From azizie.com dan saya salin daripada Official Page Wardina Safiyyah

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

p/s:- masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri....... memanglah tak sampai ke hati kalau tak tahu pun makna Al-Fatihah......(bila diajar bukan datang dari hati, maka yang diajar juga tidak sampai ke hati, pendidikan agama dan kaedah pengajaran dan pembelajran perlu diubah) Agama bukan hanya fakta - tapi penghayatan....dan ia bermula dari Ustaz dan Ustazah yang bijak, kreatif, kritikal dan "ikhlas" dalam mengajar.... Ia bermula dari rumah....iaitu pendidik yang sebenarnya - IBU DAN BAPA


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.


Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Buasir adalah sangta biasa dan jarang yang berbahaya, tetapi ia perlu dirawat. Serangan buasir selalunya sangat menyakitkan.

Apakah Buasir?
Buasir atau hemoroid berpunca daripada pembesaran 'segugus' vena yang terletak di bahagian atas saluran dubur.

Apakah Gejala Buasir?

  • Buasir kadangkala menyebabkan pendarahan sewaktu membuang najis
  • Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ketidakselsaan setempat, dihubungkan dengan pembengkakan, pergerakan ke bawah, dan tersembul keluar daripada dubur yang diselaputi gugusan vena. Keadaan ini dipanggil prolaps hemoroidal.
  • Buasir juga dikaitkan dengan kesakitan, rasa gatal ataupun lelehan.
  • Apabila suatu bengkak yang kebiruan dan sangat menyakitkan muncul dalam salah satu daripada vena yang mengelilingi dubur, ini dihubungkan dengan apa yang dipanggil trombosis hemoroid eksternal. Ini adalah tidak berbahaya dan doktor anda dapat melegakan kesakitan anda dengan mudah melalui rawatan.
  • Dalam setiap kes, apa-apa gejala pun dan khususnya apabila tanda klinikal hadir, hubungi doktor anda; doktor anda akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Mengapakah Hal Ini Berlaku?
  • Sebab utama ialah sembelit, walaupun ia berlaku sekali-sekala.
  • Faktor tertentu lain yang diketahui menyebabkan kesakitan mendadak ialah:
  • cirit berpanjangan
  • kehamilan
  • makanan yang menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol, kopi atau teh yang berlebihan)
Bagaimana Buasir Dirawat?
  • Rawatan adalah perlu untuk menghindarkan penyakit dari bertambah teruk.
  • Ubat yang sesuai boleh memberikan anda kelegaan sengan segera dan berkesan: dapatkan nasihat daripada doktor anda.
  • Kadangkala, doktor anda akan menggabungkan kaedah lain dengan rawatan menggunakan ubat ini: sklerosis (suntikan pembekun), penyejukbekuan atau koagulasi inframerah (pembekuan) ataupun pembedahan.
  • Rawatan ini harus digabungkan dengan beberapa makanan ringkas dan aturan gaya hidup untuk membantu anda memulihkan fungsi usus dan melawan sembelit.
Beberapa Petua Mudah Untuk Membantu Memulihkan Penyakit Buasir dan Mengurangkan Perulangan:

  • Minum air dengan banyak: sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter setiap hari.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol) atau rangsangan usus (kopi, teh)
  • Amalkan bersenam seperti berjalan-jalan atau berenang
  • Makan makanan seimbang: makanan kaya serat, bijirin, buah dan sayur-sayuran
  • Gunakan tandas pada masa yang tetap, misalnya apabila bangun tidur, selepas minum banyak air.
  • Apabila gejala berterusan (misalnya darah pada najis, ketidakselesaan dubur), berjumpalah dengan doktor anda.


Nota: Saya penderita buasir sejak tingkatan 1 akibat cirit-birit dan sembelit yang berselang-seli. Belum pernah ambil ubat, sekadar maintain jaga makan dan tak boleh angkat benda berat. Rasa-rasanya nak jumpa doktorlah lepas ni sebab bersalin ni memburukkan lagi keadaan.
Berita baik buat semua yang minat membaca, suka mengumpul koleksi buku ataupun telah ada senarai buku yang ingin dimiliki keluaran PTS Publication. PTS akan memberikan diskaun buat anda semua di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Maklumatnya seperti berikut:

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Tarikh: 22 April - 1 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL
No. Booth: C01 - C12

Cara untuk mendapatkan kupon tersebut mudah saja, isi borang di sini.

Syarat-syarat kupon pula adalah seperti di bawah:
1. Kupon Diskaun Bonanza PTS ini hanya sah digunakan bagi membeli buku PTS di booth PTS sahaja semasa PBAKL 2011 dari 22 Mac - 1 Mei 2011.

2. Kupon diskaun ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran diskaun/kupon rebat lain.
3. Kadar diskaun yang diberikan berdasarkan belian dalam satu resit sahaja.
4. Nilai kupon diskaun tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Kadar diskaun yang ditawarkan kepada pengunjung booth PTS:

* 15% - bagi pembelian RM150 ke bawah (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 20% - bagi pembelian RM150 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 25% - bagi pembelian RM300 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 30% - bagi pembelian RM600 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)

Buat semua warga Malaysia, marilah sama-sama kita jadikan membaca sebagai amalan dan juga mencintai buku dalam usaha mendalami dan mengumpul ilmu.





