Petikan diambil daripada www.saifulislam.com
Semoga kita terhindar daripada segala kebejatan duniawi

AL-IBAHIYYAH: Melengkapkan Syarat Sebuah Kemusnahan


On 28/10/2010, in Cabaran Islam, by Abu Saif
6,633 views
Print
Email
..-Foto ihsan Malaysiakini.Com “If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of [...]

..



-Foto ihsan Malaysiakini.Com



“If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.



Bukan agama tidak memberitahu.



Bukan sejarah tidak membentang realiti.



Hanya diri yang angkuh menolak bukti.



Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.



Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.



Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.





Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?



Modal insan?



Semasa media berbual panjang tentang pembuangan bayi, pertambahan jumlah penagihan dadah, pesakit AIDS, kemusnahan akhlak generasi muda malah tua, jenayah yang sudah tidak terkawal, zina yang sudah hampir tenggelam daripada kejanggalan budi, bagaimana Program Transformasi Ekonomi (ETP) menawarkan solusi berupa menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan?







Petikan PEMANDU.GOV.MY di bawah NATIONAL KEY ECONOMIC AREAS: TOURISM:



“4—Events, entertainment, spa and sports: Malaysia lags our neighbours in the magnitude and variety of events as well as in our nightlife offerings. Hosting more international events and promoting a vibrant nightlife is necessary to attract tourists and provide a boost to the tourism industry.”



Hanya dengan membuat perbanding bersama negara jiran, yang jelas mendukung falsafah negara yang berbeza, kita terlalu tergesa-gesa membuat kesimpulan tindakan mahu menawarkan kehidupan malam yang lebih.



Lupakah kepada Rukunegara?



Kepercayaan kepada Tuhan?



Kesetiaan kepada Raja dan Negara?



Keluhuran Perlembagaan?



Kedaulatan Undang-undang?



Kesopanan dan Kesusilaan?



Berapa yang tinggal?



LAPORAN MALAYSIAKINI.COM









Laporan Malaysiakini bertarikh 26 Oktober 2010 menyebut seperti berikut:



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).



Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.



Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.



Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika – Adam Lambert yang seorang ‘gay’.







foto: Malaysiakini.Com





Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.



Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).



Kriteria berkenaan adalah:



* Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;



* Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan



* Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.



Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.



Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.


Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan



Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.



Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.



“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.



Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan



Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.



Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.



Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.









SOLUSI APAKAH INI?



Pelancong-pelancong dari negara maju pergi ke destinasi seperi Malaga, Majorca, Ibiza, Faro, Alicante dan Palma untuk melempiaskan nafsu hedonistik mereka, kemudian pulang ke negara masing-masing untuk kembali memacu tamadun. Tiada satu pun lokasi itu menjadi simbol kemakmuran hidup dan kemajuan untuk dijadikan uswah menjana ekonomi negara kita Malaysia.



Justeru apakah yang dipercayai oleh manusia-manusia berkebijakan ekonomi perangka ETP ini?



Andai ada keuntungannya sekali pun, apakah ia mahu diraih di atas kemusnahan anak watan?


Atau kita memang teruja dengan hakikat bahawa nama-nama seperti Malaga, Majorca dan Ibiza itu adalah BEKAS TANAH AIR UMAT ISLAM? Seperti kemusnahan Beirut yang sudah lebih awal menjadi hub hiburan serantau bergelar Paris of the Middle East?


Mahu menjadikan Malaysia sebagai bekas tanah air umat Islam?


Sungguh sukar untuk difahami.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluh tentang gejala sosial, diskriminasi wanita, dan keruntuhan institusi rumahtangga, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup tangan menangani krisis sedia ada, tiba-tiba semuanya itu mahu digandakan dengan solusi sejelek ini.


Atau apakah semuanya hanya berupa sebuah hipokrasi?


PERMISSIVE SOCIETY

Biar pun UMNO berada di dalam mood survival dengan persembahan lemahnya pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, tanpa mengambil kira faktor terakhir itu, ETP dengan begitu drastik berani mempromosikan sebuah gagasan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai sebuah PERMISSIVE SOCIETY. Ia adalah istilah yang dirujuk kepada masyarakat yang norma-norma sosialnya semakin berubah menjadi liberal. Perubahan itu termasuk pada mengubah pandangan terhadap sesuatu yang pernah dianggap sebagai salah dan sesat.

Perkara yang baik dan buruk menurut neraca Islam, dinamakan sebagai MAARUF (معروف) vs MUNKAR (منكر). Perkataan MAARUF yang terbit daripada kata akar ‘ARAFA (عرف) itu bermaksud sesuatu yang diketahui umum (a norm) dan menjadi kebiasaan orang ramai. Manakala perkataan MUNKAR yang terbit daripada kata akar NAKARA (نكر)memberi maksud sesuatu yang dibantah atau diingkari kerana kejanggalannya terhadap masyarakat.

