Woooo..kali ni mood saya memang tak boleh blah. Rasa nak marah rasa nak telan je semua orang, tak cukup orang benda-benda yang mana rasa menyusahkan memang rasa nak campak je.

Rasanya mood berputar ni ada faktor yang telah berkumpul dan menyebabkan kepala i tensen. Pertama, rutin hidup yang tiba-tiba berubah. Suami dapat keje, tak dapat hantar ke Uni lagi. Saya nak bawak motor ke uni boleh, tapi suami nak naik apa pulak bila perlukan kenderaan. Jadi saya dah kena belajar dan buat kerja di rumah. Rutin saya, pagi2 masak lepas tu hantar Sofiy. Disebabkan suami kerja dekat, belikan sarapan untuk dia, kemudian hantar kat dia. 

Saya pulak lesen motor masih L lagi sebabnya dulu dah ada P kereta jadi malas dah nak ambik P motor sebab motor pun takde masa tu. Tapi sejak2 ekonomi sempit ni, naik motor je kereta tunggu nak jual je dah. Baru la terhegeh-hegeh nak ambik P motor sebab senang nak bawak anak. Jadi saya tengah belajar motor la sekarang ni seminggu 3 hari 8-9 pagi. Ce bayangkan betapa sibuknya saya pagi2 nak uruskan semua tu, kemudian nak merempit lagi ke driving school. Pastu balik masak pulak sebab karang tengahari suami nak balik makan. Petang kang nak keluar ambik anak pulak, tu belum lagi nak pegi beli barang dapur dan sebagainya. (Untuk makluman suami kerja 8pagi -8 malam dan takleh keluar-keluar curi tulang)

Yang cik abg saya ni pulak, mentang-mentangla keje dekat dengan rumah, banyak pulak ordernya. Macam-macam la mintak bawak la mintak belikan la. Adeiii.

Kedua, internet. Saya kan kononnya nak belajar dari rumah. Tapi rumah saya takde internet. Haih, belajar apa kena mengena dengan internet? Eh, sekarang ni 2012 tau, belajar pun perlukan internet. Paling-paling cikai senang nak tanya pakcik google. Takpun nak download paper dan sebagainya. Kata belajar dari rumah, haruslah keep in touch dengan SV. Apa-apa yang ditulis kena refer SV dulu, kenalah emel. Dah emel kena tunggu respons SV pulak. Punyelah rasa terbebannya bila tiap-tiap kali nak check emel kena pegi cc. Kalau cc tu selangkah dua dah sampai takpe jugak. Pastu macam hari ni, cc yang dekat tutup, kena laaaaa pegi yang jauh. Sekarang ni nak hantar paper ke persidangan pun semua kena ada akaun kat website penganjur. Kan nak internet jugak tu. Tu belum lagi cerita tiap-tiap kali masuk cc kena bayar la kan. Sejam RM 2.50. 

Ketiga. Tak selesa. Badan sakit-sakit sebab ke hulu ke hilir bawak motor. Pastu belajar motor tupun haru jugak, nak liang-liukkan motor tu kat kon, tu yang sakit-sakit urat lengan i ni. Kemudian, tekak pulak tak selesa entah mcm nak batuk je rasa. Sofiy pun baru baik demam, haruslah kan berjangkit. Kemudian, tak selesa buat kerja kat cc. Keyboardnya pun dah hilang huruf, dan serba-serbi rasa janggal dan kekok. Nak menulis pun takde mood.

