Alhamdulillah, buku-buku ini mendapat permintaan yang tinggi.

Siapa tak kenal Ustaz Sharhan kan? Salah seorang pengamal perubatan Islam yang terkenal di Malaysia, selalu juga jadi panel rancangan Tanyalah Ustaz dan rancangan-rancangan berkaitan ilmu sihir dan mistik. Ustaz juga banyak berkongsi ayat-ayat amalan daripada al-Qur'an untuk diamalkan bagi tujuan rawatan diri sendiri dan juga untuk menjadi perawat. Di Facebook juga selalu orang share doa-doa yang boleh diamalkan untuk penyakit-penyakit tidak berjangkit biasa macam darah tinggi, sakit kepala, kanser, diabetis dan lain-lain lagi. 

Combo Buku Ustaz Sharhan ni memang sesuai dimiliki oleh setiap keluarga, boleh dimalkan setiap masa dan juga boleh dirujuk ketika masa-masa kecemasan. Yakinlah kita bahawa Allah lah sumber penawar yang terbaik manakala segala ubat-ubatan dan makanan kesihatan yang kita ambil pula adalah alat atau ikhtiar kita. 

Bagi yang mahukan buku-buku Ustaz Sharhan Safie ni, boleh dapatkan daripada saya. Nak beli dua-dua pun boleh, nak beli satu pun boleh, saya akan bagi detailsnya nanti. 

#ustazsharhan
#rawatanislam
#perubatanislam
#doasakit
#bukumaia
#bukuustazsharhan
#akusakitdiapenyembuh
#Allahpenyembuhwahyuubatku
#bukuonline
#bukuagama
#bukudoa

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
IG: @bukumaia

Hantar emel info tentang pre dan posnatal kepada salah seorang pelanggan sekejap tadi. Dah selesai, terpandang emel daripada babycenter. Memang anak no 2 ni tak dan nak tengok sangat emel-emel yang subscribe macam ni. Kalau anak sulung dulu kemain lagi tertunggu-tunggu tiap minggu. Bukanlah kata dah terror bab perkembangan anak, sebenarnya dah lupa pun perkembangan Sofiy dulu sebab dah lama, jarak antara dua anak agak jauh. Cuma sekarang ni banyak lagi perkara lain yang perlu diutamakan. 

Tapi tadi klik sekejap dan baca, tersenyum sendiri saya sebab memang apa yang ditulis benar belaka. Ini fasa bayi 9 bulan minggu keempat dan 10 bulan minggu pertama. Umur Farhan sekarang, dari 9 nak ke 10 bulan. Sorry Farhan, umi tak sempat pun nak update perkembangan Farhan di blog ni. Takpelah, adillah dengan abg Sofiy kan...haha. (alasan).

Meh baca apa kata #BabyCenter

Bayi 9 Bulan Minggu Keempat

Hello, Maizura
If you can tune in to your baby's babble in the coming weeks, you just might recognise a word or two. Babies typically say their first words (often "mama" or "dada") some time between nine and 15 months. Even if your baby's not "talking", (and some don't "talk" until much later than this), she's probably amused by the sounds she makes and may express herself in other ways. This may be by shouting for your attention, screaming in frustration or dropping a toy just to watch it fall. Try diverting her from activities you would rather not pursue with a game of peek-a-boo. She will probably be able to play along now instead of just watching.

Bayi 10 Bulan Minggu Pertama

Your baby may still only babble, but don't underestimate how much he understands. Babies pick up on the meaning of words – and your tone of voice – before they learn to speak. Your baby may even respond to simple requests or words of discipline such as a warning "No!" Talk to him often about what you're doing, where you're going, and the names of the foods he eats, and say his name. Try to taper off the baby talk so he hears plenty of real words during the day. 
Your baby is just beginning to understand many simple words and phrases, so it's more important than ever to keep talking to him. Give your chatterbox a head start on good speech patterns by repeating his words back to him using adult language. If he asks for a "bah-bah," for example, gently reinforce the correct pronunciation by asking, "Do you want a bottle?" At this stage of the game, it's best to try to avoid the tendency to use baby talk — it can be fun, but hearing the right words is better for your baby's development.
Though it may sometimes feel silly, having a conversation with your baby is a great way to encourage his language skills. When he rattles off a sentence of gibberish, respond with, "Oh, really? How interesting." He'll probably smile and keep chattering away.

