Ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana, apa kriteria pemilihan diapers anak anda? 

A. Selesa
B. Harga
C. Jenama

Masa beli barang-barang nak sambut baby dulu, saya main cekau je diapers tanpa buat apa-apa penilaian pun. Saya pilih Huggies untuk newborn tu. Cantik coraknya, warna purple2 gitu. Habis sepeket tu, suami pulak yang pergi beli sebab saya dalam pantang kan? Suami belikan jenama Petpet. Lama jugaklah si Sofiy guna petpet ni, selesa dan saya puas hati. Tapi lama-lama dah mula rasa tak puas hati dengan harganya. Maksudnya boleh cari diapers dengan harga yang lebih murah dan boleh jimat. Masa tu Sofiy memang kerap buang air, dia menyusu badan dan kekerapan membuang air besar tu adalah sangat kerap. Boleh dikatakan tiap kali menyusu mesti membuang. 

Jadi, ayah dia tukar ke jenama Pureen. Lama juga stay dengan Pureen. Rasanya sampai tukar dari saiz S ke saiz M. Tapi bila Sofiy dah start lasak dan bergerak, Pureen ni macam dah tak sesuai pulak dengan dia. Sebabnya dia dah mula berpeluh, dan kulit dia naik rengsa dan ruam-ruam. Diapers Pureen ni macam lebih plastik sikit, jadi berkuap la agaknya peluh dia tu. Memikirkan keselesaan anak, maka tukarlah ke Drypers. Alhamdulillah lama la dengan Drypers ni. Sampai la bulan lepas, ekonomi gawat sikit sebab suami ada masalah kerja. Saya katalah kat suami, "abg survey la tengok kot ada pampers yang murah-murah, kita tukarlah. jimat sikit". Maksud saya tu, kot diaper jenama Giant, Tesco, Econsave tu lebih murah boleh la beli. Tau-tau dia beli jenama Fitti tapi saiz M. Sedangkan sebelum ni pakai L. Memang la murah, tak sampai RM30 untuk 72 keping. Tapi...kesianla budak kecik tu, muat-muat aje. Kalau lasak sikit dah merah-merah kat tepi pinggang. Dah tu ayah dia pulak beli dua pek. Haa..azab la nak mengabiskan. Sampai Sofiy pun komplen kata ketat.hehe.

Hari sabtu baru ni saya tengok Fitti tu dah tinggal separuh pek, saya pun usha-usha la kat kedai sambil-sambil buat calculation. Bila kira-kira tak jauh beza pun antara satu jenama dengan jenama yang lain, dalam RM2-3 je. Tapi RM2-3 pun kalau dah 2-3 pek kan boleh beli benda lain. Saya dok timbang-timbang antara Diapex dengan Huggies. Last-last ambik Huggies. Ambik 1 pek je dulu, cuba dulu tengok kot-kot tak serasi. Cuba pakaikan kat Sofiy sekeping petang semalam, hmmm..lembut je materialnya. Dia pun nampak selesa la pakai. Apapun, simpan dulu dan habiskan Fitti yang berbaki tu. Daripada story ni, nampaknya mak apak Sofiy memilih diaper mengikut harga, kemudian keselesaan. Jenama tu tak endah sangat pon. 

Nota hati umi: Cepat-cepatla diaperless nak oii...kenapa reject tandas je?
Dimaklumkan bahawa Wacana Penyelidikan Manuskrip Melayu akan diadakan seperti berkut:

Tajuk: Menyelami Sumber Maklumat Peribumi Nusantara
Oleh: Pn. Kamariah Abu Samah
Ketua Pusat Dokumentasi Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh: 23 Februari 2012 / 1 R. Akhir 1433 H
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Wacana ATMA, UKM


Semua dijemput hadir.
Di hari Jumaat ni, saya nak kongsikan hadith yang saya dengar ustaz terangkan dalam ruangan Tanyalah Ustaz di TV9 pagi tadi. 


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)


Saya sengaja memilih hadith ni kerana sangat sinonim dengan kita kaum perempuan ni. Memang dah popular sangat kaum perempuan ni suka bawa mulut, senang kata, mengumpat. Sampai ada filem Anak Mami dan yang seumpamanya.  Sapa tak pernah mengumpat selama hidupnya, alhamdulillah. Tapi kadang-kadang kita ni alpa, leka, seronok sangat bercerita tentang orang lain. Macam kata ustazah saya, sedap makan daging saudara sendiri. Kadang-kadang tu siap cakap macam ni ha " Eh, aku bukan nak mengumpat tau, tapi si anu si anu tu bla bla bla..." hahahaha. Tak ke mengumpat namanya tu, walaupun dah tau mengumpat tu berdosa.