Betapa anjalnya perkataan itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu memperingkatkan kepada kita betapa definisi baik dan buruk amat terkait rapat dengan perkembangan amalan kebiasaan di persekitaran kita. Apabila usaha dakwah lumpuh, masyarakat mula menerima sesuatu yang jahat dan keji sebagai kebiasaan, maka kebaikan mula menjadi MUNKAR dan kejahatan menjadi MAARUF.

Itulah falsafah PERMISSIVE SOCIETY.


Ia disebut di kalangan pengkaji Islam sebagai AL-IBAHIYYAH (الإباحية) iaitu Gerakan Pengharus!


Gerakan yang berusaha untuk mengharuskan apa sahaja hingga hampir-hampir tiada pantang larang kecuali ‘jangan ganggu orang lain’.



Tragis sekali, kita sesungguhnya sedang menuju ke arahnya.







Antara yang mahu diubah: Syarat-syarat ketat yang polisi moral yang keterlaluan??? [petikan daripada PEMANDU.GOV.MY di bawah cabang TOURISM]


Marilah kita bersama merenung firman Allah yang Maha Esa ini buat peringatan kita bersama:
“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]


MASIH SEBUAH PELAN



Sesungguhnya masih belum terlambat. Masih punya masa. Nafas masih mengisi dada, mentari masih setia di ufuknya.

Nasihatilah diri dan keluarga, nasihatlah rakan dan jiran tetangga. Nasihatlah masyarakat dan orang ramai. Nasihatlah semua yang sampai nasihat kita kepadanya.


Namun nasihat khusus buat pemimpin negara, murka Tuhan jangan dileka, balanya ke atas kamu, kami dan anak-anak kita.


Akhirnya:


Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [al-Ma'aarij 70: 42]



Selamatkanlah negara kami ya Allah!



Julius Caesar sedang menggula-gulakan Rom dengan hiburan menuju kehancuran!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG
Semalam saya beli detox patch sebab harganya murah dan yang jual tu kawan sendiri. Jenama apa saya tak ingat.Selama ni tengok dan dengar je, tak pernah rasa nak cuba pun. Sebelum tidur malam tadi saya pun pakai la....




Ok, inilah rupanya benda tu sebelum saya tampal di kaki. Dah tampal ta ambik gambar, segan nak tayang kaki.hehe. Bangun dari tidur, saya rasa excited nak tengok....mak aiiii!


Bila saya tenung-tenung dan tilik-tilik (cewah macam nujum Pak Belalang pulak), saya rasa macam tak percaya pun ada. Yela, benda tu kan ada isi dengan herba. Katanya herba tapi bau macam tembakau rokok je. Bila kaki kita ditampal dengan benda tu dan berpeluh, tentulah jadi warna hitam dan saya rasa warna tu bukan datangnya daripada kaki kita tapi daripada bahan herba tu sendiri. Ala, senang cerita macam uncang teh la kan, bila dah kena air kan warnanya hitam.Disebabkan rasa tak puas hati, nampak tak bahagian yang warna putih di tengah-tengah sebab tak kena kat tapak kaki saya tu? Saya bawak ke bilik air dan saya titis air kat tempat tu. Haaa..hitamlah jadinya. Saya tunggu juga kot-kot bila air tu dah tersejat dia jadi putih balik...takdepun.

Siapa-siapa yang pernah guna detox patch ni untuk jangka masa yang panjang (disarankan memakainya 5hari dan berhenti selama 2hari, kemudian sambung lagi begitu berulangkali hingga cukup sebulan =22 hari), bolehlah bagitahu betul ke bila dah pakai lama-lama tu patch tu akan jadi pudar warna hitamnya ataupun takde langsung warna hitam menandakan toksin telah dikeluarkan.

Saya tengah panas...hot...bengang...geram dengan sorang pakcik yang perasan bagus!

Saya ada kekacauan perasaan sikit hari ni, maka saya mencari teman yang saya percaya untuk bercerita. Tujuan saya bercerita adalah untuk melepaskan sesak di dada. Itu saja. Kakak yang saya kenal sebagai Kak Z memang selalu jadi teman yang sudi meminjamkan telinganya bila saya dalam dilema dan sebagainya. Dalam tempat kerja Kak Z ni ada seorang lagi pekerja lelaki yang dah berpangkat pakcik tapi kami bahasakan denagn panggilan abang  L je kat dia. Saya tak bercerita pada abang L nipun, sebab saya bukan rapat pun dengan dia. Tapi dia menelingalah agaknya. Kak Z pun ada cerita sipi-sipi tentang kekacauan saya tu sebab fikirkan abg L tupun dah biasa dengan kami. Maknanya kekacauan perasaan saya tu perkara kecik je, sebab tu la Kak Z tu boleh cerita. Kalau kekacauan besar, tentulah cakap pun bisik-bisik dan rahsia-rahsia.

