Saya tengok video ni dalam blog seorang kawan yang sedang belajar di Mansourah, Mesir.

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis.



Bila saya tengok wanita ini tak dapat membendung tangisnya apabila diajukan soalan tersebut, saya rasa sayu, ada perasaan yang tak dapat digambarkan, tegak bulu roma. Betapa beliau mencintai baginda, dan masih mengamalkan sunnah baginda.

Kita bagaimana?

Nota: Saya tak faham semua apa yang dibicarakan, tapi mesejnya sampai.
Ini sekadar pandangan pertama saya selepas pergi temuduga Jumaat lepas. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman jadi editor dan rasa kenyataan saya tu salah, tolong betulkan ye.

Temuduga tu, macam yang saya pernah cakap...saya akan tolak sekalipun diterima bekerja di situ. Pertama, masalah pengangkutan. Saya boleh gerak dari rumah dengan suami, kemudian naik tren. Tapi daripada tren nak ke syarikat tu, takde pengangkutan awam selain teksi. Kopaklah kalau nak naik teksi tiap-tiap hari, yang caj kita sampai dekat sepuluh ringgit sekali lalu. Belum pergi balik lagi tu. Nak jalan kaki, tak terdaya kot, agak jauh jugak.

Kedua, masalah waktu bekerja. Kat situ biasanya ada OT sampai pukul 6 atau 7.Hari Sabtu memang kena kerja separuh hari. Saya ni bukanlah memilih dan nak kerja senang je, tapi komitmen terhadap keluarga terutamanya anak buat saya rasa susah nak terima kerja ni. Anak saya sekarang pun dah duduk lama dengan pengasuh, dari 7pagi sampai 7malam. Anak sayalah yang paling lama dok situ berbanding kawan-kawannya yang lain. Ada yang anak cikgu, separuh hari je la. Kalau ibu bapa kerja lain pun, dihantar ikut waktu pejabat 8-5.Jadi saya rasa amat tak patutlah kalau saya ambik lebih lewat lagi. Hari Sabtu, pengasuh memang cuti, ye lah mereka pun ada keluarga sendiri. Kalau saya nak juga kerja hari Sabtu, maka anak saya kenalah pindah ke nursery. Itulah yang paling saya tak tahan, dan rasa tak sampai hati nak tukar-tukar pengasuh ni. Sofiy sekarang tengah takut kat orang sangat-sangat sampaikan kalau orang yang tak kenal tegur diapun dia melalak, inikan pulak tempat baru, orang baru. Ish, tak dapat nak bayangkan.Lagipun pengasuh sekarang ni dah sayang sangat kat dia, dan jaga dia dengan baik. Anak-anak pengasuh pun rajin melayan dia main, kesian dia kalau hilang kawan.

Ketiga, suasana bekerja. Inilah yang saya maksudkan bosan tu. Masa saya sampai kat syarikat tu, saya agak pelik sebenarnya sebab lampu depan tutup. Pintu kunci. Saya fikir belum habis waktu lunch kot, sebab hari Jumaat. Tapi dah tepat pukul3, tak ada seorang pun yang masuk, saya rasa tak munasabah la. Saya pergi lagi ke pintu, tengok-tengok ada loceng kat tepi. Saya tekan loceng, barulah ada orang keluar dan bukakan pintu. Oh...penjimatan elektrik. Saya pun bagitau tujuan saya datang dan nak jumpa siapa, saya disuruh naik ke tingkat 2. Masuk dalam pejabat aras tu, sunyi dan sepi. Eh, takde orang ke. Jenguk-jenguk..oh ramai je. Ada seorang amoi yang melayan saya, dia bagi saya borang untuk diisi. Kemudian, saya diminta jumpa ketua editor. Sembang-sembang macam biasalah, sesi temuduga. Dalam sembang-sembang tu barulah saya tahu kenapa pejabat tu sunyi sangat. Rupa-rupanya memang peraturan di situ macam tu. Tak dibenarkan berbual ke, bertanya kawan ke. Buat kerja masing-masing saja. Saya perhatikan lagi..hmm..atas meja masing-masing cuma ada manuskrip dan kertas-kertas. Tak ada komputer. Penyuntingan dibuat atas manuskrip saja, segala pembetulan pada softcopy akan dibuat di jabatan lain.Oooooo...(panjang O di sini..dalam kepala fikir habis takde internet la ni, pc pun takde.hahaha)

Saya diberi satu ujian bertulis. Masa buat ujian tu, saya disuruh duduk di salah sebuah meja bersama-sama editor yang lain. Konon-konon nak feel suasana kerja la. Saya cubalah senyum kat orang depan dan orang sebelah. Senyum saya tak berbalas pun. Yang amoi pun sama, yang si gadis Melayu pun sama. Muka masing-masing nampak tension bebenor. Ada yang garu-garu kepala, ada yang dok belek-belek jari..adeii...guwe tak tahanla kalau macam ni..mati kebosanan la jawabnya. Kot tak sempat confirm saya dah cabit lari.
Kenapa saya cakap begitu?

