurma dan susu)  baru pergi kelas. Petang, dalam pukul 5.30 saya turun trek lagi. Dekat pukul 7 macam tu saya terus ke kafe. Saya tetap mengambil nasi, dengan sup. Nasi separuh kot masa tu. Saya memang tak tahan nak diet sejak dulu, saya akan stres kalau saya sekat makan saya.




Kalau nampak ada perempuan dalam kereta ni, bukan saya ye sebab kereta ni dah jual

Habis degree, saya terus sambung belajar lagi. Kali ni tak tinggal di asrama. Tiap-tiap pagi suami saya akan beli nasi lemak bungkus untuk saya. Saya ni jenis tak tolak rezeki.ehehe. Tanpa saya sedar, berat saya dah naik 49-50kg. Takde perkataan jogging lagi dalam jadual saya sebab saya kena keluar rumah sebelum pukul 7 pagi dan balik menjelang 10 malam. Teruk sangat ke belajar? Taklah, saya terpaksa ikut jadual suami saya, sebab saya ni takde lesen dan tak reti memandu.




Ogos 2008, saya mengandung. Maka bermulalah episod menaikkan berat badan sehingga menjadi terlampau-lampau berat. Doktor yang check up saya pun terkejut dengan pertambahan berat yang mendadak sampai 3-4 kg sebulan. Masa tu saya memang berselera sangat makan. Minum ais pulak tu sebab cuaca panas sangat + mengandung berganda-gandalah panasnya. Bayangkanlah saya boleh naik 20kg dalam masa 9 bulan tu. Sampaikan penyelia sendiri pun tak kenal saya.



Masa ni belum tau baby dah ada dalam perut


Hidung kembang semangkuk

Selepas habis berpantang, saya tak turun banyak. 14kg je. Baju-baju kurung dah boleh pakai, jeans tu kadang-kadang muat kadang ketat..agaknya turun naik berat saya.
Alamak, kenapa gambar ni takmau dok tengah..lantaklah

Selepas setahun menyusukan Sofiy, saya sedar badan saya semakin berisi semula. Cincin kawin dah kena bukak, rantai tangan dah ketat, berbekas di kulit. Kain baju kurung dah ketat di bahagian pinggul. Aiyaa..suami pun dah mula senyum-senyum mengejek, katanya saya dah bulat. Timbang-timbang rupanya betul la dah naik 2kg. Sekarang 58kg tau berat saya, dengan ketinggian saya ni..kira terlebih berat badan la. Macam mana ye, saya nak kembali ke berat dulu..48kg. Kena buang 10kg? Aduh! Masalahnya saya selalu lapar, dan saya kena kena kena jugak ambil nasi kalau tak saya jadi tak bermaya. Kes bahaya ni kan?
Wah, dah macam kronologi berat badan. Takpelah untuk kenang-kenangan. Kenapa ye muka setelah jadi ibu ni memang tak macam anak dara? Soalan jenis ape daa...
Bulan 6 nanti, bak kata Kak Fid , adalah musim mengawan,hehe. musim nikah kawin, kenduri kendara. Abang saya pun nak kahwinkan anak perempuan sulungnya. Jadi saya sebagai mak sedara bongsu ni nak jugalah bawak buah tangan untuk mempelai. Bila fikir bab hadiah ni, pening pulak kepala fikir nak bagi apa. Bajet tak besar, kalau bajet besar saya bagi je voucher bulan madu, tentu tersengih si pengantin. Setelah difikir-fikir saya rasa senarai di bawah ni bolehlah dipertimbangkan. Rasanya ok tak ye? Sekali lagi, bajet tak besar, sebab saya takde pendapatan. hee.

1. Cutlery set
    Saya rasa ni penting, dan mudah nak bawak. Saya taknak bagi barangan kaca, berat dan susah nak gendong masuk dewan nanti.