Dah lama sebenarnya saya tertanya-tanya ke mana hilangnya TVIQ di astro? Secara tiba-tiba bila saya tekan saluran biasa TVQI (tak silap 552) dah takde, channel not found. Rasa macam kehilangan, sebab itu la channel kegemaran Sofiy. Sebenarnya umi dia yang memang buka saluran tu untu dia sebab rasa macam saluran lain tak sesuai untuk dia. Mujurlah Sofiy ni tak jenis addicted dengan siri kartun atau rancangan tertentu. Jadi, bila tak de saluran tu, dia tak minta pun nak tengok. Hari ni barulah saya teringat nak cari di internet, rupanya dah ditukar ke no 610 ye? Nanti balik nak cuba. Saya sendiri pun suka dengan rancangan-rancangan di saluran ni, antaranya slot kreative kraftangan, slot bersama daniel cook, dan juga penyiasatan yang dilakukan oleh kanak-kanak ala-ala asas forensik gitu. Agaknya saya memang suka cerita penyiasatan kot, sebab tu saya boleh melekat di saluran 701 AXN tu berjam-jam kalau saya seorang di rumah.hehe.

Ok, berbalik pada Sofiy saya tau saya dah memperkenalkan TV pada dia awal. Sebabnya, sepanjang dalam pantang saya takada benda lain nak buat. Intenet tak ada di rumah, buku atau novel pun tak beli untuk persediaan dalam pantang. Nak dok saja memang saya rasa tak best, entah..saya rasa sunyi. Jadi masa dalam pantang saya ngadap tv je kerjanya. Sampai dah hafal dah intisari rancangan.hehe. Walaupun macam tu, saya rasa Sofiy ni jenis tak minat sangat dengan TV. Dia jarang beri tumpuan pada satu-satu rancangan walaupun rancangan kanak-kanak, ataupun kartun.

Kalau dia tertarik pun, zikir dan azan sampai dia boleh ikut cara solat dan cara ambil wudhu' macam yang dalam tv tu tunjuk. Kalau buka dokumentari binatang pun ok, dia suka juga tengok fish, burung, itik, meow (sebenarnya harimau atau singa) dan moo. Kadang-kadang saya cuba umpan Sofiy dengan kartun yang berwarna-warni, tapi dia tak minat sangat. Dari satu segi, baguslah taklah nanti tak boleh handle bila nak tengok tv je. Dari satu segi, rasa macam dia berbeza sikit daripada kanak-kanak lain.

Ada sekali saya biarkan dia tengok Doraemon dan saya pegi buat kerja dalam bilik. Saya dengar dia panggil "umi, umi". Saya biarkan je sebab dia memang suka panggil umi berkali-kali. Tiba-tiba saya dengar dia dah menangis...tangisannya macam saya gitu. Bila saya pegi dekat, dia tengah tengok kartun tu. Rupa-rupanya kartun tu menunjukkan gambar dalam gelap. Ada macam lembaga la, warna hitam. Dia takut rupanya.Alahaii anak umi. Terus saya tukar saluran lain. Baru saya teringat sebelum ni pernah juga dia belek-belek buku yang saya pinjam daripada library. Buku tu tentang mitos China. Dalamnya ada lukisan juga. Tengah dia asyik selak-selak buku tu, tiba-tiba dia menangis ketakutan pastu lari laju peluk saya sambil tunjuk-tunjuk buku tu. Saya pun pergilah tengok helaian yang dia bukak tadi. Rupa-rupanya lukisan patung China. Memanglah agak menggerunkan, tapi macam mana pulak dia tau takut kat gambar tu ye sedangkan tak pernah pun dimomok-momokkan dengan hantu ataupun rupa yang buruk-buruk. Lupa pulak nak snap gambar patung tu..nanti ada masa saya masukkan.

Saya rasa sekarang ni Sofiy sedang develope perasaan takut, sebab dia juga dah mula takutkan gelap. Stor kat rumah tu lampunya dah blow. Bila sebelah malam, dia nak ambil mainan mesti ajak umi atau ayah temankan. Padahal dulu-dulu dia dok dalam tu gelap-gelap pun takpe, siap main sampai kena gigit nyamuk lagi. Saya memang tak pernah takut-takutkan dia macam takutkan gelap, atau takutkan hantu atau binatang. Cuma saya nak dia takut kalau ditinggalkan supaya dia sentiasa alert dengan saya bila kami keluar. Saya juga selalu mintak dia hati-hati kalau berada di tempat tinggi supaya dia tak excited lebih-lebih kemudian jatuh. Hati-hati bila di jalan raya, da hati-hati dengan lantai bilik air yang licin.
Hari ni kepala weng sikit...sebabnya malam tadi Sofiy tak lena tido. Tido lepas Maghrib, nak sampai ke Isya' tu 2-3 kali dia terjaga dan meragam. Mulanya umi ingat Sofiy panas, ayah sejukkan lagi suhu aircond. Tapi macam tu jugaklah, baru je umi menaip 2-3 patah perkataan kat proposal, dah hek..hek..hek. Umi pun bagi Sofiy nenen lagi dan sedaya upaya menahan mata ni agar tak mengantuk sama bila dah cecah bantal. Hanya ibu yang menyusu anak sambil baring je tau.kih kih.

Saya tido lebih kurang pukul satu. Walaupun proposal tak siap sepenuhnya tapi ada penambahan dibuat malam tadi, alhamdulillah. Masa nak tido tu pandang muka polos Sofiy, alahai kesian anak umi. Saya tau Sofiy sebenarnya meragam sebab dia tak puas nenen. Susu saya semakin kering sejak saya tukar pil perancang daripada Noriday kepada Mercilon. Saya memang dah tau Mercilon akan keringkan susu, dan saya ambil kesempatan tu untuk cerai susu dengan Sofiy. Walaupun sayangkan momen-momen bersama sambil peluk-peluk, cium-cium dan belek-belek tapi...saya rasa cukuplah 2 tahun sebagaimana saranan Al-Qur'an. Lagi sebulan Sofiy akan mencecah 2 tahun, jadi nak tak nak saya kena mula kurangkan memerap dia. Sebenarnya anak saya ni taklah suka memerap sangat pun, cuma bila nak tido tu memang tahap wajib la. Lepas tu sepanjang malam dia akan bangun lazimnya 3 kali, atau setidak-tidaknya sekali untuk menyusu. Yang tulah sebenarnya yang saya tak larat, sebab saya sakit belakang,leher, selalu kurang tidur dan akibatnya badan rasa lesu je esoknya.

