Perhatian,

Buat semua pelanggan-pelanggan kami, admin akan bercuti di kampung halaman bermula 15-21 Nov 2013. Sehubungan itu, sebarang pertanyaan harap dapat hubungi admin melalui SMS (012 3302067) berikutan akses internet yang mungkin lemah di kampung. 

Tempahan Shaklee dan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki tetap diterima, namun penghantaran Buku MMR akan dilakukan pada minggu hadapan.

Segala kesulitan amat dikesali.



ADMIN MAIA

Ibu mana yang tidak bimbang apabila anak-anak mereka sakit, apatah lagi anak kecil. Bayi berusia setahun kebawah memang mudah terkena jangkitan kerana sistem imuniti mereka masih belum cukup ampuh dan sedang berkembang. Saya sendiri pernah mengalaminya waktu Sofiy kecil dulu. Kecemasan Hospital Serdang tu dah biasa kami terjah malam-malam sebab demam ni akan naik tinggi pada waktu malam. Macam-macamlah pandangan orang tua-tua, demam nak pandai, demam nak tumbuh gigi, demam nak dapat kaki dan lain-lain. Apa yang pasti, dalam tempoh tu juga tahap kesihatan saya sendiri merudum teruk. Sudahlah anak mudah sakit, maknya pun mudah berjangkit dengan anak. Mungkin faktor kekurangan nutrisi, letih dengan rutin baru sebagai ibu, tidak cukup tidur malam kerana menyusukan anak dan juga stres menyiapkan tesis MA.

Tiada pilihan, biasanya ibu akan beri PCM (paracetamol) untuk menurunkan suhu badan anak. Demam anak kecil tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menyebabkan sawan jika suhu terlalu tinggi. Bila demam berpanjangan dan berulang pula, doktor akan bekalkan antibiotik. Masa tu saya juga tiada pilihan, walaupun saya tahu antibiotik tidak bagus diambil selalu kerana boleh merendahkan imuniti badan. Tapi apakan daya, demam Sofiy bukan sekadar demam malah melarat kepada ulser tekak dan tonsil yang menyebabkan dia takmau makan dan minum. Sungguh susahnya hati masa tu. 

Setelah kenal Shaklee, saya ingin kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana bahawa masih ada ikhtiar pencegahan lain yang boleh kita ambil untuk mengelakkan masalah demam, selsema dan batuk berpanjangan di kalangan anak-anak ini. Kebanyakan para ibu tahu bahawa ubat batuk adalah tidak digalakkan langsung untuk bayi dan kanak-kanak, begitu juga ubat selesema. Apatah lagi untuk bayi di bawah umur satu tahun. Alternatifnya, ibu-ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil suplemen untuk menguatkan imuniti tubuh ibu seterusnya disalurkan kepada si anak. Subhanallah. Allah itu Maha Mengetahui. Itulah hikmahnya mengapa ibu-ibu disarankan menyusukan anak sendiri dengan susu ibu (jika berupaya) sehingga umur anak 2 tahun. Manfaatnya bukan sahaja untuk anak malah si ibu juga. 

Apakah Suplemen Yang Sesuai Diambil Oleh Ibu Yang Menyusu

Ini mungkin persoalan yang berlegar-legar di ruang fikiran ibu-ibu yang tidak biasa dengan suplemen dan vitamin. Untuk imuniti, dan jika anda memilih Shaklee...NUTRIFERON adalah pilihan terbaik dan cepat. Didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet, ia mudah dibawa kemana-mana dan mudah diambil. Boleh dibancuh atau dimakan begitu sahaja.

# Nutriferon merupakan formula berpaten eksklusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan imun harian kita

# Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon- Dr. Yasuhiko Kojima selepas lebih daripada 40 tahun penyelidikan

# Mengandungi MACH, satu campuran interferon yang merangsang ekstrak tumbuhan (500mg) yang telah dipatenkan. Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.

# Terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia

# Boleh didapati secara eksklusif hanya melalui Shaklee


Berdasarkan testimoni, kesan Nutriferon sememangnya sangat pantas. Ibu mengambil Nutriferon, menyusukan anak pada sebelah malam dan esoknya selesema anak dah kering (dengan izin Allah jua). Jika yang sakit itu kanak-kanak (toddlers) atau dewasa, mereka boleh terus mengambilnya dengan sukatan tertentu mengikut usia. Nutriferon ini bukan sahaja sebagai perisai penyakit seperti demam, selesema dan batuk malah jangkitan-jangkitan bakteria yang lain dan baik juga untuk resdung.

Selain Nutriferon, suplemen lain yang boleh diambil oleh ibu menyusu ialah :

Set Kesihatan Optimum
Vita-lea (multivitamin)
B-Complex 
Vita-C Plus

Set Menyusu (Menambah Pengeluaran Susu Badan)
Vita-lea
B-Complex
Vita-C Plus
Alfalfa
Ostematrix (kalsium magnesium)
ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Menjadi seorang isteri, ibu dan mengendalikan tanggungjawab yang lain bukanlah tugas yang mudah. Jagalah kemaslahatan diri anda demi orang yang tersayang.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

 Maklumat lanjut, hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Selamat menyambut tahun baru Hijrah buat semua pembaca blog ini. Semoga tahun baru ini mengecas semangat kita untuk melunaskan azam 2013 yang masih belum terlaksana. Mudah-mudahan. Saya? Nampaknya dah terskip azam (azam yang no 9 yang terlaksana dulu), tapi Allah itu Maha Mentadbir..DIA tahu apa yang terbaik buat saya dan keluarga.

Lama betul tak update panjang lebar kat sini, lepas D&C sebenarnya free je, sebab berpantang tanpa baby dan anak pun dah besar dah pergi tadika..tapi tak daya nak update blog juga sebab tak larat nak duduk lama-lama. Nanti saya ceritakan pengalaman berpantang keguguran saya, untuk sharing dan kenangan sendiri. Entri kali ni saya nak cerita tentang pengalaman keguguran dan D&C je dulu.

Selepas ke Hosp Serdang pada 23 Sept untuk check up dan doktor mengesahkan yang baby memang dah tak berkembang selepas umurnya 6 minggu dalam kandungan, saya buat appointment untuk prosedur ERPOC a.k.a D&C atau bahasa basahannya cuci rahim. Doktor ada tanya juga kalau saya nak tunggu gugur sendiri, tapi saya tak confident yang kandungan saya boleh keluar sendiri sebab masa tu pun dah nak 12 minggu tapi tak keluar-keluar juga padahal baby dah 'tiada' masa umur 6 minggu lagi. Saya pun dapat tarikh iaitu 3 Oct 2013. Lama tu nak tunggu, tapi untuk prosedur ringan macam tu saya taknak bazirkan duit ke hospital swasta. Saya pun student je, mana ada GL. Alhamdulillah Allah itu Tak Pernah Lupa sedangkan kita hambaNya sering saja lupa. Dah balik rumah, mengira-ngira hari berpantang, barulah saya ingat 21-25 Oct saya ada conference di Sabah, semua dah booked dan bayar, daripada yuran, flight dan hotel. Kiranya ngam ngam habis tempoh kritikal berpantang 2 minggu.



Dalam tempoh menunggu prosedur cuci tu, saya tetap juga menjaga pergerakan dan aktiviti saya. Bukanlah mengharapkan keajaiban, tapi lebih kepada menjaga kemaslahatan diri sendiri. Saya lebih banyak berkurung di rumah, sekali-sekala je keluar untuk urusan yang penting-penting. Saya buat persiapan serba sedikit untuk berpantang nanti sebab saya tak balik kampung dan emak juga tak datang jaga saya. Emak masuk korban, jadi biarlah emak di kampung. Masa bersalinkan Sofiy lagi saya boleh pantang sendiri, inikan pulak sekadar keguguran dan takda baby nak dijaga. Dalam tempoh tu, saya tak berani nak tunggang motor dan buat kerja berat, dan kalau keluar mesti berteman sebab saya tak mau terjadi apa-apa yang tak elok di tempat awam. Banyak kes yang saya baca, keguguran ni boleh berlaku kat mana-mana je tanpa warning pun. Ada juga kes yang tumpah darah sebab uri lekat. Itulah juga salah satu sebabnya kenapa saya tak berani nak tunggu kandungan keluar sendiri. 