Sebab...saya rasa lega bila saya boleh memilih untuk menolak pekerjaan itu andai ditawarkan. Pelikkan? Orang berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri nak dapat kerja, saya pulak belum ditawarkan dah terfikir untuk menolak tawaran.

Saya dipanggil temuduga esok. Jawatan editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku sekolah, pemiliknya berbangsa Cina. Selepas dapat panggilan untuk hadir temuduga, saya mula tak senang duduk, kepala sarat dengan bermacam-macam kerisauan.Berbelah-bahagi, resah dan gelisah. Rasa berat hati. Ala..belum temuduga kenapa nak kecoh,kan? Macamlah dah tentu awak diterima. Ya, saya tau. Coursemate saya juga menjadi pesaing saya untuk jawatan tu. Dan dia ada pengalaman lebih daripada saya, malah dia tiada komitmen keluarga macam saya sebab dia single mingle lagi.Kalau hanya ada satu kekosongan, secara logiknya dia lebih layak...dan sebenarnya saya mendoakan dia yang diterima, bukan saya.Huh! Kalau taknak,kenapa mintak?

Masa mohon tu, saya rasa saya nak cepat dapat kerja, seiring dengan kawan-kawan yang lain. Saya risau kalau saya kehabisan duit poket nak buat belanja..hihi. Tapi bila dah dipanggil temuduga, saya rasa saya belum nak kerja lagi. Banyak lagi yang saya nak buat sebelum terikat dengan komitmen kerja, antaranya nak cuba resepi KNV, TTM, CIB yang ada BM baru, Hana di Jepang dan kawan-kawan lain.hehe. Saya nak qadha balik masa yang saya habiskan untuk buat tesis dulu, saya nak ajar Sofiy Alif Ba Ta, ABC, 123. Saya nak iron baju-baju suami sebab sejak kelahiran Sofiy abg sayang saya tu iron baju sendiri sampailah sekarang.Saya nak belajar memandu, ambik lesen. Patah kaki tau kalau semua harapkan suami je. Dan saya ada artikel yang belum siap ditulis(ni yg buat semakin serabut kepala otak).Aduhhhh.....

Akhirnya saya pun berbincang-bincang dengan suami, dan suami saya kata tak kisah kalau saya tak kerja lagi pun. Fuh...lega!!!Jadi esok saya akan pergi juga temuduga, untuk test market, eh, cari pengalaman.Ambik mood orang kata.hahaha.Lega rasanya hati nak pegi temuduga jawatan yang akan ditolak jika ditawarkan.(Tengok-tengok nanti ada yang terima pulak, haru!)


Maaf,gambar kabur

Nak buat review sikit tentang novel ni. Saya baru je khatam novel tulisan Salina Ibrahim ni. Macam biasa, novel daripada beliau adalah bersifat Islamik, dan novel ni memang pun di bawah novel Islamik.

Saya suka bahasa penulis, terutama kata kerja yang digunakan adalah pelbagai. Pemilihan perkataan yang unik menyebabkan ayat tidak nampak kaku dan perlakuan watak jadi hidup. Dari sudut plot, saya rasa ada sedikit kekurangan pada watak Dr. Budi. Pembaca tidak mengenali Dr. Budi dengan lebih dekat, sebaliknya pembaca lebih mengenali Alif Hussein.

Objektif penulis sampai pada saya. Penulis mampu membuatkan pembaca merasai ketenangan yang dibayangkan oleh penulis. Tapi lebih cantik lagi sekiranya penulis mengurangkan sedikit pengulangan perkataan atau perbualan-perbualan tentang ketenangan yang dirasanyai, tetapi menggambarkan ketenangan itu secara tidak langsung.

Novel ini saya sarankan kepada sesiapa yang ingin membersihkan hati dan lebih ikhlas dalam kehidupan. Sesiapa yang inginkan kaya jiwa melebihi kaya harta.
Pagi tadi kawan saya datang dengan berita yang membuatkan dada saya rasa nak pecah. Ya, saya marah! Tak ada hati dan perasaan, lebih tepat lagi, zalim!

