Selepas The Sweet Spy, saya Cuma layan drama-drama korea yang bukan bercorak aksi dan thriller. Saya lebih layan melodrama, komedi dan lain-lain. Tapi sampai satu tahap saya punya berkenan dekat Nam Sang Mi, saya order cerita lama yang dia berlakon dan drama tu dapat review yang bagus juga merangkul banyak award. Drama tersebut ialah Time Between Dog and Wolf. Kalaulah saya tak baca synopsis, tak kenal pelakon dalam cerita ni mesti saya tak tengok cerita ni sebab tajuknya sangatlah tak menarik bagi saya. Untuk synopsis, saya copy dan paste saja la ye:

Synopsis
After his mother is brutally murdered in front of him by the Thai criminal syndicate Cheongbang, Lee Soo Hyun (Lee Jun Ki) is adopted into NIS agent Kang Jung Ho’s family. Together with Kang Min Gi (Jung Kyung Ho), Jung Ho’s son, Soo Hyun becomes an NIS agent. When Soo Hyun met Suh Ji Woo (Nam Sang Mi) they were about twelve years old and has another fateful encounter with her 13 years later. Together they had promises for the future.
One day, Soo Hyun leaves for an operation dealing with the Cheongbang, only to return in failure because of the resurfacing terrible childhood memories of when he was in Thailand. The chief of NIS agents, Jeong, proposes to the distraught Soo Hyun to infiltrate the Cheongbang. Through Chief Jeong’s proposition, Soo Hyun becomes an undercover NIS agent after staging his death. Hiding his past, Soo Hyun infiltrates the Cheongbang with revenge in mind, leaving Ji Woo behind. Under the pseudo-name of Kay, he passes through the backstreets of Bangkok. What Soo Hyun didn’t know was Ji Woo is the daughter of the same villain (Mao), who killed his mother and father.
Ok, sambung synopsis ni…Selepas Soo Hyun berjaya jadi orang kepercayaan Mao, operasi Cheongbang beralih ke Korea. Di sinilah baru Soo Hyun tau Ari/ Ji Woo tu adalah anak Mao sebab dia ditugaskan oleh Mao untuk pastikan keselamatan Ji Woo. Masa tu jugalah Soo Hyun accident dan jatuh dalam laut, lalu hilang ingatan. Masa hilang ingatan ni la dia lupa sebab sebenar dia masuk gang tu, dan dia percaya dia memang ahli gang tu. Nama samaran dia Kay, jadi dia memang percaya dia adalah Kay. Ayah Soo Hyun yang juga NIS agent, dapat rasa yang Soo Hyun dah hilang ingatan tapi tak sempat lagi nak bagitau dia siapa diri dia sebenar, dah dibunuh oleh ahli gang.
Kay macam mana pun masih keliru banyak benda, dan akhirnya ketua NIS meleraikan kekeliruan tu dengan memberitahu Kay siapa dia sebenarnya. Mulanya dia tak percaya, tapi dia mencari kebenaran. Sampailah satu masa tu Kay ditugaskan bunuh bapa angkat Ji Woo, masa nak acu pistol tu ingatan dia masa emak dia dibunuh datang balik. Misi membalas dendam pada Mao diteruskan, tapi ending balas dendam tu amat tragis bila Soo Hyun tau yang Mao dan ayah dia bersahabat baik dan sebenarnya Mao taktau pun yang dia bunuh tu adalah sahabat baik dia sendiri.

