Minggu lepas minggu yang sangat la sibuk, penuh dengan aktiviti luar bersama pelajar Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM). Walaupun lokasi aktiviti tak jauh tapi jadual yang padat dan rapat-rapat pula tarikhnya buat kami semua pancit. hehe.

Jumaat (semalam) pulak, kami berkumpul untuk sesi pemilihan lagu untuk ketiga-tiga pelajar yang sedang mendaftar sekarang. Tujuan pilih lagu ni adalah untuk penyertaan ke pertandingan nyanyian lagu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa. Tarikh pertandingan dah dekat juga, 18 November 2015 nanti. Mulanya ingatkan mereka tak berminat, tapi bila diberitahu, masing-masing semangat pulak.

So 2-3 hari ni kami cikgu-cikgu dok fikir lagu apa yang sesuai. Ketiga-tiga pelajar ni lelaki dan berasal dari Jepun. Seorang di tahap 2 kursus, dah boleh bercakap bahasa Melayu tetapi belum betul-betul fasih. Dua orang lagi memang beginner, baru dapat beberapa perkataan dan ayat ringkas. Sebutan pun masih banyak yang perlu dibetulkan. Agak mencabar juga la nak cari lagu apa yang sesuai. Maklum sajalah lagu, mana ada yang slow sangat melainkan lagu rakyat macam Lagu Rasa Sayang atau Lagu Tiga Kupang.hehehe.

Kami senaraikan 8 buah lagu, mulanya Kohei (pelajar tahap 2) nak bawa lagu Isabella.Se jujurrkejut pada mulanya tapi manalah tahu dia boleh bawakkan. Tapi bila sekali dengar je kawan-kawan dia kata lagu tu sangat susah nak bawa, high note kot? Orang Melayu pun berapa kerat je boleh nyanyi betul-betul lagu Search tu. Kemudian Kohei tukar ke lagu Gadis Melayu. Walaupun lagu ni tak juga mudah, tapi lirik dan iramanya best. Kena pulak dengan situasi, mereka jejaka negara matahari terbit:)

Dua orang lagi dah jatuh minat dengan lagu Biasa nyanyian Zahid & Viral. Memang lagu tu menangkap, agak senang nak sebut tang korus. Mereka memang muktamad nak lagu tu. Orait, kita duetkan saja, mudah. Jadi, mulalah sesi pembelajaran hari tu iaitu memahami lirik lagu.


Lirik Lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdillah


Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh


Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayu anggun si dia


Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Ok, bila dah mula terang dan hurai makna..waaa..tak mudah sebenarnya nak fahamkan penutur antarabangsa dengan lirik lagu Melayu tambah-tambah pulak lagu lama macam ni. Agak payah nak terangkan 'lemah-lembut', 'ayu', 'anggun', 'halus-mulus'. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya menterjemahkan makna lagu ni..kalaupun mereka  tak faham 100% macam kita faham, tapi asasnya mereka faham maksud secara keseluruhan. Tu yang penting. Kang nyanyi tapi tak faham susah juga nak feelkan.

Selesai lagu Gadis Melayu, kami rehat kejap lunch solat semua, sambung lagi lagu kedua..Biasa. Lagu ni lagu baru, sangat baru. Sebenarnya kami cikgu-cikgu nipun inilah kali pertama menghayati lirik lagu ni. Sebelum ni memang dengar tang korus saja di radio. 

Rasa-rasa macam mudah kot nak terang sebab simple. Tapi masuk rangkap ketiga, kami pun dah agak confuse maknanya. Ok la masih boleh predict lagi makna yang nak disampaikan. Kitorang stuck bila part rap tu...hahaha. Kami sendiri nak faham satu hal, nak fahamkan diorang satu hal lain pulak. Mujur juga ada Kohei yang dah faham bila kita terang dalam bahasa Melayu, mitak dia terangkan pulak dalam bahasa Jepun kat kawan-kawannya.


Lirik Lagu Biasa - Zahid ft Viral

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa

Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna

Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua

Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan

Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia

Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jadi, apa yang dapat kami simpulkan daripada sesi semalam ialah 'LAGU LAMA VS LAGU BARU'.
Lagu lama, walaupun berseni, puitis, tapi kita boleh faham dengan mudah. Lagu lama, walaupun banyak guna perkataan yang sama makna tetapi kita boleh nampak macam mana indahnya perkataan itu digunakan. Bagaimana mendalam dan indahnya deskripsi seorang gadis Melayu dalam lagu tersebut. Secara tak langsung feeling tu datang dengan sendiri. 