Ini kisah lanjutan daripada cerita saya tentang kezaliman manusia dalam entri minggu lepas. Hari Jumaat, monyet yang terperangkap dah bertambah jadi empat ekor. Di luar pulak banyak monyet berkeliaran, berkejar-kejaran entah main entah bergaduh saya tak pasti. Tapi kehadiran yang di luar tu menghalang saya memberi monyet yang terperangkap tu makanan atau air. Kesian. Saya berharap cuti hujung minggu akan ada orang yang datang mengambil monyet-monyet tersebut. Tapi apa yang terjadi? Cuba tengok, ada seekor monyet dah mati. Saya rasa monyet yang laing awal masuk perangkap, yang masuk hari Selasa tu. Kesiannya.



Gambar di bawah ni lebih jelas, tengok yang terbaring tu...



Saya tak tahan lagi! Saya call pihak yang berkenaan, kali ni terus, tak melalui pejabat am pun. Saya cakap seringkas yang boleh, kalau lama-lama cakap mau saya sumpah seranah mereka nanti. Kemudian saya ke library, tak sanggup nak tengok. Balik dari library, saya terserempak dengan seorang pensyarah. Dia cerita tentang kedatangan orang-orang yang perangkap monyet tu. Boleh mereka cakap monyet tu mati sebab bergaduh? Tengkorak dia! Monyet tu mati kelapara, kehausan. Lepas tu, dalam banyak-banyak monyet yang terperangkap tu, ada seekor ibu monyet yang ada anak kecil. Dia selalu dukung anak dia. Masa dah terperangkap pun, dia selalu peluk anak dia walaupun anak dia di luar kandang. Tadi masa diorang datang, anak monyet tu lari, dan diorang bawa emaknya. Katanya nak dicampak ke Sg. Tekala, hutan yang bukan dekat dari sini. Kesiannya...sedihnya saya. Apalah nasib anak monyet tu? Di mana dia nak menyusu? Macam mana dia nak makan? Dia dibuli tak dek monyet-monyet yang lain? Saya sedih sangat..sayu sangat. kejamnya manusia..
Bismillahirrahmanirrahim.

Saya agak terlewat mengetuk keyboard untuk tujuan membodek tuan punya Casa Arina atas alasan masa.hehehe.Takdela,saya cuma akan menulis dan meluahkan rasa hati yang benar-benar tulus lagi mulus sahaja, tiada unsur bodek membodek.

Kenapa saya SUKA baca Casa Arina? Walaupun tajuk karangan ini telah saya ubah dengan satu perkataan tambahan, saya harap tidak dikategorikan sebagai terkeluar daripada tajuk,ye.

Saya kurang memori siapakah yang menjodohkan saya dengan Casa Arina, tetapi saya memang selalu nampak nama KNV dalam blog-blog yang saya kunjungi. Namun demikian, saya tak pernah tertarik untuk menerjah ke villa yang diberi nama Casa Arina ini kerana saya tahu tuan rumah tersebut adalah sangat vogue, tinggal di Birmingham lagi tu. Maka saya rasa saya tak layak bertemankan si empunya blog yang vogue kerana saya ni selekeh lagi tak bergaya. Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Saya terketuk pintu rumah yang tersergam indah, kerana saya ditunjuk arah oleh satu entri keibubapaan di mana tuan rumah telah memaparkan semula coretan Abu Saif. Tulus ikhlas dari hati, saya agak terkejut kerana ada entri sebegitu di dalam Casa Arina. Rupa-rupanya telahan saya selama ini meleset, menyimpang malah salah sama sekali. Oh, maafkan saya wahai kakak yang mesra disapa dengan nama KNV. Kunjungan pertama menyebabkan saya sentiasa datang bertandang, tetapi sebagai tetamu yang mengintai-intai saja, tidak berani lagi menyapa tuan rumah. Lama-kelamaan saya sudah semakin berani merasa makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, siap ambil resepi dan cuba pulak di rumah. Tak cukup dengan itu, saya panjang-panjangkan resepi kepada kakak dan kawan-kawan saya yang lain. Saya memang suka dengan resepi M hasil air tangan beliau.

Apabila saya mula beramah-mesra dengan empunya rumah, saya diterima baik. Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang kawan di dunia ini. Walaupun alam maya, tapi masih di dunia yang satu inikan? Sudah menjadi rutin pula saya ke Casa Arina setiap hari, kecuali hari-hari yang saya tiada sambungan internet ataupun terlalu dicemburui masa. Saya baca Casa Arina kerana empunyanya, seadanya dia,sama seperti coretannya, sebagaimana dia menerima saya seadanya saya. Kerana sepanjang hidup saya yang baru nak melepasi suku abad ini, jika kita terima seseorang itu seadanya, maka hubungan itu akan berkekalan insyaAllah.
Selamat pagi..dan selamat menempuh minggu yang baru. Ni nak cerita kisah hari Jumaat lepas.