Review

Drama ni saya suka dari mula lagi, walaupun ada yang kata awal-awal tu slow. Mungkin sebab part awal tu cerita pasal zaman kanak-kanak hero dan heroin jadi saya rasa ianya menarik. Pendek kata plotnya seimbang dari awal sampai habis. Pelakon pulak, memang saya rasa watak tu kena dengan Lee Joon Ki walaupun fizikalnya agak rendah. Dalam cerita ni Lee Nampak agak lelaki berbanding lakonan dia sebelum-sebelum ni. Lee ni saya tau memang minat aktiviti lasak, jadi bila dia buat aksi dan lagak ngeri tu nampak semulajadi. Ekspresi wajah dia pun bagus dan menghayati watak. Heroin…walaupun saya suka Nam Sang Mi tapi saya rasa watak dia dalam cerita ni tenggelam. Selain dia nampak cantik, saya rasa watak heroin ni agak kurang mantap la..saya tak rasa apa yang dia rasa. Maknanya kesedihan atau perasaan dia tu tak sampai kepada penonton. Second hero Jung Kyung Ho pun saya rasa dapat membawa watak dengan baik, saya memang tak suka watak antagonis melampau ni. Kalau setakat cemburu sikit-sikit tu biasa la.

Dari segi jalan cerita, bagi saya jalan cerita ni tak stereotype bagi drama Korea. Walaupun balas dendam masih jadi inti utama tapi cara jalan cerita diolah buat kita tak boleh teka. Ending pulak, memang genre thriller ni gamaknya tak boleh nak tunjuk ending secara eksplisit, dalam cerita ni pun macam tulah jugak. Endingnya masih boleh difahami, tapi penuh dengan kiasan dan pragmatik.
Ok, walaupun cerita ni ditayangkan pada 2007 tapi masih relevan kalau nak tengok sekarang. Latar belakang 2 negara (Thailand dan Korea) buat saya rasa macam jalan-jalan makan angin.keh keh.



Drama pertama bercorak aksi dan thriller + komedi yang saya tengok, ialah The Sweet Spy yang ditayangkan sekitar 2005 dan dapat ke tangan saya sekitar 2006. Saya pernah ceritakan di sini yang saya sangat jatuh hati dengan drama ni. Daripada review penonton yang lain pun, majoriti suka dengan drama ni dan mengharapkan sekuel.

Drama ni mengisahkan seorang polis wanita (Lee Sun Ae sebagai heroin) berpangkat rendah yang bertemu secara tidak sengaja dengan seorang spy antarabangsa (Han Yoo Ii sebagai hero) yang mengakibatkan sebatang pen yang mengandungi maklumat rahsia hilang dan menjadi buruan banyak pihak. Polis wanita tersebut merupakan balu kepada seorang anggota polis yang terbunuh semasa menyiasat satu kes berprofil tinggi. Kes ini kemudiannya dibuka semula oleh seorang anggota polis yang baru dinaikkan ke jawatan ketua (Kang Jun nama hero 2) selepas teringat semula akan konspirasi pembunuhan seniornya (suami Lee Sun Ae). Dalam proses Han Yoo Ii mendapatkan semula pen yang hilang, dan Lee Sun Ae yang ditugaskan menyiasat latar belakang Han Yoo Ii, mereka jatuh cinta. Saat tragis dalam drama ini berada di kemuncak apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menuduh Han Yoo Ii membunuh suami Lee Sun Ae dan memburunya di saat Han Yoo Ii ingin membawa Lee Sun Ae bertemu dengan ibunya yang sakit.

Nam Sang Mi yang cute

Drama ni dibintangi oleh Nam Sang Mi sebagai Lee Sun Ae, Dennis Oh sebagai Han Yoo Ii, Lee Joo Hyun sebagai Kang Jun, Yoo Sun sebagai Park Eun Joo. Drama ni jadi menarik walaupun hero dan heroin bercakap macam ayam dan itik, seorang speaking US dan sorang lagi cakap Korea sebab gandingan mereka sangat secocok. Ramai peminat yang mengharapkan mereka betul-betul couple di luar set. Selain tu, walaupun drama ni ada aksi dan romance, tapi masih mengekalkan komedi menyebabkan kepala tak la rasa berat sangat nak hadam cerita ni. Pengakhiran drama ni agak tergantung, tapi penonton masih boleh meramalkan endingnya. Cuma penonton rasa macam frust sikit la sebab kena main teka-teka je. Sebab tu agaknya ramai yang mengharapkan sekuel cntohnya di sini. Saya sendiri pun secara peribadi rasa peluang memang cerah kalau pihak produksi nak buat sekuel, syaratnya kena kekalkan hero dan heroin yang sama. Tapii….dah lebih 5 tahun dah. Macam harapan tinggal harapan je la.
Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Memang dari awal pengumuman GA lagi berniat nak mencuba, tapi sibuk dengan macam-macam urusan. Sampaila jumpa sang puterinya sendiri semalam, maka melonjaklah rasa nak mencuba tu.hihi. Tapi masih memikirkan apalah sebab utama dan yang terutama sehinggakan Qur'an Digital tersebut layak saya miliki. Sehinggalah malam tadi, Sofiy memberi saya sebabnya yang tersendiri.