Lagu baru, dalam kes ni lagu Biasa, nampak mudah..banyak ulang frasa sama, tapi flownya tak cantik malah melompat-lompat. Boleh juga dikatakan ikut sedap mulut sahaja. Terlalu surface. Mungkin tak semua lagu lama kualiti liriknya bagus dan tidak semua juga lagu baru tak berkualiti tetapi kita memang dah boleh nampak patternnya begitu. Bukan sahaja lirik tetapi juga melodinya malah tak keterlaluan kalau kita kata penyanyinya juga.

Pada saya, lagu itu ciptaan manusia. Jadi, kualiti manusia itu sendiri yang membuatkan lagu tersebut begitu. Seperti kita semua sudah maklum jati diri bangsa Melayu sekarang..memanglah ke laut. Bukan nak kata orang, saya sendiri pun tak terkecuali. Cuma, kita golongan yang sdar ni, kita akan cuba kawal diri dan keluarga kita. Tapi berapa ramai di luar sana yang tidak perasan pun akan hal ini malah berbangga pula kerana sudah tidak pure Melayu.

Sebenarnya saya pernah tulis tentang hamil semula selepas gugur ni dulu masa dapat tahu mengandungkan Farhan. Tapi masa tulis lebih kepada menceritakan pengelaman sendiri. Entri kali ini saya tulis disebabkan telah beberapa kali terima pertanyaan daripada pembaca tentang tempoh untuk hamil semula. Ramai ibu yang mengalami keguguran ni kalau boleh nak mengandung semula secepat yang mungkin. 

Sebagai ibu yang juga pernah mengalami kehilangan, saya sangat faham perasaan ibu-ibu semua. Sebagai seorang pengedar suplemen, saya boleh saja nak menangguk di air yang keruh, cadangkan saja suplemen. Tapi, itu bukanlah tujuan saya berblog dan berniaga. Saya mahu bantu anda, anda dan anda. 

Selepas keguguran, sama ada keguguran awal atau kematian anak dalam kandungan, seorang ibu itu akan melalui satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Jika bersalin awal (anak mati dalam kandungan), rejim berpantang yang perlu dilalui oleh si ibu adalah sama dengan ibu yang melahirkan anak cukup bulan. Jika keguguran pula, tempoh berpantang ialah selagi mana darah nifas masih keluar, biasanya dalam kadar dua minggu namun tidak terhad jika si ibu mahu berpantang lebih lama. Pengalaman saya, darah keluar selama satu minggu tetapi saya berpantang tak keluar rumah selama dua minggu. Saya terus berpantang makan, bertungku, sapu minyak dan sebagainya selama sebulan sebab badan saya sakit sangat masa tu.

Sebenarnya dalam kedua-dua kes, berpantang yang dimaksudkan ialah berpantang dari segi aktiviti dan pergerakan serta pemakanan. Namun 'berpantang dengan suami' perlu diperhalusi dan diteliti lebih lagi. Mengikut saranan doktor yang merawat saya dulu, saya dinasihatkan untuk biarkan rahim kosong sekurang-kurangnya selama 3 bulan atau 3 kali pusingan haid (3 cycle period). Doktor memang tak akan bagi masa yang tepat bila boleh bersama suami, tetapi saranan doktor tu dah cukup untuk buat kita faham bahawa rahim wanita yang melalui proses mengandung dan kemudian keguguran ini perlu pulih terlebih dahulu sebelum kembali mengandung. Doktor ada sebut, hubungan suami isteri boleh dilakukan selepas isteri bersedia, sudah tidak ada darah, tidak rasa sakit, tetapi perlulah dengan amalan kontraseptif (merancang keluarga). Doktor cadangkan penggunaan kondom. Penggunaan pil perancang juga boleh jika pasangan mahu berehat panjang sebelum plan untuk memperolehi cahayamata lagi.

Okeh, rasanya jawapan dah pun ada. Selepas keguguran, bila boleh mengandung semula? Sebaiknya beri masa 3 kitaran haid iaitu 3 kali haid, biasanya 3 bulan untuk wanita yang mensus dia regular. Dalam tempoh tu, rahim boleh kembali mengecut, pulih daripada sebarang luka, dan yang lebih penting hormon kembali stabil.  Kalau tak datang period atau period tak teratur? Mungkin juga kes macam ni terjadi sebab selepas keguguran, hormon wanita jadi celaru. Macam mana pula nak stabilkan hormon ni? Apa yang saya boleh sarankan, berpandukan pengalaman dan serba sedikit ilmu tentang suplemen, ada beberapa cara nak stabilkan hormon wanita:

1- berhenti pil perancang atau segala bentuk pil hormon

2- makan makanan yang berkhasiat terutamanya sayur dan buah.

