"Dunia Ibu Buat Diriku adalah obsesi terindah dan teristimewa nikmat daripada Ilahi" Demikian rasa hati yang ikhlas setelah berkali-kali cuba melengkapkan ungkapan / slogan dalam blog Hanz, sempena THEHONEYBUNCH FINAL GIVEAWAY Naturally Motherhood Giveaway yang dianjurkan sempena perpindahan ke dua blog baru beliau iaitu:

http://naturalparentinglove.blogspot.com
Honeybunch Natural Parenting Love
                  dan
http://homeschoolkeeps.blogspot.com
Honeybunch Homeschool

Jika anda ada ungkapan yang istimewa tentang dunia ibu yang anda lalui dan nikmati, silalah sertai GA yang menawarkan hadiah-hadiah yang menarik dan lumayan tajaan:

http://mamasewbulous.blogspot.com/
http://muhammadplaytime.momsbestpick.com/
http://maybelscloset.blogspot.com/
http://sweet-n-cozy.blogspot.com/
http://deanadesign.com/
http://www.chagomago.blogspot.com/
http://crystalprincesscottage.weebly.com/
http://saleathoneybunch.blogspot.com/
http://www.facebook.com/blucotton


Ramaikan penaja? Jadi hadiahnya tentu lumayan, jom join ramai-ramai. Tarikh tutup pada 3 Jun 2011.
Ya, tajuk ni memang satu sindiran, tapi itu realiti di Malaysia.

Saya sampai rasa sesak nafas bila tengok budaya memuja hiburan atau hedonisme di negara ini, yang kononnya sebuah negara Islam. Yang saya tau negara umat Islam, tetapi bukan negara Islam.

Pernah tonton sebuah iklan, saya tak ingat dah iklan apa, yang menunjukkan bagaimana bayi didodoikan oleh bapanya dengan petikan gitar kot. Masa tu terdetik dalam hati, alangkah bagusnya kalau dialunkan dengan ayat Al-Qur'an. Atau setidak-tidaknya zikir-zikir ketuhanan dan selawat nabi. Tetapi sedihnya hiburan yang bertentangan dengan Islam tu jugalah yang digalakkan.

Contoh iklan lain, iklan susu, jenama apa saya tak pasti sebab anak saya minum susu ibu. Dalam iklan tu, ada budak menyanyi atas pentas dedikasi untuk si ibu. Pentas tu adalah sebuah pertandingan nyanyian tak silap saya. Si ibu pula terharu yang amat sampai mengalirkan air mata. Hohoho....adakah dengan pandai menyanyi dan menang pertandingan menyanyi tu maknanya susu tu bagus? dan adakah itu yang diimpikan oleh setiap ibu di Malaysia? anak jadi artis?

Realiti TV untuk kanak-kanak. Sebenarnya dah lama ada realiti tv untuk kanak-kanak ni, tapi dulu takdela banyak sangat. Kalau adapun banyaknya untuk jadi pengacara macam kanak-kanak angkasapuri dulu tu. Tapi sekarang ni sejak adanya saluran tv swasta, makin menjadi-jadi pulak. Anak-anak seawal usia 2 tahun rasanya dah diajar berhibur di pentas. Tak cukup dengan menonton rancangan tersebut di TV, dibuka pula sesi ujibakat untuk semua yang berminat. Ingat lagi betapa berbulunya telinga saya mendengar iklan yang saya transkrip dalam satu projek "Adik-adik mempunyai bakat menyanyi, menari, berlakon....sila datang ke uji bakat TTB di bla bla bla..." huhuhu. Rasanya kalau setakat ujibakat bercerita, bersyair, bersajak, berpantun tu ok lagi..ini tidak, dah macam artis pulak budak-budak ni. Yela, yang masuk tu memang nak jadi artis la kot kan, sebab budaya memuja artis dan hiburan yang disuap kepada mereka. Tengok saja macam mana mereka menyanyi di pentas TTB tu, serba-serbi menjadi macam artis, kalau yang lelaki tu menari hip hop hup hap semua boleh, yang perempuan tu melenggang lenggok lenggak semua jadi. Cuba suruh baca Al-Fatihah, mengucap dua kalimah syahadah tengok? Asma ul Husna toksah cakap la kan.

