Berpantang Dengan Bayi G6PD Deficiency dan Jaundis (Kuning)
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 45. Tapi bila entri ni publish nanti mesti dah masuk hari ke-46 sebab dah lebih 12 malam. Macam yang saya janji dalam entri berkenaan G6PD Deficiency, saya nak kongsi pengalaman bagaimana berpantang sekiranya kita dianugerahkan bayi kekurangan G6PD.
Berpantang kali ni, pantang bersalin anak ke-2. Kedua-dua anak saya merupakan mujahid, pejuang Islam, hero agama in sha Allah. Lelaki. Seperti mana sedia maklum, lelaki lebih mudah mengalami G6PD Deficiency. Jadi ini kali kedua saya berpantang dengan bayi kurang G6PD yang menyusu badan sepenuhnya.
Pertama sekali, ibu-ibu perlu tahu dan faham bahawa G6PD Def bukan penyakit, hanya satu bentuk kekurangam iaitu kekurangan enzim sel darah merah yang menyebabkan darah merah mereka mudah musnah / pecah. Kedua, ibu-ibu juga jangan risau kerana kita masih boleh menyusukan anak kita dengan susu ibu sepenuhnya. Ketiga, bayi kurang G6PD memang mudah kena kuning. Bayi normal lagi kena kuning, inikan pula G6PD Def, lelaki pulak. Kira macam pakej la. Jadi, usah panik. Namun harus hati-hati.
Saya sangat-sangat maklum dan faham akan dilema ibu yang anaknya kena kuning. Kalau yang kuning biasa pun, ibu-ibu sanggup tidak ikut rutin berpantang, sanggup biarkan set bersalin jadi bahan pameran, sanggup makan plain tanpa herba,..inikan pula ibu-ibu bayi G6PD Def. Ini melibatkan nyawa anak tau, ibu mana mahu mempertaruhkan nyawa anak dengan kesihatan diri sendiri. Saya pun sama, tak terkecuali. Untungnya saya sedikit ialah, saya memang tak beli set bersalin yang jenis jamu dan herba ni. Jadi tidak ada kerugian di situ. So, macam mana nak berpantang kalau dah tak boleh ikut cara orang berpantang?
Cara Berpantang Jika Anak G6PD Def dan Jaundis.
1- Seminggu di hospital
Ini tak boleh tidak. Anak mesti tinggal di hospital minimum 5 hari. Ibu? Pilihan masing-masing. Ada yang nak tinggal bersama anak, ada yang nak berulang. Anak pertama, saya berulang sebab saya demam masa tu dan NICU Hosp Serdang pun takde katil kosong untuk ibu. Anak kedua ni, saya stay bersama baby. Nasihat saya, kalau boleh tinggallah bersama baby sebab baby perlukan susu ibu untuk turunkan kuningnya dengan lebih cepat. Bagaimana dengan berpantang? Bawa keperluan berpantang ke hospital, biar nampak macam nak berkampung pun tak apa sebab 5 hari tu memang lama pun. Kalau perlu bawalah tungku elektrik.
2- Set Bersalin
Inilah yang jadi dilema ibu-ibu. Doktor akan nasihatkan ibu untuk tidak mengambil sebarang jamu jika anak kurang G6PD. Lalu apa yang boleh diambil untuk kesihatan ibu? Saya memilih untuk menggantikan jamu dan herba dengan suplemen berbentuk vitamin. Set Bersalin Premium Shaklee tidak memberi kesan kepada bayi G6PD def mahupun bayi jaundis. Apakah yang terkandung dalam set ini?
