PENGULAS sukan, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sebentar tadi. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

*************************

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. etiap jiwa pasti akan menemui mati. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh beliau, selama ini kita mendengar suara dan celoteh beliau di tv, hari ini kita sumbangkanlah suara kita untuk beliau. Semoga apabila sampai masanya kita pula meninggalkan dunia ini, ada yang sudi sedekahkan al-Fatihah buat kita. Aminn. Al-Fatihah.

Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan: Era Adlina


Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

Ramai yang jatuh hati setelah melihat kulit hadapan buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK) ini. Ya, memang cantik dan menenangkan, selembut peribadi penulisnya Puan Era Adlina. Namun, apa yang lebih memikat hati dan in sha Allah memujuk hati-hati kita ialah intipati dan mesej yang ingin disampaikan. 

Penulis umpama menulis novel dirinya sendiri, semata-mata untuk berkongsi dan mengajak semua pembaca menemui kesenangan yang selalu terlindung di sebalik kesusahan yang zahir. 

Blurp BKAK


In sha Allah, bagi yang mengambil hikmah daripada buku ini, anda akan tenang-tenang sahaja walaupun susah, sakit dan perit. Sungguh, susah itu menyebutnya mudah tetapi melaluinya hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang memahami. Kesusahan juga pelbagai, ujian manusia tidak sama. Namun, bagaimanakah kita mahu menukarkan kesusahan itu menjadi kesenangan? 

Jom kita layari sama-sama perjalanan itu bersama penulis. Berapakah harga buku yang indah ini? Hanya RM18 / RM20 (SS) sahaja senaskhah. Harga belum termasuk kos pos. In sha Allah, perkongsian dan ilmu di dalamnya sangat berbaloi dengan sejumlah wang yang kita laburkan itu.

Anda boleh dapatkan buku ini melalui saya. Caranya, hubungi saya melalui mana-mana medium yang saya sertakan di bawah, nyatakan tempahan dan saya akan berikan detail akaun bank untuk pembayaran. Sesudah membuat pembayaran berikan saya nama, alamat dan no tel penerima untuk saya poskan terus. Anda boleh juga belikan sebagai cenderamata dan buat surprise untuk yang tersayang.

Oh ya..anda boleh juga dapatkan judul-judul lain yang juga fresh dari kilang, baru diterbitkan.


Jika berminat, dipersilakan menghubungi saya melalui medium di bawah:

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Buku Allah Tempat Meminta: Beli Secara Online Di Sini



Ready untuk dipack dan diposlajukan. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, semalam buku-buku di atas ni telah selamat diposlajukan. Terima kasih buat pelanggan-pelanggan kami yang sabar menunggu hingga stok buku tiba. Semoga bermanfaat untuk anda semua, pemiliknya.

Buat yang belum tahu...buku ini berjudul Allah Tempat Meminta (ATM), buah tangan terbaru Ustaz Fathuri Salehuddin, penulis buku paling laris di Malaysia iaitu buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Bagi yang pernah membaca MMR, tentu saja nak baca buku ATM pula.  Kedua-dua buku ini punya aura yang sangat kuat kerana ia ditulis dari hati.



Buku ATM ni tidak ditulis secara solo oleh Ustaz Fathuri tetapi istimewanya, menghimpunkan 40 orang penulis yang masing-masing menceritakan kisah bagaimana konsep 'mudahnya menjemput rezeki' yang mereka amalkan dan kesan yang mereka alami dalam kehidupan. 40 kisah ini pun telah dipilih daripada 400 buah kisah yang dihantar oleh para pembaca buku MMR. Akhirnya, program realiti MMR ini menghasilkan sebuah naskhah ilmu yang diharapkan menjadi teladan dan motivasi buat semua pembacanya. Kompilasi cerita ini akhirnya menekankan bahawa Allahlah tempat kita meminta.

Alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan. Sebenarnya di luar jangkaan saya sendiri. 2 bundle sudahpun hampir habis, dna saya sudah pun order bundle berikutnya. Saya doakan pembaca blog MAIA ini juga direzekikan memiliki buku ini. Harganya sangat berbaloi, masih sama dengan harga buku MMR iaitu RM18 untuk semenanjung dan RM20 (SS). Buku MMR dan Kitab Selawat Barakat Makkiyyah juga masih available.

Oh ya..nanti saya akan up entri berkenaan dua buah buku lagi yang anda boleh dapati daripada kami.