Haaa...jangan tiru bahasa bayi ye..mak pulak cakap pelat. Anaklah yang patut tiru kitakan? Ok, good reminder. Walaupun tak semua perkataan, ada juga satu dua perkataan tu rasa macam comel je sebut pelat-pelat konon manjalah. hahaha. Contohnya, nama dia. Memang biasa sebut Farhan, tapi sekala sekala saja panggil A'an...hehehe.

Belanja gambar dia sikit. Ni gambar pagi tadi, belum mandi, aktiviti dia sementara umi buat transaksi online. Sempattt lagi tu. 


#perkembanganbayi
#bayisembilanbulan
#bayisepuluhbulan
#parenting
#anakpelat
#bayimulabercakap


Kredit: Siera Haiyi
CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
1. Sediakan sebuah bekas seperti bekas kuih raya atau apa-apa bekas dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.

2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu
TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan...
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DENGAN SEDEKAH
Buku ini, berjudul Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR). Di dalamnya penuh dengan cerita tentang rezeki, di mana salah satu cabang untuk mudahnya rezeki itu datang tanpa perlu bersusah-susah dikejar ialah dengan cara BERSEDEKAH.


Buku MMR Versi Penuh (RM18)
Buku MMR Versi Mini (RM2.50)


Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


Dulu masa di UIA, saya merupakan salah seorang pembaca novel yang ditulis oleh Fatimah Syarha ni, novel yang difotokopi dan dijilidkan di kedai fotostat biasa. Beliau memang berbakat. Dan bakatnya dilengkapkan pula dengan ilmu dan persekitarannya. Novel beliau yang awal-awal dulu bertajuk Tautan Hati pun saya baca, dan paling terkesan di hati saya waktu itu ialah betapa beliau menekankan SOLAT TAHAJUD dalam setiap latar masa yang diceritakan. Masa tu ilmu saya setakat tumit, (sekarang pun masih setakat itu juga), jadi sungguh saya tidak tahu betapa besarnya fadhilat solat sunat tahajud. Sambil baca, ada terdetik di hati "ish takkanlah dah tidur pukul 2 pagi pun masih juga nak bangun solat tahajud. Berapa jam je dapat tidur? Tak ke ngantuk?" Itulah kata-kata hati budak hingusan yang masih di universiti, yang hidup sekadar follow the flow. Buat yang wajib-wajib sahaja masa tu. Ya Allah, daku mohon keampunanMu atas kekhilafanku.

Okeh, ini buku terbaru buah tangan Ustazah yang kecil molek ni. Dulu nampak chubby sikit, sekarang lagi comel. Jom kenali latar belakang Ustazah ini dulu. Iyalah, inikan buku tentang hukum dan persoalannya, yang biasa menjadi tanda tanya kita semua yang cetek ilmu ini. Jadi, bila kita nak bertanya atau mendapatkan pandangan serta huraian pun, biarlah daripada orang yang pakar dalam bidangnya. Betulkan?


FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA) dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Beliau kini seorang penulis, Perunding Motivasi dan Pengarah Urusan di Syarikat Sebarkan Bahagia Resources. Sangat meminati bidang Fiqh wanita, cinta dan kekeluargaan. Aktif mengadakan forum, ceramah dan seminar di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara, syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan juga menengah.