2. Buku resepi
    Biasanya pengantin terima banyak perkakas dapurkan. Tapi pengantin mudakan, baru habis belajar pulak tu, taktaulah skil memasak di tahap mana. Nanti barang dapur je banyak tapi tak diguna, apa nak dijamu suami dan mak mertua, betul tak? Saya rasa TTM mesti sokong hadiah ni..hihi..ataupun print je koleksi Dapur Malustica..boleh dapat keizinan tak?

3. CD, kaset atau buku-buku tentang rumanhtangga. Ala, PTS Publication banyak keluarkan buku-buku macam ni. Contohnya buku 'Aku Terima Nikahnya'.

4. Set barangan Tupperware
    Tapi taktau yang mana yang sesuai untuk kegunaan orang baru berumahtangga. Kalau untuk orang ada baby tau la. Amboi, mentang-mentanglah awak ada anak kecik kan.

5. Album gambar / bingkai gambar
   Saya suka album yang cantik-cantik tapi yang cantik tu kalau kurang dari RM 100 tak dapat. Mode:garu kepala.

6. Lesung batu
    Ada cadangan ni, tapi saya rasa tak praktikal nak angkut ke majlis kenduri.

7. Tuala
    Tuala yang ada tulis Selamat Pengantin Baru tu ok?Macam skema je.

Ada cadangan lain?
Hampir 13 bulan menyusukan Sofiy, secara umumnya saya dapat menyusukan Sofiy tanpa cabaran getir. Pada 6 bulan pertama terutamanya masa mula-mula masuk belajar lepas cuti berpantang, susu agak kurang meriah tapi masih mencukupi walaupun kadang-kadang kena mengepam sebelah malam(Saya mengepam sebelah malam bila ada masalah produksi susu je, biasanya malam saya tak pam. Saya sangat kagum dengan ibu-ibu yang maintain mengepam sebelah malam). Jumlah susu saya meningkat dari sehari ke sehari, dan alhamdulillah boleh teruskan penyusuan sampai hari ini.

Masalah yang saya hadapi sepanjang menyusukan Sofiy ni adalah nursing strike. Sofiy kalau demam, mesti tekaknya ada ulser. Bila dah sakit tekak tu, dia taknak menyusu baik secara langsung ataupun melalui botol. Doktor kata bila sakit tekak, dia tak boleh menghisap, sakit. Mujurlah masa dia mula-mula kena dulu, dia dah makan. Jadi taklah bergantung pada susu semata-mata. Pertama kali anak reject menyusu badan, saya rasa sedih semacam. Masa tu rasa sensitif sangat, rasa macam anak dah tak suka kita lah, rasa separuh diri tu hilang. Apatah lagi bila tengok Sofiy yang meragam, mengamuk sebab dia nak menyusu, tapi tak boleh. Kesian sangat.

Masa tu saya ingat lagi, saya akan cuba pujuk dia minum susu dengan sudu ataupun feeding cup tu setiap masa, sepanjang hari. Saya takut sangat dia dehidrated. Tengah-tengah malam dia merengek nak susu, masa tu baru saya tau betapa malasnya nak bangun panaskan susu dan kemudian nak suap pulak. Betapa senangnya kalau anak dapat menyusu langsung dari badan (Saya puji semangat dan kesabaran ibu-ibu yang fully pumping).

Syukur, Sofiy dijaga oleh pengasuh yang sabar dan ikhlas menjaga anak-anak. Mereka tak pernah mengeluh tiap-tiap kali kena bagi Sofiy minum susu guna cawan, sudu ataupun syringe. Malah macam baru ni, pengasuh lagi pandai pujuk Sofiy makan berbanding Umi dia. Baru- baru ni Sofiy demam lagi, muntah-muntah. Bila dia menyusu, dia akan buat muka macam nak muntah. Rupanya sakit tekak tu yang buat dia rasa nak muntah. Bila jumpa doktor, doktor check tengok banyaknya ulser dia. Doktor suruh saya tengok, saya rasa dekat 10 biji ulser tu putih-putih kat tekak dia. Huhu..memanglah sakit. Saya yang tengok nipun dah rasa sakit. Tak peliklah kalau dia macam fobia dengan makanan atau minuman. Nampak cawan atau mangkuk je dah meraung-raung. Lama jugak fobia dia nak menyusu tu nak hilang. Walaupun dah boleh makan nasi, tapi tiap-tiap kali nak nenen, kena perang dulu. Dia memang takkan mintak. Kalau offer je, dia akan pusingkan badan dan nangis. Jenuhlah paksa, letak betul-betul dalam mulut dia baru dia hisap. Sebenarnya dia nak menyusu, tapi dia takut kot sakit. Semalam baru nampak dia ok, tak takut dah. Laju je nganga bila offer. Agaknya baru dia yakin yang menyusu tu tak menyakitkan.