Untuk remaja, tak payah saya list kan lagi di sini..macam-macam ada, kat mana-mana pun ada, nak jadi penyanyi, nak jadi pelakon, nak jadi pengacara, nak jadi model, nak jadi apa lagi? cakap je semua ada. Mujurnya nak jadi imam dan qari pun ada. Tapi tak balance. Semua tu untuk jadi penghibur, untuk jadi public figure. Tengok saja masa uji bakat, berderet-deret, berbaris-baris tunggu giliran. Adakah generasi muda hari ni impiannya kalau boleh nak jadi penghibur saja? Kalau boleh nak masuk juga dunia hiburan tu. Padahal saya tengok bukanlah semua artis tu mewah pun. Kena yang mewah tu mewahla, tapi ada juga yang melarat. Sebab rezeki tidak berkat. Saya paling kesal apabila seseorang yang dulu imejnya baik, artis nasyid...akhirnya kalah dengan permainan hiburan ni. Last-last lagi lebih-lebih lupa akhiratnya. Sebab apa, sebab seronoknya jadi penyanyi dan seronoknya jadi penghibur. Tahniah dan selamat berhijrah buat artis yang telah memulakan jalan baru mencari redha Ilahi.

Ok, kalau beberapa tahun yang lalu realiti tv biasanya sinonim dengan remaja, kebelakangan ni dah dibuka pula kepada warga yang sedikit berusia. Sampai 40 tahun kot tak silap saya. Yang dah bergelar nenek pun dengan bangganya mencuba nasib. Apa lagi yang dicari, kalau yang remaja kita katakanlah gelojak dalam diri dalam mencari identiti ataupun mencari peluang untuk menampilkan diri. Yang dah mula dimakan usia ni, nak buat apa lagi? Kalau orang lain masa ni la nak mula-mula kenal masjid, nak dengar majlis ilmu, alahaiiii...

Yang terbaru ni, memang saya menyumpah dan menyampah. Kilauan Emas. Untuk warga emas la kan. Sebabnya sampai yang bergigi palsu pun diajak menyanyi, penaja kata takpe, gunalah P***dent. Saya tempek sikit apa kata pengurus saluran tv tersebut, dan kita timbang-timbanglah sendiri dengan budaya hedonisme ni:

“Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan A***o P***a sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, kami bawakan pula sebuah program Kilauan Emas yang merupakan sebuah lagi testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka genre dan format khusus untuk tontonan ramai.
“Setiap generasi penonton sasaran berhak untuk menikmati hiburan yang sesuai dengan usia dan kecenderungan mereka. Oleh yang demikian, kami berasakan sudah tiba masanya bagi pihak A***o untuk menyediakan platform kepada generasi ini pula untuk menonjolkan bakat yang ada tetapi mungkin tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian sebelum ini.”

Saya bubuh warna merah menandakan kecemasan atau tragedi. Kesianlah kat warga tua kita, kot-kot ada yang rasa-rasa boring anak-anak jauh, teringat nak ke masjid dengar kuliah. Di samping jumpa kawan, dapat juga pahala. Nanti dah ada kilauan emas ni, niat nak ke masjid kot boleh jadi cancel. Ye la, mengimbau kenangan lagu-lagu masa muda. Tu belum lagi yang ikut serta. Jenuh dok berlatih je la kot. Saya risau, risau, risau. Kalau dah yang tuanya pun sama-sama jadi kaki hiburan, siapa nak diharapkan menegur yang muda. Kena pulak yang muda dari kecil lagi dah disogok dengan hiburan sepanjang hayatnya.

Ini baru hiburan di tv ye kawan-kawan. Macam-macam lagi bentuk hiburan yang disogokkan kepada kita dalam sedar ataupun tak sedar. Saya tidaklah anti hiburan, saya pun menonton tv juga, dengar juga radio sekali sekala dalam kereta, tapi yang saya risaukan adalah kelekaan, keasyikan dan segala agenda hiburan yang disediakan untuk masyarakat terutamanya yang Islam. Agenda untuk melalaikan.


Tadi post ke RH tentang takrif metafora ni, kebetulan memang tengah study pasal ni. Jadi nak tempeklah jugak di sini, senang nak rujuk, orang lain pun boleh rujuk juga.