Keempat. Inilah asbab yang PALING RELEVAN. Tengah bendera merah daaaa... Baru pagi tadi. Sebab tu la rasa nak cekik orang je. Oklah, nak balik dah, setel order2 cik abg, nak bayar bil2 kat pemaju dan nak balik tido! Petang kang kena datang cc lagi, lepas dah betulkan paper kena hantar semula via emel. Dugaaan..Hai, bila la dapat masuk internet ni.Jauh sangat TM Point!
Dah lama nak tayang tempat bertapa saya ni, tapi tak juga terbuat-buat entrinya. Sampaila hari ni, hari terakhir saya datang ke makmal ni secara rutin. Start minggu depan saya dah tak dapat datang setiap hari ke uni, sebab masalah transport. Saya tak pernah cerita di sini, tapi sudah 7 bulan suami saya jobless selepas diberhentikan dengan kejamnya oleh company yang dia dah berkhidmat lebih 20tahun. Alasannya company nak tutup (in liquidation), tapi tetap jugak beroperasi sampai hari ni. Seramai 12 orang yang diberhentikan dengan notis tak sampai seminggu, dengan jumlah gantirugi yang tak pasti dan yang pentingnya tak berbayar sampai la hari ni. Sudahnya masuk court, mana tahankan? Wah, emo sekejap. Jadi, setelah bersusah-susah, mengikat perut, dikejar bank, maka insyaAllah suami akan dapat kerja baru tak lama lagi. Walaupun takkan dapat lagi kerja macam dulu atas faktor usia, tapi kami tetap bersyukur. Lepas jugalah nak bayar duit rumah,  dan belanja keperluan. Oleh itu, saya pun takde lagi la orang nak hantar nak jemput sebab suami tak kerja area uni saya. Dia keje dekat dengan rumah, kesian pulak kalau nak suruh dia hantar saya dulu, kemudian berkejar pulak ke tempat kerja dia. Saya nak bawak motor sendiri, saya seriau sebab perjalanan pun tak dekat, dan jalan bengkak-bengkok. Naik dengan suami pun dah 2-3 kali nak bergesel dengan kereta. Maklumlah motor kan kecik je, manalah orang nak perasankan kita. Agak-agak nak elak dengan orang depan, kuis aje la moto kami. Maka dengan itu, saya akan terus study menyiapkan PhD saya dari rumah saja. Sekali-sekala boleh la datang jumpa penyelia atau cari bahan di perpustakaan.

Okeh, meh tengok tempat kerja saya. Ni gambar lama, tapi keadaannya masih sama.

 Ini PC research. Saya dok sini


Pandangan keseluruhan lab yang kosong

 Ini PC saya, bawak dari rumah. Asalnya sebab nak update antivirus. Last2 biar je kat sini

PC yang saya beli guna duit ptptn masa buat degree dulu. beli basic saja, tak ori, harga RM900 dengan monitor gedabak 17"

 Tempat beg saya, sape kenal ni beg apa? Yes, ni beg pam susu sebenarnya. Tapi beg ni sangat tahan lasak ok!


Almari yang bersusun buku-buku saya. Sekarang dah sendat dah takde ruang-ruang kosong tu.

Almari ni sangat tinggi, dan sekarangs aya dah penuhkan dari tingkat atas sampai la yang bertutup kat bawah tu.


Saya sangat sayangkan makmal ni, dah rasa macam rumah kedua saya. Maklumla saya masuk sini sejak April 2008, cuba kira berapa tahun? Lama kan? Semua ada kat sini, pinggan mangkuk, cerek, tempat solat. bantal, toiletteries, baju salin kalau basah kena ujan pun ade. Nanti mesti saya rindu nak ke sini. Ingatkan dapatla terus bertapa kat sini sampai habis phd, rupanya jodoh tak panjang. Tengokla nanti mcm mana suasana belajar di rumah.


Nota: Saya sebenarnya lebih produktif di rumah, terutama di awal pagi. Adakah perlu tido siang dan berjaga malam? Nanti jadi tak normal macam orang lain pulak....

Sesiapa yang mengikuti laman Saifulislam.com milik Ust Hasrizal, atau membaca Aku Terima Nikahnya tentu teruja nak join kan. Meh la sama-sama meriahkan, masuk PERCUMA.

Kadangkala bila kita mengajar anak, tegur dan marahkan anak atas sesuatu kesilapan, kita alpa bahawa sebenarnya kita juga banyak tahu tapi tak buat. Bak kata orang, cakap tak serupa bikin. Kejadian semalam buat saya dah suami terhantuk dan terkedu, betapa jiwa anak kecil terlalu tulus, mulus dan suci.