Dalam tempoh tu saya rasa badan saya makin lemah, seluruh badan sakit-sakit terutama kaki. Dia tangkap kaki sampai ketar lutut. Saya langsung tak boleh buat kerja kuat, hatta waktu solat pun tangan saya sakit masa menekan sejadah masa sujud. Sakit sangat badan sampai rasa nak muntah. Macam nak demam tapi tak demam pun. Tapi perut langsung tak sakit. Masa tu tak sabar sangat nak sampai 3 Oct tu. Biarlah cepat-cepat kesakitan itu pergi. Membawa kandungan yang tak bernyawa tidaklah menyeronokkan. 

3 Oct 2013

Saya kena berpuasa bermula pukul 2 pagi. Kebetulan husband kerja shift malam dan dia balik rehat sekitar 2 pagi, saya pesan suruh dia kejut. Saya bangun sahur.hahaha. Takdela sahur beria makan nasi, tapi saya bangun minum, makan kurma dan minum ESP. Saya tak tau prosedur esok akan dilakukan pukul berapa, jadi biarla saya ada tenaga sikit. Pagi tu, saya terbangun lewat la pulak, akibat bangun sahur agaknya. Saya dah janji mintak kawan yang juga jiran saya hantarkan, sebab husband belum habis shift lagi pagi tu. Saya pulak yang lambat. Sampai di hospital sekitar 8.15 pagi , terus ke Unit Rawatan Harian. Perancangannya, saya tak akan tidur di hospital, lepas habis prosedur saya akan dibenarkan balik. Saya memang dah tanggalkan segala aksesori dan barang kemas sejak dari rumah, jadi lepas timbang berat dan pakai gelang hospital tu, saya pun duduklah kat katil. (takde gambar sebab saya sorang, segan pulak nak mintak orang sebelah ambilkan).

Ada kerusi jika anda bawa teman. Saya taknak suruh husband ambil cuti sebab tunggu orang pengsan mesti boring.

Saya ke tandas, salin baju dan rehat-rehat di katil. Doktor bius datang dan terangkan prosedur bius. Gynae pun datang bagi penerangan tentang prosedur ERPOC dan beritau akan masukkan ubat kat 'tut'. Saya tak terkejut sebab saya memang dah google sebelum tu. Saya tanya doc, sama ke rasanya dengan induce bersalin, doc kata tak sama, tak sakit macam bersalin tu. Mungkin fungsinya hanya untuk melembutkan pintu rahim agar mudah dibuka, itu telahan saya. Lepas je masuk ubat (yang prosedurnya tak sakit pun, masa induce bersalin dulupun saya tak rasa sakit), saya baring. Dok sekejap kat 'bawah' tu rasa gatal yang amat. Rasa merenyam macam nak garu-garu je tapi kat dalam saluran, boleh tahan aje la. Masa tu datang pulak seorang doktor pelatih perempuan, nak interview saya. Saya layankan aje la daripada memboring seorang diri kan. Yang bestnya, time sibuk-sibuk ni pun saya sempat melayan customer. Customer baru pulak, jadi saya tak mahulah tangguhkan conversation, tapi terpaksa dipendekkan juga perbualan sebab doktor houseman datang nak pasang drip di tangan. Customer saya pass kan pada suami, suami yang berurusan dengan dia sebab suami yang ada di rumah. Masa houseman nak pasang drip tu saya tengok jarumnya punyalah besar, panjang pulak tu. Saya pun tegur, "besornya jarum". Agaknya dia pun gelabah sebab saya tegur, dia dah tersalah step sampai saya rasa darah saya memancut-mancut macam air paip. Dia nak control. "tu la Puan tegur lagi". Saya gelak-gelak aje sebab tak sakit pun.