Saya harap Sofiy tak lah kena lagi ulser tu. Cuaca panas sekarang nikan, patutnya mandikan dia tiga kali sehari. Tapi kadang-kadang pagi tak sempat nak mandikan sebab dekat pukul 7 baru dia bangun. Kesian pun ade jugak, sejuk mandi pagi-pagi macam nak pergi sekolah pulak. Minum air masak, Sofiy ni ikut mood. Kadang-kadang sua pun taknak. Kadang-kadang banyak betul dia minum.


Ni budak yang demam baru ni



Boleh dapatkan info tentang nursing strike di bawah:




KNV, tajuk di atas adalah jawapan kepada soalan akak...huhu.

Alkisahnya pagi semalam saya dah pun bersiap-sedia, pukul 9.30 saya masuk pejabat. Saya nampak penilai / pembaca saya ada kat situ..tengah borak-borak dengan staf yang incharge bahagian siswazah. Saya fikir, awalnya dr. ni datang. Jadualnya viva saya pukul 10. Waktu tu sedang berlangsung sesi viva kawan saya. Bila saya pandang dia, dia pandang saya balik macam takde apa-apa pun. Saya hairan juga, takde pulak pandangan "kita jumpa sebentar lagi" di mata dia. Tapi saya buat taktau sajalah, gemuruh pun dah mula datang. Tak lama, staf tu datang dan suruh saya tunggu depan bilik mesyuarat sebab kawan saya dah nak habis dah viva.

Masa tunggu tu, pintu bilik tu renggang sikit. Saya dapat dengarlah sesi soal jawab kat dalam. Kawan saya tu dinilai oleh penyelia saya. Tapi bila saya dengar kawan saya tu teruk kena hentam dengan penyelia saya ni, dan dan tu jugak nervous saya jadi dua kali ganda. Bukan takutkan penilai, jadi takut dengan penyelia sendiri pulak. Apa punya perasaan daa...Padahal dah tentu penyelia akan berpihak pada kita,kan. Teruk betul perasaan tu..walaupun saya tau penyelia saya kalau komen memang macam tu..selama ni dah masak dah dengan komen-komen dia.

Nervous punya pasal, saya pergi minum dulu. Balik tu, saya dengar penyelia saya tu tengah cakap di telefon, dengan siapa saya tak pasti, tapi dia bagitau dia ada di pejabat sekarang. Tak lama kawan saya dan sidang viva dia pun semua keluar. Saya dah makin nervous..tau sebab apa saya nervous? Sebab baru saya perasan yang saya dah lamaaaa tak buat pembentangan. Akhir sekali saya membentang di depan kelas masa saya dah sarat mengandungkan Sofiy dulu. Sekarang Sofiy dah setahun tau. Haa...rupanya dah setahun lebih saya tak bercakap di depan khalayak. Mesti gagap-gagap nanti.

Kemudian penyelia saya datang, dan cakap macam ni " Saya rasa Dr. X tak baca lagi tesis awak." Saya jadi pelik pulak dengar. Saya balas " Tadi saya nampak dia." " Ha, ye la saya sembang dengan dia tadi, bunyi-bunyinya macam dia tak baca lagi. Macam dia taktau pun.". Aik, apa yang berlaku ni? Kemudian Dr. X tu masuk. "I tak tau menau apa-apa pun? Tesisnya mana, tak sampai ke tangan I pun?" Saya taktaulah muka saya macam mana masa tu. Muka orang terkejut campur terpinga-pinga.