Jom tengok kandungan dan contoh penulisan dalam buku pulak:)







#bukufatimahsyarha
#ustazahfatimahsyarha
#ustazahnaktanyasikit
#soaljawabagama
#bukuonline
#sahabatattaqwa
#bukumaia
#bukuonline
#bukumotivasi



Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

SISTEM PEMENGGALAN WAKTU
(Sumber DBP)

 Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59
 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
 Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.
'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'
Terima kasih.
ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Tips ini adalah copy & paste daripada perkongsian Dr. Azfahani.
Ada kawan saya tanya..macamana nak bg ada idea dan motivasi menulis dgn efektif utk siapkan phd..
Jadi saya share pengalaman saya di sini..maaf, ini based on my previous experience yg sgt la super-biasa..banding dgn kwn2 fb sy di sini ada yg dah prof, prof madya, Dr lg lama dari saya..jd, tips sy mungkin biasa shj. Saya harap jika ada rakan-rakan yg nk share kan juga experience mereka dipersilakan..moga post ini membantu semua yg sedang struggle ke arah menyiapkan tesis mereka.
Tips saya: 

1. Paksa diri buat appoinmnt dgn SV seminggu sekali bila dh tiba tempoh kritikal - dgn ini anda akan memaksa diri menulis dan menulis dlm keadaan terpaksa.

2. Wajib sebelum subuh (sekitar jam 3 - 5 pagi) terus start menulis..sebab masa tu memang idea dtg sgt baik..break sekejap utk solat subuh, selepas tu smbg balik menulis smpi pukul 7. Lepas tu stop. Sarapan..dan buatla apa2 aktiviti korang yg lain.

3. Waktu wajib menulis tu (3-5 pagi)..jgn pulak ko gatal main fb, layan drama korea, hindustan etc. Sebab tu korang tgk sy kuat main fb di waktu siang kn dulu2..tp sbnarnya sy dh pulun stay-up writing before tu..

4. Wajib menulis SETIAP hari. Walaupun seperenggan. Idea kena kasi ada momentum.

5. Kalau dah xde idea sgt, tulislah acknowledgement, tajuk chapter, buat appendix..prakata..cover depan..etc..asalkan menulis..
6. Minum kafein..x kisahlah kopi-o, kopi ais, mocha, neslo..-- kafein sgt bagus menggerakkan otak bg laju

7. Amik satu2 masa book bilik hotel atau motel atau chalet yg sunyi sepi tepi laut..ko buat kem writing ko sendiri..suh laki ko bwk ank2 pi swimming ke..memancing ke..hilang 3-4 jam jgn kacau..Tapi jgn pulak ko pun sama join diaorg..hehe..mmg idea datang..sebab environment berbeza..

8. Mulakan setiap penulisan dgn surah Nur ayat 35. Bg otak ko terang..

9. Pi holiday atau balik kg pun, bwk laptop...atau rekod idea (suara sendiri) kat smartphone -- bukan apa, takut terlupa. Jadi senang rujuk bila nk menulis kembali - especially pd kita yg dh agak-agak berusia..kelupaan itu tidak dapat dielakkan.

10. Jadikan semua cafe yg free wifi sebagai lokasi wajib..hehe..sambil minum sambil menulis. 

11. Jangan fikirkan yg anda tidak pandai menulis atau buntu atau takde idea -- yg harus anda tanamkan dalam otak adalah "tahun depan aku nak raya puas-puas tanpa bende phd ni semua.. " -- so ini sebagai motivasi nak bg siapkan penulisan.

Itulah dia..tips saya. Sekian

**********************************************************************************************
Saya simpan di sini untuk rujukan saya dan juga para pembaca sekalian. Semoga bermanfaat dan masing-masing dapat mengecapi kejayaan:)

In sha Allah, tak lama lagi berbondong-bondonglah ummat Islam yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Berbahagialah anda yang terpilih, kuatkan tekad dan azam untuk mendapatkan haji yang mabrur. Amiin.

Hujung minggu lepas saya dan suami (bawak Farhan sama) ke sebuah kursus yang diadakan di Ulu Yam, Dewan tempat kursus dan penginapan agak jauh, kena menapak naik bukit sikit. Kata suami "Baru macam ni kita dah mengeluh, kalau buat haji macam mana agaknya. Dah la panas, jauh, bersesak pulak tu. Allahu Akbar!"

