Alhamdulillah, lagi sekali Allah beri rezekiNya. Walaupun kali ni tak TTC, hanya tidak menggunakan apa-apa method kontraseptif sebab nak bagi badan neutral, dan sebenarnya mengharapkan rezeki diberi selepas setengah tahun 2014 tetapi percaturan Allah itu tentu lebih baik. Kami bersyukur.
Kali ni pun sama macam pregnancy yang lepas, berlaku sedikit pendarahan pada waktu saya sepatutnya datang period jadi saya memang ingatkan period. Kena pulak darahnya walaupun tak banyak tapi merah segar. Cuma, dia datang sekali tu je yang jelas darah...kemudian tinggal macam stain gitu. Hari ketiga dah berhenti tapi saya memang tak sangkakan mengandung. Saya ingat period ni nak main-main sebab bulan lepas pun macam tu juga. Bila kita nak mandi wajib, dia datang balik. Tapi kali ni tak...saya dah solat 2 hari pun tak datang-datang, barulah saya rasa suspens.hehehe.
Saya search pasal implantation bleeding, dan kebanyakannya dah boleh nampak result selepas 2-3 hari pendarahan. Ada juga yang dapat detect sebelum implantation bleeding berlaku. Kebetulan pregnancy test kit ada lebih sebab saya beli yang dalamnya ada dua. Hari Rabu hari tu, terus check sebaik saja bangun pagi. Lepas celup urin, nampak satu line terang je. Dah ready nak buang dah..tetiba macam naik jalur. Eh? Nampak samar-samar je..antara nampak dengan tak. Lebih samar daripada gambar di atas tu. Tunggu kejap..barulah nampak macam gambar yang atas sekali tu. Walaupun samar, saya tau itu tanda positif..maknanya HCG tu ada, kalau takde dia takkan naik 2 line. Pas solat Subuh, tengok lagi sekali, dan..semakin jelas macam gambar yang kedua tu.
Bagi tau husband, dan husband memang dah syak rupanya. Adala kot tanda petanda yang buat dia syak. Terus siap-siap untuk pergi klinik ibu dan anak di Klinik Kesihatan BSP. Saya dah taknak tunggu-tunggu macam pregnancy yang lepas. Biarlah awal-awal menyerah diri ke klinik, lagipun saya memang ada rekod keguguran dan kali nipun ada pendarahan walaupun kemungkinan itu adalah implataition bleeding. Sebenarnya saya tau kalau scan pun bukan nampak lagi sebab kecik sangat lagi. Tapi biarlah booking dulu.
Proses booking macam biasa, blood test +ve, buat rutin pemeriksaan macam biasa. Disebabkan Hb saya cantik, dapat asid folik saja. Kalau ikut perkiraan period (saya memang catat), kandungan usia 5 minggu 5 hari..tapi ada kemungkinan lebih muda daripada usia tu. Next appointment 24 Mac 2014 baru nak scan.
Apa perasaan saya mengandung lagi selepas keguguran tempohari? Sebelum tu..haaa..nak cerita. Hari Selasa tu (sehari sebelum buat UPT) nyaris-nyaris saya masuk WHI TV3 sebagai tetamu jemputan untuk topik Janik Tak Lekat. Tapi saya tolak awal-awal sebab rasanya macam tak sesuai, saya baru sekali kegugurankan..jadi biarlah mereka tanya pengalaman orang yang dah keguguran lebih daripada sekali. Lagipun saya agak sibuk dan diorang jemput pun dah dekat sangat dengan tarikh.
Apa perasaan saya? Of course syukur, gembira, excited. Tapi...tak dinafikan masih ada lagi rasa macam fobia atau trauma. Satunya, sebab kali nipun ada pendarahan. Kedua, sebab jarak daripada keguguran tu agak dekat walaupun jarak tu dah kira jarak selamat. Ketiga, sebab keguguran hari tu saya rasa teruk sangat kesannya pada fizikal dan emosi saya. Keempat, saya kena habiskan study sem ini juga! Hahaha.