Tup...tup...dia dengan suara yang cukup konfiden dan penuh wibawanya memberi pendapat. Saya tak kisah kalau pendapat je, tapi ni siap dengan penilaian tentang diri saya sedangkan DIA TU SIAPA? Dia kenal ke saya ni secara peribadi? Setakat say 'hai' dan bersembang sekali-sekala tak bermakna dia dah boleh menilai saya. Siap cakap lagi yang dengan karakter saya ni, saya takkan habis dan grad dengan PhD! Apa hang penah tengok macam mana aku buat kerja ke? Hang penah tengok aku belajar ke? HANG SAPA? Saya akui PhD itu bukan senang tapi hang jangan senang-senang nak cakap orang tu boleh gagal ke, boleh lulus ke. Eleh, konon nak CABAR saya supaya saya siap PhD dalam masa 3 tahun. Wei, aku tak perlukan cabaran hang pun sebab aku tak suka cabar-mancabar dengan orang ni. Aku sendiri akan mencabar diri aku supaya dapat apa yang aku usahakan. Dan lagi yang peliknya, kekacauan saya adalah tak bersangkutan pun dengan PhD, tiba-tiba pulak nak judge lulus gagal orang. Musykil betul la.

Saya memang bukan seorang pemendam. Sebab saya rasa memendam masalah itu boleh menyebabkan saya tambah pening. Cara saya menyingkirkan rasa yang tak sedap dalam hati adalah dengan bercerita, tapi bukan dengan semua orang ye. Saya bercerita pada orang yang saya percaya. Biasanya kakak saya, ataupun kawan baik saya. Bercerita bukan bermakna saya tak boleh handle masalah tu, cuma lepas bercerita saya akan rasa lebih lega. Orang lain memang takkan boleh menyelesaikan masalah kita, kita yang kena selesaikan sendiri.

Setiap orang ada karakternya, ada kelebihan dan ada kekurangannya. Saya tak suka dinilai, dan saya pun tak suka menilai orang. Kalau saya berkawan, baik buruk orang tu saya terima. Mana yang perlu kita support, kita support. Mana yang perlu kita tegur kita tegurlah secara berhemah dan cakap biarlah beralas. Perasaan orang kena jaga weh!

Nota 1: Abg L tu kononnya bidang komunikasi, ntah apa jenis komunikasi yang dia belajar pun saya taktaulah. Komunikasi mengata, mengutuk dan menghentam orang agaknya.

Nota 2: Kak Z pun penah kena hentam dengan Abg L tu sampai menangis. Macam manalah bini dia ye?
Cute Sofiy With Buchuk

buchuk contest


Dah lama dah tampal banner tapi hari last ni barulah terhegeh-hegeh nak buat entri. Harap tak terlambat lagi lah ye. Lynn dan Mrs. K bermurah hati menganjurkan contest Cute Baby With Buchuk.

Maka bersempena ulangtahun kelahiran Sofiy yang ke 18 bulan hari ni, maka umi nak pertaruhkan gambar di bawah ni. Pinky ni la buchuk Sofiy. Sejak Sofiy dalam hari lagi, sampaila sekarang inilah buchuk yang paling Sofiy sayang. Sofiy ada jugak Bear pemberian ayah dan Lotty (rakun)yang umi beli, tapi Sofiy tetap sayaaaaanggg Pinky ni jugak. Kalau belek-belek gambar-gambar Sofiy, banyak sangat gambar dengan Pinky.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Wajib menjadi follower http://fantaghirolynn.blogspot.com/ dan http://alwzbemybaby.blogspot.com/

2. Buat 1 entry berkenaan contest ini dan pastikan ade link back ke http://fantaghirolynn.blogspot.com/ dan http://alwzbemybaby.blogspot.com/

3. Letak banner contest di dalam entry dan di tepi side bar blog anda; dan link back ke entry ini.

4. Terbuka kepada anak sendiri sahaja!
5. Letakkan SEKEPING sahaja gambar anak anda bersama buchuk mereka (tak kira la apa sahaja benda asalkan benda kesayangan mereka yang sentiasa dibawa ke mana². Contoh : bantal, bear, doll, selimut, toys etc) nyatakan juga nama dan umur anak anda..