Rabu malam, saya dan Sofiy layan TV2 tengok movie orang putih, tajuknya saya tak perasan, tapi cerita tentang sekumpulan pekerja lombong minyak yang terlibat dengan nahas kapal terbang dan tersadai di Gurun Gobi. Sofiy minat sangat tengok cerita tu sebab ada 'kapal kebang'. Dalam cerita tu, pilot dia merokok. Kemudian Sofiy pun tegur; "Umi, dia rokokkan, macam ayah Sofiykan? Sama kan?" Lalu saya ni pun dengan niat nak mendidik dia bahawa merokok tu adalah tidak baik, tidak dibenarkan, membawa mudharat dan keburukan, maka saya pun cakapla. "Merokok ni tak elok tau, nanti boleh jadi sakit, batuk, bahayakan kesihatan. Ayah Sofiy pun patutnya tak boleh merokok. Sofiy nanti jangan merokok ye," Ayat tu diiringi cemikan muka menunjukkan saya jijik dengan rokok. Dia diam saja.

Petang semalam (khamis), lepas balik dari rumah pengasuh, Sofiy macam biasalah rutin dia tengok Upin Ipin walaupun dah berpuluh-puluh kali ulang episod yang sama. Saya pun heran dengan TV9 ni, kan ke cerita Upin Ipin ni ada banyak lagi episod-episod lain, asyik ulang yang sama je. Sampai Sofiy dah hafal dah dialog2 dalam tu. Jadi, semalam ulang lagi episod 'Rindu Opah', ala..yang Upin Ipin rindu opah sebab opah pergi umrah masa bulan puasa dan terus beraya kat Mekah tu. Dalam episod tu, ada la babak Upin Ipin buka puasa di masjid. Ipin kan suka sangat ayam goreng, tapi dia kena solat dulu selepas buka puasa dengan kurma dan air. Lepas solat baru la makan nasi dan ayam goreng, buah tembikai semua sampaila kekenyangan dan terbelahak (sendawa) besar. Lalu Ipin pun kata "Alhamdulillah". Maka kami pun cakap la kat Sofiy. " Ha tengok Upin Ipin tu cakap apa bila dah kenyang? Alhamdulillah" Cewah mengajar anak moral yang baik la tu.

Tak lama lepas cerita tu habis, ayah Sofiy pun selesai makan. Kami makan malam sebelah petang. Saya pulak puasa. Apalagi ayah dia pun pekenalah candu. Duduk tak jauh dengan Sofiy. Saya pulak sound Sofiy suruh dok jauh-jauh sebab ayah merokok. Lalu...dengan penuh semangatnya si anak membebel pada sang ayah. "Ape la ayah ni rokok, nanti batuk tau. Rokok tak elok kan, yang macam dalam vivi (tv) tu kan umi? dan bla bla bla tak dengar dah biji buahnya sebab umi tergelak tengok ayah terpisat-pisat. Ayah pun serba-salah kenalah bangun. " Ooo..lelebih ye Sofiy kitabkan ayah" kata ayahnya sambil beredar ke balkoni, silalah merokok jauh-jauh kalau taknak disekolahkan dek anak lagi ye. heheheheh.

Sementara menunggu waktu Maghrib, umi tanya Sofiy kot dia nak makan nasi. Sebab nanti umi buka puasa takde la dia nak mengendeng. Dia dengan konfidennya cakap taknak, sebab ada cerita robot apa ntah kat tv masa tu. Terlambat tukar ke saluran TV1 National Geographic, dia dah nampak cerita robot tu maka layankan ajela. Magrib pun masuk, dia pun tutup TV, bagus anak umi. Dia dah boring, mulalah mengecek nasi umi. Saya memang dah ajar dia, kalau umi ayah buka puasa dia takleh kacau. Jadi dia pun faham, dok main kat tepi. Selesai je umi makan, dia mengendeng lagi. Umi pun senduk nasi bahagian dia dan suapkan. Habis. Pastu saya tanya dia, "Dah kenyang cakap apa?" Dia jawab, "alhamdulillah" (dengan pelat dia la). Tiba-tiba je dia sambung "Solat la dulu, bukan makan dulu. Macam Upin Ipin tu". Wah, sebijik kena batang hidung umi tau, Sofiy ni. Hahahaha. Agaknya bila saya timbulkan soal alhamdulillah tu, automatik dia teringat kisah Ipin tak boleh makan ayam goreng dulu, kena solat dulu lepas buka puasa. Terusla sound umi dia yang buka puasa dulu bukan solat dulu.