Ada cerita lucu, lepas masuk ubat induce tu patient tak dibenarkan bangun. Lebih kurang sejam, saya rasa nak terkucil. Mula-mula saya tahan sebab tau tak boleh bangun. Lama-lama rasa penuhnya pundi kencing, tak tertahan dah. Nak panggil nurse, katil hujung sekali nurse pun tak lalu. Nak jerit pun jauh. Nak lambai, tirai tak ditarik. Mujurlah ada seorang makcik ni pergi ke tingkap nak tengok suasana luar kot, saya mintak tolong dia panggilkan nurse. Nurse kata saya kena kencing kat situ. Saya dah agak, sebab saya dengar patient Cina kat katil sebelah pun suaminya kena ambil takung untuk isteri dia. Tak lama dengar pot, pot,pot..bunyi kentut yang panjang. Agaknya isteri dia nak buang air besar, tapi angin je yang keluar sebab puasa. Saya pun pasrah je la walaupun malu sangat-sangat kat nurse tu. Bukannya kita tak larat bangun,tapi kena kencing di katil. Adoi laaa. Saya takleh bayangkan..mau bersepah katil kot. Tapi nurse ni dah mahir dengan kerja diorang, dialah yang letakkan takung tu, dan elok je tak kena langsung kat kain pun. Masa dia nak ambil tu, saya siap mintak maaf lagi sebab rasa segan sangat. Saya risau bercampur darah sebab kebelakangan ni memang darah dah kerap keluar.

Saya ditolak untuk masuk ke OT sekitar pukul 10.10 minit pagi, saya nampak jam di dinding masa menunggu tu. Saya diiringi hampir 10 orang staf, saya taktau yang mana nurse yang mana doc. Saya cuma kenal doc bius tu je, sebab dia India dan masa dia brief saya tadi dia kata kami sebaya. Doc pelatih tadi pun kata dia akan masuk sama. Silakanlah...asalkan semua perempuan. Masa ditolak masuk dalam OT tu, semua pakaian ditanggalkan, tinggal selimut je. Sejuk pulak tu. Saya mengadu sejuk, staf tu kata sini memang sejuk sikit, nanti kami bagi selimut panas. Dia selimutkan saya dengan sejenis foam. Dalam OT tu siap ada radio berkumandang, staf semua ligat dan cekap pasang segala macam wayar di badan saya. Saya dah nampak besi tempat letak kaki tu..hahaha..boleh bayangkan macam mana gaya saya nanti. Saya gelak-gelak sampai staf tu pun tergelak sama. Tak lama doc bius inject sesuatu pada drip, dia kata ubat bius melalui drip dan satu lagi melalui topeng gas.Mulut dan hidung saya ditekup dengan topeng, tapi anginnya terkeluar sikit berdesus-desus kena mata saya. Saya rasa pedih la sebab angin dok masuk mata, saya pun tutup mata. Doc tak bagi tutup mata, dia kata nanti, nanti, jangan tidur dulu. Lepas tu baru dia betulkan topeng tu dan takde angin lagi. Saya pandang je la ke atas, nampak lampu besar yang dalam scene bedah-bedah  macam dalam TV tu. Doc tu siap suruh saya baca doa..saya baca dalam hati, dan zikir, belum habis baca dah LUP! tak ingat apa dah. 

Sedar-sedar je saya dengar suara diorang panggil nama saya dan suruh saya buka mata. "Maizura, dah siap. Bangun, bangun". Saya rasa saya ditolak ke wad tempat transit tadi. Dalam mamai-mamai tu saya nampak jam pukul 10.40. Maknanya prosedur dalam setengah jam. Saya rasa ngantuk yang amat tapi suara-suara diorang bersembang buat saya tak boleh lena. Saya macam tido tapi telinga mendengar. Kepala pun pening penangan ubat bius dan diorang duk suruh mengengsot alih katil tadi. Tak lama (taktau la kalau lama, saya rasa tak lama), nurse datang cakap nak bawak saya ke wad unit harian semula. Tukar katil lagi, masa tu pening saya dah makin kuat. Bertahan jugalah sampai ke wad. Sampai je kat tempat saya, saya rasa loya dah tak boleh control. Saya cakap kat nurse rasa nak muntah, dia bagi plastik kuning untuk muntah. Tak usah kata nak bangun, nak bukak mata pun tak daya. Buka je mata rasa memusing. Plastik tu saya mampu letak je bawah dagu. Mula-mula muntahnya pun air liur je, nak ludah pun tak larat. Haru. Saya bayangkan kalau bersalin la macam ni, dengan perut yang luka, macam mana la nak susukan anak dan layan anak. huhuhu. Kuatnya semangat ibu. Doc datang tengok keadaan saya, check bawah sikit dan katanya semua ok. Doc bagi saya MC 16 hari. Wah,lama juga tu. Cina sebelah buat D&C juga saya dengar dapat 1 hari je.