Ada budak yang memang tak bangun langsung tengah malam sejak umur-umur tertentu, tapi Sofiy memang bukan macam tu. Dia konsisten dari baby sampai la ni. Mungkin juga, sebab dia tak minum susu waktu siang di rumah pengasuh. Sofiy mula reject minum susu guna botol, atau guna cawan, atau guna syringe sejak usia setahun. Memang direct saja. EBM yang berlambak masa tu guna buat cecah roti, biskut atau bancuh dengan nestum dan cornflakes je. Jadi saya pun kurangkan sesi mengepam jadi 2x je sehari memandangkan EBM tak laku.hehe.

Berbotol Semula

Minggu lepas Sofiy ada checkup di KK. Berat Sofiy menurun, baru 9kg untuk umur 23bulan. Dah masuk line kuning. Saya tau ni kesan demam panjang haritu, dia tak selera makan. Masak sup sup je yang dia lalu, sedangkan nurse suruh bagi dia lebih lemak. Memang ada bagi vitamin dengan lysine, alhamdulillah nampak bertambahlah selera dia sekarang. Apa orang makan semua dia nak tak kira pedas ke apa.

Pengasuh Sofiy pulak, bila tau Sofiy kurang berat badan..cuba bagi FM yang saya bekalkan untuk minum sarapan Sofiy tu dalam botol. Wah...habis sebotol. Jadi lepas tu pengasuh tanya saya, nak teruskan ke. Saya mulanya tak setuju sangat sebab fikirkan susah pulak nanti nak cerai botol. Saya kata cuba bagi dalam cawan straw atau sippy cup. Saya cuba di rumah, tapi lebih banyak main daripada minumnya. Cuba juga bagi dalam botol, bubuh puting ortodontik NUK yang dulu tak guna (kecik-kecik dulu dia nak puting latex). Nampak botol tu kemain lagi sukanya dia. Terus cari bantal dan bum...minum sambil baring. Tapi kejap je minum, pastu main je lebih. Kelek botol ke sana ke sini. Bila suruh habiskan dia geleng sambil cakap "nanak". Rasa sayangnya tengok susu terbazir. Maklumlah selama ni susu free kan? Bila dah beli ni terasa la..hehehe.

Pagi tadi la kesian sangat. Disebabkan dia rasa tak puas nenen agaknya..dia meragam. Hentak-hentak badan. Dahla saya tido tak dapat nak lena jap jap terjaga dek rengekan dia tu. Dah bagi nenen kiri kanan kiri kanan pun melenting-lenting lagi..haiii..panas la umi. Sudahnya dia kena marah. Ayah dia terpaksa cool kan umi, tepuk Sofiy yang dah nangis. Huhu.

Subuh-subuh dia ikut umi ke dapur.."nak cucu", "nak cucu", "nak air", "nak air". Haus agaknya. Saya masak air, dalam tempoh tunggu air masak tu je jenuh nak pujuk. Jap jap nangis guling-guling.hiba bunyinya. Mula-mula susu dia yang dah siap bancuh tu saya letak dalam sippy cup, lepas tu teringat pulak yang dia suka buat tumpah jadi saya buh la dalam botol. Kot dia rasa puas sikit minum dengan puting tu. Sengih-sengih bila sua botol. Cari bantal, konon-konon minum la..tapi kejap je. 2-3 teguk je kot. Selebihnya main.Sembang-sembang dengan ayah dia, kitorang buat keputusan bagi je la dia minum guna botol di rumah pengasuh. Sebabnya kat sana ada kawan-kawan jadi mungkin dia akan minum habis. Dia tak biasa berbotol, nanti lama-lama ok kot.

Kat rumah pengasuh tadi, diorang cerita. Semalam kawan-kawan dia semua beratur masa time minum susu. Sorang-sorang akan ambil botol susu daripada 'tok' (Diorang ada 3 pengasuh: tok perempuan, mak long dan ummi) sambil cakap "mekasih tok" Lepas semua dah dapat botol susu, tinggallah Sofiy sorang dan takde botol susu untuk dia. Nanti dia akan baring sama-sama dengan kawan-kawan dia, pastu cuit botol orang ni, cuit pulak botol kawan sebelah sini..sampaila dia lena. Kesian je dengar. Rasa macam umi ni strict sangat pulak. Jadi hari ni umi dah bagi green light kat Sofiy untuk berbotol susu semula. Sebabnya, umi fikir Sofiy memang tak cukup sumber kalsium dah sekarang memandangkan susu umi dah kering. Nak bagi bahan makanan lain yang ada kalsium boleh, tapi mungkin tak konsisten. Lagi satu, memikirkan berat badan dia yang dah masuk line kuning maka umi harap FM dapat membantu selain makanan pejal lain yang umi bekalkan. Kat rumah umi bagi juga susu segar untuk Sofiy sebab umi memang minum susu kotak di rumah.