Haa tengok? Sapa yang kena akhirnya? Ayah dan umi la terkena sebab pandai mengajar je tapi tak buat. Ayah tu dah tau merokok tu fatwanya apa tapi payah sangat nak berenti. Umi pulak, perut dulu yang dikisahkan...hihi. Semoga masing-masing mengambil teladan. Tu belum lagi anak perambat pegi solat bila dengar azan, suruh baca Qur'an dan doa lepas solat dan macam-macam lagi.




Selamat Hari Bapa, semoga arwah ayah berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah di alam sana, juga buat ayah kepada anakku, Selamat Hari Bapa. Sofiy sayang ayah! (mewakili Sofiy ye bang).

Arwah ayah saya Hj. Osman bin Wahab

Ayah anak saya (ni kira vandalisme jugakkan?)haha.


SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa-bapa di Malaysia. Semoga menjadi bapa yang bertindak sebagai pemimpin keluarga, memastikan kebajikan dan kemaslahatan anak-anak terjaga dunia dan akhirat.



Melihat anak kecil semakin membesar ni sering membuatkan kita tersenyum dengan keletah mereka. Dari mula pandai senyum, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan jatuh, belajar bercakap, dan sebagainya  menghidangkan pelbagai kisah lucu. Saya tak sempat dan simpan semua tu dalam bentuk tulisan, terasa rugi juga. Tapi tak apalah, yang penting pada waktu tu kami terhibur dengan keletah anakanda tercinta.

Bila anak dah pandai bercakap, teruja pulak tengok macam mana dia memahami sesuatu konsep dalam kehidupan ni. Cerita lucu Sofiy kali ni adalah salah satu daripada banyak kisah lucu, ada yang saya dah terlupa pun. Sejak umur lingkungan 2 tahun, kami dah dapat kesan yang Sofiy ni takutkan sawang dan habuk. Kalau nampak sawang dia akan tunjuk-tunjuk dan cakap "syawang", "abuk" dengan gaya takut. Kalau kita ambik sawang tu, belum lagi sua kat dia pun dia dah menjerit-jerit ketakutan. Faedahnya, saya selalu kena suruh bersihkan sawang dan habuk dek budak kecik ni. Macam manalah dia nak tolong ummi bersihkan rumah ye kalau sawang dan habuk pun dia takut. Lagi satu faedahnya, kalau saya taknak dia usik sesuatu benda, saya katalah ada sawang. Ataupun kalau nak ekstrim lagi letak je sawang kat situ. keh keh keh. Teruk betul umi, mempergunakan kelemahan anak. 

Ayah si Sofiy ni pulak sukaaaaa sangat cium anak, kalau cium biasa-biasa tu takpe, ini dia cium stail gomol-gomol pipi anak tu. Dia kan ada misai, ada janggut sebab tu la budak tu marah kalau ayah dia cium. Satu hari, ayah dia gomol-gomol dia masa lepak-lepak kat atas katil. Mungkin malam sebelum tido la kot, saya pun dah lupa. Pastu si Sofiy ni sentuh-sentuh misai ayah dia. Al-maklumla dah nak masuk 50-an, misai pun dan ada kelabu-kelabu...uban dah naik la tu.hahaha. 

Ayah dia pi tanya Sofiy;
Ayah: Apa tu? (merujuk kepada misai yang Sofiy dok sentuh)
Sofiy: Syawang (bukan dengan muka bergurau)
Ayah: (terkedu)
Ummi:(gelak terbahak-bahak)
Ayah: Oooo..sawang ye? Betul ke sawang?
Sofiy: A'a syawang (dengan konfidennya)

Hahahahaha. Itulah antara perbualan lucu dengan Muhammad Sofiy. Ayah redho je la ye?kih kih kih.

Siapa pernah kena jangkitan saluran / pundi kencing? Atau nama biasanya kencing kotor? Saya pernah kena, masa di univ dulu. Saya pun tak pasti puncanya, tapi masa kena tu saya kat rumah bercuti hujung minggu. Mula-mula saya rasa gesaan nak ke tandas tu kerap. Kejap-kejap nak terkucil, jap-jap nak terkucil. Tapi yang keluarnya sikit sangat, dan rasa tak puas. Lepas tu datang pulak rasa ngilu-ngilu kat ari-ari. Makin lama rasa ngilu tu bertukar jadi rasa sakit. Bila nak kencing je rasa sakit yang makin lama makin kuat. Sebelah malamnya, keluar nak jalan-jalan la konon, tapi memang sangat-sangat tak selesa. Bila kereta bergegar sikit je rasa sakit sangat. Badan pun dah mula rasa macam nak demam. Esoknya Ahad, saya tak ke klinik lagi. Ingatkan kot sebab nak demam, saya memang taktau kenapa saya rasa sakit macam tu sebab tak pernah kena. Sebelah malamnya, saya balik hostel.

