Baru selesai mengemaskini work station saya di rumah ni. Disebabkan mata dah makin rabun rasanya, duk mengadap laptop lagi la sakit mata. Kelmarin pergi lab dan guna pc kat sana rasa terang dan besarnya skrin. Barulah tau apa sebab mata rasa letih sangat bila buat kerja akhir-akhir ni. Skrin kecik memang meletihkan buat yang rabun. Maka meja belajar perlu disusunatur semula untuk menepati piawaian keselesaan waktu belajar melebihi kekereatifan dan keindahan dekorasi. 

Sejak zaman degree lagi saya memang suka buat kerja kat dalam bilik. Kat kolej, kami disediakan bilik yang pada saya amat selesa. Compartment setiap seorang, dengan perabot asas seperti meja tulis dan kerusi, kabinet buku, almari baju bercermin dan katil. Jadi masing-masing tambahlah apa yang rasa nak ditambah. Macam saya, saya bawak komputer dengan skrin 17 inci yang menyebabkan habis separuh ruang meja belajar saya tu, radio, dan lampu tidur. Saya tambah satu rak kayu lagi yang beli kat pasaraya Giant untuk letak apa yang patut. Bagi saya ruang compartment yang kecil tu dah cukup selesa untuk saya study, jadi saya memang tak pernah study di library. Di bilik tu la saya berkubang waktu study week. Apa yang penting, kemas dan bersih. Rindu pulak kat bilik saya dulu tu.

Tu cerita zaman degree, masa buat master saya tak tinggal di kolej. Dok rumah je sebab rumah pun tak jauh sangat. Sem pertama saya ulang-alik ke kuliah hampir setiap hari sebab memang ada kelas. Kalau takde kelas pun ada discussion. Jadi saya akan keluar pagi dan balik petang sama-sama dengan husband yang balik kerja. Kadang-kadang sampai malam. Kat pusat pengajian saya ada makmal siswazah tempat berkumpul dan menyiapkan tugasan. Kat situlah kami melepak ramai-ramai, makan, minum dan seaneka benda. Bestnya masa tu. Masuk sem kedua, saya dilantik jadi GRA. Tawaran yang datang saya terima dengan senang hati sebab perlukan duit poket dan nak simpan duit untuk bayar yuran. Dah jadi GRA, saya dapat satu meja dalam research lab. Dapat juga almari, kabinet dan laci sendiri. Saya pun rasa lebih selesa la..di situ la saya hari-hari sejak 2008 sampaila habis master, kemudian sambung pulak PhD, cuma tukar meja je. Kawan-kawan semakmal silih berganti, saya jugak la yang setia kat situ. Sampailah penghujung Jun, saya terpaksa say bye-bye kat makmal tu atas sebab-sebab peribadi. Meja dan pc saya masih ada kat sana, barang-barang pun banyak lagi tinggal cuma saya tak dapat datang setiap hari dah. Ada entrinya saya tulis di SINI.

Bila dok rumah ni memang banyak cabarannya ye. Betulla kata Prof saya, mengarut aje nak buat PhD di rumah. Tapi saya tak ada pilihan, saya kena juga jadikan belajar di rumah tu tidak karut. Setelah sebulan lebih membiarkan masa berlalu tanpa production yang mantap, maka langkah-langkah proaktif perlu dilakukan. Hari ni setup meja belajar. Fail-fail dan buku masih tak bersusun setempat sebab kat rumah ni sebenarnya takde almari khas untuk buku. Ada beli dulu tapi dah roboh. Jadi buku-buku saya separuh kat depan, separuh kat stor, separuh kat bilik tidur.haha. Oh ye, sebagaimana tajuk entri ni...meja belajar saya adalah dalam bilik tidur. Ye, ada kawan saya terkejut. Tapi itulah hakikatnya. Rumah kecik tak cukup bilik. Lagipun kat bilik ni je yang paling best pengudaraan dan pencahayaannya. Cuma tak berapa nak boleh la stay up malam-malam sebab husband dan anak dah tido kan. Disebabkan meja ni dalam bilik tido, maka kenalah ada dwi fungsi. 