Saya ke JPN. Sehari sebelum tu saya perasan kad-kad yang tersusun dalam purse macam ada yang kurang. Bila diteliti, rupanya Mykid Sofiy dah takde. Saya agak terkeluar daripada poket kad-kad tu dan tercicir. Ya, saya memang suka berjalan pegang purse di tangan. Benda dah nak jadi, saya tak rasa saya salah, sebab keciciran tu bukan kecuaian saya. Jadi hari Jumaat pagi-pagi lagi saya dah ke JPN ditemani kawan-kawan saya Iza dan Ju. Mujur datang awal, tak la lama menunggu. Mykid tu akan siap dalam temph 2 bulan. Lamanya...bukannya ada gambar pun. Tapi takpela, mungkin Mykid tak sepenting Mykad kot. Surat beranak kan ada.

Selesai urusan di JPN, kami sarapan roti canai. Lama rasanya tak makan roti canai, macam tak cukup sekeping pulak. Tapi akhirnya nafsu berjaya dikawal.hihi. Perut dah diisi,tanya kawan-kawan apa rancangan mereka. Yelah, mereka dah temankan saya, maka saya kenalah offer diri pulak kalau mereka nak ke mana-mana. Akhirnya kami ke Pekan Kajang, kebetulan saya pun nak belikan buku untuk anak buah di Penang. Sebelum tu, kami ke surau dulu sebab saya perlu mengepam(Ada cerita sebenarnya di sini tapi nanti-nantilah saya ceritakan).Memandangkan poket masing-masing kering sebab sekarang ni jadi pemetik anggur, maka lebih banyak window shopping saja.Adalah beli sikit-sikit tupun dengan duit pecah je.hihi.





Dah puas window shopping, baru terperasan yang jam dah pukul 12.15. Nak balik, bas pun dah takde, rehat solat jumaatkan. Lama lagi kalau sekadar nak pusing-pusing je. Tiba-tiba Iza bagi cadangan, tengok movie. Karate Kid.Tengok jadual, orang dah masuk pukul 12 tadi. Kena tunggu pukul 2.30 pulak. Iza yang beria-ia sangat nak tengok cerita ni, siap nak belanja kami berdua lagi. Oklah, orang nak belanjakan, buat apa tolak? Jadi kami pun pergi makan dulu, kemudian solat dan beli jajan dan air sikit buat bekal dalam panggung.


orang yang belanja tiket wayang


makan dalam kuali?

Ok, nak komen tentang filem Karate Kid ni. Mula-mula ceritanya agak perlahan, Jackie Chan pun tak banyak babak. Yang pasti, bagus dia berlakon sebagai orang tua, sebab sampai saya rasa dia memang dah tua dan macam dah penat nak berkungfu. Kemudian bila cerita dah hangat sikit, makin syok pulak. Saya yang sebelum tu asyik mengunyah je, tak sedar dah berhenti mengunyah, bagi perhatian pada layar.Saya suka anak Will Smith tu berlakon, bahasa badan dia sangat berkesan, membuatkan kita lebih faham apa yang dirasai oleh watak.Untuk kungfu pulak, walaupun dia nampak bagus, tapi saya rasa kungfu tetap sesuai untuk orang Cina, macam juga silat, tetap cantik bila dipersembahkan oleh orang Melayu.Apapun, jalan cerita, gambar, bunyi semua tu saya puas hati. Cuma kalau Jackie Chan ada babak aksi juga, bertarung dengan Guru Li misalnya, mungkin lebih menarik.Saya bagi 5 bintang untuk cerita ni sebab berjaya membuatkan saya rasa nak belajar karate lepas ni.hahaha. Mungkin boleh pertimbangkan untuk hantar Sofiy masuk kelas mempertahankan diri bila dia besar sikit nanti.hehe.Pengaruh betul!

Akhir sekali, jangan gelak tengok aksi mak beranak satu ni...beraksi depan kamera je...bukan di gelanggang.


Mengapalah manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang waras tak boleh berfikir, dan tak berperikemanusiaan? Adakah manusia menganggap bahawa binatang tidak ada perasaan? Binatang tak ada rasakah? Rasa sakit, rasa sejuk, rasa panas, rasa sedih, rasa takut? Mungkin binatang tidak dikurniakan akal, tetapi binatang juga berfikir dan berperasaan. Memanglah itu fitrah makhluk, tapi kalau binatang tak ada perasaan,tidaklah mereka rasa takut apabila terancam, sayangkan anak-anak, sayangkan manusia juga sekiranya manusia baik kepada mereka. Kadang-kadang saya rasa manusia sekarang ni lebih teruk daripada binatanglah (bukan semua tentunya).

Kenapa saya merungut begini? Tengoklah gambar di bawah.