6. Kelayakan umur peserta adalah dari 1 bulan hingga 4 tahun sahaja!

7. Submit link n3 anda pada di comment box entry ini sahaja.

8. Tarikh tutup adalah pada 25 Oktober 2010 jam 1 pm.


tengok tu, tidur pun tak lepaskan Pinky

Semoga anak umi membesar dengan penuh ceria, sihat dan gembira.

Pernah tak kita rasa dididik ataupun ditegur oleh anak sendiri, sama ada secara langsung atau secara tak langsung? Saya kerap menghadapinya, dan menyedari bahawa jiwa suci anak-anak itu adalah hadiah yang Allah berikan buat kita; melaksanakan amanah mendidiknya sekaligus mendidik diri kita sendiri, ataupun tindakan anak-anak yang lahir daripada jiwa yang suci itu menyedarkan kita akan kealpaan diri kita sendiri.
Contoh-contoh situasi yang berlaku antara saya, suami dan anak.

1#  Masa dalam pantang dan seterusnya selepas berpantang, saya kerap mengambil barang-barang yang letaknya rendah di lantai menggunakan kaki. Tujuannya adalah mengelakkan kerap membongkok kerana saya sentiasa mendukung anak. Kerap membongkok sambil mendukung bayi boleh membuatkan saya sakit belakang. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya anak saya memerhati dan bila dia dah pandai menggunakan kaki, dia pulak yang gunakan kaki untuk macam-macam tujuan. Masa tulah baru saya sedar silapnya datang dari saya. Nak marahkan anak pun tak boleh, umi dia yang mengajar akhlak yang tak baik. Maka saya perbaiki diri sendiri, walaupun rasa malas sangat nak tekan suis sebab perlu membongkok, saya gagahkan juga. Alhamdulillah, tabiat guna kaki dah tak ada lagi pada anak saya.

2# Saya selalu membiarkan anak saya masuk ke bilik solat. Saya biar je dia main di sekeliling semasa saya solat. Selepas solat, saya pun baca Al-Qur'an. Sofiy memang suka tengok (kacau juga sikit-sikit) saya baca Al-Qur'an, kemudian bila dia baca buku dia sendiri, dia akan buat bunyi berlagu-lagu macam baca Al-Qur'an tu. Satu hari, lepas solat saya terus sidai telekung sebab nak cepat ke dapur untuk memasak. Tiba-tiba Sofiy bising-bising sambil tunjuk pada almari tempat saya simpan Al-Qur'an. Naik malu saya sebab berkali-kali dia tunjuk Al-Qur'an tu.

3# Surau agak dekat dengan rumah saya, jadi suara azan akan kedengaran walaupun sayup-sayup. telinga Sofiy memang telinga lintah kalau bab-bab azan ni. Maklumlah jiwanya masih suci murni, yang perlahan pun dengar sebab itu seruan Allah. Kita yang dewasa ni, dengar pun buat-buat atk dengar kot-kotnya.hehe. Sebaik dengarnya suara azan, Sofiy akan terus solat. Maksudnya dia akan terus angkat takbir dengan melaungkan "Allahuakbar" dan baut pergerakan solat macam rukuk dan sujud semua tu, tak kira di mana pun dia masa tu, kat dapur ke, kat depan tv ke. Kami umi dan ayah ni la yang malu...dah dengar azan dah tapi buat tak tahu saja. Baby yang tak wajib pun tahu bila azan tu kena solat. Yang tua-tua dan wajib ni pulak yang melambat-lambatkan solat. Kan dah kena tarbiyah dengan anak.

4# Masa mula-mula ajar Sofiy makan dulu, saya tekankan 'duduk' kalau nak makan. Alhamdulillah dia memang ingat pesan saya. Tapi bila anak menginjak besar ni, saya sendiri pulak yang lupa dengan pesan sendiri. Kadang-kadang bila dia mintak snek macam biskut atau roti, saya main bagi je. Lupa dah nak tunggu atau arahkan dia duduk. Tapi anak saya ni bagus, walaupun umi dia lupa tapi dia tak ambil kesempatan...hehe (baby mana reti ambik kesempatan kan). Kadang-kadang saya dah hulur biskut ke tangan dia, tup-tup tengok dia yang tak de. Eh, mana pulak budak ni. Oo...rupanya dia pergi duduk dulu...dan dia akan duduk di tempat yang sama dia makan. Sekarang saya tengah ajar dia makan di meja makan. Alhamdulillah, dia dah faham, kalau nak makan naik atas kerusi, selesai makan dia akan turun sendiri.

Setakat ni itu peristiwa-peristiwa yang saya ingat. Sebenarnya banyak lagi....
Peribahasa di atas saya ketahui masa sekolah rendah, masa buat latihan karangan Peribahasa. Entri kali ni bukanlah saya nak buat karangan, cuma melepaskan rasa kebuntuan kepala ni dalam mencari 'persoalan kajian' yang tak jumpa-jumpa lagi.