Waktu siang, tempat belajar


Waktu malam macam ni la, perlukan lampu tido dan jam loceng. Speaker tu mengganggu pemandangan tapi malam-malam nak dengar al-Qur'an.

** Mengemas tadi jumpa banyak duit terselit merata-rata, saya memang suka selit duit sana sini, tapi duit RM1 je pon. Kalau jumpa RM50 kan best.hehehe.
Saat entri ni ditaip kepala saya udah weng, berdenyut-denyut, mata udah kelabu kabur, rasa nak muntah pun ade. Dah selamat telan panadol sebijik. Mulanya taknak tulis di sini, tapi last-last tak tertahan menahan perasaan...huhuhu.

Sesiapa boleh tolong tunjukkan saya jalan penyelesaian yang paling berkesan. Saya ni jenis kumpul bahan baaaaanyak-banyak, kemudian tak terbaca. Atau...baaaaaca banyak-banyak kemudian dah tak tertulis. Akhirnya inilah yang jadi pada saya. Bila rasa-rasa nak tulis dan perlu tulis, point yang dibaca tu ingat tapi sumbernya daripada siapa, kat mana semua dah tak jumpa. Nak kena selak balik satu-persatu bukanlah perkara yang bijak. Saya rasa saya dah pun buat filing, mengkategorikan segala kosa ilmu mengikut kategori masing-masing. Saya ada file softcopy dan hardcopy, tapi tak semua softcopy tu ada hardcopynya dan begitu jugalah sebaliknya. Maka sekarang saya KEBUNTUAN. Rasa macam bodoh sangat baca berulang-kali. 

Untuk tesis saya ni, memang arm chair, memang takde nak buat coding-coding ke, takde nak pergi field work ke, eksperimen ke, semua based on bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk bacaan jugak. Sama ada lit review atau pun segala mak nenek tentang teori. Jadi saya nak tanya pendapat dan pengalaman sesiapa yang membaca entri ni...adakah perlu setiap kali kita baca artikel la contohnya, kita kena buat nota. Sebab...kadang-kadang saya bukan nakkan rumusan artikel tu, tapi saya cuma nak quote satu atau dua ayat, yang kemudiannya membuka jalan untuk saya hurai dengan panjang lebar. Masa saya baca, saya tak rasa pun ayat tu sangat penting sampai perlu dinotakan, tapi bila dah nak menulis, desperate sangat nak guna ayat tu. Masa tu mulalah "kat mana ye aku baca hari tu?" "Aku pernah baca, tapi sape ye yang tulis?" Kalau saya baca satu dua artikel je, mungkin senang saya nak recall balik. Tapi bila dah berpuluh-puluh, maka semua yg dalam ingatan sudah samar-samar dan cacamarba. Atau...adakah ingatan saya sudah bermasalah? Sudah lemah? 

Harap sesiapa yang ada tips atau pandangan dapat meninggalkan komen yang membina dan memberi motivasi di sini. TQ.
Mula-mula sekali nak ucapkan Selamat Hari Raya, Taqabbalalllahu Minna Wa Minkum, Maaf Zahir Batin.

Facebook dah meriah semula tandanya orang dah masuk kerja. (Aik, berfb ke bekerja rakyat Malaysia ni.hehehehe). Tak macam masa hujung puasa dan awal raya hari tu sunyi aje laman maya tu sebab orang dah mula bersosial di alam realiti kan. Blog pun sama juga lah, ada 2-3 kerat je entry baru kawan-kawan. Saya pun sama jugak, takde mood nak update blog raya-raya ni. SO, raya dah pun berlalu. Hari ni Isnin, suami saya cuti tapi saya tak dapatlah nak cuti sama dengan dia. Saya kena panaskan enjin, enjin dah lama sejuk tak hidup sepanjang cuti ni. Memang tinggal terus segala bahan bacaan mahupun tugasan. Cuma check tarikh dateline je, sebab ada banyak conference yang nak dihadiri, jadi risau keliru tarikh sebab semua dekat-dekat. (Akan update tentang conference dalam entri lain). Panas-panas enjin, nanti masuk gear tak boleh lama-lama kat gear 1 tau!

