Kejadian berlaku dah laaama.. dua bulan lepas kot, tapi tak tertulis-tulis entrinya. Masa tu saya sibuk-sibuk merencanakan perjalanan ke Pulau Pinang untuk satu persidangan anjuran USM. Asalnya plan nak pegi dengan labmate, Atiqah. Dah booking hotel, dah bayar yuran bagai, tiba-tiba Atiqah tak dapat join sebab dia kena pegi Australia, ada program lain kat sana selama 5 minggu. Kalau saya pun, baik pergi Aus daripada pegoi Penang kan. Maka segala rencana berubah. Fikir punya fikir sama ada nak bawak ke tidak budak bertuah Sofiy ni...sebab ayah dia tak dapat nak cuti lama jadi tak dapatla pegi naik kereta. Nak naik bas, rasa macam tak selesa pulak dibuatnya dia nak berak ke kencing ke macam mana. Dah survey flight, mahal la sebab Sofiy punye tambang sama je gan tambang maknya. Dah la perbelanjaan lain (yuran dan hotel) saya tanggung sendiri sebab ni persidangan peringkat kebangsaan. Univ tanggung peringkat antarabangsa, tu pun sekali je sepanjang pengajian. Last-last, keputusan diambil untuk naik keretapi ke Penang. Sofiy kemain la excited. Maka, kitorang pun buat la satu trip pendek ke KL Sentral untuk beli tiket.

Masa tunggu komuter tu agak lama jugak la...hadoi penat nak menjawab bila dia asyik tanya bila tren nak sampai...lambatnya 'ketatapi' ni.hahaha. Sampai orang- orang kat sebelah tu pun pakat gelak, ye la budak cakap bukan tau control volume.

 excited! walaupun bukan kali pertama naik tren...tapi yang dulu-dulu dia tak ingat kot

 di KL Sentral
 otw balik, mujur keluar weekdays...dapatla baring-baring buat macam keta ayah ko nak

 lena
sempat beli ni kat KL Sentral.

Sampai je stesen dekat rumah ni, hujan turun selebat-lebatnya. Kena la tunggu hujan teduh dulu. Udah la dia ajak naik tren semula...adoi...
Semalam, 16 November 2012, pusat pengajian saya anjurkan satu seminar motivasi untuk calon-calon Phd. Seminar ni tak wajib, kebetulan saya lapang pada tarikh tu maka saya pun turut serta. Lagipun seminar ni percuma je, dan separuh hari saja. Motivator yang dijemput ialah Saudara Rizal daripada Take Charge Sdn. Bhd.

Program bermula jam 8.15pagi, tapi pukul 8.00 pagi saya masih kat rumah pengasuh hantar Sofiy. Tengok-tengok tayar motor pulak takde angin, bergegas ke stesen minyak pulak. Risau juga kalau buat hal kat tengah jalan. Bab-bab tayar ni, risau pancit, bocor je. Putus urat kentut nak menolak motor.huhuhu. Mohon dilindungkan.

Saya sampai ke dewan seminar 8.30pagi, daftar dan keloi kawan-kawan. Ambik tempat. Secara keseluruhannya seminar ni ok la...bukan tak bagus tapi saya mendambakan lebih daripada tu. Segala rangsangan, dorongan, pencerahan yang diberi tu sebenarnya memang saya dah tau, dah sedar lama dah...apa yang saya perlukan adalah pengalaman mereka yang pernah melalui apa yang saya lalui hari ini. Pengalaman susah, senang, cabaran, dan segala tips dan nasihat untuk melalui perjalanan ni dengan lebih yakin dan bersemangat. Baik dari segi disiplin, pengurusan masa, adab, akhlak dan kerohanian serta pergantungan kita kepada Yang Maha Kuasa. Walau apapun, seminar semalam tetap memberikan kesan yang positif pada saya dan kawan-kawan. Dengan menghadiri seminar ni saya tau bahawa saya tak keseorangan dalam perjalanan ni, saya tau bukan saya seorang mengalami situasi tertekan atau buntu dalam menulis tesis, dan apa yang penting saya rasa kepala saya clear, keserabutan dah kurang, dah nampak jalan yang lebih terang sebab...semalam kami diminta CATAT apa yang selama ni berlegar dalam kepala saja. Ya, itulah kelemahan saya, semuanya nak dikonsepkan dalam kepala tapi tak tulis. Akhirnya jadi serabut. Satu ilmu baru yang perlu dipraktikkan.