Belum ketemu jawapannya....Saya masih dalam proses mencerna dan cuba menjalin serta menghubungkaitkan perkataan-perkataan di bawah untuk diolah demi menjadikannya sebuah disertasi.

INTELEKTUAL

KARYA AGUNG

MITOS

REALITI

SEJARAH

JATI DIRI

LAGENDA

HIKAYAT

FALSAFAH

BUKTI

TEORI

SEMANTIK

Sebelum pecah ruyung, rasa nak pecah kepala...hehehe...hadap je la kan...

Mari kita gandakan usaha mengajar segala ilmu yang berguna buat anak-anak kita. Merekalah pemimpin masa depan.

Lizahanum GA

Baru je terjumpa dengan blog Liza ni, baca sekali terus follow. Sekali Liza anjurkan GA pulak, apalagi join je la kan...

Mari kita ramai-ramai pakat join, hadiahnya best-best tau. Siap ada hadiah misteri daripada Aus lagi tu...

Ni antara hadiah-hadiah yang bakal dibawa balik oleh YANG BERTUAH.






Ops...hadiah sudah tengok, syarat-syaratnya jangan lupa ye, seperti biasa:

~ Malaysian blogger
~ Add link blog Liza nie  ke blog list u all

~ Jadilah follower

~ Buat entry berkenaan dengan GIVEAWAY ini dan blog Liza

~ Copy gambar diatas dan pastekan di entry u all. Jgn lupa link back ke
    blog Liza
~ Tinggalkan komen di entry ini sahaja


~ Komen di chat box  dan email tak dikira
~ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 November 2010, jam 12 tgh 
    malam dan pemenang bertuah akan di umumkan selewat2nya 1 minggu
    dari tarikh tutup ( 13 November 2010).
Firas

Kak Hana bermurah hati menganjurkan giveaway sempena ulang tahun pertama putera keduanya, mari sama-sama kita meriahkan dan mendoakan kesejahteraan Firas sekeluarga.

Selamat Hari Lahir buat Firas yang comey..semoga menjadi anak soleh, dan generasi yang memimpin umat ini. Cepat membesar dan mintak adik lagi ye...hehe
Ya, tolonglah jawab soalan di atas.

Sebenarnya dah lama saya kena ambush dengan kata-kata ni, tapi saya biar sejuk dulu...baru tulis di sini.
Saya dah jenuh mencari kerja, jawatan kosong semua saya mohon tak kira kelulusan dan bidang (tapi kalau bidang yang langsung saya jahil saya tak mintakla macam nursing, imam, engineering, architecture dll). Dah beratus-ratus duit saya habis dibelanjakan untuk tujuan mohon kerja dan pergi interview. Tapi takdir Allah, belum ada yang sangkut. Kalau pun ada, saya tak mampu nak berulang-alik dan suami pun tak mampu nak bagi komitmen sebab saya kena keluar subuh dan balik malam. Maka saya korbankanlah peluang yang datang itu, sebab saya lebih sayangkan keluarga saya.

Tiba-tiba, saya dapat tawaran....
Prof. (SV saya masa MA) tanya saya betul-betul taknak sambung belajar lagi ke? Masa tu saya tengah badmood sebab kena marah dengan cikgu sekolah memandu.haha. (hari kedua belajar memandu). Saya memang tak merancang nak sambung dalam masa yang terdekat ni walaupun impian itu ada. Alasannya, takde sponsor. Memang betul pun, masa MA pun saya guna duit sendiri (kumpul-kumpul elaun GRA buat bayar yuran). Disebabkan saya tengah badmood + takde perancangan ke arah itu, saya pun jawab dengan nada acuh tak acuh." Tak ada idea nak buat proposal, taktau tajuk apa yang relevan." Lepas tu saya pun keluar dari bilik dia lepas saya hantar artikel dan segala softcopy projek masa MA haritu.

Tak sampai sejam lepas tu, Prof. call semula. "Mai, awak dah balik ke?" "Belum. Prof." " Macam ni, nanti bila ada masa lapang awak jumpa dengan Prof. S, bincang-bincang dengan dia. Dia ada projek dan boleh lantik awak jadi GRA. Kemudian nanti bila dah habis projek kita tukar awak ke bawah skim biasiswa."

Masa tu saya terkedu sekejap. Otak saya ligat. Benda yang tak dijangka datang tiba-tiba. Balik tu, saya cakap dengan suami (saya agak suami tak menyokong sebab keadaan ekonomi kami adalah pada tahap cukup makan). Rupa-rupanya meleset sama sekali. Suami saya menyokong 150%, walaupun masa tu saya baru 50-50.