Eh, nak tempek gambo raya barang sekeping dua. Saya selalu sangat tak update tarikh-tarikh penting dalam blog...sejak dua menjak ni je baru rajin nak melakar kenangan.



Rambang mata banyak sangat sampul raya ye nak. Takpe, isinya bagi kat umi ye.hee.


Dah transfer gambar semua baru perasan takde pulak gambar kami bertiga, tu la kecoh-kecoh nak berganbar dengan family besar, gambar berdua dan bertiga takde. padahal baju saya dengan suami dah sedondon dah. Nak berlakon ambik gambar semula tu tak la, tak larat dah nak posing. Raya tahun ni sebenarnya raya yang sinonim dengan 'pertemuan mantan'. Mantan apa dan mantan siapa tu, terpaksa dirahsiakan kerana ianya hal keluarga. cewah. hii..apapun semuanya sangat harmoni. 

Belum ada lagi entry raya walaupun orang dah pakat-pakat balik kampung dah. Persiapan raya kami tahun ni macam biasa la, seadanya sahaja. Kuih raya ada la beberapa jenis yang tunjuk-tunjuk saja. Ntah bila la baru nak datang semangat membuat kuih raya, umur dah nak 3 series tapi tak datang lagi semangat mak-mak tu.heee..dasar pemalas la tu ada aja alasannya. Dan alasan saya yang paling bagus adalah: 'saya takde oven'.

Tahun-tahun yang lepas, baju raya saya memang beli siap sebab husband memang jenis beli last minute. Kalau nak tempah, sila guna duit sendiri dulu ye. Lagipun saya sendiri tak jumpa lagi tailor yang betul-betul buat saya puas hati dan selesa pakai. Sama jugak tahun ni, kain pasang yang belum jadi baju ada je dalam almari tak berusik. Rasa malas nak tempah baju kurung sebab la ni kan naik motor je. Jadi nanti bukan pakai sangat pun, dok simpan je. Kalau bonceng belakang ok lagi boleh juga pakai baju kurung, tapi nak bawak sendiri, pastu nak bawak anak lagi dok kat depan...memanglah leceh yang amat.

Tahun ni tunggu-tunggu juga husband tanya pasal shopping baju raya. At least baju raya anakkan? Hmmm..takde keluar suara pun. Memula tu saya rasa macam ok je biarla tak payah berbaju raya sekeluarga tahun ni. Tapi dah minggu-minggu akhir ni rasa kesian pulak kat Sofiy. Walaupun dia kecik lagi, tapi dia pun mesti teringin nak beraya dan melaram macam kanak-kanak lain. Takkan nak pakai t-shirt aje pergi masjid di pagi raya. Kesian anak umi. Jadi saya pun belilah baju melayu murah-murah yang ada jual kat kedai area rumah ni. Baju Melayu kena cuba sendiri ke badan tuannya. Nak ke BBB jauh la nak bawak dia naik motor, kang dia tido lagi haru. Kalau ayah dia bawak okla tangan lelaki kuat. Kang tangan umi lenguh dia sandar kan dah tak boleh kawal handle. Kemudian saya beli t-shirt selai, kemeja selai, seluar selai. Ok la tu, lagi pun dah lama tak beli baju jalan kat dia. Asyik beli baju basahan je. Harga baju budak lelaki sekarang pun buat umi berpinar, kalau nak yang elok sikit jangan haraplah yang bawah RM50. Melarat seratus lebih pun ada. Umi Sofiy? Recycle aje baju yang agak-agak baru 2-3 kali pakai tu.