Makanan tengahari dihidangkan. Saya baring je la melayan muntah. Dah la katil hujung, ada tirai pulak, nurse pun tak nampak. Saya dok dengar je la bunyi ketang keting orang sebelah makan, dengan bau makanannya..maklumlah perut lapar. Heran, diorang tak pening ye? Cina perempuan depan saya ni lagi la 'kahaq' kata orang utara. Dia buat skop lepas saya, dia makan dengan seleranya, dan lepas tu siap-siap nak balik. Dia kata dia bawak motor sendiri. Nurse dok bising kat dia, sebab sebelum datang rupanya dia dah makan ubat tidur. Wah, ubat tidur + ubat bius pun dia masih gagah perkasa nak bawak motor balik rumah?

Sikit sikit saya cuba bergerak. Gerak je, muntah. Kat perut ada la rasa ngilu-ngilu sikit, tak la sakit sangat. Masih boleh kawal tapi dah muntah-muntah tu bertambah la sakitnya. Tak lama ada la nurse datang, nurse yang layan saya kencing tu juga.Memang dia incharge saya kot. Lawa orangnya, iras Sharifah Shahora. Dia tanya saya muntah lagi ke, nak makan ke tak. Mestilah nak. Dia tarikkan meja beroda tu dekat dengan saya, dan naikkan sikit katil saya bahagian kepala tu. Masa tu saya dah berjaya duduk lepas beberapa kali muntah. Dah duduk tupun muntah lagi. Nurse tu pesan, cuba minum air masak dulu sikit-sikit,..kalau dah ok baru makan. Seteguk air masak masuk, uwekkk..muntah kuning saya keluar. Percubaan pertama saya gagal! Saya pun raba-raba beg kat kerusi sebelah, nak pusing tak larat. Dapatlah capai bekal yang saya bawak dari rumah. Saya bawak keluar kurma yang saya simpan dalam plastik kecil. Saya cubalah makan kurma tu sikit-sikit. Alhamdulillah, habis sebiji kurma. Rasanya yang manis + tekstur yang kering agaknya buat saya tak muntah immediately. Tapi tu tak bermakna saya tak muntah langsung. Tak lama lepas tu...kurma pun keluar balik dengan jayanya. Habislaaa..lapar la aku. Bau plastik muntah tu aje dah buat saya nak muntah. Tapi takkan nak letak jauh-jauh karang tak sempat ambik pulak. Adoiyaiii...seksanya bukan kat tempat cuci, tapi hal lain pulak.


Nurse datang lagi, dia heran tengok makanan saya tak berusik. Dia tanya berapa kali dah saya muntah. Bila saya bagitau lebih daripada 6kali, dia terus datang balik dengan Maxolon..ubat tahan muntah. Lepas makan ubat tu...rehat dalam 1/2 jam kot barulah saya rasa lega sikit. Tengok makanan pun dah sejuk. Bubur nasi kosong, sup ayam halia, buah betik sayur. Buah betik dan sayur tu memang saya reject la walaupun teringin sangat betik tu. Risau bentan pulak. Gagah-gagah jugalah makan bubur dan sup ayam tu. Bau halia tu buat saya nak muntah juga..ada la 2-3 sudu, saya dah tak larat. Saya makan kurma lagi sebijik dan habiskan air masak. Barulah rasa bertenaga sikit. Syukur Ya Allah, Kau ingatkan aku untuk bawak bekalan kurma tu.