 Staf tadi datang, ketua program pun datang. Staf tu beria-ia cakap dia dah hantar by hand tesis tu, tapi by hand dia pun bukanlah direct, dia suruh staf seorang lagi. Ketua program marah dia, sebab sepatutnya bila penilai dah bagi gred selepas baca tesis, baru boleh dipanggil viva. Skearang ni sah-sah lah gred tu belum ada tapi dia dah atur tarikh viva. Penyelia saya pun marah dia juga, sebab staf ni asyik kata dia hantar by hand, padahal bukan dia hantar sendiri. Kata penyelia "Mujurlah budak ni duduk dekat-dekat sini je, kalau kata dia datang dari Sabah semata-mata untuk viva ni, macam mana?" hoho. Marah sungguh penyelia saya. Semua org cakap "Kesian kat dia." Ketua program datang kat saya, dan mintak maaf bagi pihak jabatan. Viva terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang lain. Walaupun Dr. X kata boleh je kalau nak teruskan, tapi penyelia dan ketua program tak setuju, penilai mesti baca dulu tesis tu. Kemusykilannya, tesis tu di mana sekarang ni?

Bila dah reda semua, barulah seorang lagi staf bukak mulut. " Akak malas nak masuk campur tadi. Akaklah yang hantar sendiri ke tangan Dr. X tesis tu, dalam anvelope siap surat, borang dan cop semua sekali". Mendengar tu, apalagi melompatlah staf yang kena marah tadi tu. Yelah, dia dah kena marah kaw kaw kan. Diheretnya tangan akak tu pergi bilik Dr. X. Saya cuma senyum je. Lega sebenarnya, sebab saya betul-betul nervous dan rasa tak bersedia tadi. Tengahari tu saya dapat tau memang tesis tu ada atas meja Dr. X, cuma mungkin sebab dalam envelope, dia terlepas pandang.

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hebatnya percaturan yang Allah buat. Tentu ada hikmahnya. Saya harap saya dapat perbaiki kemahiran saya menyampaikan pembentangan nanti.

Nota: Sofiy dah tak demam, tapi ulcer di tekak belum sembuh. Sian anak umi.
HARI INI, 19 MEI 2010, SAYA PENAT...TERKEJUT CAMPUR LEGA..NGANTUK. TAK SEMPAT NAK CORET HARI NI, TAPI NAK JUGAK POST ENTRY PADA TARIKH NI.
 Esok saya kena viva tesis, pukul 10 pagi. Semalam Sofiy demam, muntah-muntah maka umi kena ambik dia kat rumah bs. Hari ni seharian di hospital appointment Sofiy. Oh, saya letih. Moga-moga Allah permudahkan pembentangan saya esok, amin.

Sekian dulu, tengah pam susu ni. Sofiy kena ulser di tekak, takmo menyusu direct. adoila.
Saya baru buka akaun facebook semalam. (Sebelum ni saja taknak bukak sebab nak tumpu pada tesis la konon) Jadi hari ni saya merayau-rayau la mencari kenalan lama. Terjumpalah berita seorang junior sekolah dulu yang telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Arwah ada akaun fb, dan saya boleh masuk dan tengok semua gambar-gambar dan post beliau.