Alhamdulillah, para jemaah dah dibekalkan dengan ilmu-ilmu tentang ibadah haji siap dengan demo dan trial dalam kursus haji perdana. Satu usaha yang sangat perlu dan bagus yang disediakan oleh Tabung Haji Malaysia. Namun demikian, pengalaman orang-orang yang telah pun menunaikan haji kita perlukan sebagai panduan sampingan. Dan kalau boleh, biarlah pengalaman itu daripada seseorang yang kta yakini bahawa ibadah haji yang beliau laksanakan memberi kesan positif dalam kehidupannya setelah menunaikan haji tersebut.

Pada saya, Prof Muhd Kamil ialah orang yang tepat. Beliau bukan sahaja berhijrah kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik setelah menjadi tetamu Allah, malah mampu juga menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Bukan itu sahaja, ilmu beliau turut dikongsi melalui buku-buku tulisannya. Bonusnya lagi, Allag telah memakbulkan doa beliau untuk menjadi salah seorang penduduk Madinah apabila terpilih menjadi salah seorang tenaga pengajar Universiti Madinah. Sungguh dua tanah haram itu dekat di hati beliau.

Serius saya cakap, buku-buku tulisan Prof Kamil memang Super BEST! Bayangkan, saya ni belum lagi ada rasa desakan atau keinginan memuncak untuk menunaikan haji disebabkan saya sendiri belum ada pendapatan tetap. Tetapi saya beli juga buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman kerana buku tersebut jadi fenomena, dan bestseller. Saya menangis! dan terus menangis membaca buku tersebut. Ada sesuatu yang mengusik hati saya. Bermula dari situlah saya memasang niat dan azam untuk menjadi tetamu Allah di usia yang muda. Walaupun belum rezeki saya, namun niat itu tidak pernah padam. Semoga Allah lorongkan dan mudahkannya untuk saya dalam masa terdekat.

Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (RM29 / RM32 SS)

Buku ini bukan sahaja menceritakan pengalaman Prof di dua tanah haram tersebut, malah prof turut berkongsi tips bagaimana memudahkan perjalanan haji kita ketika di sana. Selain itu, ada juga peringatan-peringatan yang Prof titipkan agar kita sentiasa fokus kepada ibadah dan tidak terganggu dengan hal yang remeh-temeh yang mungkin mencacatkan haji kita. Prof juga berpengalaman tinggal di Madinah selama beberapa tahun, dengan berjemaah di Masjid Nabawi menjadi rutin beliau. Oleh itu, Madinah dan Mekah bukanlah asing pada beliau.

Fokus kepada ibadah haji boleh terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum. Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.

Buku Travelog Haji Mengusik Hati ni merupakan kompilasi 3 buah buku haji yang ditulis oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim. Buku-bukunya ialah:

1- Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
2- Travelog Dakwah: Menanti Hari Esok
3- 50 Tips Motivasi Haji

Bagus sangatkan, dah dikumpul menjadi sebuah buku, bukan sahaja memudahkan malah lebih jimat.

Bagi yang bakal menunaikan haji tahun 2015 ini, masih sempat lagi dapatkan buku ini melalui kami. Kami boleh poskan terus ke alamat anda. Atau untuk anda yang sedang menunggu panggilan Tabung Haji untuk tahun-tahun berikutnya...tidak rugi anda membaca buku ini. Ia juga sebagai usaha untuk jiwa dan perasaan kita lebih dekat dengan RumahNya.