raincoat yang comel beli di SOGO setalah penat mencari

Tentang kereta raya...inilah rezeki Ramadhan. Setelah Allah uji kami hampir setahun dengan kepayahan, alhamdulillah nampaknya kemudahan tu datang secara perlahan-lahan. Sebelum ni ada kereta besar, kena let go, naik motor aje. Berhujan berpanas tu dah jadi biasa. Sofiy pun dah ada baju hujan sendiri. Hati kami Allah je yang tau. Bukan tak tahan dengan dugaan susah, tapi hati meruntun bila dengar pertanyaan dan keluhan anak. Sofiy asyik tanya "kereta ayah mana,umi?" "Kereta ayah dah jual ke?" "Sian Sofiy nak naik keta ayah, tapi keta ayah dah takde" "Sian Sofiy nak pergi masjid tapi keta takde tak leh la nak pegi masjid" "Allah tak bagi lagi kereta kat Sofiy" dan macam-macam versi lagi la ayat dia...menandakan dia nak sangat naik kereta dan keluar jalan-jalan macam dulu. Alhamdulillah, ada rezeki sikit baru ni dapatlah beli kereta terpakai kecik-kecik jadila. Raya tahun ni dapatla Sofiy pergi masjid naik kereta ya nak. 


Haaiii la anak umi. Dah berapa banyak getah rambut umi hilang. Ada yang jatuh celah katil, ada yang juga yang tak dapat dikesa tau-tau dah lesap. Hilang, umi beli lagi, pun hilang lagi.

Sofiy memang suka main getah rambut saya. Kadang-kadang saya tengah ralit buat kerja tangan dia cepat je dok main-main kat rambut. Tau-tau rambut dah tak terburai, getah rambut pun lesap. Kadang-kadang sempat ambik balik masa dia tengah main, kadang-kadang dah takde. Bila tanya dia tak tau.

Teringat satu scene Upin Ipin curi getah Kak Ros sebab nak buat main tali getah.haha.

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei walaupun tidak dapat membawa pulang emas pertama negara, tetapi permainan dan kesungguhan DLCW adalah sangat membanggakan. Lin Dan memang jaguh badminton era ini, diakui sendiri oleh Lee Chong Wei. Bagaimanapun, dalam Sukan Olimpik 2012 London ini, Lin Dan bermati-matian untuk mencapai kemenangan, menandakan betapa Lee Chong Wei memberikan saingan yang begitu sengit. Melihat bagaimana Lin Dan meraikan kejayaannya sehingga terbaring juga menandakan bahawa Lee Chong Wei adalah lawan yang hebat. Tahniah sekali lagi, dan semoga ada pelapis DLCW selepas ini bagi meneruskan impian Malaysia.


Sekalung tahniah juga buat serikandi sukan akuatik Malaysia iaitu Pandelela Rinong kerana berjaya meraih dan menghadiahkan gangsa buat Malaysia setelah rakyat Malaysia kehampaan atas kekalahan Azixulhasni Awang dalam acara Keirin Berbasikal. Pandelela telah meraih gangsa bagi acara 10m platform wanita. Saya tak daya nak tengok LIVE tengah malam tadi sebab saya demam. Tapi pagi tadi bangun sahur memang tertunggu-tunggu keputusannya. Rasa lambat sangat tayangan persaingan akhir bola sepak wanita antara Jepun dan USA tu nak habis. Lepas habis je, tengok ada selingan lagu dengan semua aksi Pandelela. Dah dapat agak mesti dia menang, dah bajet dapat emas dah sebab dalam lagu Sang Juara tu tak tunjuk pingatnya. Serius saya keluar air mata masa tengok dia peluk-peluk dengan kawan-kawan dan emak dia. Taktau la kenapa, saya ni patriotik sangat ke atau macam mana. Tempat ketiga di arena olimpik bukanlah satu kejayaan kecil-kecilan, ia suatu yang amat membanggakan bagi seseorang atlet ditambah pula Pandelela adalah atlet wanita Malaysia pertama yang meraih pingat di olimpik, dan juga pingat pertama selain sukan badminton buat Malaysia. Mendengar wartawan memuji karakter dan sikap Pandelela bahawa beliau adalah seorang atlet yang ramah, mesra dan tidak meninggi diri buat saya lebih hormat akan atlet muda ini.