Terfikir sejenak saya, apa jadi dengan akaun-akaun internet saya macam emel, blog, friendster, fb dll bila saya meninggal dunia nanti? Mungkin bagi kes junior saya ni, keluarga atau kawan rapatnya tak tahu password, jadi terpaksalah dibiarkan saja fb tu begitu. Macam saya ni, emak saya dah tentu tak tahu menahu, suami saya pun tak ambik port tentang kehidupan alam maya ni. Jadi saya rasa ada baiknya kita bagi password pada orang yang kita percayai..kalau berlaku masa kecederaan, taklah terkontang-kanting. Buat pulak kalau ada isi blog ke ape ke yang kurang enak dibaca (mengata dan mengutuk misalnya). Takpun buatlah surat wasiat siap-siap, kerana ajal itu tidak mengenal usia. Peringatan untuk diri saya ni jangan nak "panas-panas" selalu.hee.
Tapi saya sedang makan waffle rasa apa entah. Adik yang selalu jual waffle kat wisma bawah ni bercuti, tapi gerainya bukak, orang lain jaga. Saya pun pergilah order, petang-petang ni rasa nak makan pulak. Saya suka waffle coklat campur blueberry. Saya pun order, adik tu kata ok dan angguk. Saya pun pergi kedai runcit sebelah tu. Bila saya pergi semula kat gerai tu, tengok waffle masih dalam acuan dia. Saya pun tunggu. Ada 5 minit saya melangut depan tu baru la dia tanya.

Akak ye yang order blueberry chocolate tadi? Coklat dah habislah kak.

Masa tu saya dah rasa panas dah muka ni. Kalau dah habis, kenapa tadi tak cakap masa saya order, kan.

Tadi kenapa tak cakap?

Dia diam je. Saya tengok-tengok bekas-bekas tu, ada peanut, ada macam butter. Saya pun tanya la..

Yang tu apa? (tunjuk pada bekas butter/ planta)

Adik tu boleh gelak-gelak...

Ni planta la kak.

Amboi? bukan aku yang meniaga sini, mana aku tau tu benda apa,kan. Tengok peanut pun dah habis. Ada blueberry, strawberry dan planta tu je. Saya pun bebel lagi la.

Peanut pun habis. Tadi awak tak cakap masa saya order. Bubuhlah semua sekali. (Boleh je saya nak cancel order tu, tapi kesian pulak tepungnya dah masak).

Saya dah bengang, dan malas dah nak pandang muka adik tu. Lepas bayar saya terus naik ofis. Tengok-tengok rupa waffle tu memang la menyakitkan hati. Lain sangat-sangat dengan yang tauke gerai tu biasa masak. Pucat lesi. Dahla dia letak blueberry saja, sikit pulak tu. Kalau tauke dulu, dia letak sampai meleleh-leleh. Nak tengok?



dah makan sikit tu.

Cuba tengok yang saya google ni..lainkan?


Saya menulis ni dengan hati yang membara.

Saya tak suka didesak. Apatah lagi kalau yang mendesak tu adalah orang yang tak berhak pun mendesak. Walaupun saya boleh berfikiran positif, mungkin orang tu sibuk mendesak sebagai peringatan pada saya, tapi saya tak suka! Dah saya tak suka nak buat macam mana,kan. Tugas saya, kerja saya, taulah saya selesaikan. Saya nak mula lambat ke, cepat ke, ikut suka sayalah. Kenapa orang lain nak sibuk-sibuk? Kalau sesekali ingatkan ok la, saya tak kisah pun. Tapi kalau tiap-tiap hari, dalam sehari berkali-kali pulak tanya itu je, muak la! Macamlah awak tu bagus sangat. Bos pun tak bising, dia pulak sibuk. Menyibuk! Kalau saya bengang saya tak akan buat langsung tahu?
Tahniah buat pasukan badminton negara atas kemenangan semalam. Walaupun ada yang kecundang walaupun telah mengheret lawan ke set yang ketiga, tapi tak apa...janji kita melangkah ke separuh akhir. Buat Fairuz, semoga dapat belajar atas kesilapan, semangat kesukanan perlu tinggi untuk berjaya.

Saya cuma dapat tengok 2 perlawanan je semalam, itupun tak dapat tengok penuh. Maklum sajalah tuntutan 'kerja rumah'. Tapi saya ikuti jugaklah. Semoga dapat ikat Piala Thomas tu di sini, jgn bagi orang lain bawak balik k. Fighting!
Saya nak berkongsi sikit ilmu yang saya dapat, tadi tergerak nak dengar kuliah online di http://www.albarakah.com/ yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Kazim Elias masa mengaji kitab Bahrul Mazi.