Saya hanya kongsi berita ini di sini dan dengan dua tiga orang sahabat rapat. Saya belum bersedia nak umumkan pada umum (macam retis pulak bila guna istilah umum tu), at least biarlah sampai kandungan stabil. Kehamilan yang dulu pun sebenarnya saya tak announce di fb, cuma kawan-kawan sepengajian, kawan-kawan sejiran tu tahu la. Kali ni, nantilah dulu. Kenapa di blog boleh pulak cerita? Sebab audiens blog dan audiens fb saya berbeza. Kawan-kawan fb saya jarang jenguk blog saya ni. Jadi, kalaulah ada kawan-kawan saya yang dapat tau berita ini, saya mohon diam-diam saja ye. Biar perut berbicara. hehehe.
Doakan kehamilan kali ini dapat dikategorikan sebagai uneventful pregnancy. Mudah-mudahan saya juga sihat walafiat, baby dalam kandungan sihat dan segala komitmen saya dapat saya laksanakan dengan baik.
25 April 2014
Hari ni dah minggu terakhir trimester 1. Kawan-kawan dan kenalan mana yang perasan akan tegur, agaknya dah nampak kot postur tubuh saya yang menegak ni.hehe. Satu lagi, mabuk (alahan) kali ni agak teruk, tu yang tak boleh nak cover depan kawan-kawan.
Oh ya, ramai juga yang bertanya dan tegur " Mai, cepatnya lekat? Memang jenis mudah lekat ye?"
Kenapa mereka tanya begini? Sebab mereka tahu saya memang on pill dalam jarak sesuatu kehamilan. Dah 3 kali saya stop je pil, sekejap je lekat. Sampaikan saya sendiri ada cakap pada suami "Agaknya kan bang, kalau la kita tak merancang, berderet dah anak kita." Apapun semuanya saya serahkan balik kepada Allah. Bab-bab ni semua DIA yang punya kuasa dan kehendak. Cuma, apa yang saya boleh kongsikan di sini ialah, apa yang saya ambil dan apa yang saya biasa amalkan.
1- Suplemen - Saya memang sentiasa on suplemen. Sejak dari dulu lagi, sebab saya ada masalah saraf. Suplemen yang saya tak pernah tinggal ialah B-Complex. Macam yang saya pernah tulis dalam entri-entri yang lepas. B-Complex sangat penting untuk mereka yang mengambil perancang keluarga jenis hormon.
- Untuk kehamilan kedua dan ketiga, saya memang amalkan GLA Complex Shaklee. Masa berhenti pil perancang, saya ambil GLA bukanlah sebab nak cepat-cepat mengandung tapi sebab saya nak betulkan dan stabilkan semula hormon dalam badan saya. Alhamdulillah, saya tak pernah miss period, sentiasa datang setiap bulan, cuma cycle dia lari sikit bila dah stop pil. Itu normal. Untuk kehamilan yang ketiga lepas keguguran hari tu, memang saya tak bercadang nak hamil semula, saya nak rehat, bagi badan sihat betul habiskan study, tapi hormon saya jadi kucar-kacir lepas gugur tu. Jerawat naik macam dibaja, stres melampau-lampau. Jadi saya terpaksa juga ambil GLA dan ESP. Tak larat ooo bila jerawat batu naik menjelang umur 30 ni. Alhamdulillah jerawat surut dan ada penambahbaikan pada kulit. Tapi belum sempat nak flawless...lekat semula dengan izin Allah, dan rezeki Allah.
GLA Complex mengandungi gamma linolenik asid yang membantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, dan terus laki ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
2- Hubungan Intim Suami Isteri
Mana-mana pasangan yang inginkan cahayamata mestilah kena jalani hubungan kelamin suami isteri, barulah ada peluang untuk si isteri mengandung. Itu semua orang dewasa tahu. Tapi, tahu sahaja tidak bermakna semua orang menjalani hubungan suami isteri yang normal. Saya tidak berniat mendedahkan kisah dalam kain keluarga kami, cuma daripada pengalaman dan perbualan dengan teman-teman, tidak mustahil berlakunya hubungan yang dingin antara suami isteri. Masalah inilah yang perlu diatasi segera jika ingin cepat hamil. Ada pasangan yang suka dengan cara memilih tarikh subur isteri, kaedah ini in sha Allah berkesan jika isteri mengalami kitaran menstruasi yang regular. Namun jika isteri menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur, ada baiknya hubungan suami isteri tidak dihadkan kepada waktu-waktu jangkaan subur isteri sahaja sebaliknya hubungan suami isteri diadakan secara seimbang dalam kiraan minggu. Ada masalah kedinginan dalam hubungan suami isteri? Boleh hubungi saya jika anda perlukan bantuan suplemen untuk masalah ini. Saya lebih suka jika saya dihubungi oleh si isteri.