Jika kita hayati hadith di atas, maka tentu saja kita akan rasa gerun dan ngeri mengenangkan segala perbuatan kita. Sudahlah amal ibadah pun tak sebanyak mana, yang fardhu pun belum lagi tentu diterima, yang sunat-sunat tu boleh dibilang dengan jari gamaknya. Lepas tu banyak pula menjaja cerita orang lain ke sana ke sini. Manalah tak muflis? Sebab pahala yang ada sikit-sikit tu dah dibagi pada orang yang diumpat dan dikeji, lepas tu dah banyak sangat mengata, tak cukup lagi nak tampung dengan pahala tu...dosa dia pulak kita tolong tanggung. Nauzubillah. Sama-samalah kita renungkan, kita istighfar dan bertaubat. 

Kadang-kadang, suasana sekeliling kita ni dah tak sensitif dengan dosa-dosa kering macam ni. Mengumpat mengata tu macam dah jadi perkara biasa,kan. Saya pun tak terkecuali, kadang-kadang tu kita tak mulakan, tapi bila ada orang mulakan dan kita tak menjauhkan diri, maka kita dah tumpang saham. Lepas tu kita pulak mengiakan. Astaghfirullah. Paling parah, daripada umpatan ni la boleh timbul fitnah. Dan fitnah itu adalah sesuatu yang sangat berbahaya.
Sebab-sebab sempitnya rezeki adalah seperti berikut: (sumber: Majalah ANIS Februari 2007)


  • Lalai beribadah
  • Lalai dari mengingati Allah
  • Tidak bertaubat dari dosa
  • Derhaka kepada ibu bapa atau mencacatkan mereka
  • Tidak mendoakan ibu bapa
  • Tidak berbuat baik malah menganiaya orang yang lemah (termasuk isteri dan anak-anak)
  • Enggan tunaikan hajat orang lain
  • Tidak banyak berselawat kepada Nabi S.A.W
  • Suka sia-siakan waktu pagi
  • Enggan menghubungkan atau sengaja memutuskan silaturrahim
  • Bakhil, tidak suka bersedekah
  • Tidak membiasakan solat malam
  • Tidak melazimi solat Dhuha
  • Tidak bersyukur kepada Allah
  • Malas berdoa
  • Malas berusaha atau tidak berusaha sehabis ikhtiar
  • Hanya bergantung pada usaha, tidak bertawakkal kepada Allah

Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki..." (Ar-Ra'd: 26)
Selamat bekerja semula setelah bercuti panjang dengan cuti hujung minggu, Maulidur Rasul dan Thaipusam. Buat semua yang beragama Islam, sama-samalah kita terus berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan melazimi sunnah baginda. Marilah kita tanamkan rasa cinta dan kasih kepada baginda yang tak pernah kita tatap, tetapi bagindalah yang membawa sinar kepada seluruh alam, meninggalkan kita dengan dua perkara yang sangat penting dan perlu kita pegang sungguh-sungguh iaitu AL-QUR'AN dan AS-SUNNAH. Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Okeh, berbalik kepada tajuk. Hari ni ada klinik PhD dengan penyelia. Setiap seorang pelajar di bawah penyeliaan Prof saya ditetapkan masa dan hari untuk sesi perbincangan, setiap seorang diperuntukkan masa selama 1 jam. Masa tu gunalah nak sembang pasal apa pun. Masalahnya, saya rasa macam tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya rasa semua benda masih di tahap permukaan, baca sana sikit, baca bab ni sikit, tengok yang tu sikit, cuit yang ni sikit, tapi tak jadi apa-apa pun. Masih berlegar-legar dalam kepala je. Ada bentang paper, tapi rasa macam lebih kurang proposal je. Betullah kata Rowena Murray, buat PhD ni jangan terus dengan cadangan, baca, dan plan sahaja. Wajib tulis. Tulislah walaupun sekadar draf ringkas. Sebab apa yang kita fikir dan rangka dalam fikiran tu tak akan ke mana kalau sekadar berlegar-legar di situ saja.

Makanya tadi, saya berjumpa penyelia dengan kecut perut, sejuk jari-jemari. Padahal boleh dikatakan hari-hari jumpa, tapi bila nak bincang betul-betul pasal tesis...dah jadi gelabah. Saya jumpa Prof tadi dengan membangkitkan perkara yang sangat basic bagi kajian linguistik, iaitu teori. Saya tanya balik apa yang saya kurang faham tentang teori pilihan saya. Saya bawaklah 2-3 bahan bacaan yang berkaitan, menunjukkan saya bukan datang dengan tangan kosong dan kepala yang kosong. Kena ambil hati Prof jugakan? Kemudian, Prof terus terangkan dengan panjang lebar, dengan contoh, dan kalau saya tak faham Prof akan ulang semula. Kemudian, habis bab tu saya dah risau, nak cakap pasal apa pulak ni. Alhamdulillah perbincangan jadi makin rancak bila dengan sendirinya Prof mula masuk cara nak analisis, berapa banyak data yang perlu, macam mana nak susun bab, yang mana perlu didahulukan, dan macam mana nak buat kesimpulan. Sekali tengok macam simple je rangka tesis tu. Barulah rasa terang sikit, nampak sikit laluannya. Kalau tak, dok stuck kat situ je la. Tapi rangka je yang nampak senang tu, tapi analisisnya sangat mencabar. Apapun, kalau saya tak jumpa penyelia hari ni, mesti saya masih lagi terkedanag dan tak termotivasi.