Aristotles: Metafora terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama (yakni, makna) yang dimiliki oleh benda lain; pemindahan (makna) ini berlaku sama ada dari peringkat genusnya, atau kepada jenisnya, atau daripada jenis kepada genusnya, atau daripada jenis kepada jenis, atau berdasarkan analogi

George Lakoff dan Mark Johnsons (1981:1) Our ordinary conceptual system , in terms of which  we think an act, is fundamentally metaphorical in nature

Za'ba(1934/2002:171): semua bahasa penuh dengan peribahasa, bidalan dan perumpamaan; sekadarkan banyak sedikitnya dan tinggi rendah isinya mengikut kadar kemajuan bahasa itu dan kemajuan bangsa yang bercakap akan dia 

Kovecsus (2002:x): metafora adalah ‘…a property of concepts, and not just of words…’ dan fungsi metafora ialah ‘…to better understand certain concepts and not just some artistic or aesthetic purposes’.
Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan blog Puan Lina Karim secara tidak sengaja tak silap saya 2 tahun lepas. Masa tu Sofiy dah lahir rasanya. Saya memang tak ingat langsung macam mana saya terjumpa blog tersebut, sama ada singgah daripada blog orang lain, atau saya cari di search engin dengan keyword tertentu. Apa yang pasti, saya memang kagum dan teruja dengan perkongsian Puan Lina tentang pengajaran Al-Qur'an untuk anak-anaknya sejak dari kecil, malah sejak dari dalam kandungan lagi. Sempat berbalas emel beberapa kali, saya rasa sangat senang dengan cara Puan Lina bercerita dan berkongsi. Tips-tips dan petuanya saya simpan untuk rujukan. Video klip Darwisya dan Darwish saya download dan Sofiy suka sangat tengok.

Dua hari lepas, saya terima emel daripada Puan Lina berkenaan kesan pengajian Al-Qur'an dan hafalan Al-Qur'an terhadap pelajaran akademik anak-anak. Puan Lina juga telah membina website terbarunya Islamic Parenting Network yang juga e-shop untuk memudahkan ibu-bapa mendapatkan bahan bantu mengajar Al-Qur'an buat anak-anak. Saya akui pertama kali Puan Lina menyenaraikan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk Darwisya, saya memang tak pernah dengar pun. Buku, CD, dan flash cards hijaiyyah tu memang saya tak pernah tengok. Bila saya cuba cari, agak susah juga nak dapat di kedai fizikal. Di kedai online ada, tapi tak banyak.  Saya cari CD bacaan Al-Qur'an alunan qari cilik adik Ahmad Saud juga tak jumpa. Memang selalu dengar suaranya dialunkan di toko-toko buku, pasar malam, tapi bila ditanya tak ada stok. Tanya pada agen jualan online pun begitu juga. Sudahnya, saya download saja beberapa surah bacaan adik Ahmad Saud di Youtube, dapatlah dengar melalui komputer.

Jadi saya rasa usaha Puan Lina untuk mengumpulkan CD, VCD dan buku-buku yang berkaitan adalah satu usaha yang mulia, dan sangat saya hargai. Antara vcd dan cd yang dijual di e-shop tersebut adalah:

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Qur'an Siri 1 dan Siri 2
(Sofiy ada vcd siri 1 ni, saya beli di Kedai Buku Syabab PKNS Bandar Baru Bangi. Masa saya beli tu, memang lama sangat saya belek, sebab taknak jadi macam sebelum ni, ayah Sofiy beli cd Alif Ba Ta dan Doa yang saya rasa tak boleh digunakan untuk mengajar anak-anak. Makhraj ustazah yang mengajar tu tak betul, dan boleh menyebabkan anak kita keliru dan sebut salah macam ustazah tu juga. Alhamdulillah, vcd Cepat Membaca Al-Qur'an ni ok, cuma ada kekurangan sikit sebab bahasanya ada telor Indonesia. Dan ada satu huruf iaitu 'dzal' disebut 'dza'. Huruf-huruf lain sebutannya betul. Sofiy suka sangat tengok vcd ni, dan dia dah boleh ikut sebut huruf-huruf tu. Dalam vcd ni juga ada nasyid huruf-huruf dengan benda dalam bahasa Arab. Contohnya 'fa' = fiilun (gajah) = elephant. Secara peribadi, saya rasa tak rugi beli vcd ni sebagai bahan bantu mengajar. Siri 2 tu dah masuk dalam wishlist saya)

VCD Al-Furqan
VCD yang baik untuk dipertontonkan kepada anak anda bagi membantu pembelajaran Flashcard (Mengenal Huruf) Kandungan Pakej: 1 Buah Buku Mewarna & 1 keping VCD lagu Al-Furqan Mengenai Produk Buku Mewarna beserta satu VCD yang mengandungi 4 lagu Al-Furqan sebagai Alat Bantu Mengajar Al-Furqan 1-4.