Bersama Kesusahan Ada Kesenangan - Era Adlina
Allah Tempat Meminta - Fathuri Salehuddin & 40 Penulis
21 Formula Hidup Luar Biasa - Ustaz Assraf & Dr. Azizan Osman



Jika berminat, dipersilakan menghubungi saya melalui medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
PENYAMPAI BUKU ATM 
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.


Macam-macam idea orang berseloroh yang disebarkan melalui whatsapp. Adakala buat kita tersenyum.

Take 5...😅😅😅
Mutiara kata :-

"Kepada yang ada masalah janganlah stress sangat, cubalah angkat tangan dan renungkan bulu ketiak mu, belajarlah darinya..ia tetap tumbuh walaupun dalam keadaan tersepit"

Audit Ibadah: Pukul Berapa Masuk Waktu Solat?


Bagaimana nak tahu sama ada kita ini benar-benar menjaga solat atau tidak? Salah satunya ialah dengan bertanya soalan di atas. Kadang-kadang boleh buat kita termalu sendiri. Boleh jadi satu waktu di antara lima waktu itupun kita tidak alert pukul berapa sebenarnya masuk waktu. Itu menandakan bahawa kita tidak biasa solat di awal waktu apatah lagi menunggu masuknya waktu solat. Betul tak?

Ok, jom tengok kalendar pukul berapa waktu solat hari ni Subuh - Isyak.


 Surah An-Nasr


Selamat beramal ibadah.

Shaklee Vita-lea in Promo


Print Sendiri Planner 2015




Siapa yang cuti panjang sempena hari wilayah dan Thaipusam? Selamat bercuti. Serius sebenarnya kalau ikutkan hati saya tak mau hari cuti. Bila banyak kerja belum siap memanglah macam tu. Walhal saya memang duduk di rumah je, tapi hari cuti biasanya tidak begitu produktif. Sudahlah hari biasa pun kadang-kadang tu tak dapat all out, hari cuti lagi la kus semangat.

Bercakap tentang produktiviti ni, memang betul la ungkapan yang mengatakan bahawa "gagal merancang bererti merancang untuk gagal'. Entah siapa pemilik ungkapan tapi tersangatlah betul. Bagi membolehkan azam 2015 direalisasikan, maka saya memang perlukan planner. Tiap-tiap tahun pun saya akan ada sebuah planner...tak dapat yang besar atau tebal, yang kecil dan nipis pun jadilah. Tapi kali ni rasa macam planner setahun tu macam tak cukup. Dalam kotak kecik tu je dah macam-macam nak jot down. Tarikh checkup Farhan, tarikh checkup Sofiy, tarikh period, tarikh anak demam, tarikh itu tarikh ini. Haii..kalah pak menteri konon! haha.

Jadi saya perlukan satu lagi planner. Yang ini khusus untuk kerja dan bukan untuk catatan peribadi. Tapi..sejak ada si kecik Farhan ni, kesempatan saya untuk ke kedai agak terhad. Pagi-pagi lepas hantar dia kat pengasuh tu ada masa, tapi kedai pulak belum buka. Nak shopping bawak anak kecik umur 3 bulan memang tidak begitu praktikal. Tambah lagi dengan beratnya yang dah 6kg. Babywearing? Saya ada sebab mengapa belum boleh berbabywearing..nanti ada kesempatan saya akan buat entri tentang tu. Jadi...alternatif lain yang ada ialah printable calendar / planner. Nak buat sendiri tak berapa rajin,  jadi kita google saja. Dipertemukan dengan blog mommy ni BUSYMOMHELPER Cantik dia design dan bagi download free saja. Yang bestnya sebab ada beberapa pilihan design dan juga ada beberapa pilihan planner. Sama ada nak yang standard sebulan, atau nak seminggu atau nak khas untuk mummy2, ada planner untuk menu lagi. Saya pilih Weekly Task planner, sebab saya nak tulis dengan detail tentang kerja saya. 


Kalau ikutkan memang saya nak yang lebih minimal, tak sebesar A4 macam ni. Kalau boleh nak 1 page (saiz A6) untuk sehari.. daily planner la kiranya. Tapi kalau setahun? Tebal la kan? Guna pocket note book atau buku 555 pun bolehkan? 1 bulan sebuah buku 555, ok ape? Tula.,.nak juga yang lawa-lawa. Jadi ambik aje la apa yang jumpa. 