Entah bila, ada orang letak perangkap monyet kat sini. Saya perasan petang Selasa masa saya balik dari KLCC dan lalu tepi tu. Saya nampak seekor monyet di dalam perangkap dan seekor lagi berlegar-legar di luar. Mungkin baru terperangkap masa tu, dan yang diluar tu cuba membantu yang di dalam. Monyet yang terperangkap tu kecil, entah yang diluar tu emaknya, bapaknya atau pun saudaranya. Kesian. Tapi masa tu saya cuma fikir mungkin pihak-pihak tertentu nak tangkap dan letak monyet-monyet ni di tempat yang lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman manusia di sini. Tapi tanggapan saya mula berubah jadi bengang bila hari Rabu petang saya tengok monyet tu masih terkurung di situ.

Kalau dah perangkap tu, selalu-selalulah datang jenguk. Ini tidak, dibiarkan je monyet tu terkurung dengan tak ada makanan, air, berhujan berpanas. Sekarangkan panas terik, apalah rasa monyet tu. Kesiannya...Saya takut nak pergi sendiri ke situ, jadi saya panggil kakak cleaner. Kakak tu bagi biskut pada monyet tu, laju dia makan tanda dia sangat lapar. Tapi macam mana nak bagi air, lubang-lubang dawai tu tak muat nak dimasukkan botol ke mangkuk ke.

Hari Khamis, kawan saya datang bagitau monyet tu dah termenung je. Dah tak agresif lagi. Saya ke kafe beli buah dan masukkan air dalam plastik dan ikat dengan getah, selitkan straw dengan harapan monyet tu pandai menyedut. Bila saya bagi buah-buah tu, lahap betul dia makan. Tapi air tu kami cuma dapat letak di luar dawai. Rupanya dia tak pandai sedut, tapi ditariknya straw langsung tercabut. Fikir-fikir, kami nampak ada kotak air kotak yang dah terkoyak separuh. Kami masukkan kotak tu dan tuang air ke dalamnya. Dapatlah dia minum sikit. Rasa nak menangis tau tengok keadaan monyet tu yang kelaparan dan kehausan. Bayangkanlah kalau kita yang terperangkap di situ. Kejam sungguhlah siapa yang pasang perangkap tapi tak jenguk tu.

Hari ni saya cadang nak belikan pisang. Kemudian saya nak adukan pada pejabat atau sekuriti. Kesian kalau cuti hujung minggu ni monyet tu kelaparan di situ.
Teringat bait-bait lagu dalam filem Ali Setan...
Mungkin tak semua orang bersetuju dengan klausa tersebut tapi rasanya raaamai yang angguk-angguk setuju.

Saya meniti usia remaja sekitar tahun 2001-2004. Sekejap je kan? Lepas SPM, saya keluar dari kepompong negeri kelahiran. Saya berkenalan dengan teman-teman baru walaupun teman sesekolah saya sangat ramai di tempat saya belajar. Lokasi pusat pengajian yang berada dalam hiruk pikuk bandaraya membuatkan saya banyak belajar mengadaptasi suasana baru.Sahabat baik saya masa tu adalah teman sebilik saya. Nama panggilannya Meela walaupun pada awal perkenalan dia memperkenalkan diri sebagai Siti (ceh, konon nak introduce nama baru la tu kat tempat baru.hahaha).Kalau nak diceritakan kronologi perkenalan, persahabatan dan segala kenangan yang dilalui bersama, rasanya saya takkan berganjak dari komputer ni.Jadi saya cerita sikit saja daripada semua kenangan yang terakam di benak ni.

Dulu kami sangat suka outing. Ala, budak-budak hingusan bukan banyak duit pun, tapi nak jugak keluar. Agaknya rasa kolej tu macam penjara kot? Nak jugak sedut asap bas, lori kereta semua tu. Tempat yang selalu kami tuju, Seksyen 14, Kota Raya, KLCC, CM, Jalan Masjid India (pergi Mydin la tu..ada duit pecah je kan masing-masing) dan sesekali ke Mid Valley (jalan-jalan je sampai sesat dalam ribuan manusia, makan kat food court Mid Valley pun tak pernah).Mesti herankan, apa yang best sangat kat tempat-tempat tu kalau takde duit? Ha tu la..bila dah tua ni saya pun tak faham apa yang bestnya ye? Tapi memang best la..rasa seronok sangat walaupun sekadar window shopping saja.

