Salam Ramadhan Hari Terakhir.

Alhamdulillah, kita diberikan nikmat menempuh sebulan Ramadhan tahun ini. Semoga peluang tersebut kita gunakan sebaiknya. Sekarang dah mood hari raya, malah dah ramai pun yang sampai ke kampung halaman. Kami je la yang belum lagi...tengok pada jalan yang jammed teruk, tak sanggup nak redah balik awal. Biarlah lambat sikit, kena pulak kondisi berbadan dua nikan. Plannya kami akan gerak selepas Asar jap lagi in sha Allah. Saya suka gerak lepas Asar sebab dah tak perlu nak fikir soal berhenti solat. Maghrib tu jama; je dengan Isya', sampai Taiping nanti la baru solat. Cuma kisahkan berbuka puasa je. Kalau ikut pengalaman sebelum ni, janganlah berharap nak berbuka di R&R, tak kena gaya nak masuk pun tak dapat, apatah lagi nak parking, lagi jauhlah harapan nak membeli makanan.

Saya dah bawak bekal siap-siap...bekal air je. hehe. Satu flask air panas untuk husband, Performance Drink untuk saya, dan air kotak untuk Sofiy. Satu tumbler air masak untuk kami semua. Kurma 2 biji in case tak dapat berhenti walaupun di lorong kecemasan, kita buka kurma aje dulu dan minum air. Makanan? Kami plan nak beli pizza je sebelum keluar dari kawasan rumah ni kejap lagi. Nak try Domino's yang baru bukak kat depan ni. Nampak pizza paling praktikal sebab tak berkuah, kenyang, mudah nak makan..cuma sejuk sikit tu biasala. Apa nak buat dah musafir. Saya suka juga kongsi cara Prof saya, dia la yang cerita. Masa anak-anak dia kecik-kecik dulu dan sampai sekarang pun praktikal lagi cara ni. Kalau nak makan nasi, dia akan bungkus nasi dalam daun pisang macam nasi lemak tu, boleh bungkus lebih mana tau ada yang nak tambah atau ada orang lain yang tak de makanan berbuka boleh sedekah sama. Lauk pulak, masak dan bubuh dalam mangkuk tingkat. Jadinya senang, tak payah beli pinggan kertas, tak payah bawak pinggang plastik, lepas makan boleh terus buang daun pisang. Nak best lagi hamparlah tikar dan berkelah. Memang best kan. Jangan lupa air masak dan air biasa untuk basuh tangan dan sebagainya. Jammed ni bukan boleh kira, tandas pun mungkin tak dapat masuk. Itulah serba sedikit tips perjalanan balik kampung di bulan Ramadhan. 

Ok, kita cerita sikit tips cergas sepanjang perjalanan. Macam yang saya pernah tulis dalam entri berkaitan Set Berpuasa Shaklee, Performance Drink merupakan minuman yang paling membantu jika ingin rasa cergas sentiasa. Ambil sewaktu sahur dan juga waktu berbuka. Nanti lepas berbuka kita akan rasa segar dan bertenaga dengan cepat, tak la rasa mengantuk atau lemau je. Sungguh, saya dah rasa perbezaannya sebab pernah cuba berbuka tanpa Performance. Lepas Maghrib tu mata pun dah kuyu. Kalau ambil Performance, paling koman pukul 10 baru la rasa ngantuk. Kadang-kadang sampai pukul 1 pun mata cerah lagi. Selain tu, Cinch Energy Tea juga minuman yang boleh boost energy kita dengan cepat. Ramai yang combine dua minuman ni dan rasa kelainannya. Sangat sesuai untuk para driver, tambah-tambah lagi kalau jammed dan perjalanan jauh dan lama.



Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca MAIA. Semoga anda semua mendapat keberkatan Ramadhan dan Aidilfitri.