Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-11 umat Islam berpuasa di tahun 1433H ini. Sudah berlalu 10 Ramadhan pertama yang penuh rahmat. Awwaluhu Rahmah. Saya agak sedih + terkilan sebab 10 hari pertama adalah kurang menyengat bagi saya secara individu. Accident beberapa hari sebelum puasa, tak dapat solat dengan sempurna maka saya terlepas terawih dan juga solat-solat sunat. Kemudian dapat ABC (Allah Bagi Cuti) pulak. Apapun, masuk malam fasa yang kedua Ramadhan ni, iaitu yang dijanjikan dengan pengampunan, kita semua harus mengambil peluang yang ada. Tukar gear dan momentum ibadah kita ye wahai teman-teman.
Bila masuk Ramadhan, mungkin yang kita ingat adalah ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain. Tapi jangan lupa dengan kewajipan menunaikan zakat fitrah. Tu macam insuran nyawa kita tu. Kadang-kadang bukannya orang taknak bayar tapi ada yang terlupa, ada juga yang tak tau akan kewajipan membayar zakat fitrah ni. Jadi, bagi ibu bapa yang ada anak lelaki tu, apa kata biar mereka ikut dan saksikan bapa mereka membayar zakat. Biar mereka tahu, bahawa adanya kewajipan ini bagi umat Islam, dan untuk lelaki ke atas diri dan tanggungannya. Kalau kita tak tunjukkan, bimbang nanti bila mereka dewasa, mereka tidak ambil endah dengan kewajipan setahun sekali ini. Maklum sajalah waktu kita sekarang pun kita dah terlalu banyak menyelesaikan urusan dunia hingga mengabaikan tuntutan akhirat, inikan pula generasi anak-anak kita nanti.
Ni ada sedikit info berkaitan zakat fitrah yang saya ambil di laman web Lembaga Zakat Selangor. Sekarang ni semua dah mudah, boleh bayar zakat guna SMS je tau. Jadi bukan alasan lagi untuk tidak membayar zakat. Apapun, kalau dapat bayar dengan amil dan berjabat tangan dengan lafaz akad alangkah baiknya.
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengertian Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Resit Zakat - RM 7.00 per individu bagi negeri Selangor