Aktiviti sepanjang outing? Mengata orang.hahaha. Bukan mengata depan-depan. Kami memang suka tengok gelagat orang (tanpa sedar orang pun pandang semacam dengan gelagat kami yang kuk kik kuk kik gelak mcm la ada pertunjukan badut). Ada yang pelik dan mencuit hati, habislah kami gelakkan. Ish teruknya perangaikan. Lepas dah window shopping atau shopping kat Mydin (lama shopping sebab bandingkan harga nak barang yang paaling murah), kami akan makan kat mana-mana gerai.Orderla bihun tomyam ke, nasi goreng kampung ke. Masa tu KFC pun belum mampu masuk lagi. Dah kenyang, pergi cari masjid atau surau, solat dan melepaskan lelah serta sakit kaki berjalan. Mau tak sakit kaki, turun di CM, berjalan sampai ke Pertama. Pastu patah balik pulak.Dah malam, lepas Maghrib baru ingat nak balik. Jalan dah jammed, maklumlah hujung minggu. Masa dalam bas, dah letih, layan je la lagu yang diputarkan sambil cuci mata tengok bandaraya disimbahi lampu waktu malam.Biasanya kami akan sampai kat kolej sekitar 9 malam, tepat-tepat masa pagar ditutup.Sampai bilik, dah letih, tapi rasa puas hati dan seronok sangat.Senangnya nak menghiburkan hati masa remaja ye.

Semalam saya ke KLCC lagi, setelah 5 tahun rasanya tak menjejakkan kaki ke sana. Saya pergi pun sebab nak ke Maxis, sim kad ada masalah. Feeling-feeling la tempat lepak dulu-dulu. Dulu lepak kat taman tu sambil makan bun yang dibeli kat Cold Storage, nak makan kat dalam tak mampu,kan. Kenangan, kalaulah boleh diulang semula...

Meela...kami rindu kat hang!










Ceritanya bukan pada hujung minggu lepas, tapi dua minggu lepas. Kami ke Pejabat RISDA, abang saya kahwinkan anaknya. Berjumpa dengan sanak-saudara yang dah lama tak bersua muka, alahai terasa diri dah semakin tua bila melihat wajah-wajah mereka juga semakin dimakan usia.

Yang dulu kulit masih tegang lagi bergaya, sekarang nampaknya kedut-kedut telah mula bertamu.
Dulu gagah berjalan, sekarang dah disorong kerusi roda.
Yang dulu belum ada uban, sekarang rambut dah mula nampak putih-putih kelabu.
Dulu rambut kemas disikat, sekarang separuh kepala sudah berkilat.
Yang dulu gigi putih cantik tersusun, sekarang dah tanggal sebatang dua, mungkin menunggu untuk buat gigi palsu.
Yang dulu muda remaja, sekarang tengok je dah tau dia sudah bergelar bapa.
Yang dulu kurus, cantik sekarang dah tembam cutting pun dah lari (saya termasuk kategori ni la).
Yang dulu berlari-larian main kejar-kejar dengan sepupu sepapat, sekarang dah manis berbaju kurung, dan sudah pandai malu-malu.
Ala..pengantin tupun dulu anak dara, sekarang dah jadi isteri orang.kihkih.

Perjalanan di atas muka bumi ini amat singkat dan pantas. Astaghfirullahalazim.





Sofiy sekarang dah pandai menggunakan kuasa tangisannya pada umi. Dia tau umi lemah sikit dengan tangisan dia. Kadang-kadang umi tinggal dia atas katil, hilang je muka umi daripada pandangan dia, dia pun bunyi. Ingatkan dia dah nangis-nangis sambil turun katil nak ikut umi, rupanya dia dok elok je atas katil, dengan kepala terjengul tunggu umi masuk bila dengar suara nangis dia. Buat-buat nangis je, air mata pun takde. Kat bawah ni contohnya macam mana dia pura-pura nangis. Sofa dan katil yang tinggi lagi boleh turun, bakul ni tak reti pulak. Umi layan je...



Video diambil guna handphone je. Tak reti pulak nak tukar arah video ni.



Harganya tak sampai pun RM50 senaskhah. Tapi sangat berharga lantaran masa yang berharga yang dikorbankan deminya. Saya tak berniat nak menunjuk-nunjuk pun, sekadar nak tempek buat kenang-kenangan.
Baru je tulis entri beberapa minggu lepas tentang perjalanan menyusukan Sofiy..ni ada fasa baru pulak.

Sofiy dah seminggu taknak minum EBM waktu dengan pengasuh. Pengasuh kata dia tutup mulut rapat-rapat, ataupun dia kancing gigi dia. Bagi guna botol susu tak mau, guna cawan lubang-lubang tupun takmau, guna cawan biasa pun takmau. Bila balik je rumah, tak lepas-lepas kain umi sampai umi tak boleh nak buat kerja, merengek je dengan suara mendayu-dayu dan muka sedih dia. Last-last umi nenenkan Sofiy, ayahlah kena masuk dapur.hehehe. Dah la tu, kerap pulak nak nenen, qadha yang siang la kot. Sejam sekali atau setengah jam sekali mesti nak. Sampai rasa nak lukalah nipple. Tido pun rasa macam tak tido je dek kerap sangat bangun menyusukan anak. Sofiy qadha masa yang umi luangkan untuk tesis ye...habis je tesis terus jadi reverse cycle.