3- Kesihatan Reproduktif Suami
Umum tahu, kegagalan mendapatkan zuriat tidak hanya berpunca daripada kelemahan atau ketidaksuburan isteri. Suami juga mungkin menjadi faktornya. Saya teringat baru-baru ini masa saya ke Hosp Serdang untuk menjalani ultrasound ulangan, saya mendapat konsultasi dalam bilik yang sama dengan sepasang suami isteri, yang agak saya menjalani rawatan kesuburan. Dah sebilik, walaupun doktor yang berlainan, sedikit sebanyak terdengar juga di telinga saya perbualan mereka. Doktor pasangan tersebut memberitahu bahawa ujian menunjukkan sperma si suami tadi 40% langsung tidak bergerak, dan 20% bergerak perlahan. Maknanya, hanya 40% sahaja sperma yang berpotensi untuk berenang mendapatkan ovum. 40% itu juga tidak semestinya sihat dan berjaya hingga menembusi ovum. Apakah puncanya? Kata doktor, puncanya ialah TABIAT MEROKOK si suami. Doktor memang kata itulah punca utamanya.
Jadi, buat para suami, belajarlah untuk berhenti merokok. Mula-mula boleh kurangkan, dan bertekadlah untuk berhenti. Syukur suami saya dulu seorang perokok tegar, sebenarnya masa anak sulung dan kandungan kedua pun suami masih merokok. Tapi suami saya sudah pun berhenti merokok secara total pada Oktober 2013. Alhamdulillah. Selain itu, untuk memelihara kesihatan reproduktif lelaki, antara suplemen yang dicadangkan ialah Zinc Complex dan Vita-E Complex Shaklee. Bukan suami sahaja boleh makan dua vitamin ini, isteri pun boleh makan sekali untuk meningkatkan kesuburan.
Selepas membuat pembelian, jangan lupa hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah untuk mendapatkan konsultasi percuma. Tidak mahu order online, anda masih boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Penghantaran melalui pos dibuat ke seluruh Malaysia.
MAIA (SID 918631)

GLA Complex: Harga Runcit RM 92.00

Zinc: Harga Runcit RM 34.00
Vita-E Complex: Harga Runcit RM 149.00
4- Senaman
Saya memang suka bersenam sebab saya rasa badan saya sihat dan cergas bila bersenam. Suami pun dah mula bersenam sejak berhenti merokok. Saya cadangkan anda usahakan aktiviti kecergasan sebagai rutin dalam kehidupan kerana manfaatnya yang banyak. Antaranya, seorang wanita dengan berat badan ideal lebih mudah untuk hamil berbanding wanita yang lebih berat badan atau obesiti.
** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent
any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.
Mahu Shopping Set Kesuburan Shaklee Secara Online?
Caranya, klik sahaja butang Esell di bawah ini. Anda akan dialihkan ke page Shaklee dan pilih produk yang anda inginkan dan lengkapkan butiran pembelian. Pembayaran diterima melalui kad kredit / kad debit. Pesanan anda akan dipos terus ke alamat anda.

Order Set Kesuburan DI SINI
Selepas membuat pembelian, jangan lupa hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah untuk mendapatkan konsultasi percuma. Tidak mahu order online, anda masih boleh hubungi saya terus untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Penghantaran melalui pos dibuat ke seluruh Malaysia.
MAIA (SID 918631)
SMS / WA:
012 3302067
EMEL:
minaina_ilaaina@yahoo.com
FB
FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee
yang sah dan menerima pembelian secara Cash
on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar
Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj
penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui
pos boleh dibuat ke seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.