Saya juga mengikuti page Azizulhasni Awang, dan mengikuti pertandingan yang disertainya di Olimpik London sejak pusingan awal. Azizul sebenanya masih boleh menghasilkan persembahan yang lebih baik. Mungkin juga faktor cuaca dan bulan puasa, walaupun itu bukanlah alasan. Apapun, Jijoe masih muda dan masih punya banyak peluang untuk beraksi. Atlet-atlet Malaysia yang lain juga diharap dapat memperbaiki persembahan, memantapkan latihan dan kesungguhan misalnya dalam arena gimnastik dan juga  permainan berpasukan contohnya bola sepak dan hoki. 

Kita tunggu pula pencapaian Bryan hari ini,juga dalam acara terjun, mana tau mungkin ada lagi pingat untuk Malaysia.
Setuju tak jika saya kata di Malaysia ni, orang yang berkulit gelap didiskriminasikan? Bekas pensyarah kelas Bahasa Inggeris saya di matriks dulu pernah kata, Malaysia juga macam ada sistem apartheid. Buktinya? Iklan-iklan produk mencerahkan kulit berlambak di pasaran. Kalau boleh semua orang nak jadi putih. Sebab apa, sebab orang yang berkulit gelap sering kali dianggap tidak cantik dan tidak menarik.

Saya merupakan salah seorang yang berkulit gelap itu. Saya sebenarnya tak kisah dan tak terfikir pun nak cantik putih macam orang yang dilahirkan berkulit sebegitu. Tapi, sejak saya kecik lagi, saya selalu diejek. Bukan oleh orang luar tau, family terdekat sendiri. Saya ingat lagi masa umur dalam lingkungan 6-7 tahun, kat  pekan kecil daerah rumah saya tu ada seorang perempuan india yang dah tua jugakla. India ni tak siuman dan selalu merayau-rayau kat tepi longkang antara kedai-kedai kat pekan tu. Mulut dia bising sangat cakap apa taktau la kan sebab dia cakap Tamil. Saya selalu kena ejek, kononnya saya ni anak India tu, tapi mak saya ambik bela sebagai anak angkat. Bila pergi pekan je mesti diorang suruh saya pegi kat india tu. Sampai nangis-nangis saya tau. Diorang kata tengokla kulit saya sama je macam india tu. Mungkin niatnya nak bergurau je dengan saya tapi bila selalu sangat diejek "Anak H*nd*" macam tu, saya mula rasa rendah diri. Bila ada masa-masa sensitif, saya tengok kaki saya, dalam hati dok kata "hitamnya kaki aku". Kadang-kadang saya tengok cermin lepas tu saya tanya mak saya "Wa (kata ganti nama) cantik tak?" Mak saya senyum-senyum je taktau nak jawab. Last-last bila didesak baru la mak cakap cantik anak mak ni. Itu masa kecik, zaman sekolah rendah. Mujurla di sekolah isu hitam dan gelap tu tak timbul. Agaknya sebab ramai je yang sekulit dengan saya. Budak kampungla katakan, pakat-pakat berpanas, kulit pun 80% sawo matang. Ada la yang putih-putih tu tapi tak ramai.

Ni masa 5 tahun, tengah buat persembahan kat PASTI NURUL IMAN

Jangan terpedaya dengan muka saya yang nampak sedikit cerah dalam gambar di atas, sila tengok kaki ye kalau nak tau orang tu gelap ke idak.