COD area KLCC,PICC,Alamanda and Hospital Serdang on Monday & Tuesday next week


Bagi sesiapa yang berdekatan dengan lokasi-lokasi ni bolehla membeli sambil menderma untuk muslimin Palestin. Ini usaha kawan saya, saya sekadar menyampaikan dan harap dapat disebar-sebarkan.
Ni cerita 2 minggu lepas, sempena Karnival Amal Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra. Sebab sekolah nipun sekangkang kera je jauhnya dari rumah, bawaklah anak teruna berlibur sambil beramal dan bersedekah. Umi peruntukkan RM10 untuk nak main-main atau makan-makan kat karnival tu. Rupanya RM10 tu pun berlebih. 

Sampai situ dah pukul 10 pagi macam tu, matahari dah rasa menyengat. Niat tu nak bagi dia tunggang kuda padi, sebab hari pertama karnival ada kuda tu. Tapi rupanya hari kedua dah takde, agaknya pony tu pun dah sakit pinggang kot.hehe. Yang ada kereta kuda je. Sofiy kata taknak kuda yang tu. Ok, bawak la jalan-jalan ke tempat budak-budak main lompat-lompat atas belon tu (punye la jakun mak hang, nama permainan tu pun taktau dan malas nak search). Memula tu kemain lagi semangatnya, awal-awal dah bukak kasut. Pastu bila dah dapat tiket, penjaga tu dukung le dia masuk dalma tu..hahahaha. Boleh dia berdiriiii je bukannya melompat macam budak-budak lain. Nampak benor takutnya. Bila orang suruh lompat, dia jawab pe tau "Janganla lompat kuat-kuat sangat" dengan muka cuaknye. Orang masuk dalam tu memang nak lompat dan jatuh yang oi. Sudahnya dia nak turun..hehe. Mujurlah memang duit tu untuk derma. Kalau tak mau umi mintak balik. Ye la dah dok depan pintu je kan.

Pastu pujuk-pujuk la dia naik kereta kuda. Mujurlah dia mau. Gambar kenangan, ambik dengan kamera handphone cokia je. Tak jelas sangat bawah matahari terik.








Zaman umi dulu, orang yang ada kamera tu kira orang yang berduit la. Opah dan atok takde nak berkamera-kamera ni. Umi ingat lagi, pertama kali ada kamera sendiri masa darjah 6. Tupun jenuhla merengek mintak kat opah. Pujuk punye pujuk, sampai umi kena berlakon kononnya mengigau ambik gambar. Yes! Taktik menjadi dan esoknya dapat kamera sebijik, jenama Nikon harga RM200. Mahal dah tu time tu. Dapatla umi bergambar masa lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur. Masa tupun kawan-kawan umi tak ramai yang bawak kamera, yang anak-anak cikgu tu ade la kot. Umi ni anak penoreh getah je.

Tapi bebudak sekarang, lahir-lahir je dah ada gambar. Eh, ape pulak tunggu lahir, dalam perut lagi masa scan dah ada gambar. Pastu mak buyung pun rajin bergambar, ada yang siap photoshoot lagi. Baby merah-merah lagi mak pak dah ambik gambar, zummm terus interframe masuk facebook! Jadi bebudak la ni kalau bab bergambar dah terer dah, ambik gambar pun dah boleh diharap. Yang mana ada bakat terlebih tu, pandai pose ala-ala model, muka pulak cute mute, leh masuk pertandingan...untung-untung menang dapat hadiah! 

Sofiy pun ala-ala macam tu la jugak walaupun masa dia baru lahir dulu snap dengan kamera handphone aje. Pastu ada rejeki lebih sikit barula dapat kamera digital sebiji yang kecik tu. Tapi gambar kat atas ni adalah kali pertama Sofiy bergambar secara formal. Hihi..kat studio la maksudnya. Berdiri atas kerusi bulat atas faktor kerendahan dan nak background biru tu. Mula-mula kepala teleng. Jenuh umi nak betulkan, keras je leher dia. Photographer Cina tu pun banyak kali snap baru dapat gambar yang ni, kira gambar paling comey la ni.hehe. Seriusnya! Umi masa tu kat sebelah dia, jadi tak nampakla ekspresi muka dia dengan bibir moncong tu.  Kalau nampak mungkin leh adjust-adjust sikit biar nampak manis sikit kan. 