VCD Juz 'Amma (Adik Ahmad Saud)
Alunan Merdu yang dibaca oleh Qari cilik Ahmad Saud dari negeri Bahrain Timur Tengah.
Bacaan Khas 30 Surah Terakhir, sesuai bagi sesiapa yang ingin mentahsin bacaan Juz Amma, kanak-kanak atau orang dewasa yang baru memulakan penghafalan. Dibantu dengan visualisasi karaoke dengan rasam utsmani beserta terjemahannya.


VCD Kumpulan Ilham (Iqra')
VCD ini adalah VCD belajar AlifBata tanpa dan dengan bertanda atas dalam suasana ceria dan menyeronokkan. Kanak-kanak dalam video ini melagukan semua huruf-huruf yang tersebut di pelbagai lokasi menarik kanak-kanak. PERCUMA Audio CD dan buku.
(Komen Puan Lina: VCD kumpulan Al Ilham yang memperkenalkan huruf.. kanak-kanaknya agak gedik tapi saya pasti kanak-kanak lain seronok melihatnya menyebabkan anak saya menghafal lagu alifbata mereka.)


VCD Berdoa dan Mengenal Islam Sambil Menyanyi (Alwani)
(Ini komen Puan Lina untuk vcd ni: Untuk pengetahuan, VCD-VCD ini jugalah saya dedahkan pada kedua anak saya dan mereka memang menyukainya. Mula-mula tu saya komplen juga sendiri kenapalah budak-budak dalam video ni (VCD Alwani) di mekapkan tebal-tebal sangat. Sekarang saya dah tak mahu cakap begitu kerana pasal mereka anak saya baca doa dah berlagu.. ikut lagu merekalah tu.)

Flashcard Al-Barqiy
Kad Tunjuk yang mengandungi huruf bertanda atas, bawah dan depan. Bagi membantu aktiviti harian pembelajaran dengan flashcard.

Buku Siri Cepat Membaca Al-Qur'an (Al-Furqan)
Buku Pertama Untuk Anak Anda. Mengandungi 4 buku dan 1 CD
Bermula dari buku 1 yang memperkenalkan huruf huruf imej besar sama seperti yang diajar dengan flashcard.

Buku Siri Cepat Membaca Al-Qur'an Tajwid (Al-Furqan)
Keistimewaan Produk * Mengenal dan menguasai pelbagai bentuk kemahiran bacaan Al-Quran * Memahami dan menguasai hukum tajwid Al-Quran secara teori dan praktikal * Mengenal dan menguasai hukum tajwid berdasarkan mashaf Uthmani * Latihan dan petunjuk sepanjang jalan pembacaan Al-Quran

Sebenarnya ada banyak lagi bahan bantu mengajar yang lain, bolehlah singgah ke http://www.islamicparentingnetwork.com/e-shop.html untuk memilih bahan bantu mengajar yang diperlukan.



Nota: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Sofiy suka tengok, boleh ikut, tapi buat masa ni masih belum kenal. Kadang-kadang semuanya 'ta', kadang-kadang semuanya 'ba'. Tapi padanlah dengan 'kerajinan' umi dia.hehe. Lagi best bila kita sebut itu 'ta' dia kata "ukan, 'ba' la!" (Bukan, 'ba' lah!)
.Wah....dia pulak jadi cikgu ye. Sabo je la anak-anak ni.








Betullah, Bahasa Jiwa Bangsa. Saya memang tengah hot berbincang topik ni dengan kawan. Tadi masa tengah belek-belek Jurnal Kemanusiaan, terjumpa satu artikel menarik daripada ahli bahasa yang saya cukup hormat, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Tajuk artikel tentulah tak sama macam tajuk entri saya ni.hehe. Tajuknya: Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan Globalisasi.

Nak tulis semua rasa macam tak mampu, saya keluarkan butiran yang penting dan menarik untuk dikongsi bersama. Saya buat rumusan je la.