Masa darjah 6

Bila masuk sekolah menengah, saya dok asrama yang pelajarnya perempuan semua. Faktor takde pelajar lelaki agaknya tidak menimbulkan isu paras rupa di kalangan pelajar sekolah saya. Kalau sekolah campur tu mesti ada budak-budak perempuan yang cantik tu budak lelaki minatkan? Disebabkan tu maka saya lagi suka berjemur bawah panas matahari bila sukan. Lagi berbelak muka lagi seronok. Kulit pulak memang mudah sunburn. Mujurnya masa form 4 saya tak masuk acara kawad hari kebangsaan. Kalau tak memang nampak mata dengan gigi je la.

Habis sekolah menengah, masuk matrik, masuk U. Masa ni baru ketemu dengan ramai kawan yang cantik-cantik. Roomate merangkap kawan baik saya pun cantik orangnya dan ramai peminat. Dulu-dulu budak remaja kan suka chatting, saya pun termasuk la sekali. Kemudian pegi blind date dengan chatter. Berani betul masa tu kan. Tapi masa tu laman sosial fb , frendster semua mana ada lagi. Yang famous IRC dan YM saja. Teman-teman chat pun takde la macam orang sekarang, masa tu takde lagi keluar berita kena r*g*l ke kena kidnap dengan teman sosial. Setakat jumpa kat tempat awam, minum dan balik. Masa tu, saya akan bawak roomate saya sekali, tak berani la sorang-sorang. Yang bestnya sebelum balik kawan chat saya tu psst psst pulak minta no contact roomate saya. Hahaha..tapi saya tak kisah, saya seorang yang happy go lucky dan  memang tak niat nak serius pun dengan chatters. Saya maklum orang lelaki mesti tertarik dengan kawan saya tu yang cantik, putih dan manis.

Suami saya, saya kenal masa tengah belajar juga. Dia pun cakap saya hitam, tapi dia tambah la 'manis' kat belakang. Nak jaga hati kot.hehe. Dia penah kata dia sebenarnya kalau boleh nak yang putih merah, jari runcing (amboi taste tak kalah). Tapi kenapa dia pilih jugak saya, tu kena tanya dia.hehe.

Ok, kenapa saya cerita panjang-panjang pasal kulit hitam ni? Kata tak kisah kan? Dah tu kenapa nak sebut-sebut lagi. Haaa...bila dah ada anak ni, timbul balik pasal kulit hitam saya ni tau. Mula-mula masa lepas bersalinkan Sofiy, masih kat hospital lagi. Boleh pulak kakak ipar saya kata tertukar baby? Sebab baby saya putih, sedangkan kami suami isteri tak putih. Sentap mak tau!

Sofiy newborn

Kemudian, bila Sofiy dah 2 tahun lebih pernah la saya bawak Sofiy ke Univ. Pergilah minum kat satu restoran dengan labmate saya, Shakira. Masa saya tengah suap Sofiy makan dan minum tu, tauke kedai datang menyapa. Dia tanya pasal Sofiy, tapi dia pandang Shakira. Saya la yang jawab sebab Sofiy anak saya. Pastu dia tanya lagi, kali ni saya jawab lagi. Boleh tak dia pegi ulang tanya dekat Shakira dan pandang saya dengan pandangan tidak puas hati sebab saya yang menjawab. Eh eh? Shakira dah serba salah sebab kami berdua tau apa yang tauke kedai tu fikir. Dia ingat Sofiy anak Shakira sebab kulit Shakira putih, kenapa saya yang berkulit hitam dan tak layak jadi mak Sofiy ni sibuk menjawab pulak perihal anak orang kan? Last-last Shakira tak jawab dan tunjuk kat saya. Sofiy pulak seolah memahami "Umi, nak lagi" mintak suap lagi. Haaaa...terus sentap dan senyap mamat kedai tu! Kesian jugak kat Shakira belum kawin orang dah ingat ada anak umur 2 tahun.