Semoga Sofiy membesar dengan sihat walafiat, dianugerahkan kecergasan dan kecerdasan serta kebijaksanaan. Umi harap proses bercerai susu ni bukanlah momen pahit dan menyedihkan buat Sofiy. Umi akan cuba, cuba, dan cuba untuk bersabar dengan ragam Sofiy. Umi tau bukan senang, sebab inilah makanan Sofiy sejak Sofiy mengenal dunia. Ada orang kata bagai putus nyawa. Umi pun sedih juga sebenarnya, tapi umi rasa keputusan umi ni adalah yang terbaik untuk kita...Sofiy, umi dan ayah. Kesian ayah, sejak Sofiy lahir ayah banyak korbankan masa untuk kita, dan banyak kerja rumah ayah buat waktu kita berdua-duaan. Anak umi dah besar dan perlu lebih berdikari ye sayang...















Nota: Baru survey botol susu, dah lama tak shopping barang bayi sampai dah lupa alamat kedai online. Botol yang ada tu walaupun pp tapi dah lama sangat usianya. Mungkin nak beli Dr. Brown, Nuby atau Tommy Tippee...bentuk dan warnanya macam menarik;-)
Sepanjang berlakunya tragedi gempa bumi, tsunami dan radiasi di Jepun sejal seminggu lalu, saya cuma melihat, mendengar tetapi tidak menulis. Ini kerana saya rasa tidak layak untuk menulis tentang kesedihan orang lain, sedangkan saya tidak merasainya, dan tidak ada keluarga yang terlibat secara langsung. Walau bagaimana pun saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini terutamanya dari blog kawan-kawan di Jepun.

Saya sangat-sangat bersimpati, dan perasaan takut serta ngeri juga menyelubungi. Saya tak dapat membayangkan bagaimanakah kerajaan mereka berfikir dan bertindak dalam menangani peristiwa ini, sedih melihat keadaan rakyat negara tersebut, sedih membayangkan bagaimanakah rasanya hidup dalam keadaan serba kekurangan, tertekan dan kesakitan akibat kesejukan. Saya juga kagum dengan ketabahan mereka, walaupun saya tau di dalam hati setiap warga di Jepun tentu saja kesayuan yang menggunung. Tidak tahu apakah akan ada lagi malapetaka berlaku, tekanan dan ketakutan dengan pelepasan radiasi, kehilangan orang tersayang dan juga tidak dapat meramal nasib sesudah ini.


While Japanese officials were scrambling with a patchwork of fixes, the top U.S. nuclear regulator warned that the cooling pool for spent fuel rods at reactor No.4 may have run dry and another was leaking.
Gregory Jaczko, head of the Nuclear Regulatory Commission, told a parliamentary hearing that radiation levels around the cooling pool were extremely high, posing deadly risks for workers still toiling in the wreckage of the power plant.
"It would be very difficult for emergency workers to get near the reactors. The doses they could experience would potentially be lethal doses in a very short period of time," he said.

At its worst, radiation in Tokyo has reached 0.809 microsieverts per hour this week, 10 times below what a person would receive if exposed to a dental x-ray. Early on Thursday, radiation levels were barely above average.
The latest images from the nuclear plant showed severe damage to some of the buildings after several explosions. "Maybe we have to pray," he said, adding that a wind blowing any nuclear fallout east into the Pacific would limit any damage for Japan's 127 million people in case of a meltdown or other releases, for instance from spent fuel storage pools.

Sebastian Pflugbeil, president of the private German-based Society for Radiation Protection, said Japan's efforts to pull the Fukushima plant back from the brink signalled "the beginning of the catastrophic phase".


-Yahoo Malaysia news

Semestinya, doa itu adalah sejata setiap Muslim. Marilah kita sama-sama berdoa, solat hajat dan baca Yaasin memohon kepada Allah agar malapetaka ini reda, dan semoga proses pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Malapetaka ini mungkin kemurkaan Allah kepada umat manusia ini atas kelalaian kita sendiri. Kita seharusnya bersyukur kerana diberi peringatan tanpa merasai kesakitan yang dirasai oleh mereka. Tidak seharusnya kita bergoyang kaki dan masih lagi bersuka ria di sini,walaupun jauh beribu-ribu kilometer dari negara tersebut, kerana bencana ini adalah untuk semua, dan kita juga tidak tahu bila tibanya masa kita. Kiamat itu janji Allah, dan Allah tidak pernah berdusta. Kita ini khalifah di muka bumi Allah, dan segala kerosakan di bumi adalah perbuatan kita sendiri sebenarnya.
(Iklan asal boleh dilayari di My Internal Outlet)
Sebuah Taska baru yang akan dibuka di Kajang, mengalu-alukan warga kerja yang dinamik untuk memulakan operasi.


Syarat am bagi kesemua jawatan ialah sihat tubuh badan, bertenaga dari segi fizikal dan berperwatakan ceria untuk bekerja dalam persekitaran kanak-kanak yang aktif bermula dari Isnin hingga Jumaat seawal jam 7 pagi hingga 7 malam.

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Penyelia Taska (1 kekosongan)

Syarat-syarat permohonan:
*berumur 21 tahun ke atas
*telah menghadiri dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
*berpengalaman bekerja di Taska sekurang-kurangnya 2 tahun
*pemegang Diploma dalam apa jua bidang digalakkan memohon
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM1000

Pengasuh Taska (4 kekosongan)

Syarat-syarat permohonan:

*lulus SPM, atau pernah mengikuti aliran vokasional dengan pengkhususan Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-Kanak
*keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, namun kepada yang tidak memilikinya akan dihantar menyertai KAAK atas tanggungan Pengusaha Taska
*pengalaman bekerja di Taska adalah satu kelebihan
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM600