Mengambil definisi konsep jati diri yang diutarakan oleh John Locke (1632-1704), penulis menekankan bahawa bahasa ialah esen jati diri sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, keturunan Portugis Melaka menuturkan bahasa Kristang (Kristian), maka mereka dianggap sebagai Portugis. Demikian juga Cina Baba di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mereka dianggap Cina Baba kerana masih menuturkan bahasa Cina Baba. Sekarang, masyarakat Cina Baba semakin hilang oleh sebab mereka mengelompokkan diri dengan masyarakat Cina Baru (Pakir 1994). Persoalannya, apabila berlaku perubahan terhadap dasar bahasa dan tabiat berbahasa bangsa Melayu, apakah akan berlaku terhadap jati diri bangsa Melayu?

Kita mempersoalkan adakah dengan perubahan dasar bahasa dalam pendidikan maka jati diri bangsa Melayu akan berubah? Bagaimanakah kita dapat menjelaskan fenomena ini? Salah satu caranya adalah kita melihat apa-apa yang pernah ditulis oleh sarjana-sarjana lain yang berwibawa tentang hal ini. Kedua, kita merujuk kepada lakuan manusia Melayu yang memang dapat diperhatikan. Kemudian, kita cuba membuat analisis  terhadap lakuan tersebut dan menentukan sama ada lakuan tersebut sebenarnya berasaskan nilai yang mendasari jati diri Melayu atau tidak. Andaiannya, apabila lakuan manusia berubah, maka ada kemungkinan perubahan berlaku disebabkan oleh perubahan pada nilai mereka sendiri, dan seterusnya perubahan pada nilai pula mengubah jati dirinya.

Peristiwa yang berlaku pada bahasa Melayu ini tidak begitu sukar difahami. Peristiwa sebegini sudah lama berlaku di Singapura. Menurut Pakir (1994), akibat perubahan dasar bahasa pengantar pendidikan Singapura setelah negara tersebut menjadi republik, ibu bapa bebas memilih tempat untuk menghantar anak mereka belajar. Dalam hal ini mereka telah memilih sekolah aliran Inggeris. Akibatnya, sekolah Cina 'luput' dan Universiti Nanyang ditutup. Sekolah Tamil juga luput. Sekolah yang terakhir luput ialah sekolah Melayu, iaitu Sekolah Tun Seri Lanang. Apakah akibatnya?

Akibat ini dapat didengar dalam ucapan Perdana Menteri Singapura, Dr. Goh Chok Tong pada 27 Julai 1997, yang menyatakan bahawa "...selepas melaksanakan pendidikan dalam bahasa Inggeris selama dua puluh lima tahun, maka jelaslah bahawa kita sudah melahirkan satu generasi pemuda Cina yang hanya jasadnya Cina, tetapi budayanya bukan lagi Cina". Hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah sosiologi terhadap generasi muda dengan mengemukakan soalan berkenaan kegemaran, idola, kebiasaan, dan pilihan dalam hiburan, makanan dan lain-lain, didapati perubahan memang sudah berlaku. Sembilan daripada sepuluh pemuda Cina menyesal dilahirkan sebagai Cina, mereka kepingin dilahirkan sebagai kaukasia (orang berkulit putih), lapan daripada sepuluh pemuda India dan satu daripada sepuluh pemuda Melayu.

Sebenarnya, fenomena yang kita hadapi ini bukanlah baru. Sejak 600 tahun dahulu, Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah membuat pemerhatian tentang peristiwa ini. Beliau membuat catatan dalam Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22, bahawa bangsa yang pernah ditakluk oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Mereka terus terkesima dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu dalam memandaikan rakyat kerana minda mereka sudah terjajah. Minda terjajah dan minda tertawan.

Hipotesis Sapir-Whorf dan Hipotesis Bahasa Ekspresif

Berapa ramaikah orang Melayu dalam kelas menengah dan elit yang tidak lagi menggunakan bahasa Melayu di rumah? Mereka menggunakan bahasa Inggeris, malah ada kecenderungan kelas menengah mengajar anak mereka supaya mula berbahasa Inggeris. Apakah implikasi lakuan ini terhadap jati diri orang Melayu? Hipotesis Spir-Whorf menyatakan bahawa bahasa yang digunakan menentukan cara kita melihat dan memahami realiti dunia. Oleh itu, bangsa yang menukar bahasa komunikasinya juga menukar persepsi berkenaan dirinya dan persekitarannya. Kita mungkin kurang menyedari akan hakiakt ini.