Bila gambar dah siap, dia pun tak sabarlah nak tengok. Pastu dia tanya umi "Kenapa Sofiy majuk umi?" Hahaha. Tau pulak ko muka masam tu muka merajuk ye.hehehe. Takpe la Pi, pengalaman jugak tu. Ni gara-gara nak masuk tadika tahun depan la ni, nak tampal gambar kat borang pendaftaran. Pulun umi ko kan? Padahal buleh aje potong mana-mana gambar yang ade tu. Excited anak nak sekolah camnilah.
Letak gambo je la dulu..nanti karangannya kemudian.hehe.
Masa awal-awal dulu memang saya kata Alpha Lipid Slim Diet II menjadi pembantu saya dalam diet. Saya tahu sebenarnya rules pemakanan bagi ALSD2 tu sama je dengan Diet Atkins. Cuma disebabkan kurang ilmu maka saya mencuba juga ALSD2 dan memang tak berniat nak sambung selepas habis tin yang ke-2, sebab harganya memang saya tak mampu nak maintain. Setelah 2 minggu juga saya dah join KDA di fb, dan dah faham tentang diet yang saya amalkan. Maka saya terus confirm akan teruskan DA tanpa produk. Alhamdulillah penurunan tetap berlaku dengan cemerlang. Walau apapun, saya berterima kasih kepada ALSD2 kerana mencetuskan semangat pada saya untuk menurunkan berat badan dan KDA pula tambah cekalkan hati dan semangat saya sehingga diet saya berlajutan genap 2 bulan hari ni.

Bagi saya, penurunan saya ni dah cukup baik walaupun mungkin lambat nak dibandingkan dengan orang lain. Kenapa saya kata cemerlang? Sebab dalam tempoh 3 tahun selepas melahirkan ni, saya nak turunkan 1 kg setahun pun payah. Naik lagi ade la. Ok, saya dah tak ingat kronologi penurunan berat saya dalam bulan yang kedua ni. Saya timbang hari-hari tapi gambar yang disnap masa timbang tu saya tak terus transfer dalam laptop dan letak tarikh. Saya cuma ambik gambar kalau ada penurunan je. Apa yang saya ingat, sepanjang bulan Oktober ni rasanya ada 3kali kenaikan. Sekali tu saya rasa macam jemuuuuu sangat dengan menu saya dan saya mula makan merapu sikit, dan hasilnya berat naik. Kemudian turun semula macma biasa. Lepas tu entah kenapa saya tak ingat, ada terlebih carb lagi dan naik lagi. Kemudian turun balik. Dan last sekali saya cuti diet 2 hari masa Aidul Adha baru ni. Kali ni makan nasi tau. hehehe. Kemudian diet balik macam biasa sampaila hari ni.










3 November 2012

Jumlah penurunan sehingga hari ini adalah 7.3kg. Ada lagi 3 kg untuk dinyahkan.
Tarikh: 2-3 November 2012
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa: 7.30 pagi - 11.00 malam
Lokasi:


Tujuan karnival ini dilaksanakan adalah untuk membina susur gajah/laluan pejalan kaki dari pondok jaga/pintu pagar ke kantin sekolah. Ia perlu untuk kegunaan para pelajar berlindung daripada hujan dan panas.

Sama-sama menyumbang dengan belian kupon tersebut demi mencapai hasrat PIBG dan sekolah untuk membina laluan berbumbung tersebut.

Sekalung penghargaan kepada penjaga yang sama-sama menyumbang program tersebut demi untuk anak-anak kita bersama.

Jom kita meriahkan sambil menyumbang dana untuk kemaslahatan dan kebajikan anak-anak yang menuntut ilmu. Ada Ust Zamri, ada Hijjaz, insyaAllah berbaloi. Game untuk anak-anak kecil pun ada.