Saya patut menang Qur'an Digital Giveaway oleh MIO kerana saya sangat memerlukan bantuan untuk sentiasa memperdengarkan alunan bacaan Al-Qur'an kepada putera sulung saya Muhammad Sofiy. Sangat besar hajat saya untuk mendidik Sofiy menjadi seorang muslim yang  Al-Qur'an sentiasa di hatinya, menjadi petunjuk dalam keseluruhan aspek kehidupannya. Saya selalu memanggilnya dengan panggilan manja, Imam Muhammad Sofiy.

Setiap hari sebelum tidur saya dan Sofiy akan sama-sama mendengar bacaan Al-Qur'an yang saya masukkan dalam handphone saya sejak mengandungkan Sofiy lagi. Tapi, berapa banyaklah surah yang muat dimasukkan ke dalam handphone. Lagi-lagi sekarang ni handphone saya selalu meragam kerana masalah bateri.Dah tukat bateri pun makin teruk. Kadang-kadang saya rasa sedih terpaksa menolak permintaan Sofiy  "Umi, nak Keran(Qur'an)"  untuk mendengar bacaan Al-Qur'an semata-mata kerana nak simpan jangka hayat bateri untuk pastikan alarm saya berbunyi pagi-pagi esok. Kalau saya bangun lambat, takut tak sempat masak bekal Sofiy ke rumah pengasuh nanti.

Saya rasa sangat bersyukur dan senang hati kerana anak saya ni sangat sukakan Al-Qur'an. Mungkin berkat memperdengarkan bacaan Al-Qur'an sejak masih dalam kandungan. Setiap kali lepas solat, dialah yang akan ingatkan saya supaya membaca Al-Qur'an, kadang-kadang macam kena nasihat dengan anak sendiri. Impian kami, moga-moga Sofiy akan menjadi imam dan haafiz. Dan untuk itu, Al-Qur'an merupakan asas yang perlu dikuasainya.
 Mudah-mudahan suatu hari nanti Sofiy akan mengetuai saf



Saya sedang mengajar Sofiy mengenal huruf hijaiyyah melalui video klip, buku dan flash cards. Kata mama Darwish dan Darwisya, selain diajar mengenal dan membaca, anak-anak juga perlu sentiasa diperdengarkan dengan bacaan Al-Qur'an. InsyaAllah dengan adanya Qur'an Digital ini nanti maka dapatlah saya manfaatkan untuk Sofiy sebaiknya di mana-mana sahaja. Semoga hasrat kami untuk meramaikan lagi generasi Al-Qur'an di akhir zaman akan dimakbulkan dengan usaha dan bantuan Qur'an Digital pemberian Acik MIO yang baik hati. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dianugerahkan anak-anak yang soleh.



Imam Muhammad Sofiy


14 SEPTEMBER 2011
Alhamdulillah,dah lepas satu tangga dalam pengajian PhD ni. Saya dah selesai membentangkan cadangan kajian di peringkat pusat pengajian. Sehari sebelum bentang, dapat respon yang agak kurang memberangsangkan berkenaan teori yang saya pilih. Saya maklum teori yang salah pilih memang teori baru, tiada pengikut lagi dan tiada literature review. Jadi memilih teori ini memang mencari kerja berat. Cuma, apa yang saya kesalkan adalah cara orang sekeliling memberi respon. Saya memang suka orang yang telah lebih dulu makan garam memberi pandangan dan buah fikiran. Tetapi bukan menidakkan atau menjatuhkan motivasi saya.

