Ingin dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki?
Edisi Penuh RM18
Edisi Mini RM2 
(harga semenanjung)


Pertanyaan / Order:

SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Sebenarnya masalah anak tak mahu makan ni macam dah jadi masalah dari generasi ke generasi, malah mungkin semakin meruncing pada zaman sekarang sebab anak-anak tidak lagi dibesarkan sepenuhnya di rumah bersama ibu bapa, sebaliknya lebih banyak masa mereka bersama pengasuh, bibik, taska, tadika dan sekolah. Ibu yang bekerja ppula mungkin tak sempat nak sediakan makanan dengan air tangan ibu pada setiap waktu makan setiap hari. Malah ada yang langsung tidak memasak untuk keluarga. Apa juga sebab dan alasannya, itulah realiti hari ini.



Namun setiap ibu bapa tetap risau jika berat badan anak tidak memberangsangkan, anak tidak suka makan apatah lagi makan makanan berkhasiat. Buktinya, iklan-iklan susu di kaca televisyen menunjukkan secara jelas masalah ibu-ibu sekarang.

Saya pun hadapi masalah yang sama, berat Sofiy tak sepadan dengan usia. Tapi alhamdulillah dia sangat aktif, sihat dan jarang kena demam, batuk dan selesema sekarang ni. Kalau kena pun tak teruk macam dulu-dulu sampai kena antibiotik dan ke hospital malam-malam buta sebab panas terlalu tinggi atau muntah-muntah. Alhamdulillah, syukur sangat...sejak ambil suplemen Shaklee tahap kesihatan Sofiy sangat baik. Apa yang Sofiy ambil? Sofiy ambil Meal Shakes dan Omega Guard. Dan dia sangat-sangat suka!

Berbalik kepada Meal Shakes, apa yang Meal Shakes boleh bantu kanak-kanak picky eater? Berdasarkan pengalaman dan juga testimoni customer, Meal Shakes bukan sahaja menyediakan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak iaitu vitamin dan mineral yang lengkap, seumpama multivitamin tetapi dalam bentuk susu, bahkan kanak-kanak yang ambil Meal Shakes lazimnya akan mula berselera untuk makan makanan lain yang dihidangkan. Mereka dah kurang memilih, malah mula meminta makan. Baguskan?

Saya dah beri Sofiy satu canister Meal Shakes, alhamdulillah rasa french vanillanya yang sedap mudah diterima, sangat membantu masalah sembelit, sarapan yang mudah dan ringkas tetapi berkhasiat jika rushing pagi-pagi. Tapi biasanya saya memang akan bagi susu+Meal Shakes dan sarapan lain contohnya roti bakar, bun, bijirin ataupun kadang-kadang nasi. 


Meal Shakes juga bagus dan sangat membantu untuk anak-anak yang menghadapi masalah:

# Ekzema (sebaiknya digabungkan dengan Herbal Blend)
# Alahan
# Sembelit
# Mudah demam batuk dan selesema
# Masalah Berat Badan
# Asthma (Meal Shakes digabungkan dengan Omega Guard)
# Masalah untuk fokus dalam pelajaran (Meal Shakes digabungkan dengan Omega Guard)



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Untuk orang Pantai Timur, Shaklee sedang mengadakan road tour dalam menyampaikan sesi ceramah tentang Nutrisi Pranatal dan Posnatal. Minggu ini di Pantai Timur. Terbuka kepada semua yang berminat, ahli dan juga bukan ahli. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu daripada pakar nutrisi kami.

Jika anda berminat membuat pembelian tetapi anda bukan ahli, anda boleh saja gunakan ID Shaklee saya, 918631 di semua cawangan sah Shaklee seluruh Malaysia iaitu seperti dalam senarai INI.



Saya tak sempat nak upload di sini...saya hanya bagi link di bawah. Klik ye.



Sebenarnya, ini adalah isu yang selalu menjadi dilema bagi setiap wanita yang ingin memulakan perancangan keluarga..spesifiknya mula mengambil sebarang perancang hormon. Boleh dikatakan sedikit sebanyak akan terkesan juga di fikiran kita bahawa perancang jenis hormon boleh mengakibatkan kemandulan kekal atau infertiliti secara berterusan. Namun demikian, kajian saintifik dan klinikal membuktikan bahawa perancang jenis hormon tidak mengakibatkan ketidaksuburan kekal terhadap wanita yang mengamalkannya. Wanita akan kembali subur setelah perancang dihentikan, hanya berbeza mengikut individu sama ada serta-merta atau secara beransur-ansur. Apa yang dinamakan sebagai Amenorea Post-pil iaitu yang merujuk kepada wanita yang tidak didatangi haid selepas berhenti pil perancang keluarga tidak pernah dilaporkan berpunca daripada pengambilan pil perancang.Fungsi pil perancang atau pencegah kehamilan adalah untuk menghalang rembesan FSH (hormon perangsang folikel) dan LH (hormon peluteinan) daripada kelenjar pituitari. Apabila rembesan ini terhalang, folikel di dalam ovari menjadi tidak matang dan ovum tidak dapat dilepaskan. Proses inilah yang menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku. 

