Entah kenapa hari ni saya diserang kebuntuan. Otak tepukah? Kalau otak kosong tu logik, tepu tu macam jauh lagi. Macam mana nak describe perasaan saya kala ini ye? Adakah sebab hujan pagi tadi? Hujan rahmat Allah pulak nak disalahkan.Ataupun sebab tak cukup tidur, Sofiy meragam malam tadi dia protes sebab umi paksa dia tidur walaupun dia masih nak tengok nursery rhymes dan alif ba ta di laptop. Sudahnya pukul 1.30 masih berperang dengan dia sampailah umi hilang sabar dan ayah masuh campur dengan pedang zoro. Ke sebab cik P (bukan lesen memandu percubaan) datang hari ni. Tapi biasanya bila cik P datang saya happy, mood saya akan jadi mood gembira.
Ok, saya menulis untuk cuba mencari semula punca segala perasaan yang bersimpang siur dan bersimpul-simpul ni, harap bukan simpul mati la ye. Apa yang saya selalu fikirkan semenjak dua menjak ni? PERKEMBANGAN TESIS!. Ok, dah ada tanda seru tu menandakan ada sesuatu yang TIDAK KENA di situ. Apa masalah dengan tesis, buat je la kan, macam orang lain buat tesis jugak. Mana ada tesis yang senang tahap telan air liur. Telan air liur pun susah kalau sakit tekak. Kenapa tesis saya tak jalan-jalan? Sebab saya blur tak habis-habis. Kenapa masih blur? Sebab saya.....okayyy..semuanya sebab SAYA.
Kalau pasal tesis saja, rasanya takkan sampai kebuntuan dan kekakuan begini. Saya juga menghadapi masalah KETIDAKTENTUAN EKONOMI. Ekonomi orang rumah saya agak kecut sekarang sejak-sejak kilang Jepun-Cina-beli-kerugian-sebab-tsunami di Jepun-ura-ura-nak-tutup-tapi-tengah-survive-untuk-tidak-tutup. Maka saya sebagai pelajar yang tidak berpendapatan tetap pening juga memikirkan hari-hari yang bakal dilalui walaupun tau Allah itu Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki yang tidak pernah lupa terhadap setiap hambaNya. Saya berusaha memohon biasiswa, masih dalam proses permohonan dan saya sangat berharap keputusannya nanti adalah TAHNIAH dan bukan TAKZIAH..hehe. Takdelah tulis takziah, mungkin HARAP MAAF....Kalau boleh taknak tengok yang mengecewakan tu lagi (ye 'lagi', sebab saya dah pernah mohon dan gagal disebabkan bidang pengajian bukan bidang keutamaan. Baru ni tengok bidang saya dah masuk senarai jadi saya memohon semula). Saya tak dapat menipu diri sendiri bahawa saya sangat mengharap walaupun berkali-kali pujuk hati supaya jangan berharap sangat nanti kalau tak dapat kecewanya ke kerak bumi. Saya sentiasa berdoa, tapi masih rasa doa saya tidak cukup, perlu berdoa lagi, lagi dan lagi, solat hajat 12 rakaat (kalau dah 12 rakaat tu fahamlah kan harapannya setinggi mana) tapi hati saya masih belum tenang untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T sedangkan saya tau itu yang dinamakan tawakkal.
Badan saya asyik TAK SIHAT saja. Rasanya dalam sebulan paling koman 2 kali kena telan antibiotik. Sakit tekak, selsema, demam, baru je habis antibiotik selsema datang balik. Frust la. Tapi syukurlah sakit-sakit yang sejak akhir-akhir ni tak seteruk bulan-bulan awal 2011. Walaupun sakit tekak, badan saya dapat bertahan daripada demam. Dulu..ooo, ngeri nak bayangkan macam mana rasa sakitnya DEMAM itu. Ala-ala contraction pun ada. Imuniti badan saya dah merosot, saya perlu akui itu. Badan tak boleh langsung kekurangan air walaupun untuk separuh hari. Jaga Sofiy di wad sehari pun saya dah naik demam sebab kurang minum air dan kurang beri perhatian pada diri sendiri. Kadang-kadang ralit buat kerja lupa minum air sampai 2 liter sehari, dah mula rasa sakit tekak.
Ya Allah kuatkanlah imanku, utuhkan kesabaranku, pinjamkanlah aku KekuatanMu, bukakanlah pintu hatiku, terangkanlah mata hatiku, permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezeki yang halal untukku dan berikanlah keberkatan dalam kehidupanku.