Dalam keadaan saya masih terawang-awang memikirkan tawaran yang datang, memikirkan kemampuan diri, masalah kewangan dan macam-macamlah yang difikirkan....tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni menyerang saya. Dia tau cerita saya nak sambung daripada suami. Apa dia kata? Kononnya dia nak nasihatkan saya. Ya, saya memang nak tanya pendapat ramai, tapi saya tak mintak dituduh begitu.

"Ko dah ada ijazah, dah ada master, apa lagi yang ko nak? Jangan tamak sangat. Jangan pentingkan diri sendiri je, ingat jugak pada anak dan suami. Jaga kebajikan suami dan anak tu dulu. Buang jauh-jauhlah impian nak sambung phd tu. Ilmu boleh ko cari kemudian, anak dan suami mana ko nak cari ganti? Mintak kerja, gaji kecik tak apa, tak payah memilih nak kerja yang gaji mahal, gaji beberapa ratus pun takpe. Jangan ko ingat ko dah ada ijazah, ada master tu ko pandai sangat. Ko tutup telinga dengan tawaran tu, cakap dengan Prof ko tu jangan paksa ko sambung belajar, ko ada family yang nak ko utamakan. Kalau ko sayang suami dan anak ko, jangan sambung phd tu..dan bla..bla..bla."

Huh! masa tu Allah saja yang tahu apa perasaan saya. Tapi saya tak cakap banyak sebab dia lebih tua daripada saya walaupun bukanlah tua sangat pun. Lagipun dia bukanlah sesiapa yang rapat dan signifikan dalam family walaupun dia memang saudara. Masa dia call tu suami ada sebelah, bila suami saya tahu, memang suami saya angin. Sebabnya, suami saya dah restu apa pulak hak dia yang bukan sesiapa tu?

Saya nak sambung pun bukan untuk kepuasan diri sendiri. Saya pun takut sebenarnya...bukan senang buat phd ni. Tapi mungkin ini rezeki yang Allah lorongkan, sebab ianya datang tanpa diduga dan tanpa diminta. Jangka masa pendeknya, nampak susah tapi mungkin untuk jangka masa panjangnya, itulah yang terbaik.Mudah-mudahan segala dugaan dan kegetiran dalam perjuangan yang belum bermula ini dapat saya hadapi. Saya belum lagi mendaftar secara rasmi, tapi saya telah diikat secara kontrak dengan projek. Maka....saya kena berusaha ke arah itu, kan?
Hahaha...tajuk sudah terang dan nyata...tulah sebabnya semalam tak dapat update sebab saya SEDIH.
Keputusannya...saya KANDAS (ikut istilah kat kad JPJ). Gagal dua-dua pulak tu, dalam dan luar pakej.huhu.

Kronologinya:-

Saya diminta tunggu oleh sekolah memandu pukul 10.00 pagi sebab saya dapat sesi 2. Saya tercongok la kat tepi jalan tu setengah jam, tak muncul-muncul pun diorang. Darah saya dah mula menyirap, tapi saya sabar-sabarkan je mengenangkan saya nak test. Siapa tak bengang kalau sejak dari mula kursus 5jam, kelas teori, ujian komputer, QTI, pendek kata setiap kali melibatkan pengangkutan yang disediakan oleh sekolah memandu, mesti lewat. Dah la lewat, tak pulak hantar pesanan dan tak reti nak mintak maaf. (emo pulak). Lepas 15 minit saya hantar SMS barulah terhegeh-hegeh datang ambik, pulak tu berhimpit-himpit sumbat sampai 5 orang. Memang sekolah tu ada masalah bab pengurusan ni, mungkin kurang kakitangan. Bayangkanlah ada budak yang sepatutnya test sesi pagi pukul 8 tu diorang tak jemput. Jenuhlah budak tu call, sms merata-rata tapi tak berangkat, tak berbalas. Diorang bawak budak tu sekali dengan saya, dan budak tu nyaris-nyaris tak dapat ambik test. Dapat pun last sekali, jenuh dia menunggu.

Ok, berbalik kisah saya...saya dapat no 53 daripada 62 calon. Dalam masa menunggu tu banyaklah adegan-adegan yang membuatkan saya berdoa agar tak terjadi pada saya. Macam-macam bunyi kereta bila calon kendalikan, yang berkeriuk, yang mengembek, menguak semua ada. Ada yang langgar tiang, ada yang langgar sampai patah tiang, ada yang mengundur ke belakang masa bukit, ada yang berdecit-decit tayar masa menggelongsor turun dan ada juga kemalangan. Kesian budak perempuan tu, mau trauma dia kot. Dia tengah buat ujian bukit, tapi agaknya tak sampai tayar atas garisan kuning, jadi dia minta peluang kedua dan masa nak mengundur tu rasanya dia terpusing stereng...kereta pun membelok ke kiri, panjat divider dan terjun balik. Mujurlah dia mengundur, jadi dua tayar belakang tu je la yang lompat divider dan tak berlaku kecederaan. Nasib baik kereta tu tak membelok masa dia kat atas bukit, kalau tak memang terjunlah.Lama jugakla dia duduk kat pondok JPJ, kena khutbah la agaknya.

Sampai giliran saya, petugas-petugas pun rushing sebab dah tengahari. Masa turn saya, saya tak naik kereta kat point yang sepatutnya tapi saya kena pergi ke bawah bukit dan naik kereta yang ditinggalkan oleh calon yang gagal di bukit. Bukit saya lepas sekali saja, takde undur-undur. Saya memang jenguk sampai saya nampak jelas tayar atas garisan kuning baru saya angkat tangan. Masa nak buat parking, saya dapat parking no 2..saya dah buat silap bila tak dapat kawal kelajuan kereta tu masa nak belok masuk. Akibatnya kereta saya ke kanan sangat. Dah mula panik sebab dah salah, saya tak betulkan kereta dulu sebelum undur...makanya step saya hancur lebur, muncung kereta dah masuk petak tapi bontotnya saya tak reti nak masukkan. Bila saya masukkan bontot, muncung pulak keluar. Oh, eh, oh, eh kat dalam tu...masa pun berlalu..JPJ tu dah mengira saat-saat kat jam dia...saya pun DANG! langgar dua tiang depan. PUAS HATI!

Lepas rehat tengahari, makan dan solat...sesi ujian jalan raya yang berbaki dimulakan. Bermula dengan no 29 tak silap saya. Nak keluar dari pusat memandu tu, kena naik bukit tinggi dan lintas jalan. Bila calon-calon dilepaskan serentak, terjadilah bontot-membontoti. Saya cukup risau kalau kena macam tu, takut enjin mati. Dan dah nasib saya, saya kena membontoti satu kereta dan saya dibontoti oleh beberapa buah kereta yang lain.JPJ yang uji saya lelaki, suara dia ok tak la bunyi garang sangat, tapi saya tak tengok pun muka dia. Sampai di bukit, saya menjaga jarak mengekori kenderaan dengan baik. Tekan brake kaki, free gear dan tarik handbrake. Kereta depan saya beberapa kali terundur, saya dah cuak dah..macam mana saya nak buat kalau dia terus terundur. Lagi satu, kepala saya dok fokus macam mana nak imbang minyak dan klac masa nak gerak nanti. Kereta depan pun lepas dengan jayanya melintas jalan. Saya pun tekan minyak, angkat klac sikit demi sikit, turun handbrake..zuuuppp..ke belakang. Saya brake semula! Weh, apa yang tak kena ni? Saya cuba lagi, kali ni tekan minyak lebih sikit kot-kot tadi tak cukup. Zuuupppp...mengundur lagi, brake lagi! Ish...apa yang tak betul ni?

Sapa pandai teka apa sebenarnya tak betul? Satu kesalahan yang buat saya betul-betul rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa macam sayalah orang yang paling bodoh di dunia ni, rasa macam tak layak bawak kereta sampai mati...dan saya memang rasa merajuk dengan diri sendiri..rasa tak nak ulang test dah.huhuhu....tapi, saya perlukan ini:


Esok 12/ 10/ 10 pukul 10 pagi, saya akan hadapi ujian memandu JPJ. Saya dah selesai belajar 8jam + 8jam kelas tambahan = 16jam. Kalau ikutkan saya dah boleh yakinlah kan, tapi masih ada beberapa part yang saya masih buat silap pada jam ke 16 tadi; bahagian jalan raya: berhenti di persimpangan berbukit dan kena lintas jalan. Mati enjin kat situ. Menurut cikgu yang ajar saya tadi, saya angkat klac tinggi sangat, dan minyak sikit. Jadi esok saya kena pastikan tak lepas klac banyak, dan minyak kena tekan lebih. Bahagian dalam, pun kat bukit, saya selalu tak sampai garisan kuning dah berhenti. Taktaula kenapa payah sangat nak agak. Ada juga mati kat atas bukit tu tapi saya diberitahu masih ada peluang walaupun mati enjin. Apapun saya berharap esok saya tak buatlah kesalahan-kesalahan yang sama dan juga apa-apa kesalahan lain.

Doakan saya ye, dan kalau ada tips untuk mengelakkan gemuruh kongsilah. Sebab kalau gemuruh lagi la lintang pukang semua,kan.

InsyaAllah esok saya update sama ada saya pass with flying colours atau sebaliknya..hihi.