(Sumber: Nik Hazlina Nik & Shaiful Bahari. 2010. 100 Persoalan Mengenai Infertiliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Saya merupakan salah seorang pengguna tegar perancang kehamilan jenis hormon, daripada masa belajar dulu sampai la April yang lepas. Saya mengambil perancang jenis pil, dua hormon sewaktu belum mengandung dulu (3 tahun), pernah ambil dua kali suntikan D-Provera (3 bulan sekali) selepas habis pantang anak pertama, pil satu hormon sewaktu tempoh penyusuan dan kembali pil dua hormon sehinggalah anak 4 tahun. Lama kan?

Di sini saya tak berhasrat membincangkan tentang pro dan kontra perancangan keluarga, jenis perancangan keluarga sama ada semulajadi, alat atau hormon dan jenis-jenisnya. Saya sarankan anda yang berkira-kira atau merancang untuk menggunakan kaedah ini membuat kajian, dan membuat pembacaam daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan juga dapatkan konsultasi doktor. Ini pilihan masing-masing, ada yang suka cara alami, ada yang suka cara tradisional, ada yang suka guna alat (misalnya kondom atau IUCD), dan ada yang macam saya memilih kaedah hormon; (suntikan, pil atau implanon). Secara asasnya Islam tidak menegah perancangan keluarga, bergantung kepada niat mengapa kita mengambil pendekatan itu dan selagi kita tidak melakukan pengguguran, maknanya dah mengandung baru kita buang.

Ok, berbalik kepada tajuk...apa yang saya nak fokuskan ialah INGIN HAMIL SEMULA SETELAH AMBIL PERANCANG JENIS HORMON. Saya menulis bukan atas tiket pengamal perubatan, cuma bercerita melalui pengalaman, sedikit info berkaitan nutrisi dan pembacaan. Apakah langkah-langkah dan persediaan yang boleh anda lakukan.

1- BERHANTI MENGAMBIL PERANCANG

Of course la kan? Itu pun nak bgtau ka..haha. Relax..Maksud saya ialah, buat perancangan bilakah anda ingin berhenti mengambil perancang keluarga. Mengapa anda ingin berhenti dan bila anda jangka ingin hamil semula. Mengapa hal ini penting? Supaya anda boleh merancang gaya hidup dan pemakanan serta mengawal emosi anda. Satu perkara yang perlu diingat, berhenti mencegah kehamilan tak bermakna anda akan terus hamil. Sedangkan pasangan yang tak merancang pun ada yang bertahun-tahun tak dapat cahayamata kan? Jadi, jangan mudah panik jika selepas berhenti merancang, anda masih belum hamil. Yang penting, haid anda tetap datang, tak kisahlah period stabil atau tidak. Bagi saya secara peribadi, itu memang situasi yang patut kita jangka. Mengapa? Kerana badan perlukan masa untuk menstabilkan hormon dan juga itu lebih baik supaya apabila disahkan hamil nanti, kesihatan kita dalam keadaan tip top. Malah saya suka juga cadangkan jika anda boleh gapkan 3 cycle period sebelum TTC (trying to conceive) selepas berhenti merancang. Bagaimana? Itu terpulang, gunakan cara semulajadi atau alat, mungkin.

2- STABILKAN HORMON DALAM BADAN

Hormon dalam badan kita dikawal oleh sistem endokrin. Ia memberi impak yang besar kepada fizikal, mental dan emosi kita. Seperti yang kita tahu, namanya pun perancang kehamilan jenis hormon, maka hormon dalam badan kita tentunya akan mengalami sedikit kecelaruan apabila pil atau suntikan dihentikan. Kecelaruan ini sebenarnya adalah bersifat lazim kerana badan nak adjust semula kepada hormon yang seimbang dan normal. Apa yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses penyeimbangan itu? Inilah yang saya maksudkan di atas, iaitu beri masa kepada tubuh untuk kembali normal sebelum merancang untuk hamil.

a- B- Complex

B-Complex merupakan gabungan vitamin B yang sangat penting untuk keseimbangan dan fungsi  keseluruhan hormon dalam badan. Sebenarnya, sepanjang mengambil perancang hormon juga kita kena ambil B-Complex secara berterusan ( Dr. Kumar Pati. 2007. Vitamins and Herbal Digest). Sekurang-kurangnya anda perlu ambil vitamin B (dengan asid folik) 3 bulan sebelum berhenti pil perancang supaya badan anda dapat cukup nutrien menuju fasa kehamilan.