Siang, pengasuh kata dia cuma nak air masak je. Tapi makan memang selera, bagilah apa pun takkan tolak. Umi cuba juga bancuh EBM dengan milo, tupun dia minum sikit je. Bagi susu segar Dutch Lady yang dalam kotak tupun  dia takmau. Tadi umi dah call Kak Haza@Tumitu, LC yang sedang berpantang...borak-borak bagitau keadaan Sofiy. Lega sikit umi sebab Kak Haza cakap sebab Sofiy dah setahun, maka tak perlu risau. Gantikan nutrien dalam susu tu dengan makanan lain. Nampaknya umi kena bagi Sofiy makan sedap-sedaplah ni ye. Malam Sofiy mau menyusu direct, jadi dah cover balik la yang tak minum sebelah siangnya tu. Apapun, masih juga kena bagi setiap hari, supaya Sofiy tak lupa langsung minum susu. Kak Haza cakap biasanya keadaan ni tak berkekalan, tapi boleh mengambil masa seminggu, dua minggu atau sebulan.



Nota: Terima kasih Kak As @ UMMI RHsebab bagi no telefon. Cuba call Kak Paan dan Kak Sue tadi, diorang sibuk nampaknya, nak melancong ke mana lagi ye? Moga empayar perniagaan semakin luas, insyaAllah.

Baru-baru ni saya ada buat kerja sambilan bawah projek DBP, tugas saya menganalisis kesalahan bahasa dalam media penyiaran. Bila saya dapat borang analisis tu, dan diterangkan kesalahan-kesalahan yang dijangka dilakukan oleh pengamal media, saya agak terkejut. Bukan terkejut sebab pihak media buat kesalahan-kesalahan tu, tapi sebab saya pun banyak salah jugak rupanya. Baik dalam penulisan mahupun lisan. Rasa malu lah juga.

Kita tengok dulu apakah kesalahan-kesalahan yang mungkin kita lakukan tanpa sedar.

Lisan

Lafaz bunyi sebutan 'kh' sebagai k atau h.

Check sebutan masing-masing ye murid-murid...sila sebut:
KHIANAT
KHUATIR
BERKHIDMAT
MUTAKHIR
SURAT KHABAR
IKHTIAR
Cukuplah banyak tu, rasanya kita dah boleh kesan sama ada sebutan kita salah atau betul,kan?

Lafaz bunyi e-taling dan e-pepet

Ini memang saya keliru, sebab nak semak pun susah, Kamus Dewan takde transkripsi fonetik. Macam mana anda sebut perkataan-perkataan di bawah. Bunyi e (e)kor atau (e)mak.

PEKA
ERAT
MESTI
MODEN
EJEN
LABEL
Kalau ada cikgu-cikgu yang nak bantu membantu memecahkan kebuntuan ni, dipersilakan.

Lafaz pemenggalan suku kata

Rupa-rupanya kalau kita guna imbuhan, dan imbuhan tu kita tak serapkan bunyinya dengan huruf vokal pertama kata akar, maka salah. Oooo..baru saya tahu. Contoh pemenggalan seperti di bawah ni:

*Meng-am-bil sebenarnya Me-ngam-bil
*Ber-a-da sebenarnya Be-ra-da
*Per-in-dus-tri-an sebenarnya Pe-rin-dus-tri-an

Lafaz kata serapan asing mengikut sistem bunyi bahasa Melayu (sebagaimana dieja)

Kesalahan ni rata-rasa orang buat, saya sendiri mengaku rasa kekok sangat nak sebut sebagaimana dieja. Rasa macam skema nye. Tapi sebenarnya kalau kita sayangkan bahasa kita, kita tak boleh segan untuk berbahasa Melayu dengan betul, sepatutnya kita bangga. Jom kita check perkataan-perkataan berikut:

program (betul) *progrem(salah)
industri(betul) *indastri(salah)
dialog(betul) *dailog(salah)
stesen(betul) *stesyen(salah)
profil (betul) *profail(salah)
Malaysia(betul) *Malaysyie(salah)
nasional(betul) *nesyenel(salah)

Saya terpempan dan terkedu dengan dua perkataan akhir tu, yang selama ni saya salah menyebutnya sedangkan nama negara saya sendiri tu.

Oklah, nanti sambung lagi..sayangilah bahasa kita. Bahasa jiwa bangsa.