Kat hostel rasa sakit tu dah tak tertahan. Terus saya terjah klinik universiti. Mujurlah klinik bukak sampai malam. Doktor suspek kencing kotor, tapi malangnya sebab datang sebelah malam, jadi tak dapat nak buat ujian air kencing sebab lab tak bukak. Seingat saya, doktor bagi satu ubat minum untuk memudahkan buang air kecil. Doktor pesan supaya minum air masak sebanyak yang boleh. Balik daripada klinik tu, saya terus cari air kosong letak dalam botol mineral water yang 1.5L tu. Sakit dah rasa setiap waktu, bukan macam sebelumnya sakit waktu nak buang air saja. Saya ingat lagi masa tu saya tidur sambil peluk botol air tu. Bila terjaga je saya terus minum sebanyak yang mampu. Tapi bila dah minum banyak air, tentulah nak ke tandas je kan. Masa tu la azabnya Allah je yang tahu. Saya rasa macam bergegar dinding tandas tu sebab sakit sangat. Rasa macam kat pundi kencing tu ada batu yang bergerigi, bila buang air gerigi tu hiris-hiris dari dalam. Memang tak sabar nak tunggu klinik bukak sebelah pagi.

Esoknya saya rasa lambat sangatla jam nak bergerak ke pukul 8. Masa orang kelam kabut nak ke kuliah tu, saya pun gerak perlahan-lahan jalan kaki ke klinik. Tak jauh mana pun, kalau jalan macam biasa 3 minit dah sampai. Tapi disebabkan sakit sangat, jalan pun takleh laju. Dah la tu, beberapa kali saya terduduk dan berhenti kat dalam perjalanan tu. Orang tengok semacam je, tapi yang bestnya takde sapa yang nak bagi bantuan. Sampai klinik, jumpa doktor dan pergi makmal buat ujian urin. Masa menunggu tupun dah rasa macam nak pengsan tau. Sampai saya potong Q orang lain, tak larat nak tunggu. Bila dah dapat result, sungguhlah bagai yang didiagnos oleh doktor; ada jangkitan. Kata doktor, puncanya mungkin disebabkan tahan kencing, kurang minum air atau masalah kelembapan. Tengok keadaan saya yang dah teruk tu, doktor tanya boleh ke balik. Saya kata saya dah tak mampu nak jalan. Akhirnya doktor cucuk painkiller kat pung*ung, tunggu sekejap biar ubat tu berkesan barulah saya boleh jalan. Ambil masa 2-3 hari jugakla nak baik betul.

Masa tu, saya taktau pun pasal teh misai kucing. Jadi, saya cuma minum air rebusan barli je, sebab memang barli juga sesuai untuk merawat masalah jangkitan pundi kencing ni. Selepas kejadian tu, ada juga saya kena masalah kencing kotor ni tapi mungkin dalam setahun tu kena sekali dan tak teruk. Saya pun dah tau apa nak buat kalau rasa ngilu-ngilu je saya minum lebih banyak air. Masa mengandung pun ade la kena 2kali sebab keputihan banyak akibat perubahan hormon.

Saya dapat tau tentang teh misai kucing ni kira-kira 2 tahun lepas. Dan saya dengar orang yang ada penyakit kencing manis disaran minum teh ni. Saya pernah cuba jenama POLENS, dan saya suka rasan dia yang menyegarkan, tak kelat dan baunya harum. Satu kotak mengandungi 20 sachet berharga RM 14.50.

POLENS Misai Kucing Herbal Tea is processed and packed under stringent hygiene control that conformed to the latest Good Manufacturing Practice (GMP) standard and certified as HALAL by JAKIM. POLENS Misai Kucing Herbal Tea does not contain caffeine, preservatives, artificial chemicals and additives.In general, the Malay community has traditionally been taking Misai Kucing as a mean for:
  • Detoxification and hence the treatment of kidney ailments, bladder stone, urinary tract infection, liver problem, diabetes, rheumatism and gout.
  • Reducing cholesterol and blood pressure due to its amazing anti-allergic, antihypertensive, anti-inflammatory and diuretic properties.
  • Neutralizing and cleansing excessive acids and toxins that are constantly amassed in our body system.
Available in 2 gm per tea bag @ 20 tea bags per box.