Ok, saya tau sekarang dah banyak software / apps untuk planner ni..tapi saya tak berapa berminat. Saya nak yang boleh ditulis dengan pen, boleh dipegang, boleh disimpan. Takmau yang digital-digital ni. Rasa macam jauh dari hati. Ecece..

Ok, saya dah print saya punya weekly task. Anda nak juga? Bolehlah berkunjung ke rumah busymom's helper tu.

Oh Laksa! Mengapa Engkau Sedap Sangat?


Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar
kredit: rosbasir.blogspot.com


Inilah makanan kegemaran saya. Sejak dari kecil sampai sekarang. Seingat saya, bermula sekolah darjah 1, masa rehat saya akan order laksa di kantin. Hari-hari. Sampaikan maikcik kantin tu nampak je muka saya tak payah cakap, dia dah tau dah. Mesti hulur laksa. Masa tu sepiring kecil laksa cuma RM 0.20. Alahai, sangatlah murah. Ayah bagi belanja RM 0.30. Sepuluh sen lagi dapatlah beli kuih sebiji. Biasa saya beli masalodeh (kat kedai mamak sini diorang panggil vadey kacang). Sedap sangat kuih tu dulu, garing dan rangup!

Tu masa sekolah pagi. Masa sekolah agama rakyat sebelah petang pun saya beli laksa jugak. Adoi..sekarang ni perasan maknanya pagi petang saya makan laksa. Masa kat sekolah agama, beli waktu rehat juga. Tak ada kantin, tapi beli kat rumah orang. Orang tu buat sikit ruang untuk jualan la depan rumah dia. Takde la tempat makan kat situ. Bungkus saja dalam plastik. Pulak tu plastik air yang ada tangkai dua tu.hehe. Jadi macam mana cara makannya? Mula-mula hirup kuah gunastraw sampai licin.ngeh ngeh. Lepas tu...ikat plastik. Kemudian gigit bucu plastik belah bawah sampai koyak. Kemudian makan la laksa ikut situ macam piping. Boleh imagine tak? kehkeh. Kadang-kadang saya tak buat macam tu sebab kalau koyak kecik sangat laksanya jadi hancur, tak sedap.. Saya makan ikut bukaan plastik, tapi tak pegang pun laksanya. Dari plastik terus ke mulut, ala-ala makan burger tu la cuma burger dalam kertas. Tak senonoh kan? Saya baru terfikir mesti kami-kami berbau hanyir masa  lepas makan tu. Yelah..laksa kan. Takde pulak nak berus gigi ke apa lepas makan. Kuah-kuah pun mesti kena tangan, kena pipi. Hahaha. Tahan je ustaz ustazah yang mengajar.

Kegemaran saya masih lagi laksa sampai masuk sekolah menengah, sampailah masuk universiti. Dah kawin pun, laksa masih jadi makanan kegamaran nombor 1. Suami saya tak berapa suka laksa, tapi dia tau isterinya hantu laksa. hehe. Kat area Bangi ni, Laksa Redup Rimba menjadi kegemaran saya. Dulu gerai laksa ni kat tepi persimpangan Teras Jernang, sekarang dah beroperasi di area Tasik Cempaka Bangi sebelah perpustakaan tu. Apa yang menjadi daya penarik laksa ialah baunya...semerbak gitu. Tambah pulak kalau letak bunga kantan. Pendek kata kalau masak laksa, orang lalu depan rumah mesti taulah kita masak laksa. Jadi, kalau masak laksa tu jangan la makan sorang-sorang..hulur la pada jiran-jiran ye.heheee.

Mengandung anak pertama dulu, saya masih suka makan laksa. Tapi mengandung anak kedua ni, saya langsung tak teringin laksa. Suami pulak yang mengidam laksa sampai merajuk-rajuk. Alololo. 

Sekarang...belum cukup 100 hari berpantang bersalin. Laksa? No no no! Walau suka macam mana manapun, pantang tetaplah pantang. Saya pun taktau sebenarnya kenapa orang tua-tua suruh berpantang laksa sampai 6 bulan. Ada yang kata setahun. Bila ditanya, ada kata sebab mi laksa tu sendiri yang perlu dimasak dua kali, dan perlu direndam dulu sebelum direbus. Wallahu a'lam. Saya secara peribadi, turutkan saja sebab tak berani nak menerai..kang kalau sakit kita jugak yang tanggung.

Psssttt: sebenarnya entri ni untuk cabaran blogging bersama Genki Bloggers tapi dah terperam kat draft...kita publish je la kemudian ye.heee.