* B-Complex - memberikan tenaga, melegakan sakit dan sengal badan, mengawal stres
* Vita-lea (multivitamin) - menambah darah, membekalkan zat, vitamin dan mineral secara menyeluruh
* SR Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk, mencantikkan kulit
* Zinc Complex - menyembuhkan luka luaran dan dalaman
* OsteMatrix - mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan
* ESP Soy Protein - membantu sebagai penggalak susu, memekatkan susu, mengawal selera makan, membekalkan protein untuk membina tisu-tisu tubuh yang baru, memelihara otot, mencantikkan kulit
Add on:
* Alfalfa Complex- milkbooster dan memulih organ dalaman wanita
* Omega Guard - pemecah lemak, memanaskan badan, sumber DHA dan EPA, melegakan bengkak buasir
* Lecithin - memecahkan lemak dan membantu mengurangkan berat badan
* Peppermint Ginger Plus - membuang angin dalam badan
* Performance Drink - minuman bagi mengelak ternyahidrat, memberi tenaga segera
Ok, macam banyakkan? Tapi saya memang perlukannya. Setiap suplemen ada fungsinya masing-masing. Saya ambil semua yang di atas kecuali Lecithin saya belum ambil lagi. Semua yang asas saya ambil sejak di hospital. Alfalfa dan Peppermint saya ambil lewat sedikit, selepas hari ke-30. Walaupun sepatutnya tidak ada kesan buruk, namun disebabkan ianya herba maka lebih baik berhati-hati. Performance Drink saya minum sejak di hospital lagi sebab menyusukan anak buat tubuh kita kehilangan air dengan cepat. Ditambah dengan rutin sebagai ibu baru dan badan yang masih lemah, saya memang perlukan minuman tenaga, Nak minum air akar kayu kan tak boleh? Omega saya jadikan pemanas badan untuk menggantikan herba-herba yang kita tak boleh makan.
3- Makanan dalam Pantang
Yang ini memang sadis sikitlah, tapi apa boleh buat. Saya tak ambil langsung herba sampailah hari ke-16. Tak makan lada hitam, halia, kunyit memang buat kita rasa macam tak berpantang. Macam saya, alhamdulillah Set Bersalin Shaklee mampu memberikan saya tenaga dan kecergasan yang baik. Ada yang kata saya nampak sihat macam dah habis pantang. Tapiii...bab angin dalam badan, memang surrender la..Bila saya mula makan herba-herba ni? Selepas hari ke-16 secara sikit-sikit. Contohnya saya makan halia tapi saya tak makan lada hitam. Kalau makan lada hitam saya tak ambil halia. Kemudian saya akan bawa anak check darah untuk tengok bacaan kuning dia..kalau tak menaik maknanya ok. Saya makan betul-betul halia dan segala bagai herba ni selepas 30 hari, itupun lepas bacaan kuning anak dah betul-betul rendah. Alhamdulillah so far so good.
4- Minyak dan bahan sapuan ke badan
Ini pun doktor suruh hati-hati. Hari pertama berurut, saya biar je tukang urut guna minyak dia. Lepas urut kan minyak dibiar pada badan. Walaupun berbengkung dan berbaju lengan panjang, tapi kita risau kena pada anak jugakan. Kena pulak bacaan kuning menaik. Terus esoknya saya mintak tukang urut guna virgin olive oil saja untuk urut. Walaupun tak ada bukti minyak tu yang menyebabkan bacaan kuning naik, tapi lebih puas hati bila kita mengelak faktor-faktor yang dianggap menyumbang. Saya mula sapu minyak (saya guna minyak Nona Roguy & minyak Afiat) pada tubuh (pinggang ke bawah) selepas 16 hari.
5- Rutin lain seperti biasa
Rutin-rutin berpantang yang lain saya buat seperti biasa je. Mandi air rebusan daun dan akar kayu, berbengkung, bertungku dengan alas daun mengkudu, pakai stokin, ikat rambut tinggi dan ketat...semua tu buat macam biasa sebab tak ada kaitan dengan alahan G6PD.
6- Minyak pada anak
Ini lagi satu problem. Anak saya pun kesian, kembung perut masa 2 minggu awal tu. Dia kentut kerap, tapi malam-malam memang melalak la. Pujuk dan bagi menyusu pun tak setel. Akhirnya saya tanya doktor dan doktor bagi green light untuk sapu minyak telon pada perut baby. Alhamdulillah. Saya pun guna minyak telon. Boleh juga guna minyak habbatussawda'. Boleh dapatkan daripada saya jika berminat, saya jual yang jenis spray dan kapsul juga. Minyak ini juga boleh diminum oleh ibu berpantang selepas bacaan kuning anak dah normal nanti.