B-Complex Shaklee misalnya, mengandungi gabungan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik yang sangat penting untuk membina saraf tunjang bayi. Katakanlah sebaik saja berhenti pil perancang, anda terus hamil jadi badan anda sudah punya nutrien yang cukup untuk kehamilan itu. Kekurangan asid folik boleh menyumbang kepada tumbesaran bayi yang cacat.



b- Gamma Linolenik Asid

Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon terutama bagi wanita. Mereka yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, mood swing , cramp dan breast tenderness juga sangat digalakkan mengambil GLA. GLA juga membantu menyihatkan kulit, kuku dan rambut apabila hormon prostaglandin diseimbangkan.

GLA Shaklee diperbuat daripada minyak borage, iaitu sumber GLA yang paling pekat, dilengkapi dengan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin e yang bertindak membantu penyerapannya. Sumber lain GLA ialah EPO dan Blackcurrant oil.


c- Soy Protein Isolate Powder (ESP)
 Soya (non gmo) mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalang hormone-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. Hormon estrogen juga berfungsi memberi rangsangan kepada dinding rahim untuk menjadi lebih tebal sebagai persediaan menghadapi proses kehamilan, memberikan kesan kepada hipotalamus dan kelenjar pituitari yang terletak di otak. Hormon estrogen ini amat diperlukan apabila folikel telah masak.



d- Teh Hijau

Satu penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Januari 2005, satu kajian oleh University of Southern California Keck School of Medicine menunjukkan risiko kanser payudara berkaitan hormon dapat dikurangkan untuk wanita pasca menopause dengan pengambilan teh hijau.

e- Asid Lemak Omega 3
Asid lemak omega 3 membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Antara sumber-sumber omega 3 ialah ikan laut dalam, telur yang diperkaya, makanan berasaskan soya, kacang walnut dan lain-lain. Mudahnya jika anda mengambil Omega Guard Shaklee yang ternyata bersumberkan ikan laut dalam yang ditapis daripada merkuri. Berita baiknya, bagi bulan Disember 2013 ini ialah promosi Omega Guard. Jangan lepaskan peluang harga runtuh akhir tahun ini.


3- KURANGKAN BERAT BADAN DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Ini juga merupakan antara faktor penting dalam merancang kehamilan. Saya percaya ia juga berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon apabila jumlah lemak dalam badan kita melebihi daripada yang diperlukan oleh tubuh. Sudah ramai kawan-kawan yang telah lama berhasrat menimang cahayamata tetapi gagal, namun apabila mereka serius menurunkan berat badan dengan cara yang betul, mereka berjaya hamil. Segalanya dengan izin Allah juga. 
Jadi, jaga pemakanan dan amalkan senaman merupakan langkah yang perlu dibuat untuk mempercepatkan proses kehamilan.

4- DOA

Saya tidak berhasrat meletakkan point di bawah, kerana sememangnya doa ialah kekuatan dan pegangan kita dalam memperolehi sesuatu dalam kehiudupan. Namun, saya ingin menekankan di sini bahawa segala usaha kita tidak bererti tanpa diiringi doa, kerana DIA lah yang menentukan segala-galanya untuk hambaNya. 

Amalkan zikir Asma ul Husna "Ya Mutakabbir" " Ya Wahhab" " Ya Musowwir" sebagai amalan harian, sebaiknya 1000kali sehari.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Ramai yang SMS atau WA dengan ayat "Ada stok buku Mudahnya Menjemput Rezeki?" Alhamdulillah, kami baru restock buku MMR versi mini dan juga buku MMR versi penuh. Kebetulan baru semalam ada seorang customer dah ambil 20 naskhah buku penuh dan 1000 naskhah buku mini. 


Buku Mini MMR ini sangat-sangat laris, mungkin atas faktor harganya yang sangat murah dan berbaloi nak dibandingkan dengan isinya yang penuh dengan ilmu dan manfaat. Begitu juga kualiti buku, kertas yang tebal, berkualiti dan berwarna. Sehubungan itu, saya sangat menghargai jika tempahan dibuat lebih awal jika tempahan melibatkan kuantiti yang banyak. Penghantaran boleh dibuat ke seluruh Malaysia melalui courier dan pos.