Syukur yang tidak terhingga, akhirnya saya dah pun lulus pengajian. Banyak sungguh onak dan duri sepanjang belajar ni, ye la daripada saya kurus sekarang dah gemuk, daripada belum ada anak, sekarang dah jadi ibu.Alhamdulillah, syukur sekali lagi. Saya tahu saya bukanlah seorang pelajar yang bagus, yang bekerja keras sepanjang masa. Saya akui saya memang 'banyak main', terutamanya selepas kehadiran Sofiy. Saya banyak menghabiskan masa mencari maklumat tentang penyusuan, keibubapaan dan macam-macam lagi berkaitan anak-anak. Ibu barulah katakan. Mungkin nampak macam memberi alasan, namun belajar dengan komitmen sebagai wanita berumahtangga ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Mujurlah anak saya baru seorang.

Apapun saya tak ralat, kerana dengan masa yang dihabiskan itulah saya berjaya menyusukan Sofiy sehingga ke saat ini. Di mana saya boleh dapatkan semangat untuk terus menyusukan, mengepam, menjaga bayi yang sakit, menjaga kesihatan diri kerana tugasan seorang pelajar adalah 24jam sehari 7hari seminggu? Internet. Alam maya ini telah lama menjadi sahabat karib saya. Terima kasih kepada insan-insan yang telah mewarnai hidup saya secara langsung mahupun secara tak langsung.

Wah, luahan perasaan nampaknya.

Nak cerita sikit tentang viva tadi. Saya membentangkan slide presentation selama 30 minit. Banyak betul slide saya. Sepatutnya 15 minit saja. Kena sindir dengan pengerusi majlis, macam bentang phd katanya. Masa membentang tu, saya ada rasa nervous sikitlah. Mana boleh tak nervous langsungkan. Ada jugalah terkehel lidah nak sebut perkataan-perkataan tertentu. Ayat pun rasanya balik-balik ulang yang tu juga. Saya perasan perkataan 'jadi' paling banyak saya sebut. Entah apa-apa.

Lepas tu, sesi soal jawab yang sangatlah saya geruni. Saya dapat pembaca, seorang pensyarah yang sangat teliti dan sukar dijangka pemikirannya. Banyak sungguh soalan, berderet-deret. Lebih daripada 10 kalau tak silap saya. Ada yang saya boleh jawab dengan baik (saya rasa ye, taktau apa orang lain rasa). Ada juga yang saya jawab mengelat sebab saya tak tau pun apa ke menatang yang dia tanya tu. Dia tanya kenapa saya guba Wordlist dan tak guna Stoplist? Wooo..masa tu otak saya ligat. Stoplist? Apa tu? Rasa nak tanya dia macam tu je. Tapi...kita kena fikir jalan menyelamatkan diri. Maka saya jawab saya dah berpuas hati dengan Wordlist dan Wordlist dah berupaya menjana data yang saya perlukan untuk kajian saya tu. Fuh! taktaulah jawapan macam tu diterima ke tidak. Jangan taktau, ada juga soalan maut yang buat kening saya berkerut seribu, tangan dah mula nak menggaru kepala yang tak gatal, dan jawapan yang keluar entah apa-apa. Senang cerita, tak dapat jawab soalanlah.

Apapun, saya rasa lega bila dengar kajian saya dipuji. Tapi bila tanya penyelia saya, dia kata awak tak dapat jawab tadi...cemerlang awak tu tak dapatlah yang paling cemerlang. Faham tak maknanya? Boleh teka apa gred saya?hahahaha.

Oklah, tutuplah cerita tesis dan viva. Kebetulan hari ni hari lahir penyelia saya. Jadi kami anak-anak didiknya pakat-pakat beli kek. Selamat Ulangtahun Kelahiran, Prof. Semoga panjang usia, diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Hari ini 2 Jun 2010, pukul 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, saya akan viva tesis sarjana setelah viva yang dijadualkan pada 19 Mei dulu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun dah tertunda, saya tetap rasa nervous...susah betul nak kawal perasaan dalaman ni kan. Apepun, saya lapar dan nak beli makanan dulu. Semoga semuanya selamat beserta kecemerlangan.
Saya baru je mencuba kordial ni, dan saya suka dengan rasa dan aromanya..sedaaap. Kalau minum masa cuaca panas tenga hari, memang rasa segar je. Bubuh sikit je kordial sebab memang dah manis, kemudian tuang air masak atau air sejuk peti ais tu. Satu tumbler sekali minum je. Kat ofis sekarang tak payah beli air dah.




Sebelum ni saya minum kordial Roselle ni, tapi nampaknya Habbatus Sauda lebih memikat. Cubalah.