Sekarang ni saya cuba pula Kzanah Teh Misau Kucing yang diedarkan oleh Cosway. Rasanya sama je, tapi macam POLENS lebih mild. Dalam satu pek ada 30 sachet, waktu offer dapat RM19.90.


Troubled by eye puffiness, facial puffiness or "bread face"? Unable to lose weight despite several diet attempts? Bloating, tender breasts, expanding waistline just before or during your menstrual cycle? Heavy legs or swollen calves and feet, especially after being on your feet for long hours? Recurring gout attack or kidney stones?
Drink Misai kucing tea! A delightfully refreshing and aromatic tea, bursting with healthful antioxidants that helps to cleanse the kidneys, and drain away waste and excess fluid.
Experiencing yo-yo effects in your attempts to lose weight? If you're controlling your diet, but the scales refuse to budge (or even worse, the numbers are escalating), you may just have too much fluid trapped in your body. If you want to become slimmer and lighter, work on your water retention!
Just can't get rid of that eye puffiness? 
It may be due to fluid retention under the eyes. Solve that fluid retention problem, and you're on your way to brighter, more vibrant-looking eyes!

Face appears puffy like a "bread face"? 
If your face doesn't look as contoured as before, or if you often wake up in the morning with a puffy face, you are retaining excess fluid in your body. To regain that contoured and more youthful face, get rid of that excess fluid!

Feeling sluggish and heavy headed in the morning? 
Could be water retention!


Kedua-dua jenama ni dapat pengesahan HALAL JAKIM. Saya ambil 1 sachet saja sehari, minum waktu makan tengah hari. Di samping menghilangkan dahaga, saya kira teh ni merupakan salah satu minuman yang enak. Secara tak langsung saya dah tak mengambil minuman manis lagi.




Pernah dengar tajuk novel Biru Ungu Cinta, Surat Ungu untuk Nuha, Jaja & Din? Kalau pernah dengar dan pernah baca, tentu anda kenal dengan penulisnya iaitu Puan Noor Suraya Adnan. Beliau merupakan seorang penulis yang saya suka, hormat dan kagum. Bukan saja dari segi disiplin menghasilkan karya-karyanya, malah karya yang dihasilkan tak pernah menghampakan, berkualiti dan lebih penting mampu mendidik jiwa secara tidak langsung. Pernah bertemu mata dengan beliau dalam satu persidangan, dan beliau juga mengajukan beberapa soalan kepada saya berkaitan pembentangan saya...masa tu saya memang tak perasan itu adalah Noor Suraya, lepas dah kena tanya banyak-banyak kali baru saya perasan. hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk. Kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam penulisan dan telah mempunyai draf idea serta proposal yang ingin diutarakan, inilah peluang keemasan untuk menuntut ilmu penulisan daripada mereka yang berpengalaman. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Noor Suraya dan dianjurkan oleh JSadiwarna, bertarikh 14 Julai 2012 nanti. Bagi sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama di info@jsadiwarna.com. Tempat adalah terhad. Cepat, tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Jun 2012.


Ni nak menayang handphone yang dah tak berapa baru dah..hahaha..dah lama belinya, bulan April hari tu. Handphone saya sebelum ni ialah SE K810i yang dibeli masa dalam pantangkan Sofiy. Kiranya umur dia sebaya Sofiy jugakla lebih kurang. SE ni AP je pun, bukan ori. Meh nak tayang sikit handphone lama.