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2012/11/karnival-oh-karnival.html
Okie, sejak menonton Gaksital saya sudah jadi peminat Joo Won. Sebelum ni actor & actress Korea yang saya minat terhad kepada Dennis Oh, Nam Sang Mi, Lee Jun Ki, Kim Tae Hee je. Ni dah tambah sorang lagi, Joo Won. 

Dengar-dengarnya Joo Won akan membintangi satu lagi drama yang bakal ditayangkan pada Januari 2013 dan IRIS 2 pula bakal menyusul tak lama selepas tu. Sinopsis cerita saya taknak kisahkan di sini sebab  biasanya saya review cerita lepas dah tengok. Khabarnya Joo Won dah confirm akan berlakon dalam drama berjudul The Secret Lover tu, yang juga diangkat daripada filem 7th Level Civil Servant. Drama ni walaupun mengisahkan cerita spy dan NIS, tapi termasuk dalam genre romantik komedi. Agaknya ala-ala drama The Sweet Spy la kot. Tak kisahla, janji ada action, saya sukaaa...IRIS pulak, asal drama action saya memang suka, kena pulak IRIS tahun 2009 dulu memang best. CUMA....yang kecohnya adalah pasal pemilihan lead actress bagi kedua-dua drama ni. Macam-macam bunyi saya dengar..cewah dengar ke pon? Baca je kot kat alam maya ni.

Joo Won dah ditawarkan untuk tampil sebagai lead actor dalam drama ni masa dia tengah sibuk dalam penggambaran drama  Gaksital lagi. Bila Joo Won dah confirm pun, lead actress belum tau lagi. Ada ura-ura Kim Tae Hee akan involve projek tu. Rata-rata peminat nakkan penampilan artis muda untuk bergandingan dengan Joo Won. Yelah sebab Joo Won pun muda sangat lagi. Kalau Kim Tae Hee tu jauh sangatlah beza umur, cuma cantik je la kan. Dalam masing-masing dok berteka-teki tu...penerbit pun announce la sape yang terpilih. Kesimpulannya ramai yang kecewa. Siap ada satu forum tu sampai bergaduh-gaduh forumers sebab tak setuju. Sape ye noona yang terpilih tu? Saya sebut noona sebab pelakon ni pun dah berumur, jauh beza dengan Joo Won. Yang terpilih tu adalah adalah aktres dalam Protect The Boss - Choi Kang Hee. 

Choi Kang Hee

Secara peribadinya saya pun setuju dengan pandangan peminat, biarlah heroinnya muda dan fresh, atau at least nampak muda walaupun jarak 2-3 tahun. Janganla nampak sangat jarak umur macam 10 tahun.  Banyak la nama yang peminat cadangkan tapi saya pun bukan kenal sangat nama pelakon-pelakon Korea ni tambah-tambah umur diorang. Yang femes-femes sangat tu saya tau la.

IRIS 2 pun satu hal, yang ni lagi la saya tak setuju. Hero terpilih Jang Hyuk, orang tak pertikaikan sangat sebab dia memang bagus dalam action. Tapi heroinnya Lee Da Hae...ala sape yang tak kenal Lee Da Hae, tu heroin My Girl tu la. Saya ada juga tengok dia berlakon cerita lain, pada saya lakonan dia so-so aje la, stereotype. Kena pulak dengan ekspresi muka dia tu...alahai macam mana la nak bawak watak secret agent? Nak lawan-lawan? Tak dapat dibayangkan. Sebenarnya sejak IRIS dulu lagi, saya lebih suka second heroin dalam cerita tu yang pegang watak Kim Sun Hwa agent North Korea tu. Rasa macam kalau kisah percintaan Sun Hwa dengan hero tu lagi menarik. Dengan Kim Tae Hee tu biasa-biasa je. Dari segi aksi pun, Kim Seo Yeon (Kim Sun Hwa) lebih mantap. Athenna yang menyusul kononnya sambungan IRIS, pun ada Kim Seo Yeon sebagai watak cameo. Ceritanya buat orang tertanya-tanya. Jadi ramailah peminat IRIS dan Athenna yang bagi pandangan Kim Seo Yeon lebih layak diangkat sebagai watak utama. Saya setuju. Tapi, katanya Kim Seo Yeon terikat dengan jadual yang padat, jadi watak cameo je la yang lebih sesuai. Alangkah malangnya. Siapa Kim Seo Yeon? Dia lead actress dalam Prosecutor Princess, saya pun tak tengok tapi dengarnya best cerita tu. Bila saya tengok dia berlakon, terasa-rasa macam Nisdawati pun ye jugak. Ada iras kot.