Wad dah kosong, patient lain dah balik, saya tak bangun-bangun lagi. Rasa nak terkucil, tapi darah rasa keluar banyak. Pad hospital tau je la..bukannya ada ikat atau lekat. Saya panggil nurse bagitau nak ke toilet tapi rasa banyak darah, nurse kata tukar je la pakai pad sendiri dan salin baju. Hmmm..dah hospital kerajaan..sabar je la kan. Saya bangun dan tengok memang bertompok-tompok katil saya penuh darah. Cina sebelah tadi saya dengar doc tanya, dia kata darah sikit je. Saya gagahkan bangun salin baju dan berjalan ke tandas sambil pegang dinding. Rasa melayang semacam je. Tandas pulak punyalah jauh. Saya cukup risau pitam dalam tandas, sebab masa lepas bersalin Sofiy dulu saya pernah rasa gelap mata sekejap masa ke tandas kali pertama lepas bersalin tu. Sebab darah keluar terlalu banyak, mujur tak pitam terus masa tu dan saya berpegang kuat pada pemegang kat dinding. Alhamdulillah darah tak banyak sangat kali ni, warnanya pun pink je.

Saya dah call husband suh datang ambik. Nak discaj kena ada waris atau teman (kecuali Cina kahaq tadi, dia tanggung risiko sendiri). Sambil tu saya duduk dan makan biskut dan minum milo kotak yang saya bawak. Lepas ambil Maxolon ubat tahan muntah di farmasi, buat pembayaran (kena RM18 sahaja) suami tolak saya dengan kerusi roda dan kami pun balik. Sofiy kawan dah ambik dari tadika. Balik tu...bermulalah fasa berpantang tanpa baby. Sangatlah janggal rasanya. Alhamdulillah, prosedur berjalan lancar. Mudah-mudahan inilah kali pertama dan terakhir saya lalui prosedur ERPOC akibat keguguran ni. Kalau boleh takmau dah la bius-bius ni. Badan saya tak tahan rupanya, sedangkan orang lain steady je.

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Alhamdulillah semakin ramai yang mencari buku ini dan semoga hasrat penulis buku ini iaitu Ust Fathuri agar setiap mata yang pernah memandang Al-Qur'an direzekikan membaca buku ini.

Apa yang disajikan dalam buku ini secara ringkasnya adalah seprti dalam gambar di atas. Kini buku MMR bukan sahaja ada versi penuh bahkan untuk meluaskan peluang semua orang membacanya, didatangkan juga Buku Mini MMR. Anda boleh mendapatkannya daripada kami.



Harga

Buku MMR versi penuh: RM18.00 / RM20.00 (SS)
Buku Mini MMR          : RM2.00/ RM3.00 (SS)

(Harga belum termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran mengikut berat jumlah buku yang dipesan)

Tempahan

Tempahan boleh dibuat semudah 1,2,3

1- Hubungi kami di 012 3302067 (SMS/ WA) dan nyatakan tempahan anda.
2- Kami akan nyatakan jumlah, anda buat pembayaran ke akaun kami.
3- Selepas membuat pembayaran, SMS nama, alamat dan no telefon dan kami akan poskan tempahan anda.


PILIHAN KAEDAH PENGHANTARAN

Citylink (1-3 hari bekerja)
Bungkusan Domestik Pos Malaysia (satu minggu)
Poslaju Malaysia (1-3 hari bekerja)
(Kos pos ditanggung oleh pembeli -- harga berdasarkan berat)

COLLECT / PICK UP

Bagi pelanggan yang berada berdekatan dengan kami, kami mengesyorkan anda datang collect tempahan di kediaman kami bertempat di Bandar Seri Putra Bangi, 43000, Kajang, Selangor. - berdekatan KUIS, UKM, Bandar Baru Bangi, Nilai 3
(Perkhidmatan Cash On Delivery dibuat beserta caj penghantaran- terhad ke kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya sahaja)

Semoga bermanfaat.