Mari kita lihat dialog dalam suasana berikut:

Tahlil untuk Arwah Opah

Ayah: Tonight we are doing teh prayers for Opah's soul
Anak: What prayer dad?
Ayah: When someone died, we can make doa for him to go to heaven. We do the tahlil.
Anal: Will opah in heaven?
(semasa tahlil malam itu peristiwa seterusnya berlangsung)
Haji: Apa nama emaknya?
Ayah: Maryam binti Ismail
Haji: Tak begitu. Apa nama emak, nenek Encik?
Ayah: Oh! Kenapa?
Haji: Orang mati lebih baik dibintikan kepada ibunya, bukan bapanya.
Ayah: Oh!!! Salasiah

Perkahwinan Anak Sulung

Gadis: I want a white wedding, I can wear white dress with flowing gown, then I walk down the aisle to the  bersanding...apa tu mum, bersanding dais?...is there such a thing, I need a bouquet and two flower girls.

Emak: Ok, no worry, we can have the aisle laid with carpet all the way from the pintu to the stage. That would do.

Gadis: What music to play, we cant have the "Ave Maria..." can we?

Emak: No..no..but we can have the "Selawat Nabi" by Raihan...its beautiful you know..I think I am going to cry...

Konsep-konsep dalam upacara perkahwinan dalam bahasa pengantin ini diambil daripada budaya Inggreis-Kristian. Ibunya pun 'going to cry' pada majlis perkahwinan seperti orang Inggeris.


********

Semalam saya bersembang dengan kawan, kami membuat kesimpulan mengapa bahasa Inggeris tidak boleh digunakan sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia, dan mengapa bahasa Melayu perlu dimartabatkan semula setelah dihina dan dipijak-pijak selama ini. Kerana masyarakat kita dan bangsa Melayu khususnya mudah lupa diri. Bila sudah berbahasa Inggeris, mulalah pandang jelek pada bahasa Melayu dan orang yang berbahasa Melayu. Dah tu, lupa daratan bila rasa diri tu orang Barat, semuanya nak ikut Barat, pemikiran macam orang Barat. Saya biasa sangat bertembung dengan orang Melayu, tetapi bila bersapa dengan saya, perkataan yang keluar "Hello!" Sampaikan pernah sekali tu saya tak dapat tangkap apa yang orang tu ucap sebab dalam kepala saya ingat dia akan bagi salam, dan dia terpaksa terangkan kat saya bila saya terpinga-pinga "I just saya hello, apa khabar". Oooo..agak-agak dia rasa apa? Dia rasa malu tak? Saya rasa dia tak rasa malu sebaliknya dia rasa saya ni yang kolot kot. Rupa-rupanya situasi ni dijelaskan melalui teori dan definisi dalam artikel Abdullah Hassan di atas.

Kami juga terfikir, mengapa Dr. M menyokong PPSMI. Adakah Dr. M taktau tentang kejayaan bangsa yang dididik dengan bahasanya sendiri macam Jepun, Korea? Mustahil Dr. M taktau kan? Tapi mengapa bahasa Inggeris masih diperjuangkan di bumi Melayu? Mungkin ada kena-mengena dengan "Melayu Mudah Lupa" dan saya nak tambah lagi satu "Melayu Suka Meniru". Mungkin kerana Dr. M mengenali bangsanya, maka Dr. M rasa jika Melayu masih dengan sikap seperti hari ini yang tidak pandai menyeimbangkan antara bahasa ibunda yang perlu didaulatkan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang perlu dikuasai, maka bangsa Melayu susah untuk jadi pandai dalam bahasa Melayu kerana bila berbahasa Melayu, orang Melayu jadi lemah dalam bahasa Inggeris. Bila berbahasa Inggeris pula, orang Melayu lupa bahasa Melayu. Bahasa Inggeris itu bahasa yang tidak dinafikan penting dan tak patut diketepikan, maka untuk berjaya kita harus kuasainya dan dalam masa yang sama menjunjung bahasa ibunda kita.

Nota: Nak kena mahirkan bahasa Inggeris yang sudah berkarat...vocabularies sudah duduk di bahagian belakang dalam otak. Itulah masalah bahasa, jika tak digunakan, dia akan bersembunyi sampaikan bila nak guna dah tak jumpa.



