Perasan tak tanda soal pada tajuk di atas tu. Ya...saya nak bertanya pendapat sesiapa yang baca entri ni.Saya bukanlah tak bersetuju dengan pepatah di atas, tapi saya juga ada rasa sedikit musykil dalam pelaksanaannya.
Ada dua kisah yang menyebabkan saya menulis entri ini. Pertama, kisah saya. Sebelum tu, saya nak mohon ampun pada kedua ibu bapa saya, saya tiada niat hendak mempertikaikan didikan arwah ayah dan mak pada saya. Saya hari ini adalah hasil didikan itu. Terima kasih yang tidak terhingga.Semasa saya dilahirkan, ayah saya telah pun tua, ye saya sebut tua sebab umur ayah masa tu dah 60an. Emak pula 30an. Ayah saya lembut. Seingat saya, ayah tak pernah marah saya. Paling kuat pun tinggi suara sikit je...tupun dah berderai air mata saya. Pukul memang tak pernah. Emak saya pulak garang, masa kecik-kecik dulu saya cakap mak saya 'jahat'. Sebenarnya saya nak sebut garang, tapi masa tu kurang vocab agaknya. Saya selalu kena marah dengan mak, kena cubit, kena pukul, kena rotan,kena lepuk. Kesalahan-kesalahan saya adalah pelbagai, dari yang kecik contohnya ambil kain berlipat sampai herot susunannya, tak sidai tuala lepas mandi, sampaila yang besar macam main tak ingat nak balik rumah, salah masa mengaji Qur'an dan periksa dapat nombor 8.(sekadar menyebut beberapa contoh).
Apa yang saya perasan, saya sangat takutkan mak. Manja, manja juga...mak memang rajin belikan itu dan ini untuk saya, apa saya nak seboleh-bolehnya mak akan cuba dapatkan.Apa saya nak makan, biasanya taklah saya kempunan.Tapi sebenarnya saya tak sabar-sabar nak jauh daripada mak. Saya berusaha sungguh-sungguh nak masuk asrama, bila dah masuk asrama, saya jarang balik kecuali cuti wajib, kalau cuti bulanan tu biasanya saya tak balik.Mula-mula dulu saya ingatkan sebab saya tak ada kawan di rumah, dan di sekolah pulak ramai kawan.Tapi entahla, semakin menginjak dewasa, saya rasa saya semakin jauh dengan mak.Tapi saya sayang mak saya.(Oh, sedih la...)Bila saya dah menjadi ibu, saya ada satu azam, saya taknak selalu pukul anak saya. Seboleh mungkin saya nak elakkan memukul dan memarahi anak.
Tapi...
Kisah kedua. Hujung minggu baru ni, Sofiy tak ada mood pulak, meragam tak tentu pasal. Kemudian dia dah pandai pukul ayah dan umi dia, suka main kaki. Saya marah bila dia kurang adab, saya lepuk jugalah kaki dia tapi takla kuat...dia menangis, hiba la kena pukul. Sabtu petang, kami keluar jalan-jalan. Dalam kereta dia buat perangai. Merengek tak tentu pasal. Nak bagi susu, dia taknak. Nak kata lapar, dah makan. Sihat walafiat je. Dah asyik meragam je sampai baling-baling botol air kat saya, hempas-hempas kaki, ayah dia berhenti tepi jalan...bukak pintu belakang...gedebuk, gedebuk kena kat kaki. Aduh, masa tu B saya yang sakit, serius tak tahan tengok. Berjurai-jurai air mata dia, kuat ayah dia pukul.Kena pulak masa tu dia pakai seluar pendek.
Pagi tadi saya tanya pada pengasuh dia, ada tak dia pukul-pukul kawan-kawan dia ataupun pengasuh-pengasuh dia. Diorang kata tak ada, malah dialah yang paling baik di kalangan semua budak-budak. Sensitif, cuma tegur sikit dan nangis. Saya cerita la kes dia kena pukul tu, dan dan tu tok perempuan (pengasuh)dia bergenang air mata.Dia kata tok tak pernah pukul anak. Tok ni memang lembut orangnya, dengan anak-anak dan cucu dia pun cakap lembut je. Hubungan kekeluargaan diorang sangatlah rapat, anak-anak senang duduk dekat dengan mama diorang walaupun masing-masing dah berkeluarga.
Bila saya bandingkan dua keluarga (keluarga saya dah keluarga tok), saya rasa keliru.Saya nak yang terbaik untuk anak saya, tapi didikan yang bagaimana saya nak guna? Nak lembut sangat saya takut naik lemak mengada-ngada sampai tak terajar pulak nanti. Nak dimarah-marah, dipukul rasa-rasanya makin besar makin keraplah kena sebab dah makin panjang akal. Saya pernah baca, Rasulullah tak suka pada orang yang memukul anak-anak kecil kurang dari 2tahun.Yelah, umur 10 tahun kalau taknak solat baru disuruh pukul,kan? Bagaimana nak aplikasikan cara Rasulullah mendidik anak dengan kerenah anak-anak zaman sekarang ye?Kalau ada sesiapa yang tahu buku-buku yang bagus dalam keibubapaan ni, rekomenlah. Saya hargai segala pandangan anda, tak kisah nak koemn positif atau negatif.
Nota: Kenapa ye Sofiy buat perangai dengan umi dan ayah je, dengan pengasuh dia baik pulak?