Saya ringkaskan je lah ye intipatinya:

QUNUT

Qunut dalam solat ini telahpun diamalkan oleh Rasulullah sendiri, berdasarkan Hadith hasan lagi sahih yang diriwayatkan oleh Al-Barra' bin 'Azid. Rasulullah melakukan qunut pada solat Subuh dan Maghrib.

Imam 4 mazhab, cuma Imam Shafie dan Maliki sahaja yang berpegang pada bacaan qunut ini, manakala Imam Hambali dan Hanafi tak mengamalkan qunut ini melainkan berlakunya bala. Sebab itulah di Mekah tak ada qunut, sebab di sana mereka berpegang pada mazhab Hambali.

Hambali dan Hanafi- apabila berlakunya bala seperti kemarau, gempa bumi, musuh dan sebagainya.
Shafie dan Maliki- sunat membaca qunut di dalam solat Subuh setiap hari, selama-lamanya sehingga kiamat.
                            - sunat membaca qunut di dalam solat fardhu yang lain termasuk solat Jumaat sekiranya berlaku bala seperti musuh, kemarau, hujan tanpa henti, H1N1, kemalangan, sakit, gangguan jin dan syaitan dan sebagainya.

Apabila melalukan qunut, tidak perlu diraupkan tangan ke muka apabila selesai qunut. Perbuatan meraup ke muka tidak termasuk dalam sunat qunut, maka jika dilakukan, tidak diperolehi pahala sunat tersebut.

Nota: Membaca qunut setiap pagi ini sememangnya tidak bermula pada zaman Rasulullah, sebaliknya bermula pada zaman khalifah, iaitu Saidina Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun Imam Shafie telah memberi satu dalil 'hendaklah ikut sunnah-sunnah sahabat Nabi dengn gigi geraham (berpegang dgn kuat). Maka tidaklah salah kita mengamalkan bacaan qunut dan ia bukan bidaah.

BERSIN

Hukum menjawab bersin di dalam solat.

Berlaku satu kejadian, diriwayatkan oleh Rifa'ah bin Rabi' bin Afrad. Beliau telah solat di belakang Nabi, lalu terbersin dan beliau berkata ALHAMDULILLAHI HAMDAN KATHIRAN TOYYIBAN MUBARAKAN FIIHI KAMA YUHIBBU RABBUNA WA YARDHO.

Maka selesai solat Rasulullah pun bertanya, siapakah yang bercakap di dalam solat? Tiada siapa yang menjawab. Rasulullah bertanya lagi, tiada lagi jawapan, kerana masing-masing takut. Rasulullah bertanya lagi buat kali ketiga, dan Rifa'ah menjawab, 'Saya yang bercakap, ya Rasulullah'. Rasullah bertanya apa yang beliau cakapkan, lalu Rifa'ah membaca apa yang diucapkan, lalu Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya demi Tuhan yang diriku di bawah kudrat Tuhan, telah berlumba-lumba akan ucapan bersin tadi lebih 30 malaikat, berebut hendak membawa malaikat itu untuk disampaikan kepada Allah S.W.T.

Melalui hadith ini, maka menjawab bersin di dalam solat itu adalah dibenarkan, berdasarkan pendapat-pendapat di bawah:

Sesetengah ulama: solat sunat - boleh jawab di mulut
                              solat fardhu - boleh jawab tetapi di dalam hati

Shafie: boleh jawab tetapi suara tidak dinyaringkan.

Ibnu Umar: boleh jawab dengan suara yang kuat, tetapi Imam Nawawi kata pendapat pertama itu ebih jelas.

Kesimpulan: Imam Shafie -solat fardhu: jawab dalam hati
                                           solat sunat : jawab dengan suara perlahan dan niat sebagai zikir.
Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapka SELAMAT HARI IBU, terutama buat bonda tercinta Halimah Husin, semoga mak sihat-sihat sentiasa. Tunggu hadiah yang mai order dari Bandung sampai ye mak.hehe. Seterusnya ucapan hari ibu ini ditujukan buat semuaaaaa ibu-ibu di dunia ini. Sabar dan bergembiralah dalam membesar dan mendidik anak-anak kita.