Harga buku Travelog Haji Mengusik Hati:
  
RM50 / RM53 (SS) + RM10 poslaju

Harga buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (percuma vcd) :

RM29 / RM32 (SS) + RM 7 poslaju

#bukuprofkamil
#bukuhaji
#traveloghaji
#tipsmotivasihaji
#traveloghajimengusikhati
#bukuonline

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Pagi-pagi, dapat whatsapp daripada seorang sahabat sepengajian, yang dah macam kakak sendiri pun. Bunyi mesejnya "Hari ni akak down sangat-sangat. Ya Allah"

Beliaulah orang yang terlalu banyak membantu saya tatkala saya diuji pelbagai ujian. Kak Z ini sangat-sangatlah baik orangnya, sentiasa senyum dan ceria walaupun beliau sendiri dikelilingi masalah. Siapalah di dunia ni yang tak da masalah ye tak? Saya sedia untuk mendengar (read: membaca whatsapp) jika beliau nak berkongsi. Tapi katanya, payah nak cerita.

"Mai boleh cadangkan apa-apa surah yang boleh akak baca?"

Jadi, saya kongsikan apa yang saya biasa amalkan, dan berkesan untuk diri saya. Bila saya rasa sedih sangat-sangat, atau rasa nak marah sangat-sangat, atau rasa tersepit sangat-sangat takpun rasa panik yang amat sangat, saya amalkan ini:

1- Surah al-Insyirah


Saya masih ingat lagi, masa saya darjah 5 dan ambil ujian UPKK si sekolah agama rakyat, dalam subjek hafazan saya kena baca surah ni. Alhamdulillah lepas jawab dengan baik sebab surah ni pendek ke. Saya kalau surah atas ad-dhuha lemah sikit, ad-dhuha ke bawah in sha Allah. Ok, ingat lagi Ustaz Tajul pesan, surah al-Insyirah ni elok dibaca dalam solat Subuh, katanya boleh menenangkan hati. Dr. Mohd Fadhillah Kamsah pun selalu pesan agar anak-anak amalkan baca surah ini dalam menuntut ilmu. 

2- Doa Mengatasi Kesedihan

Ini pulak mentor merangkap senior saya di universiti dulu yang pesan. Masa tu saya rasa sedih, saya mengadu pada dia yang saya sedih. Pesannya, baca doa ini. Saya kata, dah baca dah tiap-tiap kali lepas solat mesti baca. Dia balas balik, ulang dan ulang baca, basah di bibir sehinggalah hati kita rasa lapang dan lega. Saya cuba..alhamdulillah, dengan asbab doa ini dan kasih sayang Allah, saya rasa tenang lepas ulang doa ini banyak-banyak kali.

3- Doa Nabi Yunus


Ini pulak pesan Dr. Azizan Osman dalam salah satu emel yang dihantar kepada saya. Jika hidup seakan tidak menjadi, amalkanlah doa ini. Ramai yang tau khasiat doa ini untuk ibu-ibu yang sedang berjuang melahirkan anak. Namun tak ramai yang tahu sejarah doa ini. Ia dibaca Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan Nun, dan mengapa jadi begitu? Kerana Nabi Yunus a.s berputus asa untuk berdakwah kepada kaumnya dan ini menimbulkan murka Allah. Saya cukup rasa keberkesanan doa ini tatkala saya panik atau buntu rasa seakan sudah tak ada jalan keluar. Bacalah, bukan sekali. Sebaiknya dalam sujud terakhir ketika solat kerana Allah paling hampir dengan hambaNya ketika hambaNya bersujud kepadaNya.

4- Zikir 'Ya Salaam'

Zikir Asmaul Husna mempunyai kelebihan dan khasiat yang tersendiri. Menyeru nama-nama Allah yang 99 merupakan salah satu wasilah untuk kita mengharapkan pertolongan Allah.

"Allah mempnyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, ..."
                                                                                 Al-A'raf: 180



Di bawah ini pula merupakan beberapa buah buku yang saya sangat rekomen untuk anda dapatkan dan baca bagi memulihkan semangat, keyakinan dan kebergantungan HANYA KEPADA ALLAH, kerana DIA lah yang BERKUASA menentukan segala-galanya. Buku-buku ini bakal mengubah persepsi anda dalam memandang dunia, seterusnya akhirat. Anda boleh bertenang setelah memahami isi buku-buku ini.