Semua jawatan bertaraf tetap, bersifat jangkamasa panjang dan calon-calon yang berjaya dikehendaki mengikat kontrak kerja selama 2 tahun. Pekerja sambilan tidak akan dilayan demi memastikan kebajikan kanak-kanak berada pada tahap optimum.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar butiran peribadi lengkap dengan gambar berukuran passport, nombor telefon dan gaji terdahulu menerusi emel kepada nazufa_zen@yahoo.com.Calon-calon yang berpotensi akan dihubungi serta-merta dan diminta untuk mengemukakan sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk temuduga segera.
Saya melanggan emel daripada Puan Lina Karim, mama Darwisya. Baru dapat emel pagi ni tentang satu forum santai berkenaan Mendidik Anak Cemerlang yang akan diadakan di Universiti Malaya seperti maklumat di bawah:

Ada apa-apa rancangan tak malam Ahad ni? Kalau tak kemana dan memang berdekatan sekitar Universiti Malaya saya nak jemput ke Forum Santai Bertajuk Mendidik Anak Cemerlang


Tarikh : 20 Mac 2010
Masa : 8 Malam
Moderator : Mohd Dzulkhairi Mohd Noor (Ketua Syubban PUM)
Panel : Dr Kamil Abdul Majid (Pensyarah UM) dan saya sendiri
Anjuran : Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan Dengan Kerjasama Persatuan Ulama Malaysia

Permulaan Majlis :
Bacaan Adik Darwish Adrian , 3 Tahun - Surah Yassin (Ayat 1-12)
Bacaan Adik Darwisya Adrianna, 4 tahun - Surah Al Waqiah (1-96)
Ia adalah Forum Santai dengan Sesi Soal Jawab berkenaan topik tersebut dibukakan pada akhir sesi.

Ikhlas,

Lina Karim

Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini, belajar daripada mereka yang arif dan lebih berpengalaman.

Bagi yang belum kenal siapa Darwisya dan Puan Lina, boleh layari blog http://darwishndarwisya.blogspot.comhttp://darwishndarwisya.blogspot.com/
Saya sedang menahan rasa terkilan dan sedikit rasa macam nak marah ketika entri ini ditaip. Perkara ini berbangkit lewat petang semalam. Saya akan cuba untuk mempertahankan sabar demi mengelakkan kekeruhan menjadi semakin likat.


Disebabkan hal ini berkaitan dengan 5,6 orang maka saya rasa biarlah tidak berterus terang akan jalan ceritanya. Saya nak tulis di sini supaya tak terluah pada orang lain yang saya rasa nak marah itu. Saya cuba membantu dia (kawan) agar tesis dia jadi lebih baik, apa yang saya sampaikan pada dia adalah hasil perbincangan di dalam kelas bersama-sama pensyarah. Masa saya sampaikan pada dia tu, memang niat saya hanyalah nak menolong dia agar proposal itu boleh diperbaiki seterusnya tesis dia akan lebih mantap. Kalau dia bukan kawan saya, memang saya tak akan sampaikan, atau senang cerita tak masuk campur. Lantak ngko la nak salah ke, nak terjun gaung ke, nak tenggelam dalam laut ke. Tapi memandangkan dia kawan, maka saya rasa ada baiknya dia tau mana-mana yang salah untuk dibetulkan, sebab kesalahan itu adalah kesalahan besar yang memungkinkan dia melencong ntah ke mana-mana. Itupun kalau dia rasa perlu dibetulkan, kalau dia rasa dia dah cukup betul, abaikan sajalah. Dan saya dah pesan banyak kali, hal ni jangan heboh-heboh demi menjaga air muka orang-orang yang terlibat.

Tiba-tiba, rakan sekelas saya call petang semalam dan bagitau hal ni dah jadi isu. Isu besar pulak tu, melibatkan staf, pensyarah dan siap surat menyurat hitam putih. Wah! Dalam dok pesan-pesan tu heboh jugak jadinya. Ok, ok..saya call dia untuk tau apa yang berlaku sebenarnya. Tak angkat! Dan sebetulnya saya rasa dia Tak Nak Angkat! Last-last saya SMS saja, saya nak tau duduk letak perkara ni. Tau dibalasnya apa? Dia kata memang dia sendiri yang bagitau sifu dia. Dan isunya sekarang, saya dan kelas saya dituduh melanggar etika. Jadi sekarang dia macam nak kata "Ngko tanggunglah sendiri!" Haiii laa...ada juga kawan macam ni? Mungkin saya silap menilai. Saya ada ramai kawan, dan selama ni memang kawan-kawan saya tak pernah begini. Kami saling membantu, hal-hal sesama kami tak pernah sampai pada pensyarah. Tiba-tiba jadi macam ni, saya memang terkilan. Kalau ye pun taknak terima hasil perbincangan tu, tak perlu kot nak report. Benda kecik je sebenarnya, tapi dibesar-besarkan. Saya ambil langkah berdiam diri walaupun saya rasa macam nak balas secara sinis pada dia...tapi biarlah. Saya cuba menghayati klausa Mengalah Tak Bererti Kalah walaupun saya memang bukan nak menang. Saya cuma terkilan.

Saya harap isu ni akan ada penyelesaiannya tanpa menyakiti atau menyusahkan mana-mana pihak terutama saya (dan kepala otak saya)serta rakan-rakan sekelas saya termasuk pensyarah kami, juga staf yang berkaitan. Pengajarannya, nak buat baik berpada-pada. Tak semua orang suka kita buat baik pada dia.
(Apa yang saya tulis ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman semata-mata, bukan dari pandangan pakar)

Saya pernah belajar psycholinguistics di peringkat asas saja, tak mendalam pun. Setakat pengetahuan saya, anak yang dibiasakan dengan lebih daripada 1 bahasa sejak bayi mungkin mengalami kekeliruan. Kekeliruan yang dialami oleh si anak tadi adalah diakibatkan tiadanya bahasa pertama dalam persekitarannya. Apabila kedua-dua bahasa datang serentak dalam kadar penggunaan yang sama, maka anak mungkin menjadi tidak cekap dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Oleh itu, disarankan  ibu bapa develop dahulu bahasa pertama untuk si anak. Kalau rasanya nak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, maka di awal kelahiran sehingga anak tadi mencecah sekitar 2, 3 tahun gunakan bahasa Melayu sahaja. Seterusnya apabila anak sudah ada bahasa pertamanya, maka bolehlah diperkenalkan bahasa kedua. Ataupun, sekiranya ibu bapa hendak juga memperkenalkan dua bahasa serentak kepada anak mereka, maka perlulah ditentukan mungkin ayah akan bercakap bahasa pertama sepanjang masa manakala ibu akan bercakap bahasa kedua sepanjang masa. Dengan cara ini, kekeliruan boleh dielakkan.