Malam sebelum pembentangan, saya kurang sihat. Entah sebab nervous nak bentang proposal atau terlebih makan masa jamuan raya sebelah petangnya. hehe. Perut rasa sebu, meragam, cirit-birit, badan sengal-sengal semuanya ada. Malamnya saya tak lena tidur. Tengah-tengah malam bangun bancuh teh serai. Mulanya saya ingat taknak buat skrip untuk pembentangan, tapi sebab dah tak boleh tidur baiklah saya prepare skrip apa yang patut.

Pembentangan patutnya pukul 2.30 petang, tapi sebab sebelah petang ada mesyuarat fakulti maka diawalkan ke sebelah pagi. Lagi cepat habis lagi bagus. Selesai pembentangan, 2 orang penilai memberikan komen dan pandangan. Wooo..saya rasa kepala saya pusing..pusing..pusing..jangan salah sangka..bukan sebab komen tu keras, tapi sebab apa yang dikomen tu sangat tinggi, berat dan rasa jauhnya lagi daripada apa yang saya mampu capai. Komen semuanya bagus-bagus, berguna dan sangat membantu. Walaupun macam tu, yang bestnya tajuk tesis saya semua orang puji dan kata sangat menarik dan tertarik. Lagi satu, semua ucapkan tahniah sebab saya dah berjaya bentang walaupun baru je habis sem yang pertama. Masa ditanya sem berapa, saya cakap baru habis satu sem, ni nak masuk sem ke2..pakat-pakat terkejut. Orang lain terkejut saya tak kisah...tapi penyelia saya pun sama terkejut. "Bukan awak dah sem3 ke?" Laa..patutla Prof suruh sangat-sangat saya bentang sem lepas. hehe. Apapun, bagus juga bentang awal, boleh dapat respon dan pandangan awal, boleh kita mulakan langkah lebih awal. Kalau kita dok syok sendiri sampai 2-3 sem kemudian kena tukar banyak benda kan lagi tak best?

Apapun, syukur dah lepas satu tangga. Lepas ni nak kena pulun untuk siapkan full paper persidangan.
Sesaje di petang hari ni nak merakam kenangan dengan minat anak teruna. Siaran TV yang diminati masa umur sekitar 2 tahun lebih. Pertama sekali, tentulah AZAN. Disebabkan balik rumah dah nak maghrib, maka azan maghrib di astro oasis yang Amy Search alunkan tu menjadi minat dia. Bolah dah la ikut sikit-sikit terutama tang Allahu Akbar dan Hayya 'alassolah. Alhamdulillah. Semoga suara anak umi juga merdu mengalunkan laungan azan mengajak para mukminin mengerjakan tiang agama.

Kedua, minat yang teramat minat kat slot bersiri MERLIN. Percaya tak dia boleh kenal yang mana Merlin. Tapi yang tak berapa nak syoknya....pantangla muka Merlin tu takde kat skrin, mesti tanya "Umi, Lin ane?" " Ane Lin" adoi...itula soalan tak henti-henti, jenuh umi bagitau suruh tunggu sampaila scene Merlin keluar. Bila dah nampak muka Merlin tu, kemain lagi terjerit-jerit panggil Merlin macam la Merlin tu dengar. Tapi yang bestnya..umi pun layan jugak..dah sebenarnya Sofiy minat pun sebab pengaruh umi kot?


Lagi...ala kegemaran bebudak la adik beradik kepala botak ni. Sape lagi kalau bukan Upin Ipin. Tapi disebabkan jarang dapat tengok slotnya yang 5 minit tu, jadinya Sofiy sekadar admire dari jauh je la. Kat laptop umi ade la video pengembaraan tu tapi sekali sekala je bagi dia tengok sebab taknak dia mintak ulang, ulang dan ulang.