Buku MMR, ATM dan BKAK

Harga buku-buku di atas ini ialah RM18/RM20 (SS) tidak termasuk kos pos.
Boleh dapatkan daripada saya, saya boleh poskan ke seluruh Malaysia dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

#tipsmotivasi
#bukumudahnyamenjemputrezeki
#bukuallahtempatmeminta
#bukubersamakesusahanadakesenangan
#bukuonline
#fathurisalehuddin

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

SAKITNYA PUTUS CINTA!

Siapa pernah rasa? Hati rasa remuk redam! Pecah, hancur, dan terhempas berderai ke lantai dunia. Hidup rasa berantakan! Sungguh, orang luar yang memerhati tidak rasa, tetapi orang yang punya hati nan satu...rasa tertusuk. Senak. Tak keterlaluan, rasa takmau dah hidup.

Itulah sebahagian deskripsi apabila hati disakiti. Sakitnya putus cinta tak sama dengan sakit-sakit hati yang lain. Walaupun cinta itu milik semua manusia, namun yang sering dan sering merasa PUTUS CINTA tentu sahaja di awal usia remaja. 

Allah...kalau tak kuat, PUTUS CINTA ini boleh membawa maut. Berapa ramai yang mengambil nyawa sendiri hanya kerana cinta. Berapa ramai pula yang hilang masa depan selepas terlerainya cinta dengan yang tersayang. Apatah lagi jika kita dikhianati. Bagi yang tengah study, kadang-kadang pointer yang cantik merudum nuuuun jauh ke dalam gaung sebab dah takda sumber inspirasi, belajar pun dah rasa tak seronok, rasa sunyi dan teringat-ingat pada yang seorang. Lagi masalah kalau sampai tak datang kelas, atau tak datang ambil exam. Kadang-kadang, insiden-insiden ni nak jadi time musim exam la pun. Saja nak kacau konsentrasi. 

Namun, FAIZ IBRAHIM telah membuktikan bahawa PUTUS CINTA tidak buat beliau lemah. PUTUS CINTA malah membuatkan dia semakin kuat dan membina hidup yang lebih bermakna. Namun SAKIT TAK? Mestilah sakit!!! Tapi FAIZ tidak biar sakit itu membelenggu diri dan masa depannya. Beliau membuktikan bahawa DITINGGALKAN KEKASIH bukan pengakhiran kehidupan. Kerana ALLAH MAHA TAHU, ALLAH MAHA MENGATUR.




Inilah buku berjudul REINKARNASI tulisan Faiz Ibrahim, kiranya macam novel perjalanan kisah diri beliau sendiri. Memang best, jujur dari hati. Dengan gaya bahasa yang santai, maklumlah penulis lelakikan...tetapi mesejnya sampai terus ke hati. Saya yang dah umur 30-an ni sampai terdetik begini "Kenapalah buku ni takda dulu masa zaman aku remaja muda belia?" Masa menyaksikan ramai kawan-kawan yang suffer putus cinta. Bukan senang oiii nak bangkit kembali selepas punahnya hati. Hati kan ibu diri kita. Rosaknya hati, rosaklah jiwa dan jasad.

Oh ya? Siapakah Faiz Ibrahim ni? Sekarang beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Low profile namun sudah bertapak kukuh dalam nic beliau sendiri. Juga penulis yang semakin dikenali ramai menerusi buku REINKARNASI ini. Laris sangat buku ni tau. Itu tandanya ia sebuah buku yang bagus. 





Jadi, buat adik-adik yang tengah PUTUS CINTA ke, ada kawan yang sedang frust menonggeng ke, atau ada adik-beradik yang alami situasi yang sama, ataupun anda ibu yang ada anak remaja, sesuai sangatlah dapatkan buku ini, hadiahkan buat mereka yang memerlukannya. Nasihat daripada mulut kita yang tak merasai benda yang sama,  takkan sama dengan penulisan mereka yang senasib. Ia lebih meresap ke hati. 

#reinkarnasi
#thefaizibrahim
#bukuonline
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina