Saya nak tengok final pasukan hoki lelaki Malaysia lawan Pakisatan dalam Sukan Asia yang sedang berlangsung...tapi, masih di tempat kerja..uwaa.

Harap-harapnya Malaysia dapat meminggirkan Pakistan sekaligus mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.
SUSU PENUH KRIM ILHAM

Terbaca dalam surak khabar baru ni, dan rasa nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Marilah kita sokong produk keluaran Muslim.
Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Al-Quran
Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik (Islamic Manufacturing Practice) dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Susu Penuh Krim Ilham akan berada di MAHA 2010 pada 26 November 2010, Pastikan anda berada di sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk Ilham dan juga promosi yang akan ditawarkan.

Terdapat dalam dua rumusan, iaitu rumusan bayi dan kanak-kanak


1-3 tahun

4-7 tahun


Maklumat Lanjut


En. Adi atau En. Muhd Ibrahim

No. 21-1 Jalan Reko Central 4,

Reko Central

43000 Kajang Selangor.
Tel Hp: 016-2320050 atau

016-2320500 atau 016-3220500
Tel Off : +603 8733 3500 atau

+603 8733 7400
Fax No : +603 8737 5101
http://ilham4u.com/




KUALA LUMPUR: Masjid Negara akan menganjurkan kem ibadah untuk kanak-kanak berumur sembilan hingga 11 tahun selama tiga hari mulai 10 Disember ini.


Menurut kenyataan akhbar Masjid Negara hari ini, kem itu antara lain mengandungi program riadah berkonsep, bisikan nurani, solat, mutiara iman, anak soleh permata negara dan interaktif. Ia terbuka kepada pelajar perempuan dan lelaki, "Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu bertujuan melahirkan generasi yang taat, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran selain melahirkan generasi soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat," menurut kenyataan itu.

Pembimbing program terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi.

Yuran penyertaan adalah RM30 seorang yang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.

Mereka yang berminat diminta menghubungi urus setia program menerusi talian 03-26937784, Ustaz Naziz di talian 012-6870352 atau Ustaz Nik Reduan di talian 019-2064963. - BERNAMA

Ini pula laporan Kem Ibadah Siri 1 yang diadakan pada Jun tahun ini.

Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2010 anjuran Masjid Negara

Sempena awal musim cuti persekolahan, Masjid Negara telah menganjurkan Kem Ibadah Kanak-Kanak siri 1/2010 pada 4-6 Jun 2010 (Jumaat – Ahad) bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seramai 90 orang peserta berumur 10-12 tahun dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang menyertai program ini.

Program ini juga adalah sebagai respon daripada cadangan Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah JAKIM agar setiap masjid-masjid utama menyusun pelbagai program bersempena dengan musim cuti persekolahan agar musim cuti persekolahan mereka tidak sia-sia dan diisi dengan pengisian rohani dan program-program yang berfaedah. Antara objektif utama kem ini diadakan ialah memberi didikan dan kesedaran kepada peserta tentang tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa, mencorak akhlak yang mulia, penekanan solat 5 waktu dan panduan mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti dan perkara yang berfaedah.

Antara pengisian program sepanjang 3 hari 2 malam ialah Mutiara Iman, Bisikan Nurani, Riadhah Bekonsep,Qiamullail dan ceramah Anak Soleh Permata Ibunda yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator Ustaz Haji Zulkarnain bin Itam dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Program pada tahun ini mendapat sambutan dan yang begitu memberansangkan daripada kedua-ibu bapa berdasarkan maklum balas ibu bapa dan permohonan penyertaan yang melebihi sekali ganda kuota penyertaan dibuka.

Majlis perasmiaan penutup disempurnakan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan bin Hosni. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil media seperti Bernama TV, Utusan Malaysia, Berita Harian dan juga Metro.
Sofiy memang suka menangis masa kecik-kecik dulu...sekarang dah kurang dah. Kalau nangis sekarang pun sebab jatuh ke, atau terhantuk, ataupun kena marah. Kalau nangis merajuk pulak sekarang ni bukan main lagi bunyinya macam kena dera.

Meh tengok salah satu aksi Sofiy nangis. Rasanya boleh agak tak kenapa dia nangis.hehe.


Nama Ibu: Maizura
Nama anak: Muhammad Sofiy
Umur anak: 1 tahun 6 bulan

PAPA N BABY


Makin rajin pulak saya masuk GA dan contest akhir-akhir tahun ni, harap-harap lekat la satu kat mana-mana.hehe. Ni nak join PAPA & BABY CONTEST yang dianjurkan oleh CUTE MUM. Tarikh tutupnya tak lama dah, 14 November jadi masih sempat lagi kalau nak join.

Ayah Sofiy ni memang payah sikit kalau nak suruh bergambar, dia cuma suka ambil gambar je. Jadinya..ade gambar candid saja. Harap-harap boleh menambat hati juri.hehe. Gambar kat bawah ni diambil masa kat klinik desa, umur Sofiy setahun.


Nama ayah: Muhammad Yusoff bin Zulkifli
Nama anak: Muhammad Sofiy bin Muhammad Yusoff
Umur anak: 1 tahun 6 bulan

Ok, Good Luck untuk ayah dan anak...umi doakan.
Di saat-saat akhir nak join GA ni.

Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran dan semoga berbahagia sentiasa.




Kali ni Sofiy nak masuk contest gigi pulak. Sebenarnya, part menggosok gigi Sofiylah yang paliiingg umi 'malas' sangat. Jadi malas sebab kena bergaduh dengan Sofiy dulu. Masa Sofiy baby dulu, umi bersihkan gigi Sofiy guna kain dan berus gigi yang sarung kat jari tu. Tapi semenjak gigi Sofiy dah makin banyak ni, siap dengan geraham yang nak tumbuh atas bawah, maka umi kena lebih rajin menggosok gigi Sofiy walaupun berebut berus gigi tu. Maklumlah anak umi ni nak berdikari, semuanya nak buat sendiri. Tapi kalau setakat masuk mulut tapi tak kena gigi,macam mana nak bersih nak oii..

Oklah, umi membebel panjang pulak dah. Nantilah di lain entri umi kisahkan tentang penjagaan gigi ye. Entri kali ni sebenarnya khusus untuk tayang gigi. Baru-baru ni ayah saja je snap gambar Sofiy dalam jarak dekat dan Sofiy pun beria-ia tayang gigi dia yang dah nak penuh tu. Harap-harap gambar ni akan membawa tuah buat my little Sofiy.



Contest yang dianjurkan oleh http://harlindahalim.blogspot.com/ ini menggariskan beberapa syarat, jom tengok.

Syarat-syarat untuk menyertai "SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010 ini ialah :-


1) Anda mestilah menjadi FOLLOWER blog ini. (ok)
2) Penyertaan adalah untuk bayi/kanak-kanak yang berusia seawal 1 bulan - 3 tahun.(ok)
3) Sila sertakan SATU(1) keping gambar bayi/kanak-kanak tersebut sedang tersenyum atau tersengih sambil menunjukkan giginye. The most important thing is --> They're are showing their teeth in the picture ya! =)(ok)
4) Di bahagian bawah gambar tersebut jangan lupa untuk nyatakan information seperti di bawah :(ok)
- Nama penuh bayi/kanak-kanak

- D.O.B dan umur

- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut

- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang..jangan lupe kire betul-betul ye! =)

5) Letakkan LINK ENTRY PERTANDINGAN http://harlindahalim.blogspot.com/2010/11/show-your-teeth-baby-contest-2010.html di dalam entry penyertaan anda. (ok)
6) Letakkan BANNER CONTEST (seperti di bawah) di dalam ENTRY PENYERTAAN dan di bahagian SIDEBAR blog anda bersama-sama dengan permalinknya ke blog ini.(ok)
7) Selepas semuanye settle, JANGAN LUPA tinggalkan jejak/letakkan LINK ENTRY PENYERTAAN anda di bahagian COMMENT BOX kat bawah entry contest ya...(ok)
8)Tarikh tutup pertandingan ialah pada : 3 Disember 2010, Jumaat,12.00 tengah malam.
Perkara-perkara yang WAJIB ada dalam entry penyertaan anda :




"INI LA GIGI ARNAB SAYA"

Muhammad Sofiy bin Muhammad Yusoff
25 April 2009 (1tahun 6 bulan)
Hobi membaca buku dan menari
12 batang: 4 atas, 4 bawah, 2 geraham atas, 2 geraham bawah

LINK Entri Pertandingan ini:

http://harlindahalim.blogspot.com/2010/11/show-your-teeth-baby-contest-2010.html

BANNER CONTEST untuk diletakkan di bahagian SIDEBAR blog anda:

CONTEST GIGI
Entri-entri dari YC memang mengapi-apikan semangat saya untuk menyediakan suasana belajar yang sesuai untuk Sofiy. Membaca entri Yatie yang ni memang timbul rasa cemburu dan berdoa moga-moga dalam setahun dua lagi akan berkembang majulah sistem pendidikan awal kanak-kanak di bumi bertuah ni. Kalau boleh berkembang maju tu taklah disertakan dengan kos yang rata-rata golongan sederhana tak mampu pulak.

Ok, bila Yatie tulis entri tentang ni pulak, saya rasa nak coret sikitlah tentang perkembangan Sofiy bab belajar di rumah ni. Rumah kami kecik, jadi nak letak banyak-banyak barang tu tak dapatlah nampaknya. Mungkin ada rezeki nanti-nanti bolehlah sediakan satu bilik khas buat Sofiy dan adik-adiknya belajar dengan selesa. Saya ni memang jarang cerita perkembangan Sofiy kat blog ni, bukannya apa malas sungguh nak tempek gambar.

Suka buku

Majalah umi pun jadi

Buku fonologi umi ni...risaunya koyak buku Prof.



Tu dok susun buku dia kat rak buku umi

Menulis dan menconteng

Umi dah lama belikan magnetic board untuk Sofiy menulis dan menconteng. Oklah, dah pandai pegang pen tu. Tapi masalah sikit kalau bagi pen biasa atau pensil. Sofiy jadi tak berminat sebab dia malas nak tekan ke kertas. Kalau setakat layang-layangkan macam tu je, kan dakwat pen tak keluar. Last-last dia akan bagi umi balik. Nak bagi marker, risau jadi mural pulak rumah tu. Lagi satu Sofiy suka sangat masukkan benda-benda dalam mulut, dah selalu ingatkan tapi agak susah nak dikawal juga bab-bab 'makan' benda yang tak sepatutnya ni. Jadi umi rasa kena tangguh dululah aktiviti mewarna untuk Sofiy.



Meja belajar

Terpanggil dengan saranan YC, umi pun bawak keluar meja masa umi study kat kolej dulu...dengan bangku yang umi guna untuk mandi masa mengandung dulu (badan berat mandi kena duduk). Jadilah Sofiy punya stesen. Wah, bukan main suka lagi dia. Kejap-kejap duduk kat meja dia, memang seronoklah umi tengok.


Hehe...memang kejap pun, lepas tu bangunlah



Dah puas duduk atas kerusi, menyusup bawah meja pulak

Belajar mengaji Al-Qur'an

Sofiy jugak belajar mengaji sekarang, semangat ni umi ambil daripada Kak Lina mama Darwisya dan Darwisy. Main-main flashcard saja tak berapa memberangsangkan sebab Sofiy lebih suka rebut flash card daripada dengar umi ajar. Jadi kenalah pasang cd. Dulu pasang cd animasi (lupa nak ambik gambar), sekarang pasang cd Darwisy pulak.

Lagi, keletah Sofiy ni dia suka sangat masuk dalam bakul, kotak dan sebagainya. Beza sungguh bakul mainan Sofiy nak banding dengan susunan mainan Baby SN. Umi kena belajar daripada mommy baby SN ni nampaknya. Tapi Sofiy memang rajin susun mainan dia, terutamanya kalau ayah dia yang suruh kemas. Ank ayah la katakan.

 Tengok tv..layannnn

Ni pulak aktiviti bakal jurutera kot.

Umi harap umi akan lebih berkemampuan dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk Sofiy belajar. Berkemampuan dalam menyediakannya, mampu juga menyelianya dan mampu jadi contoh yang terbaik buat Sofiy.



Huhuhu...hari ni saya nyaris-nyaris diserang sang anjing. Terbayang-bayang macam manalah daging saya dikoyak-koyaknya kalau sampai kena serang tadi.

Dah seminggu rasanya anjing-anjing liar berkeliaran kat kawasan ofis saya ni. Bukan seekor, tapi satu batalion siap dengan baby lagi. Bunyinya saja dah menakutkan, kuat betul suara anjing liar ni. Kalau anjing-anjing ni main-main kat sekitar ofis ni, saya memang tak keluar dah sampai la yakin yang diorang dah takde.Semalam kawan hampir kena kejar jugak, tapi sempat lari masuk ofis semula.Dah tiga kali buat report ke pengawal, tapi masih tak ada tindakan apa-apa pun.


pic: google

Pagi tadi, saya pergi kerja macam biasa. Nak masuk bangunan ofis saya tu, saya nampak la macam telinga anjing...nampak telinga je sebab badan terlindung. Saya pun ingat nak pusing ikut jalan lain, belum sempat saya belok beberapa anjing lain datang dari arah yang saya nak pergi tu. Rupanya banyak diorang lepak dan tidur kat situ. Ada seekor anjing yang paling besar terus berlari menghadap saya sambil menyalak sekuat-kuatnya.Jarak dalam selangkah je daripada saya. 5-6 ekor yang lain ready kat belakang dia, semuanya menyalak. Memang panik sebab kena serang ramai-ramai macam tu. Saya dah rasa nak menangis sebab taktau nak buat apa. Diorang punya muka memang takde belas kasihan langsung. Saya terundur sikit, tapi sempat lagi teringat orang pesan, kalau kena kejar anjing jangan lari nanti lagi dia kejar. Saya dah la takde pegang kayu ke batu ke. Tawakkal je, saya lompat tinggi-tinggi sambil takbir kuat-kuat "Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!". Alhamdulillah, dengan kuasaNya, anjing-anjing tu beredar menjauh dari saya. Masa tu baru badan saya mengigil-gigil. Huhuhu...tak dapat nak bayangkan kalau sampai kena gigit.Anjing liar tau!

Saya dah call pengawal lagi sekali dan dapat bercakap dengan person incharge, harap cepatlah diambil tindakan.Ni saya kat bilik Prof, tak berani nak masuk ofis sebab tadi saya jenguk dari tingkat atas, anjing-anjing tu masih ada lagi. Diorang perasan saya kat atas, terus menyalak mengamuk-ngamuk. Macam nak buat territori pulak kat kawasan tu. Ada seorang pensyarah yang bilik dia kat tingkat atas tu, sampai tutup gril sebab takut. Saya call dia tadi, dia kata nak keluar meeting tapi tak berani.

Tak salahkan anjing-anjing ni pun, manusia yang kacau kawasan dia...dibuat pembangunan. Jadi dia datanglah kacau manusia pulak. Tempat tinggal dia diceroboh, mestilah dia marah. Tapi yang kesiannya kat kami yang tak de kena mengena ni la.