Salam di petang Jumaat yang bahagia, semoga anda semua dalam mood bahagia juga hendaknya.

Sebenarnya saya ada berjanji dengan Mummy Harith n Hannah a.k.a GenkiMomma atau mesranya dipanggil Kak Arnie. Nak kata testimoni pun iye, tapi lebih kepada pengalamanlah sebenarnya.

Saya mengenali supplement masa umur saya lingkungan 21tahun. Masa tu saya ada masalah tangan kiri lenguh, kebas dan sakit terutamanya di bahagian bahu. Tidur tak boleh mengiring sebelah kiri lama-lama, pegang telefon tangan kiri pun tak boleh lama-lama. Pendek kata susahlah kalau nak bergayut dengan boyfriend.haha. Saya dah pergi klinik, doktor cuma tanya pemakanan saya dan senaman...saya memang lazimi minum susu dan jogging. Doktor tak bagi ubat apa-apapun. Tak tahan sangat, sebab kadang-kadang kebasnya sampai buat saya rasa tangan kiri tu tak ada, saya pergi berurut dengan mak kawan saya (Dwi). Makcik tu kata urat-urat kat belikat saya tu dah keras masuk angin dan bersimpul. Sakitnya masa diurut tu Allah sajalah yang tahu, menjerit-jerit saya dibuatnya. Lepas berurut tu, saya pergi farmasi dan tanya apa vitamin yang boleh saya makan untuk masalah saya. Ahli farmasi tu cadangkan B-Complex. Dari situlah saya kenal supplement. Alhamdulillah, terasa perubahan yang ketara, sakit pun lama-lama hilang. Tapi habis sebotol tu, saya tak teruskan makan sebab masa belajar dulu, harga sebotol B-Complex tu pun rasa sangatlah mahal.

Saya kembali mengamalkan supplement masa mengandung. Selain supplement yang diberi oleh pusat kesihatan setiap kali pemeriksaan antenatal, saya juga ambil omega dan kalsium. Masa tu saya main beli saja tak kira jenama, asalkan harganya berpatutan dengan bajet saya masa tu. Masa dalam pantang saya bergantung sepenuhnya pada supplement KKM, memang tak teringat nak cari supplement tambahan.

Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee.  Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.

Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit.

Supplement yang lain misalnya ostematrix saya ambil sebab saya selalu sakit-sakit badan terutamanya pinggang dan belakang badan, yang saya percaya akibat posisi tidur yang tidak betul berikutan menyusukan anak sambil berbaring. Kadang-kadang tulang saya berbunyi-bunyi. Saya minum susu, tapi tak tentu kadang-kadang dapat dua gelas sehari, kadang-kadang 1 gelas saja, malam dah tidur awal. Biasanya minum susu kotak di ofis saja. Apa yang saya perhatikan, bila saya konsisten minum susu dan makan ostematrix, saya tak ada masalah dukung anak saya walaupun lama. Lagi satu, gigi sensitif saya pun dah hilang. Kalau lepas minum air panas, kemudian berkumur dengan air paip pun tak ngilu macam dulu-dulu.

Lecithin dan fiber? Taktau kenapa dua vitamin sungguh susah saya nak konsisten. Fiber saya bagi pada emak saya akhirnya, sebab mak saya yang mengalami kolesterol tinggi lebih memerlukan supplement ni dan terbaru saya baca testimoni tentang lecithin yang mampu mengurangkan 20kg dalam blog GenkiMomma, semangat pulak nak konsisten.heh!

Ini hanyalah pengalaman peribadi saya, setiap orang mungkin berbeza penerimaan badan masing-masing terhadap supplement. Ada juga yang tidak mahu bergantung dengan supplement sebaliknya berusaha mendapatkan makanan segar yang benar-benar membekalkan khasiat yang diperlukan. Tepuk dada tanyalah hati anda.

Artikel dan info ini saya cedok dari satu blog, saya dah lupa dah nama dan alamatnya.
Berikut adalah antara 'fakta saintifik' berkaitan solat 5 waktu. Namun tidak pasti sama ada terdapat bukti empirikal untuk menyokong 'fakta' ini.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wallahualam.

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=44867
Owh, kerana TTM, kerana Corelle yang bakal menjadi milikku, maka blog ini TERupdate.hihi


Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*


Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*


TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.



Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*




TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!



INI HADIAHNYERR..




TENG TENG TENG!









Click on above image to view full picture16 Pc Dinner Set
Email to a Friend
Be the first to review this product



Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware MugsAdditional InformationItem Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric
Product DescriptionCorelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.





Syarat-syarat penyertaan:


1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)


2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)


3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)


4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)


5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.


6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU


*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*