Tulis sikit di petang hari sementara menunggu fail dimuat turun. Melepasi usia 2 tahun dan bercerai susu, anak umi Muhammad Sofiy semakin manja dan sensitif. Kalau dulu taknak dipeluk, sekarang ni nak berpeluk dan melekap dengan umi je. Kalau dulu, bila dia dah lena janganla kita nak pegang-pegang sangat tentu dia marah-marah, tapi sekarang kalau dia terjaga dia yang menempel dan menyendeng dekat umi. Agaknya itulah cara dia nak bermanja, dulu nenen tu kira dah habis manja la kot. Malam tadi, dia tido atas perut umi melekap atas badan umi betul-betul sampai lena, sampai basah baju umi dengan air liur basi dia.hihi.

Sensitif. Sekarang pantang umi cakap nak buat sesuatu yang kena tinggalkan dia macam nak mandi, nak solat tentu dia jadi sebak. Kalau nak solat tu, masa ambil wudu' dia akan tunggu kat pintu bilik air, kemudia keluar je tu kenalah terus pegang tangan dia dan pimpin ke bilik solat. Tu tandanya umi tak tinggalkan dia. Kemudian dia nak solat sama dengan umi, kena bentangkan sejadah dia (sejadah kecik tu) dan dia akan solat sama-sama dengan umi sampaila umi siap, salam, doa, sidai telekung, tutup kipas. Kalau baca Qur'an dia akan tercongok atas riba. Dia jugak sensitif kalau orang tinggikan suara, atau paksa dia buat sesuatu mulalah nak nangis, macam gambar ni ha...


Ayah suruh dia pegang bunga tu, nak ambil gambar dia...langsung dia nangis. Sofiy...Sofiy... Oklah, umi nak siap-siap nak balik dah ni.
Saya bukan pakar motivasi kekeluargaan atau keibubapaan, sekadar mencoret pandangan daripada pengalaman diri dan insan di sekeliling.

Sebenarnya, menjadi seorang wanita memerlukan kita menjadi kuat. Bukan kuat fizikal tetapi kuat emosi dan rohani. Tak hairanlah dalam penyelidikan linguistik, makna kuat itu tidak lagi tertumpu pada kekuatan fizikal semata-mata sebaliknya korpus bahasa menunjukkan bahawa kuat itu juga melibatkan kekuatan dalaman dan perasaan. Ok, bukan nak cerita tentang bahasa, karang menyimpang pulak.

Sebenarnya saya terkesan dengan 'tragedi' yang berlaku pada sebuah keluarga dalam family saya. Sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga atas dasar cinta lebih 15 tahun yang lalu. Seorang di utara, seorang di selatan, dipertemukan dan diijabkabulkan. Daripada kerja kecik-kecik, sampai dah jadi pegawai. Daripada kereta 3rd hand ke 4th hand sampai dah mampu tukar-tukar kereta sebab ahli keluarga dah bertambah. Ya, anak-anak yang dikurniakan seramai 7 orang. Daripada tinggal di kuarters, dah ada rumah dan tanah sendiri atas nama bersama. Dah ada perniagaan sendiri yang diusahakan bersama. Perancangannya tentulah untuk kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

Namun, panas yang diharap sampai ke petang rupanya gerimis di tengah hari. Setiap rumah tangga tentu ada pasang surutnya, tentu ada ombak badai dan geloranya. Saya sebagai orang luar tentulah tak manis menyingkap masalah rumahtangga orang lain. Sekadar ingin mengambil teladan dan sempadan. Kalau dulu bagai isi dengan kuku, akhirnya dah tak sebulu. Yang suami kata begini, yang isteri mendakwa begitu. Ok, tak kisahlah tentang punca masalah, tetapi yang perlu difikirkan adalah penyelesaian masalah,kan? Berlarutan begitu lama dari bulan bawak ke tahun. Segala bentuk proses damai tak jalan. Hanya 1 jalan yang dilihat oleh si isteri, iaitu 'perceraian'. Berulang ke mahkamah, tetapi hanya itu yang dikehendaki oleh si isteri. Mungkin kita taktau keperitan yang dia alami, tetapi di situlah letaknya rasional. Yang jadi mangsa adalah anak-anak. Dengan anak sekecil 2 tahun lebih, si ibu tidak peduli tentang anak-anak, ditinggalkan bila-bila masa sahaja kerana kerapkali si ibu keluar. Diserahkan pada si ayah untuk mengelolakan anak seramai 7 orang itu. Semuanya kerana rasa tak puas hati, mungkin. Biar suami rasa beban dan tanggungjawab seorang ibu. Bukan senang nak kendalikan 7 orang anak yang kecil-kecil dan masih bersekolah tanpa seorang ibu. Sesiapa pun maklum tentang itu. Kesian anak kecil, sampaikan tidurnya yang patut bertemankan ibu, tetapi kini anak cuma nak berpeluk dengan abah saja. 