Pendek kata, kepada kawan-kawan seperjuangan di luar sana, kalau kita stuck dengan penyelidikan mahupun penulisan, jumpalah penyelia. Tak kisahla stuck tu atas sebab apa sekalipun. Mungkin stuck sebab tak faham macam saya, stuck sebab ada masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan, atau pun masalah BIASA iaitu dikekang dek kemalasan. Apa yang penting, berjumpa dengan penyelia mungkin menunjukkan kita jalan keluar daripada masalah kita tu. Dan lagi penting, lagi 2 minggu kena jumpa Prof lagi....hehehehe.
Rasanya dah berapa banyak kali bercerita tentang nak menurunkan berat badan, tapi masih jugaklah di tahap membimbangkan. Bukan tak usaha, dah usaha tapi nampaknya belum berhasil. Ada je halangan dan cabaran yang mendatang. Dulu-dulu masa badan masih belum membiak macam la ni, dok rasa pelik kenapalah mereka yang bersaiz L, XL dan ke atas ni selalu mengeluh betapa susahnya nak menurunkan berat badan. Masa tu, kata hati saya "tak cukup usaha la tu, kurangkan je makan, lebihkan senaman". Bercakap senang la kak oi, bila dah kena kat tubuh badan sendiri baru tau lemak tu degil ke tak degil. hahaha.

Ok, sekadar untuk coretan peribadi, saya nak senaraikan SEBAB-SEBAB KENAPA SAYA NAK TURUNKAN BERAT BADAN:

1) Body Mass Index (BMI) sudah melebih tahap ideal, sudah masuk kategori lebih berat badan. Macam mana nak kira BMI? Caranya, Berat (kg) / Tinggi (meter) X Tinggi (meter). Takpun terjah je la kat mana-mana website yang menyediakan kalkulator untuk kira BMI ni, contohnya macam di http://www.halls.md/body-mass-index/bmi.htm Berat saya nampaknya naik secara perlahan tapi tegar. Tu yang risau tu, mungkin metabolisme saya dah rendah.


2) Saya mahukan badan yang lebih sihat dan cergas. Kebelakangan ni, saya kerap sangat sakit. Macam-macam jenis sakit, yang biasanya sakit tekak, demam dan selsema. Lepas tu sakit-sakit badan, sakit urat, sakit kepala dan sebagainya. Nampak sangat imuniti badan saya terhadap penyakit dah semakin lemah. Saya andaikan sekiranya saya nak kurangkan berat badan ni, maka saya kena kurangkan  pengambilan makanan yang tidak berkhasiat atau makan berlebihan, dan lebihkan aktiviti kecergasan. Dengan cara tu, badan saya juga akan bertambah sihat. Setelah saya kurangkan berat badan pula, saya harap anggota saya tidak menanggung beban membawa badan yang sudah terlebih berat ni. Jadi kuranglah sengal-sengal dan sakit-sakit urat saya tu. Saya juga nakkan kesihatan yang berpanjangan, dan harap sangat tidak menghidapi penyakit tidak berjangkit yang biasa dihadapi oleh rakyat Malaysia iaitu kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.


3) Badan yang sihat menjamin  akal yang cerdas. Saya ni student, yang masih perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh berbaki yang dah tak lama lagi. Kalau pun saya bukan student, saya tetap mahukan akal yang cerdas. Pemakanan yang sihat, gaya hidup yang aktif membawa kesan yang baik kepada pemikiran dan emosi kita.

4) Saya mahukan penampilan yang menarik. Suami saya tak pernah kata saya tak cantik kerana lebih berat badan, tapi dia dah banyak kali bagi hint supaya cukup-cukuplah menternak badan. hehe. Saya teringin nak mennggayakan semula blouse lama yang masih saya simpan, tapi nak buat macam mana, dah tak boleh nak kancing butangnya.hihi. Saya juga sangatlah rasa pening dan susah hati bila semua koleksi seluar saya dah sendat, tak muat nak zip, tak muat nak kancing, ataupun kalau berjaya butangkan pun...bila nak rukuk dan sujud rasa nak tersembul biji mata sebab perut terhimpit.huhu. Seksanya. Nak beli seluar baru? Selain kena keluarkan duit lagi, masalahnya bukan senang nak dapat seluar saiz yang sesuai. Mungkin tang pinggang ok, tapi tang peha tak muat. Apa kes? Pengalaman shopping masa YES baru ni dah buat saya serik, berapa kali cuba seluar tak muat-muat juga sampai saya fed up. Pakai baju kurung je la senangggggg!