Sofiy dipangku oleh Shakira (tona kulit sama)


Sofiy didukung oleh uminya (tona kulit bebeza)

Ok takpe la cerita tu kan. Saya redho je la. Bukan salah orang kedai tu pun, dia tertipu oleh warna kulit. hehe. Tapi yang saya geramnya isu yang berbangkit semalam. Merajuk jugakla saya dengan husband. Dah dia tau isteri dia ala-ala malap sikit kan, lagi dia nak sampaikan cerita yang menggores hati. Alkisahnya suami ada partner kerja yang baru. Sebelum ni budak India tu kerja shift malam. Rupanya bila dia dah kenal saya, dah tengok anak saya, dia mengumpat kat belakang. Kurang asem. Dia kata apa tau, "Isteri you macam india la, tapi anak you lain, putih" Wah! Suka hati ko je nak bercakap ye? Saya bukanlah nak timbulkan isu perkauman ke apa, tapi ce cakap berlapik sikit, cakapla saya gelap ke, hitam manis ke takde la saya nak terasa hati. Ini terus jump to INDIA kot? Kalau betul saya ada keturunan anak mami ke, Pakistan ke, Malabari ke takpe la jugak. Ini memang takde kena-mengena dengan suku-sakat dia, senang-senang je nak bagi aku masuk kaum dia. (Haa..kan dah keluar aku kat situ). Yang suami pulak, dah terlepas cakap baru la nak cover-cover...hindustan konon, ce tengok mancung ke hidung isteri awak ni bang oii. Pastu tak dapat nak cover jugak, dia cakap "Sofiy tak kata apa pun?" waa..jangan pulak nak ajar anak dia kata maknya itam ye bang.

Isu dan dilema warna kulit terlebih melanin ni sebenarnya bukan orang macam saya je rasa. Golongan retis pun sama jugak. Kita tengok apa kata Farawahida: 

"Secara jujur saya tak malu dilahirkan dengan kulit gelap. Rasa sama saja seperti wanita berkulit cerah. Cuma saya terlalu berhati-hati dalam bab memilih warna baju dan solekan. Warna merah jambu dan merah memang saya elakkan kerana warna ia menampakkan saya kelihatan pelik.- Farawahida

dan Tazzy (bekas pengacara Salam Bollywood):

Jelas anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu, kadangkala terbit rasa kesal kerana wanita berkulit gelap sepertinya sering didiskriminasi oleh sesetengah pihak. Ramai yang menyifatkan wanita berkulit gelap kurang daya penarik berbanding wanita yang memiliki kulit cerah atau sawo matang.
"Sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, saya sering diejek dan dipanggil hitam. Tambahan pula wajah saya dipenuhi jerawat yang tidak terkawal dan memiliki berat badan berlebihan.
"Kadang-kadang ada juga yang tanpa segan silu memanggil saya hitam berbanding menggunakan nama. Mula-mula memang saya marah dan geram tetapi lama-kelamaan saya sudah lali. Jadi saya pergi ke sekolah seperti biasa dan tidak melayan mereka yang kerap menyindir," imbas Tazzy

sumber: Kosmo


Apa pandangan anda terhadap model di bawah:




The colour of the skin is in no way connected with strength of the mind or intellectual powers - Benjamin Banneker

Nota: Syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
          Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)
Uhuhuhu...terkilan sangat dengan performance atlet Malaysia dalam Olimpik 2012 ni. Atlet kita bukan takleh perform, tapi bila sampai di pentas, semangat dan emosi tu macam tak bermaya. Awalnya dok berharap pada penerjun negara, tetapi corot. Suriani tu kes lain la, dia dalam keadaan istimewa. Memanah pun sama, dah sampai suku akhir kalah dengan Jepun, persembahan yang tak konsisten. Detik ni, rakyat Malaysia kempunan lagi pingat walaupun sekadar gangsa oleh beregu badminton negara. 

Harapan masih ada untuk hari ni, pada Datuk Lee Chong Wei yang diharapkan tidak mengulangi memenangi perak seperti 4 tahun lalu. Dan juga Pocketrocketman, Azizulhasni diharap dapat all out dan membawa pulang pingat untuk Malaysia.