Akhirnya, mahkamah memutuskan status nusyuz untuk si isteri kerana tidak mahu taat. Suami pula terpaksa menceraikan isteri kerana berulang kali diminta. Anak-anak...si isteri tak mahu hak penjagaan kecuali anak lelaki yang sulung.  Suami bertemu jodoh yang lain tak lama kemudian. Ya, begitulah orang lelaki...memang dia taknak ceraikan isteri walaupun diminta-minta, tetapi sekali dah terputus hubungan mudah saja dia dapat pengganti (dengan izin Allah jua). Isteri baru jauh lebih muda, lebih cantik, malah lebih berpendidikan (itu luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar). Hari pernikahan, bekas isteri datang menjenguk, apakah? Saya memang tak faham part ni.

Anak-anak dijaga oleh mak tiri muda kecuali abang yang sulung. Dua orang lagi kakak dijaga oleh nenek masa dalam proses 'perang' yang lama dulu sebab kasihan anak-anak tak terurus. Setelah beberapa bulan, nampaknya kehidupan keluarga baru itu berjalan dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Walaupun mak tiri muda tapi sayang pada anak-anak tirinya, anak yang kecil tu manjanya bukan main...berdukung saja. Agaknya rindukan belaian ibu. (saya respect mak tiri ni, sebab budak-budak tu boleh tahan nakalnya).hehehe.Nampak sangat saya tidak sesabar dia.

Selepas tu apa terjadi? Si ibu mula rasa sedih dan sunyi. Di FB, statusnya mengenangkan semula saat-saat percintaan, saat-saat bahagia jadi pengantin baru dan rindukan anak-anak. Si ibu tadi rasa dia kekosongan dan kehilangan segala-galanya...dan saya tahu sebenarnya anak-anak itulah kehilangan sebenarnya. Teman-teman semuanya memujuk, masa akan mengubat segalanya. Tapi hati dan jiwa seorang ibu, tak terubat dek masa merindukan anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan. Mungkin si ibu pernah mengabaikan mereka, tetapi itu bukan tandanya dia tidak sayangkan anak-anaknya. Cuma api kemarahan dan dendam mengatasi segalanya. Si ibu mula menuntut hak penjagaan anak-anak yang dulu dia tolak sepenuhnya. Ingin dipindahkan sekolah ke negeri kelahirannya...tetapi pihak sekolah tak benarkan kerana hak penjagaan adalah pada si ayah. 

Lalu apa yang tinggal sekarang? Bila saya soroti kisah ini, nampaklah betapa pentingnya rasional dan saling memaafkan antara suami isteri. Kita wanita memang mudah dimainkan oleh emosi apatah lagi jika kita terlalu kecewa. Tetapi kita perlu berfikir panjang, perlu fikir hikmah di sebalik tiap kejadian, perlu juga fikir adakah suami kita teruk sangat sampai tak boleh dimaafkan. Mungkin ada serba sedikit kelemahannya...tetapi mungkin kita masih beruntung dalam sesetengah aspek. Jika perceraian yang kita mahukan, adakah membawa kebaikan kepada semua? Mungkin ada sesetengah orang berpendapat perceraian itu hak wanita, ya...jika tidak talak, khulu' dengan alasan tidak sefahaman boleh membawa kepada perpisahan, tetapi harus diingat bahawa perceraian itu adalah perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah.


Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud)


Nota: Ya Allah, peliharalah kami daripada mehnah dan ujian yang tidak mampu kami hadapi dan jauhkanlah kami daripada azab seksa neraka-Mu. Bimbinglah kami dalam setiap perkataan, perbuatan dan keputusan kami. Semoga hidup dan mati kami hanya untukMu.