Kim Seo Yeon

Paling tidak pun, kalau tukar heroin antara dua drama ni lagi ok kot. Lee Da Hae berlakon dalam The Secret Lover, Kang Hee pulak masuk IRIS. Sebab Lee Da Hae tu kan macam budak-budak sikit perwatakannya. Kang Hee pun bagus masa berlakon dalam Protect The Boss. Rupa-rupanya pendapat saya tu, sama la pulak dengan pendapat satu journal hiburan Korea...jom baca:

Sumber: ockoala

The collective shrieking from poor put upon Joo Won fangirls leaves me both amused and sympathetic to their plight. Upon hearing that their beloved Joo Won might be paired up with a much older actress in Choi Kang Hee for the upcoming drama The Secret Lovers, the amount of anger and weeping might lead one to suppose everyone found out they were all Joo Won’s secret half sister hence it must remain a love that could never be consummated. Hee, I kid, I kid. I’ve been there myself when a favorite actor gets paired up with a not-so-ideal co-star. My suggestion is to let it go and not watch if it bothers you that much, rather than watching and then sounding like a harpy with the unending criticism on said innocent not-so-ideal co-star. Look at me and Faith - can’t stand Kim Hee Sun‘s limited acting, think she looks like Lee Min Ho‘s aunt, hence I watched a few episodes said my piece and then checked out to let other enjoy the ride without me raining on their parade. From all the news reports released, this one looks like a done deal in everything but signing the contract. Her agency said she is seriously considering the project and is looking into her schedule, but production sources have confirmed that she’s agreed to do it and is just making sure the final details all work out. Apparently 2PM‘s Changsung is also in talks to join the drama. Y’all know Joo Won is one of the few K-actors I actually don’t like hence I stay away from his dramas, but I enjoyed the original 7th Level Civil Servant with Kang Ji Hwan and Kim Ha Neul, plus this drama will be written by the scriptwriter who did both Chuno and Fujitive: Plan B. Both dramas are flawed but quite addicting and hard hitting on the action. I’m not as keen on the PD, who directed Dong Yi in a truly pedestrian and boring way, but if Choi Kang Hee joins then I’m definitely game just to check out how she manages to pull off sexy spy and convince me she’s the same age as Joo Won’s character in the drama. She’s a chameleon, but this might be her greatest challenge yet.


I agree that Choi Kang Hee objectively looks older than Joo Won. Like, much older, because he looks young even for his age. But, unlike my gripe with Kim Hee Sun looking older than Lee Min Ho in Faith, I find Choi Kang Hee a solid quirky actress whereas IMO Kim Hee Sun couldn’t act her way out of a potato sack. In that regard, same age difference concerns, but who knows if Choi Kang Hee can pull it off acting-wise to sell the chemistry and age. I thought she had great chemistry with Jaejoong in Protect the Boss. In this case, I personally doubt it’ll work, since it’s a pretty big visual hurdle to cross that she and Joo Won are supposed to be the same age in the drama. I guess that makes the drama all the more interesting to anticipate. Though I wonder exactly what weed the producers were smoking when they selected this pairing. K-dramas, always good for a laugh.
The Secret Lovers ought to finalize its casting in the next few weeks so it can start filming soon as it premieres January on MBC. On a purely what-if note, I wished the two dramas IRIS 2 and The Secret Lovers can switch the leads up. I loved Jang Hyuk with Lee Da Hae in their last two dramas together, but a third outing seems a bit much even for a fangirl like me. Whereas I thought Choi Kang Hee’s cameo on Thank You was amazing and she had more chemistry with Hyukie in one episode than he had with Gong Hyo Jin in the remainder of the drama. Hence it would please me personally to have Choi Kang Hee in IRIS 2 with Jang Hyuk while Da Hae is much more age-appropriate for Joo Won in The Secret Lovers. Just my 2 cents, but sadly it’s never going to happen. I suggest Joo Won fans start getting used to the idea of Choi Kang Hee romancing their cutie pie, because all signs point to it happening.

Couple The Secret Lover

Couple IRIS 2