5) Kena kurangkan berat badan sebab nak mengandung lagi. Yeehaaa...ini walaupun impian untuk masa depan tapi tetap kena mulakan sekarang. Masa saya mengandung anak pertama, berat saya 50kg. Sepanjang mengandung tu naik sampai 20kg, tak dapat nak dibendung kenaikannya yang mencanak-canak. Lepas bersalin, turun 10 kg. Rasa macam lega la, nanti dalam tempoh pantang mesti boleh turun lagi kan. Iye, memang la turun lagi tapi tak sampai ke berat asal pun. Kemudian menyusukan anak selama 2 tahun, berat tu dok takuk tu la, nak diet risau susu drop, tapi berat pun tak naik sebab anak masih menyusu. Sebaik habis je tempoh penyusuan tu....apa lagi berat pun makin naik, makin naik, makin naik sampai la ke hari ni. Tak naik mendadak tapi tetap naik. Nak turun punye la payah. Jadi, kalau ada cita-cita nak mengandung lagi, saya kenalah turun setidak-tidaknya sama dengan berat asal dulu. Lagi bagus kalau dapat kalau  dapat kurang daripada 50kg tu, jadi bila berat naik masa mengandung  pun, takde la risau sangat. Bayangkan, kalau berat saya sekarang 60 kg, dan kemudian naik lagi 20kg macam trend mengandung sulung hari tu? huhuhu..ngerinya.

Ok, cukup dululah 5 sebab yang saya rasa sangat konkrit dan wajar untuk saya menurunkan berat badan. Nanti saya update dengan usaha, dan halangan dalam proses menurunkan berat badan ni pulak. Hasil? Belum berjaya lagi setakat ni, mudah-mudahan satu hari nanti berjaya juga.



Minta maaf la sangat-sangat, setelah sekian lama tak update tiba-tiba update dengan entri tak puas hati. Entri lepas geram.

Tak puas hati dengan insiden yang berlaku jap tadi. Ada seorang tenaga pengajar berbangsa C masuk ke lab kami dan tanya tentang meja yang kosong untuk RA dia. Dia tanya pada seorang RA bangsa M yang ambik course Sastera Inggeris. Saya yang duduk di meja paling hujung tak ambil tahu perbualan mereka. Tiba-tiba dia ajukan soalan pada saya, dan saya yang tak ambil pusing hal diorang tadi, tak berapa dengar soalan dia. Kena pulak bahasa Inggeris dia tu campur loghat Cina. Lepas dia ulang soalan, saya jawabla. Kemudian dia tanya saya lagi, ada kunci extra tak, dia nak duplicate. Saya tak jawab sebabnya saya sedang berfikir kalau saya bagi kunci saya, sapa nak tutup office ni nanti sebab saya yang biasanya balik paling lambat. Yang RA seorang lagi pun tak jawab apa-apa jadi saya fikir dia pun keberatan nak bagi kunci dia. Lepas tu, boleh ke cik C tu cakap "She cannot understand English" sambil gelak-gelak. Wah wah wah..senangnya ko nak mengata, dan terus buat conclusion ye? Sakit hati, saya terus buat tak peduli je apa depa sembang. Dan yang nyatanya saya faham ye apa yang depa cakap. Saya nak mencelah dengan cakap bahasa London tu pun boleh la, tapi taknakla menjatuhkan air muka tenaga pengajarkan? 

Walaupun saya ni tak cakap orang putih berabuk berasap, tapi kalau setakat perbualan simple, nak cakap simple-simple tu boleh lagi. Saya pernah study kat U yang bahasa pengantar sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kalau saya tak reti langsung English tu memang tak lulus la jawabnya. Dan lagi, bila saya di Malaysia, apatah lagi di institusi yang mendaulatkan bahasa kebangsaan, saya akan cakap bahasa Melayu dan saya paling alergi dengan orang Melayu yang kerja kat sini tapi tak reti cakap bahasa Melayu. Alergi tau tak? Situasi yang lagi teruk, orang Melayu Islam jumpa orang Melayu Islam dahla tak cakap bahasa Melayu, tak reti pulak nak bagi salam tapi say " Hi " dan "Hello" sebagai sapaan. Pada saya, orang macam tu tak sedar diri .Hah! melepas geram nampaknya saya kat sini.

Oklah, walau apapun orang nak pandang dan nak kata, pada pendapat saya kalau kita rakyat Malaysia gunalah bahasa Malaysia (istilah DBP), bahasa Melayu (istilah orang linguistik). Barulah 1 Malaysia kan?