Sony Ericsson K810i

Handphone lama ni dah lama dah meragamnya, tapi buat taktau je, dan tahan je la perangai mentekadarah baterinya tu. Tukar bateri pun lagu tu jugak. Kiranya dia ni breakfast, lunch, dinner, kot kot supper pun kena bagi jugak baru la dia boleh hidup. Tapi masa bulan 3 hari tu dia dah mula padam, bagi makan pun takmo hidup-hidup jugak. Kena biar berehat lama-lama dulu baru dia mau ON semula. Ni dah parah ni. Maka saya pun mula la menggoogle segala macam jenis handphone yang ada di pasaran. Punye la survey sampai rasa macam hafal dah spec2 handphone yang diminati. Saya sangat teringin nak memiliki N8, sebab kamera dia yang superb. Handphone lama Cybershot, yang baru mana boleh kalah,kan? Tengok juga smartphone macam Samsung Galaxy, Nokia Lumia, tapi bila seluk-seluk poket, dan ditimbang-timbang pro dan kontranya maka tak jadilah ambik smartphone. Saya ni bukannya orang yang heran sangat dengan segala teknologi canggih-manggih. Yang saya tau, handphone ni nak guna untuk call dan sms, kadang-kadang MMS. Kalau saya ambik smartphone tapi tak guna betul-betul perkhidmatan yang ditawarkan, kan membazir namanya tu. Kalau nak berinternet, saya prefer guna pc saja, tak sakit mata. Kalau nak bersosial sekalipun, saya ni guna prepaid dan saya tak rasa nak langgan internet. Jadi selepas fikir betul-betul, rembat saja NOKIA ASHA 300 atau dikenali juga sebagai NOKIA 300. Harganya RM360, saya tambah kapasiti memori kad dan lain-lain aksesori jadila RM390. Okla kan, jimat banyak ape, daripada saya beli N8 yang  RM1300++ masa tu. Meh tengok sikit hp baru i.

NOKIA ASHA 300

Cantik tak? Mintak maafla saya ni memang failed sikit bab ambik gambo. So inilah rupanya Asha 300. Ada 4 warna: hitam, merah, gold & putih. Dah hampir-hampir nak ambik warna merah, tapi mengenangkan saya nak pakai lama, jadi elokla ambik warna gelap-gelap gini calar-balar pun tak nampak sangat. Lagipun merah bukanlah warna favourite saya. ASHA 300 ni takde wifi, fungsi dia macam hp biasa je cuma kalau nak langgan internet broadband bolehla bersosial di fb dan twitter dan sebagainya. Saya suka handphone ni sebab dia touchscreen tapi keypad biasa. Saya lemah sikitla kalau touchscreen semua, lembapnya saya menaip kat skrin sentuh tu...pastu mesti tersentuh-sentuh huruf lain jugak. Biarlah saya old skul sikit, asalkan saya selesa. Dari segi specnya, ada la beberapa kekurangan misalnya bahagian kamera. 5megapixel tapi tak autofocus, nampak sedikit pudar la. Maklumla dah biasa dengan cybershot kan. Pastu bahagian mesej, susah sikit nak manage. Kena delete satu-satu, takleh tick, tick dan kemudian buang yang dah ticked. Tapi boleh buang terus satu folder. 

Apapun, saya sangat puas hati dan rasa berbaloi beli hanphone ni. Dah harganya tak sampai 500, takkanlah nak sama dengan yang 1k plus plus ye dak. Apa yang lebih penting, saya nak guna handphone Nokia semula selepas 2tahun lebih guna SE. Saya serasi dengan Nokia.

Handphone lama dan baru dok sebelah-sebelah
Jarang-jarang menulis di blog sekarang. Bukan ape, saya kalau menulis ambik masa yang lama, padahal entri takde la panjang mana pun. Kali ni masih nak review drama Korea. Kalau dah minat kan, sibuk-sibuk pun sempat tengok. Tapi kalau tak suka, ada masa lapang pun tak terbuat jugak.haa..faham2 la apa yang tak terbuat lagi tu. hehe.

Kali ni bandingkan drama IRIS dan Athena Goddes of The War. Dua drama dalam genre yang sama, bahkan Athena dikatakan sambungan kepada IRIS. IRIS dulu pernah mencatat fenomena apabila mendapat rating tertinggi di Korea. Tak silap saya ditayangkan pada 2009. Memang ramaila yang puji IRIS ni best, lain daripada yang lain dan sangat meningkatkan paras adrenalin. hehe. Lanjutan daripada kejayaan drama bersiri tersebut, lahirlah Athe Goddes of the War yang menelan belanja lebih daripada 17million USD. haaa....bajet drama paling mahal di Korea.