Sebenarnya, kita ibu bapa ni lah idola anak-anak kita sejak mereka dilahirkan (kecuali bukan ibu bapa yang jaga). Setiap perbuatan, perkataan, lenggok percakapan malah body language ibu bapa pun ditiru oleh anak-anak. Saya pernah lihat anak saudara saya (anak sepupu) yang berumur lingkungan 9 tahun masa tu, sedang memarahi adiknya yang berumur 6 tahun. Pemilihan perkataan, rentak dan nada serta serta gayanya sebijik macam abah dia marahkan anak-anak. Saya juga pernah terkagum dengan seorang lagi anak saudara yang sangat petah bercakap, bercakap pulak macam orang dewasa, siap dengan dialek Mandailing lagi. Bila difikir-fikirkan, tak pelik sebenarnya sebab emak dan ayahnya bercakap begitu. Di rumah dan jiran-jiran pulak tak ada budak-budak kecil sebayanya. Dia pun belum ke tadika. Dari situlah dah jelas, setiap perbuatan kita sebagai ibu bapa ni tak pernah gagal ditiru oleh anak-anak kita. Sebab apa? sebab kitalah idola mereka. Tapi sampai bila? Kebanyakan yang terjadi, sampai satu tahap, anak-anak dah mula mengubah idola mereka, kawan-kawan, artis dan sebagainya. Itulah yang kalau boleh kita elakkan. Biarlah mereka mengagumi insan-insan yang lebih mulia, seperti Rasulullah, dan para cendekiawan Islam contohnya.

Saya kadang-kadang termenung sekejap. Berfikir mampukah saya mendidik anak-anak saya menjadi insan berkualiti? sebab saya tau dan kenal diri saya ni tak sebagus mana, malah banyak kurang di sana sini. Tapi saya tetap berkeinginan anak saya menjadi insan yang jauh lebih baik daripada saya, duniawi dan ukhrawi. Jadi macam mana? Pensyarah saya pernah cakap dalam kelas, katanya sebagai ibu bapa, nak tak nak kita mesti lebih daripada anak-anak. Maksud lebih di sini, contohnya dalam konteks anak dah remaja, kita ibu bapa ni kena sama-sama masuk dalam dunia remaja. Kalau anak-anak dah kenal gajet teknologi yang canggih-canggih, ibu bapa ni sekurang-kurangnya kena tahu. Jadi takdelah kena kelentong dengan anak-anak. Kalau bab pelajaran pun sama, jangan sampai anak tanya dan kita jawab 'mama tak tahu lah'. Katanya lagi, walaupun kita tak tahu, ambil inisiatif untuk mengetahuinya. Ajak anak sama-sama cari, buat rujukan sampailah kita dapat tau jawapannya.

Mendengar tu, saya jadi gerun pun ada. Kalau anak saya jadi doktor, adakah saya pun kena tahu semua ilmu kedoktoran? Kalau anak saya jadi ahli tahfiz, adakah saya kena menghafal satu Qur'an juga? Kalau anak saya belajar tinggi-tinggi dan pandai dalam bidang-bidang yang saya kurang pandai (contohnya Matematik yang SPM dulu saya sekadar kredit), macam mana ye?

Bercakap dalam konteks seorang ibu, mungkin saya boleh challenge diri saya untuk tau serba sedikit tentang ilmu-ilmu tersebut,kan. Mengambil contoh seorang lagi pensyarah, anaknya sekarang perlu belajar bahasa Arab, maka pensyarah nipun belajar juga bahasa Arab sedikit sebanyak, kadang-kadang belajar daripada anak tu sendiri.

Tapi dalam konteks seorang anak pulak, kenalah didik anak untuk menghormati ibu bapa, walaupun ibu bapa tak sepandai anak-anak, tetapi kerana usaha ibu bapa inilah anak-anak boleh menjadi pandai. Jangan pula dipandang rendah atau diketawakan ibu bapa sekiranya anak-anak dah pandai cakap orang putih berabuk, ibu bapa pula tak faham atau sebut tak betul.