PILIHAN KAEDAH PENGHANTARAN

Citylink (1-3 hari bekerja)
Bungkusan Domestik Pos Malaysia (satu minggu)
Poslaju Malaysia (1-3 hari bekerja)
(Kos pos ditanggung oleh pembeli -- harga berdasarkan berat)

COLLECT / PICK UP

Bagi pelanggan yang berada berdekatan dengan kami, kami mengesyorkan anda datang collect tempahan di kediaman kami bertempat di Bandar Seri Putra Bangi, 43000, Kajang, Selangor. - berdekatan KUIS, UKM, Bandar Baru Bangi, Nilai 3
(Kami tidak menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery memandangkan berat buku mencapai 6kg untuk 100 buah buku mini sahaja)
                               

BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN?

Caranya mudah saja;

1- Hubungi kami melalui : SMS / WA 012 3302067
                                             EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
                                             FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

2- Nyatakan tempahan anda (versi penuh/mini, bilangan, kaedah penghantaran )

3- Kami akan memberikan nombor akaun untuk pembayaran, anda lakukan pembayaran, berikan maklumat penghantaran dan kami akan pos tempahan anda.

***In sha Allah, setiap pembelian akan menerima kalendar mini MMR 2014 (selagi stok masih ada). 



Haha..lama tak menulis tup tup update pasal drama kan? Tu tandanya suka sangatla tu dengan drama ni sampai nak review dalam blog. Ok, inilah kali pertama saya bercerita tentang drama Filipina. Dulu-lulu masa orang gila dengan Jerrico Rosales saya tak berapa ikut sangat, tengok pun lompat-lompat sebab ceritanya pun panjang sangat. Saya sebenarnya tak berapa minat tengok cerita Filipina ni sebab banyak sangat watak antagonis, sama la dengan drama Indonesia. Drama Melayu pun lebih kurang la jugak sekarang ni. Pada saya, watak antagonis tu ok kalau nak masukkan tapi janganlah sampai dominan, sampaikan watak antagonis tu dah kuasai keseluruhan cerita. Kita yang tengok pun sakit jiwa dibuatnya. 

Drama Be Careful With My Heart ni pada saya lain daripada tipikal drama Filipina (setakat episod yang saya tengok sekarang la).  Saya dah mula suka tengok drama ni dari episod pertama lagi. Mula-mula saya ingat macam drama-drama Filipina yang biasa, awal-awal macam best last-last musuh memusuh, bunuh membunuh jugak. Tapi saya layankan juga, alang-alang dah dok berehat masa dalam pantang hari tu, tu yang terjebak. Tapi episod demi episod karakter dia ok, plot pun menarik, yang saya jangka akan jadi watak antagonis pun tak sebenarnya. 

Paling saya suka drama ni ada mesej jelas yang dibawa. Memang diulang-ulang pun oleh si watak utama (heroin) dan lama-lama semua orang pun dok ulang slogan tu "KAPIT BHISIK!" yang bermakna 'bersatu teguh' Tiap-tiap kali saya tengok drama ni saya akan rasa aura positifnya, saya rasa ceria dan rasa sedih cerita tu dah nak habis untuk episod hari tu. Ikatan kekeluargaan yang ikhlas dan penuh kasih sayang jadi tema utama, di samping berfikiran positif setiap masa dan dengan sesiapa sahaja. Pendek kata, tak ada langsung unsur benci yang dipaparkan dalam cerita ni.

Ok, sinopsis secara ringkas setakat episod yang saya dah tengok ye:
 Maya (heroin) adalah dari keluarga yang susah dan dibesarkan tanpa kasih sayang bapa. Dalam keluarga dia ada nenek(lupa nama), mak (Teresita), kakak (Christina Rose a.k.a Kute - tomboi tapi ada anak sorang akibat terlanjur masa mabuk dengan kawan baik sendiri- tomboi kan kawan dengan lelaki), dan anak saudara lelaki (Cho- anak Kute). Satu hari, masa nak ganti atap yang bocor, Kute jatuh dan patah kaki menyebabkan dia tak boleh bekerja lalu Maya pun ambil keputusan berhijrah ke Dubai untuk cari kerja. Maya ni impian dia nak jadi pramugari. Tapi sampai di Manila, baru dia tau dia dah kena tipu dengan ejen tu. Tapi dia taknak balik kampung sebab dia taknak family dia susah hati. 