Ini bukan entri nak puji anak sendiri tau. Sekadar mencatat kenangan, rasa rugi jugak segala perkembangan Sofiy dulu-dulu saya tak rekodkan. 

Sofiy sekarang, selain baaaaaaaaaanyak sangat tanya, dia juga sangat suka berdikari. Kalau boleh semuanya nak buat sendiri, kalau umi nak tolong siap marah lagi. Nak bukak baju seluar sendiri, nak bukak pintu sendiri, nak sabun badan, gosok gigi sendiri, nak bawak beg sendiri, nak vakum rumah dan macam-macam lagi la. Antara yang sempat umi rakam, macam gambar kat bawah ni ha:


Lepas makan, basuh tangan sendiri kat sinki, kemudian lap tangan sendiri juga, lepas tu sapu pulak habuk-habuk biskut tu. Good boy! 
SV saya dan ex-SV saya bercuti ke Greece dan langsung ke Istanbul untuk honeymoon (taktau untuk tahun keberapa) sebelum puasa baru ni. Ha, pelik ke kenapa dua-dua SV saya ada affair? Hehe. Sebab mereka pasangan suami isteri. SV saya (isteri) belikan t-shirt di bawah ni untuk my lil Sofiy. Dah lama dia niat nak bagi Sofiy t-shirt tapi tak kesampaian sebab di Korea takde t-shirt budak kecik yang ada tulis nama negara Korea. Kira t-shirt untuk pelancong-pelancong la. Akhirnya terkabul juga hasrat hati beliau di Istanbul. Kemain ko Sofiy ye, umi punya SV, umi punya birthday dia yang dapat hadiah. Ni la share rezeki namanya. Sebab sebelum ni, saya yang dapat t-shirt Korea disebabkan t-shirt utk Sofiy takde jual.

t-shirt untuk anak

t-shirt untuk mak

Terima kasih daun keladi ye Prof :-)
Dah takde modal agaknya tapi nak jugak update blog. Ni la makanan tambahan saya selama bulan puasa. Bulan puasa yang lepas-lepas pun sama jugak. Alhamdulillah badan bertahan, rasa lapar kurang. Ulser pun well managed.hehe.


Kurma - Memang ada je sentiasa walaupun bulan tak puasa, tapi bulan puasa memang konsisten la makan.

Susu - Sebenarnya saya minum susu tepung. Tapi bulan puasa ni kureng pulak, agaknya malas dah nak membancuh lepas balik terawih tu. Susu segar senang, tuang aje. Sejuk pulak, sedap la bila dahaga. Susu tu full cream, sebab leh guna buat masak desert sekali. Sofiy pun boleh kongsi.

Chlorella / Spirulina - tu cereal 3 in 1.  Chlorella tu brand Giant. Spirulina tu brand Mildura beli kat Cosway. Saya lebih suka Chlorella tu sebab banyak, sedap dan kenyang. Tapi takde Giant dekat-dekat rumah, Spirulina cereal pun ok. Ambik waktu bersahur lepas makan nasi. *banyaknya makan*

Chlorophyll - Ni pun beli kat Cosway. Air klorofil ni asalnya saya beli sebab nak sejukkan badan akibat masa demam dan sakit tekak. Saya suka rasanya yang sangat menghilangkan dahaga. Minum waktu berbuka, senang sangat. Cuma tambah dalam air masak. 

Supplement yang dalam bentuk pil saya kurangkan masa bulan puasa ni sebab badan kurang cecair kan. Jadi saya risau membebankan buah pinggang untuk proses. Yang paling tak suka kalau buang air tu mesti jadi pekat kalau makan supplement. Tapi tetap ambik jugak la kalau perlu. Minyak zaitun pun macam terabai sikit bulan puasa ni sebab nak kena minum sebelum makan, jadi kurang sesuai pulak rasanya.

Macam mana pulak dengan anda yang lain, apa yang anda ambil bulan puasa ni?