Ok, saya ada pengalaman melihat anak kakak saya sendiri. Anak pertama ditekankan penggunaan bahasa Inggeris sejak bayi lagi. Mungkin sebab masa tu akak saya tinggal di KL dan baru balik dari UK. Kesannya, anak itu lebih tahu bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Contohnya dia akan takut bila kita sebut "lizard" tapi buat dono je kalau sebut "cicak". Lebih prihatin kalau diingatkan "hot!" berbanding "panas!". Dalam masa yang sama, bahasa keluarga (perbualan dengan ayah, atuk, nenek) adalah bahasa Melayu. Akhirnya bila anak dah mula membentuk ayat, ayat yang dibina kebanyakannya adalah bahasa Melayu. Anak kakak saya yang ini memang agak susah nak membina ayat yang gramatis. Kadang-kadang kita jadi tak faham apa yang dia nak cakap sebab ayatnya berbelit-belit. Bila dah besar sekarang ni, dia nak keluarkan satu-satu ayat tu susaaah dan lambaaat sangat, macam jenuh nak fikir dulu. Dia juga tak suka membaca tapi lebih suka Matematik.

Anak kedua kakak saya, dilahirkan di Sg Petani. Masa tu akak saya dah pindah dok dengan mak mertua di Penang. Bahasa pun dah tak guna bahasa Inggeris lagi. Cakap Melayu dialek utara. Anak kedua dia petah bercakap, dan memang fahamlah apa yang dia nak cakap. Kadang-kadang bahasanya penuh dengan retorik pulak. Seronok bercakap dengan dia. Masih belum bersekolah, jadi saya taktau perkembangannya dalam pelajaran. Saya juga tak tahu adakah penggunaan bahasa di peringkat awal itu memang mempengaruhi ataupun memang kebetulan kedua-dua beradik ini mempunyai kecenderungan berbeza.

Ok, itu cerita anak akak saya. Sekarang ni cerita anak saya sendiri pulak. Sofiy. Saya perkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kerana memang itupun bahasa ibundanya. Saya taknaklah hipokrit speaking London pulak di rumah. Lagipun English saya broken tahap apa ntahlah, buat rosak bahasa budak tu je. Jadinya, saya dan ayahnya bercakap bahasa Melayu dengan Sofiy sejak dari dalam kandungan sampailah mencecah 2 tahun ni. Kalau saya belikan buku pun, saya akan cari yang bahasa Melayu contohnya "Haiwan" berbanding "Animal", "Abjad" berbanding "Alphabet" begitu juga "Badan Saya" berbanding "My Body". Rupanya di rumah pengasuh, budak-budak ni dibiasakan dengan bahasa Inggeris walaupun tidak sepenuhnya. Saya kata oklah, di rumah guna bahasa Melayu, di sekolah guna bahasa Inggeris. Senang sikit kerja saya, takdelah susah saya nak perkenalkan bahasa kedua nanti.

Ada satu hari, saya terfikir nak tanya pengasuh Sofiy ni kat sana sebut "bantal" tu apa? Sebab saya pelik dia sebut bantal tu "Abba". Sekali pengasuh cakap, kat sini sebut "pillow". Baru saya teringat tentang BI di sekolah. Rupanya "badan saya" pun diajar sebagai "my body" di sana. Di sana ada eyes, ears, nose, tummy etc. Bila balik rumah, saya pun nak test la. Saya cakap "Pergi ambik pillow?" Anak saya terpinga-pinga tak faham. 2, 3 kali saya cakap macam tu jugak. Ayah dia dah ketawa berdekah-dekah, sebab umi beria-ia cakap anak dah belajar BI kat sekolah. Last-last sebut "ambik bantal" terus je laju dia masuk bilik.Haish! Takpela, saya cuba lagi. Kali ni ayat penuh dalam BI pulak. "Where is your tummy?" Kih kih..harem dia taktau. Tanya lagi, "Where is your hair?" Tengok-tengok dia pegi kat meja, ambil cawan air dia. "AIR" kan seakan-akan "HAIR" sambil mulut dok sebut air, air. hahaha. Umi give up. Maknanya dia jadi tak faham English bila di rumah, sebab dia tau bahasa di rumah adalah bahasa Melayu. Cuma ada satu perkataan setakat ni yang dia bawak balik dari sekolah iaitu "Fish". Mungkin umi lambat ajar "Ikan" dan dia dapat perkataan "Fish" dulu untuk makhluk Allah yang hidup dalam air tu dan umi goreng letak dalam pinggan.hehe.

Nota: Umi pun boleh cakap BI jugak tau setakat One Two Three Four Shut The Door tu. Bila nak ajar bahasa ketiga, sebab umi reti cakap Arab yang dah banyak jugak lupa mufradatnya.hehe.
Saya berkira-kira nak bertukar pil perancang dari Noriday ke Mercilon memandangkan usia penyusuan anak teruna saya tu dah mencecah 2 tahun April nanti. Sekarang ni saya dah isytiharkan bersara daripada aktiviti mengepam walaupun breastpump masih lagi ready kat pejabat untuk digunakan bila-bila masa saja. Setakat ni ok la, takde rasa berat, sakit atau penuh.