Ok, apa aspek yang nak dibandingkan ni?Apapun, perbandingan ni adalah semata-mata daripada pandangan saya secara individu. Mungkin tidak sama dengan pandangan orang lain, sebab citarasa manusia tak sama. Kalau citarasa semua sama payahla kan, takde la pasangan masing-masing, baju pun lain-lain. Ok, merepek ke lain pulak. 

Pertama sekali nak cerita pasal pelakon-pelakon dua drama ni. 

Bagi saya, IRIS mempunyai kekuatan pada pelakon-pelakonnya. Dibintangi oleh Lee Byung Hun sebagai hero utama digandingkan dengan Kim Tae Hee sebagai heroin, drama ni dah berjaya menarik peminat-peminat drama dan filem Korea. Lakonan Lee Byung Hun sebagai Kim Hyu Jun sangatlah tidak menghampakan. Saya bukan peminat dia, tapi lakonan dia dalam IRIS memang mantap, mungkin muka kena dengan watak. Hero kedua IRIS Jung Joon Ho pulak saya rasa macam tak cukup power nak compete dengan Lee Byung Hun sebab dalam cerita ni diorang ni daripada kawan jadi lawan. Athena pulak, saya suka dengan heroin dia. Soo Ae sangat sesuai dengan lagak aksi, nampak natural walaupun dia mempunyai raut wajah yang lembut tapi kena dengan watak. Kim Tae Hee agak kureng menyengat kalau bawak watak-watak lasak macam ni. Dalam IRIS, heroin no-2 Kim Seo Yeon, tapi dalam Athena watak Kim Seo Yeon sekadar dimunculkan sekejap saja. Apapun, Kim Seo Yeon pun bagus dalam dalam genre aksi. Athena menampilkan Lee Jee Ah sebagai second heroin. Watak dia dalam ni ok la so-so saja. Susah nak tebak emosi yang dia rasa. Hero dalam Athena ni, mulanya saya mati-mati ingat dia adalah hero no-2 dalam IRIS sebab muka nampak sama. Rupanya orang lain daaa..hehe. Pada saya, kalau hero Athena ni digantikan dengan orang yang rupanya lebih nampak lasak tentu cerita ni lagi best.cthnya Jang Dong Gun ke. Pelakon-pelakon lain, ok la sama balance je dua-dua drama ni.




Jalan cerita

Dari segi jalan cerita, rasanya IRIS ada introduction yang agak panjang sebab penonton perlu diperkenalkan dulu dengan NIS dan sebagainya. Tapi dalam Athena, penonton dah pernah tau tentang kewujudan skuad elit, jadi tak perlu cerita panjang terus je cerita tentang konflik dan gang yang bernama Athena tu. Jalan cerita kedua-dua drama ni walaupun masih berkisahkan gang dan tenaga nuklear, tapi sedikit berbeza. Saya lebih suka jalan cerita IRIS sebab lebih membuatkan saya berdebar. Dalam IRIS, banyak teka-teki sama ada orang tu sebelah jahat ke sebelah baik ke. Tapi dalam Athena memang dah tau dah sape yang baik sape yang jahat. Dalam bab percintaan pun IRIS lebih menonjol, ada part yang mengisahkan kisah cinta hero dan heroin, ada part yang mengisahkan second heroin suka kat hero dan pengorbanan masing-masing. Dalm Athena, ada juga kisah cinta tapi main pendam-pendam punya cerita. Jadi dalam Athena aksi tak balance dengan cinta. Ending, dah tentu la saya suka ending Athena. Ending IRIS sangat mengecewakan, last-last hero mati. Dah la taktau sape yang bunuh. Cis!

Scenary

Dua-dua drama ada buat penggambaran di luar negara seperti di Hungary, Japan, New Zealand, Italy, US. Saya lebih suka pemandangan dalam IRIS masa kat Jepun, dalam Athena penggambaran di Jepun biasa-biasa je. Tapi dalam Athena saya suka penggambaran masa kat Italy, drama tu berjaya tunjukkan gaya hidup masyarakat di sana. Pemandangan di Korea pulak, takde yang menarik sangat pun, tapi Athena memang banyak penggambaran kat NIS aje, dalam bangunan. 

(sampai sini dulu..nanti sambung. Tengok, berapa lama ambik masa just nak tulis satu entri saja)