Dalam sibuk-sibuk kebelakangan ni, sempat lagi mengkhatamkan dua buah drama Korea, 1- Athena Goddes of the War, yg ke2- Bad Guy. Entri kali ni nak cerita tentang drama Bad Guy dulu. Masa nak order dvd, cerita ni paling last masuk dalam senarai sebab saya memang tak kenal pelakon-pelakonnya, dan tak pernah dengar orang cerita pasal drama ni. Dengan kata lain, drama ni tak hit dan popular sangat di kalangan penonton Malaysia.
Drama ni ditayangkan sekitar tahun 2010. Rating kat sana pun takdela tinggi sangat, ditayangkan sebanyak 17 episod sahaja disebabkan watak utama Shim Goon Wuk (Kim Nam Gil) terpaksa menghadiri latihan ketenteraan wajib rakyat Korea. Inilah penyebab utama drama ni mendapar kritikan daripada ramai penonton, nanti saya cerita ok.
Dalam drama ni, Kim Nam Gil berpasangan dengan heroin dengan watak bernama Moon Jae In lakonan Han Ga In. Drama ni sangat meruntun hati saya tau. Ceritanya mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Choi Tae Seong dikatakan anak kandung kepada sebuah keluarga kaya, pemilik Haeshin Group. Choi Tae Seong sebelum ni tinggal dengan mak kandung dia dan ayah dia seorang bisu, dan mereka sangat bahagia walaupun hidup serba kekurangan di desa Miryang. Macam mana pun, mak ayah dia terpaksa relakan Choi Tae Seong ni tinggal dengan orang kaya tersebut, keluar Hong. Jadi nama dia pun dah tukar jadi Hong Tae Seong. Mula-mula dia protest juga dan susah nak terima keluarga baru tu, tapi akhirnya dia dah happy tinggal kat situ cuma nakal sikit la. Tiba-tiba masa majlis sambutan birthday dia, diorang dapat berita yang DNA kanak-kanak tu dah tertukar, kononnya mak ayah Choi Tae Seong ni menipu. Terus dia kena halau hari tu jugak, dalam hujan lebat dah la malam. Dan masa tu jugak dia nampak ada budak lain yang dijemput masuk, iaitu anak kandung sebenar yang tersilap DNA tu la. Masa ni kesian sangat sebab apalah yang budak sekitar umur 9 tahun tahu tentang konflik family. Dah la sebelum ni dia diyakinkan yang nama dia Hong Tae Seong, tiba-tiba kena halau pulak. Siap kena tolak sampai dia terjatuh atas almari kaca, luka teruk belakang badan dia dan meninggalkan parut besar sampai dewasa. (Dalam video Thorn Flower kat bawah, boleh tengok minit ke 1:30-1:32) Buat lagi tragis, masa dia tengah tunggu mak ayah dia yang lama tu datang jemput,dalam hujan lebat, depan mata dia mak ayah dia accident dan mati. Alahai luluhnya hati saya, anjing kawan dia bermain pun mati jugak kena langgar. Saya macam boleh bayangkan betapa dia rasa kehilangan dan hilang arah tuju. Kejam sungguh keluarga kaya tu.
Dipendekkan cerita, bila budak ni besar dia menyimpan dendam dengan keluarga ni. Dia plan macam-macam dan mendekati ahli keluarga ni seorang demi seorang dengan niat nak menjatuh ranapkan family ni yang hidup senang-lenang, dan dah tak ingat pun baik pada dia mahupun mak ayah dia. Akhirnya dia berjaya buat family ni porak peranda, dia buat anak perempuan bongsu keluarga tu jatuh cinta pada dia, kemudian dia goda kakak sulungnya pulak yang dah pun berumahtangga sampai perempuan tu jatuh cinta kat dia. Kemudian dia jadi PA kepada Hong Te Seong (yang ganti tempat dia, HTS ni pun ada masalah dgn family tu sebab dia macam tak diterima sebagai keluarga, jadi dia selalu memberontak) dan dia bongkar perangai abang sulung family tu yg pecah amanah sampai abg tu accident sebab tension. Kemudian bapa keluarga tu pulak kena stroke. Dalam temph tu, dia dapat tau sebenarnya yang punya angkara adalah mak kepada keluarga tu. Madam Shin ni tak boleh terima anak hasil scandal suami dia dengan perempuan lain, jadi dia sanggup ambil budak luar (budak ni la) berbanding anak kandung suami dia. Tapi bila kes DNA tu bocor, budak ni kena halau.
Bila Madam Shin ni tau Shim Goon Wuk tu la budak yang penah diorang halau dulu, dia plan pulak nak bunuh Shim Goon Wuk sebab taknak rahsia dia pecah. Rupanya mak ayah budak tu pun dia yang bunuh, bukannya accident semata-mata. Akhirnya rahsia Madam Shin terbongkar, tapi apa yg paling sedih di saat semua ahli keluarga tu dah suffer, baru Madam Shin tu bagitau pada Shim Goon Wuk sebenarnya dialah anak kandung keluarga Hong. Madam Shin halau anak sebenar dan ambil anak orang lain. Sebab tulah Hong Tae Seong yang baru tupun dia tak suka sebab memang bukan ada pertalian darah pun dengan keluarga tu. Masa ni la Shim Goon Wuk rasa terpukul sangat, sebab dia dah musnahkan family dia sendiri.
Ending cerita ni sangat tragis, adik bongsu perempuan dia tembak dia, dan dia lari dari rumah untuk menghapuskan bukti sebab taknak adik dia kena tuduh. Dalam masa tu la dia dijumpai mati. Heroin dalam cerita ni banyak berkait dengan Hong Tae Seong yang baru tu dan hero ni. Kira macam cinta 3 segi sikitla, tapi heroin memang sayangkan hero walaupun masa tu dia taktau pun siapa hero tu. Semua peminat cerita ni tak puas hati dengan ending yg macam tu. Punyalah banyak derita si hero ni, last-tak dapat mengecap bahagia walaupun sekejap, baik dengan family ataupun dengan kekasih dia. Rupa-rupanya tak sempat nak shooting habis, hero dah kena masuk askar. hehe.
Saya sangat suka dengan OST drama ni, banyak music instrumental.
Kat atas ni lagu tema yang saya sangat suka Thorn Flower by Jung Yeop
Kat bawah ni pulak instrumental music yang sangat menaikkan semangat.hihi.