Tadi saya pergi farmasi tanya macam mana cara nak ubah cara pemakanan pil tersebut. Kata ahli farmasi tu, kena tunggu kitaran haid yang seterusnya. Masalahnya haid saya tak teratur walaupun sejak kebelakangan ni dah datang tiap-tiap bulan.

Hmmm...sebenarnya bukan masalah pasal tukar tu je, tapi...lebih kepada bersediakah saya nak bercerai susu dengan si kecik ni? Bagi pihak si kecik, rasanya dia memang belum bersedia walaupun kami dah pesan setiap hari yang 2 tahun umurnya nanti dia akan berhenti nenen. Sekarang ni memang makin kuat dia menyusu, siap bertukar-tukar lagi kiri-kanan-kiri-kanan sampailah dia puas hati. Sesekali rasa macam kesian pulak nak hentikan penyusuan ni. Kalau saya dah makan mercilon, tentu kesannya susu akan mula kering. Adakah susu saya akan kering sebelum genap umur Sofiy 2 tahun? Kesiannya kalau tak sempat 2 tahun. Dan adakah kekeringan air susu ini akan membantu proses cerai susu? Ada jugak rasa macam nak teruskan satu pek lagi Noriday sebelum tukar Mercilon tapi kebelakangan ni rasa agak seriau juga kot kot terlekat sebab Noriday tu pil mini je. Saya ni baru sem 1 belajar..alahaila kalau terlekat lagi.
Selama ni saya cuma baca status teman sekelas saya ni di FB. Tau dia menceburkan diri dalam bidang makanan dan masakan tapi sungguh saya ingat dia kendalikan restoran biasa saja. Rupa-rupanya kawan dah berjaya menubuhkan syarikat catering. Saya rasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaannya.

Rentetan perjalanan hidup teman saya ni tidaklah mudah, sedari kecil hanya dijaga ibu, dengan suasana keluarga yang tidak sesenang orang lain. Tapi pekertinya memang disenangi baik oleh kawan-kawan, senior malah guru-guru. Perwatakannya lemah lembut penuh kemelayuan, saya rasa kalau dia jadi pelakon tentu bersaing dengan Vanida.Kalau masuk Gadis Melayu pun ada chance menang. Dengan tahi lalat di atas hidung, memang manis dipandang, bila berkata-kata juga lembut dan pandai menjaga hati. Tapi kalau di padang, lincah berbola jaring. Di pentas, berbalas pantun sehingga ke peringkat kebangsaan.

Jodohnya sampai awal, masa masih di tahun 1 Universiti. Saya kagum dengan semangatnya, walaupun menghadapi pandangan serong orang sekeliling terhadap perempuan yang kawin terlalu muda, tapi dia tetap teruskan perjuangan. Kemudian lahir pula putera yang menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi. Maklum sajalah nak tinggalkan anak kecil di kampung. Tapi akhirnya dia berjaya mengharungi segalanya. Ijazah Sarjana Muda dalam undang-undang akhirnya digenggam.

Kemudian, bila tidak jadi lawyer, banyak pulak orang berkata-kata. Apapun, hari ini teman saya itu telah berjaya menunjukkan bahawa jalan yang dipilihnya adalah yang terbaik yang Allah tentukan buatnya. Go Dayang Go!

Oh ya..sesiapa yang berada di sekitar Ipoh dan berhajat mengadakan majlis tak kira majlis apa-apapun, silalah berkunjung ke blog http://suarasaarif.blogspot.com/, atau terus ke alamat No.26,Psrn Industri Bercham 10,Kwsn Perindustrian Ringan Bercham,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan. Boleh juga hubungi
Tel:017-5942831/013-3081563(DAYANG) Email:suarasaarif@gmail.com

Nota: Tuan empunya diri taktau saya tulis tentang dia ni, puji-puji ni biar belakang-belakang kan.
Hohoho..menulis tajuk ini saja buat otak saya rasa bersimpang siur. Saya memang lemahla dalam menguruskan masa dan tugasan. Bila dah sambung PhD ni, semuanya rasa nak kena buat sekarang juga juga!

Masa nilah nak keluarkan data daripada teks, masa ni jugalah rasa kena fahamkan teori pilihan, lepas tu..eh, kosa ilmu belum cari lagi ni. Ada pulak kelas kena hadir, kena pulak tulis proposal, nak tulis proposal semua to do, to learn dan to read tu kenalah siap dulu sekurang-kurangnya 70%. Kena bentang pulak 3 minggu dari sekarang. Tiba-tiba penyelia pulak hantar emel suruh baca itu, baca ini, tulis jurnal, dah bagi tarikh untuk bentang dalam seminar. MACAM MANA NI? Saya rasa sesak nafas. Tidur malam saya tak berkualiti sebab saya mimpi saya buat semua to do, to read dan to learn tu. Mana satu yang nak didulukan? Kena pulak penyelia saya memang seorang yang SANGAT rajin, komited dan cekap. Lagilah saya rasa nak menggelupur, expectationnya terhadap saya adalah sangat tinggi.