Sofiy layan jugak sukan, sebab terpaksa layan kot bila siaran TV tu ayah yang punye.hehe. Tapi biasanya Sofiy layan suam-suam kuku je, kecuali masa Lee Chong Wei lawan untuk merebut juara dunia baru ni. Beria-ia jerit nama Chong Wei. Pastu sukan IAAF di Daegu baru-baru ni, kemain lagi suka tengok lumba lari.


Oklah, ayah pun dah otw ambik umi. Maka kena stop di sini dulu. Selamat berhujung minggu:-)



Syukur, alhamdulillah. Rezeki yang dikhabarkan di penghujung Ramadhan. 2 hari terakhir sebelum cuti raya, kami yang masih kena datang kerja punyalah takde mood. Masing-masing dok melayan drama, takde semangat dah nak buat kerja ke, nak study ke. Macam biasa, sekali sekala saya jenguk emel. Tiba-tiba rasa darah berderau bila ada satu emel daripada MyPhD. Katanya permohonan telah diproses dan boleh disemak bermula 24 Ogos. Masa tu saya tak dapat nak fikir 24 Ogos tu bila. Mujurlah Kira cepat cakap, semalam la 24 Ogos. Terus klik link MyBrain15. Sebelum masukkan ID dan password tu, cepat-cepat ingatkan diri supaya bersedia sekiranya jawapannya adalah mendukacitakan. Pengalaman lepas buat saya lebih bersedia dan jangan excited.

Bila keluar je paparan page tu, perkataan pertama yang saya cari dan saya nampak adalah TAHNIAH. Perkataan seterusnya dalam ayat tu memang saya tak boleh recall sampai sekarang. Lepas tu, bawak bertenang....sebelum klik 'setuju dan terima', saya baca dulu pelan-pelan segala maklumat, syarat dan lampiran yang diberi walaupun sebenarnya tak faham sangat pun apa dia tulis dek kerana rasa debar yang belum hilang. Kemudian saya klik terima, dan uruskan segala dokumen.

Segala surat tawaran, surat perjanjian dan dokumen sokongan tu perlu dikembalikan ke KPT bahagian biasiswa dalam tempoh 14 hari. Masa tu saya dah tepuk dahi dah. Macam mana ni, sempat ke? Cuti raya kan panjang. Demi tidak melepaskan rezeki yang dah lama ditunggu, saya usahakan secepat mungkin untuk buka akaun bank, buat medical checkup walaupun esoknya dah nak raya. Alhamdulillah rezeki saya, medical checkup tu patutnya kena buat appointment, tapi saya sempat buat hari yang sama tanpa appointment. Kemudian nak cari tandatangan saksi pulak. Ada kawan saya majistret yang boleh tandatangan tapi cuti-cuti mana ada orang bawak balik cop jawatan. Lalu dengan tak malunya saya beraya rumah ketua kampung sebelah.hahaha. Alhamdulillah dapat juga tandatangan saksi walaupun mulanya tok ketua tu taknak sebab saya bukan anak buah dia. 2 September segala dokumen selamat saya serahkan lepas dah mati setem di pejabat hasil.

Alhamdulillah, syukur ya Allah. Jadi saya takla risau lagi bab yuran study, bab belanja bulanan. Kalau tidak, saya dah berkira-kira nak tangguh pengajian semester depan sebab tak mampu nak kumpulkan duit buat bayar yuran. Engkau Maha Mendengar ya Allah, Engkau Maha Pemurah ya Allah. Saya sebenarnya nak cukupkan solat hajat 12 rakaat sebanyak 3 kali, sebab saya baru sempat buat 2 kali. Sebelum ni dimaklumkan keputusan permohonan ni bulan 10, tapi keluar awal pulak, alhamdulillah.

Semoga dengan rezeki ini, saya dan keluarga akan terus dekat di sisiNya, akan meneruskan perjuangan dengan penuh tanggungjawab dan dapat menyalurkan kepada yang memerlukan.