Dipendekkan cerita, dia dapat kerja sementara di lapangan terbang, dan kat sinilah perkenalan dia dengan keluar hero (Richard Lim). Dia telah selamatkan anak bongsu Richard (Abby) yang mengalami masalah kelu (tidak boleh bercakap akibat trauma masa kemalangan yang mengakibatkan kematian ibunya). Daripada situlah dia diambil jadi pengasuh Abby memandangkan Abby suka kat dia. Mula-mula dia sampai kat rumah agam Richard ni memang sukar sangat untuk dia, sebab rumah tu dah macam mati, seisi keluarga muram dan marah-marah. Richard sendiri memang jenis angin dan perengus. Banyak sangat peraturan dalam rumah tu yang Maya dah langgar sebab dia kan datang dari kampung, dari keluarga yang ceria dan bercakap kuat sebab nenek dia pekak. Masa ni memang banyak adegan kelakar. Banyak kali dia dipanggil masuk ke bilik 'pengetua', Richard si bos yang dia dok panggil "Sir Chief" tu la! Lama-lama, disebabkan sikap dia yang positif, ikhlas, tak mudah mengalah, dan ada degil jugak, dia semakin diterima baik dalam keluarga ni. Maya ni ada hati dengan Richard, sebab pada mulanya dia admire dengan sifat tanggungjawab Richard pada keluarganya, lama-lama dia jatuh suka dan jatuh cinta. Sampai setakat yang saya tengok ni, Richard dah macam nak buka hatinya untuk menyayangi orang lain selepas isterinya. Tapi belum ada bibit-bibit dengan Maya lagi la. Abby pun dah mula pulih sebab keluarga diorang dah kembali ceria. Si budak Abby nipun pandai berlakon walaupun tanpa suara, rasanya mungkin lagi susah sebab nak kena tunjuk dengan memek muka dan bahasa isyarat saja. Semua watak pun ok, bersahaja.


Atas dari kiri: Jeff (ayah Cho), Nenek Maya, Mak Maya, Joma (driver), Doris atau Sabel (pembantu rumah ni patutnya ada 2 orang), Luke (anak lelaki Richard)
Bawah dari kiri: Kute, Cho, Madam Fe (ketua pembantu rumah), Maya, Richard, Abby, dan Nikki (anak perempuan Richard)

Drama ni berpusat kat dua lokasi je la secara spesifiknya..di kampung Maya dan di rumah Richard. Hubungan dalam dua keluarga, satu susah dan satu senang dipaparkan. Sampai rasa macam nak semai je kasih sayang begitu antara anak-anak kita, kasih sayang yang everlasting dan jujur.

Serius, saya rekomen anda tengok cerita ni kat tonton pun boleh tengok. Saya harap sampai habis nanti pun takde la watak antagonis yang berat-berat. Saya tak sabar nak tengok macam mana Maya yang asalnya pengasuh diterima masuk sebagai ahli keluarga yang disayangi, menggantikan tempat isteri dan ibu yang asalnya membuat keluarga tu hilang semangat untuk hidup selepas kematiannya.


Drama ini dah ada season 2 di Filipina, mula tayang Januari 2014 yang lalu. Dan..episodnya sudah 300++, Maya sudah pun pragnant sekarang tau! Sweetnya...

Saya mahu jadi positif dan bersemangat macam Maya. Oh ye, antara mesej baik yang dapat saya keluarkan...disampaikan secara bersahaja dalam drama ni.

-Bersatu teguh
-Kasih sayang tanpa syarat- keluarga, persahabatan
-Membakar lilin untuk menerangi orang lain
-Anak-anak kecil perlukan suasana dan persekitaran positif 
-Ajar anak berterus-terang dan cakap dari hati ke hati
-Orang yang lupa asal-usul tidak boleh pergi jauh
-Api akan padam juga jika sering disimbah dengan air (orang pemarah akan sejuk juga hatinya jika sentiasa dilayan dengan lembut, mengalah tak bererti kalah)
-Time management, masa yang singkat tapi berkualiti
-Taraf dan darjat tidak membezakan manusia
-Jadi ibu bapa perlu kreatif


Y.E.S Shaklee tahun 2013 ni  milik Omega Guard !!!

Suplemen kesayangan ramai ini dipilih oleh Shaklee untuk menutup tirai promosi Buy 6 Free 1 tahun 2013. Saya suka, sebab Omega merupakan antara suplemen WAJIB ada di rumah ni. Omega Guard adalah vitamin kesayangan Sofiy :-)



MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.