Saya dah dua bulan bergelar pelajar PhD, (dah 2 bulan ke atau baru 2 bulan lebih sesuai?)
Sepanjang tempoh tu, saya menghadiri dua kelas wajib iaitu Teori Penyelidikan Bahasa dan Penulisan Akademik Linguistik. Saya juga mengumpul (kumpul je ye, bacanya adalah satu dua sahaja yang sempat) kajian literatur. Saya juga pinjam buku yang berkaitan topik kajian saya daripada library sampai berpuluh-puluh buah, tak termasuk request yang pending. Selain tu, saya beli buku yang berkaitan, juga berpuluh angkanya. Saya dah baca teori pilihan sekali lalu, kemudian saya rasa kena berpatah balik kepada asas teori kerana teori pilihan ini adalah gabungan dua teori yang telah mantap. Makanya saya kena baca semula dua teori tersebut dari Alif Ba Ta. Saya baru je kumpul bahan untuk memahami teori, dah baca sikit selebihnya belum lagi. Handbook dah ada dalam tangan tapi masih di rak buku. Lagi apa ye yang saya dah buat dalam tempoh dua bulan ni? Ya..saya dah keluarkan data sedikit, tapi polanya masih belum nampak walaupun penyelia kata dia dah nampak. Saya je la buta lagi, mana daknya dah buta teori,kan?

Ok, ok..apa kes sambung PhD teori pun taktau ni? Alkisahnya saya kini berhijrah. Sejarah pendidikan saya penuh dengan penghijrahan. Saya berhijrah daripada bidang sarjana muda saya masa saya ambil MA. Dan sekarang saya berhijrah daripada disiplin MA saya apabila saya buat PhD. Kenapa? Penghijrahan pertama dulu disebabkan saya rasa saya tidak secemerlang mana dalam bidang itu dan minat saya bukan di situ. Penghijrahan kedua ini pula kerana tuntutan yang pelbagai. Saya mengambil keputusan penuh risiko dengan mempercayai kata-kata penyelia MA saya bahawa saya boleh buat apa saja bidang yang diberi. Wah..bunyinya macam terer kan? Maksudnya disiplin la, bukanlah bermakna saya yang bidang sains sosial ni boleh buat engineering. Melampau la tu..kot saya yang jadi enjin nanti.

Eh, melalut sudah. Sesiapa ada nasihat atau pandangan silalah ajukan ye. Masa saya menulis entri ni pun saya seakan nampak jarum jam bergerak. Adakah ini dirasakan oleh calon-calon PhD yang lain, ataupun saya je yang begini tidak terurus?


Dah lama sebenarnya teringat nak tulis tentang ni. Asalnya, masa makan kat cafe ternampaklah seorang budak lelaki keturunan Cina beli makanan. Lepas bayar diapun bawak makanan dalam pinggan ke meja, yang dah menunggu 3 orang kawannya. Kemudian budak ni tadah tangan (tak macam kita tadah tangan, macam genggam tangan la) dan mulutnya terkumat-kamit. Baca doalah saya kira, kemudian raup tangan ke muka dan makan dengan santunnya. Saya agak dia penganut Kristian. Masa tu saya tengok sekeliling, ramai budak Melayu beragama Islam, tapi tak ada yang tadah tangan dan baca doa. Mungkin mereka baca Bismillah saja, atau mungkin baca juga doa tapi tak lengkap bertadah tangan sesuai dengan adab berdoa.

Saya berfikir, sebenarnya saya sendiri pun tak konsisten dalam doa harian ni. Seingat saya, saya belajar doa makan masa tadika PASTI. Masa tu saya yang akan jadi ketua di meja makan. Emak dan ayah akan tadah tangan dan aminkan selepas saya baca kuat-kuat. Tapi rasanya tak lama pun amalan tu..masuk sekolah rendah tak pulak saya ingat tadah tangan baca doa makan. Entah-entah masa tu tak baca doa kot.hehe. Masuk sekolah menengah, memang saya konsisten sebab sekolah agama,kan. Lepas tu..rasanya baca juga tapi tulah tak cukup manner. Kadang-kadang sekadar Bismillah, kadang-kadang baca doa sambil lalu saja. Ish ish ish. Sekarang ni memang baca la sebab makan secara berjemaah dengan kawan-kawan sepenyelidikan, ada sorang tu akan jadi imamnya baca doa punyalah kuat nasib tak satu kafe boleh dengar.

Sebagai ibu, saya memang akan bacakan doa makan setiap kali anak saya nak makan, malah nak menyusu pun. Sekarang anak saya dah pandai tadah tangan dan baca doa dalam bahasa yang dia saja faham dan aminkan sekali. Saya tau kebanyakan anak-anak kecil akan ditekankan doa makan ni, dan comel je tengok mereka tadah tangan dan berdoa dengan gaya masing-masing. Alhamdulillah, mendidik anak-anak ini juga mendidik diri sendiri. Suami saya selalu kantoi. Dia dah sesuap dua, kemudian Sofiy tadah tangan baca doa.haha. Malu ayah!

Moralnya, konsistenlah dalam mengamalkan doa harian. Ini kerana doa adalah satu ibadah. Ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan kebiasaan para wali dan orang-orang soleh.Orang yang meninggalkan doa bererti dia telah menempuh jalan orang-orang yang sengsara dan sombong.




Nota: Dah baca doa sebelum makan, jangan pula lupa sesudah makan:-)
Semalam sibuk dok cari di mana nak tengok tayangan dokumentari HMM yang saya terlepas tukan, cari punya cari punya cari..akhirnya saya emel KRU di http://www.krustudios.com/. Hari ni dapat jawapan, dokumentari tersebut akan diulang tayang di Astro Prima pada 7 Mac 2011: 12.00 p.m dan 13 Mac 2011: 7.30 p.m. Ok, lega dah. Sekurang-kurangnya dapat dengar intipatinya nanti, insyaAllah. Kemudian saya balaslah ucap terima kasih atas informasi tu. KRU balas semula, katanya dokumentari tu boleh juga ditonton di http://www.tonton.com/. Dah register pun, tapi belum buka sebab internet lembap pulak hari ni + badan tak sihat takde mood.