Hmm..anak saya masih kecil, belum pun pandai bercakap. Tapi saya tahu masa berlalu sangat pantas, sedar-sedar nanti dia dah pandai berpidato agaknya. Sempena hari ibu ni, marilah kita sama-sama jadi idola yang terbaik untuk anak-anak kita , ye.

Si kecik saya sedang meniru..gambar goyang sebab dia dok angkat takbir laju-laju.




Alah..hantar untuk pemeriksaan je pun, belum viva lagi. Apepun sebuku, eh rasanya sebuku tak sesuai..setimbun beban dah rasa jatuh dari kepala, bahu dan tangan ni. Saya berjaya jugak hantar draf untuk pemeriksaan. Tapi saya rasa agak ralat sebab saya tak hantar pada En. S, yang selama ni kerapkali bertanya tentang tesis saya. " Bila nak hantar tesis? Esok?" Begitulah lebih kurang dialog biasa En. S. Apeppun, saya doakan En.S cepat sembuh.

Rasa nak tampal la gambar tesis yang dah fotostat tadi...yang dah buat saya nangis-nangis malam tadi.
Draf tesis sebanyak 4 salinan

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya dah lama saya sediakan habuan atau reward untuk diri saya sendiri apabila saya berjaya hantar tesis. Kononnya nak bagi galakan untuk diri sendiri la..tapi tak menjadi pon!
Tapi hari ni saya berhak la untuk mendapatkan reward tersebut yang berupa:

Novel-novel yang nampak menarik.Huh, tebalnya kalah kitab fonologi saya.

cd drama lama yg saya beli dgn harga RM5.

CD drama korea yg tersilap beli

Saya harap saya ada masa lapang yang benar-benar lapang untuk meraikan reward ini.huhu. Rindu zaman belajar dulu-dulu boleh habiskan masa sepanjang hari malah berhari-hari melayan novel atau drama korea. (siap ada servis sewa cd dan sewa novel kat kolej). Umpama terapi dapat melayan dengan sepenuh perasaan.  
Sudah tiga hari berturut-turut saya tak cukup tidur, kalau tidur pun tak berkualiti langsung. Apalagi kalau bukan penangan tesis itu. Saya cuma tinggal nak edit dan make up kali terakhir sebelum hantar untuk pemeriksaan, tapi Allah saja yang tau betapa penat, sakit dan tertekannya saya. Leceh sungguh.

Belakang saya dah rasa macam nak patah, mata saya dah semakin kabur rasanya..macam bertahi mata je. Tangan pun dah rasa kebas, bahu, leher semuanya sakit.Dapat tidur 2 jam pagi tadi, saya tuam dengan beg panas a.k.a tungku moden, legalah sikit. Malam tadi saya ingat nak siapkan pindah ke pdf terus supaya senang bila print nanti rajah tak lari-lari, tapi saya surrender juga akhirnya, sebab dah rasa macam nak pitam, nak muntah semua ada. Ada lagi dua perkara belum selesai, senarai tablo dan isi kandungan. Hmm..saya pelik juga kenapa bila saat-saat macam ni, microsoft word pun buat perangai.Macam-macam masalah. Jadual jadi bertindih la, muka surat taknak keluar la, file jadi read only la..macam-macam. Memang menguji kesabaran.

Oklah, nak sarapan dan siapkan yang sikit lagi tu, kemudian nak pergi print dan fotokopi sebanyak 3 salinan, hantar pada pegawai bertugas dan SAYA NAK BALIK RUMAH! TIDO! Tapi...pukul berapa agaknya selesai segala urusan ni ye?

Bicara umi: Kesian anak umi dah beberapa malam tidurnya umi tak temankan.Cuma nenenkan saja.huhu. Takpe, hujung minggu ni kita main gomol-gomol, kejar-kejar ye sayang....