3- jalani gaya hidup yang aktif, bersenam secara berkala

4- dapatkan berat badan ideal

5- hindari stres

6- boleh ambil suplemen seperti GLA Complex dan ESP Soy Protein Isolate Powder

Selepas keguguran dulu, saya alami kecelaruan hormon yang teruk. Tak dinafikan, saya juga stres. Entah apa yang distreskan saya pun dah tak ingat. Tapi apa yang pasti, jerawat batu naik di muka macam di baja!


Jerawat surut dalam 4 hari

Nampak kan, jerawat batu kat gambar sebelah kiri. Aduuuhh..memang menyakitkan. Kena pulak saya memang tak biasa ada jerawat batu walaupun kulit saya tidaklah gebu flawless. Kulit muka pun sangatlah kusam masa tu. Alhamdulillah selepas konsisten ambil GLA dan ESP, nampak perubahan yang ketara. Jerawat kecut, kulit muka pun semakin pulih. Alhamdulillah, 3 bulan..lekat la si Muhammad Farhan:)


Ingin Hamil Lagi Selepas Keguguran

Boleh dikatakan hampir semua wanita yang mengalami keguguran, ingin hamil semula secepat mungkin. Tapi, macam yang saya katakan di atas..jangan turutkan sangat emosi sehingga memudaratkan diri. Ingat, ALLAH adalah sebaik-baik Perancang. DIA Tahu apa yang Dia rancang itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Kena yakin dengan qadha' dan qadar Allah. Kita manusia ni serba jahil, apa yang kita mahukan sangat-sangat tu kadang-kadang tak bagus pun untuk kita. Jangan sedih, Allah akan bagi pada masa yang paling tepat. Tugas kita: doa, usaha dan tawakkal.


Setelah berpantang, rasa badan dah sihat, emosi dah stabil, maka bolehlah plan to conceive again. Lagi bagus kalau jumpa pakar O&G dulu dan dapatkan nasihat yang sepatutnya. 


Faktor kesihatan amat penting jika pasangan suami isteri ingin menimang cahayamata. Kesihatan bukan hanya pada isteri yang akan menjadi ibu tetapi juga suami. Ini kerana, proses persenyawaan melibatkan kedua-dua pihak. Infertiliti atau ketidaksuburan bukan hanya berlaku pada wanita tetapi juga lelaki. Kadang kala, isteri sudah cukup bersedia untuk hamil tetapi sperma suami yang mempunyai masalah. 

Adakah suplemen untuk kesuburan suami? 

Ya, ada. Saya sudah kerap kali memberikan konsultasi dan juga menerima pelanggan yang inginkan set kesuburan suami isteri. Sememangnya Shaklee ada set suplemen untuk tujuan kesuburan suami isteri ini. Alhamdulillah, (dengan izin Allah jua tentunya) ramai yang dah menyampaikan berita gembira setelah memgambil set ini. 

Apakah Set Kesuburan Shaklee?

Berikut merupakan beberapa jenis vitamin yang diambil secara bersama untuk tujuan kesuburan. Vitamin-vitamin ini akan bekerjasama untuk memperbaiki sistem tubuh terutamanya reproduksi lelaki dan wanita. 

Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai "vitamin cinta".Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. Pengambilan vitamin e juga membantu suami isteri menikmati hubungan intim yang lebih mesra.

 Zinc -
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (DeoxyriboseNucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga  membantu telur wanita menjadi matang, hanya telur yang matang dapat disenyawakan.

Alfalfa – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak sebagai perapat). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu dalam  masalah PCOS.

GLA Complex – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, kemudian terus ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


Saya sangat syorkan anda cuba Set Kesuburan Shaklee ni. Mungkin ini yang anda belum cuba, mana tahu ini asbabnya anda akan dapat pengganti yang hilang. Jujur, saya amalkan semua vitamin dalam set di atas masa saya merancang untuk hamil. Kemudian saya teruskan selepas anak saya lahir sehinggalah umurnya nak masuk 1 tahun hujung bulan Oktober ni. Suplemen Shaklee tidak terhad untuk satu-satu tujuan sahaja tapi untuk kesihatan secara menyeluruh. Jadi tidak ada istilah membazir.

Tentu saja, untuk tujuan kesuburan ada cara-cara pengambilan yang tertentu yang saya akan bagi eksklusif untuk mereka yang membeli daripada saya sahaja. In sha Allah saya juga akan share beberapa zikir dan doa yang bersesuaian untuk tujuan mendapatkan zuriat. 

Bonus! Bulan Oktober 2015 ini ada promosi Vita-E Buy 1 Free 1 dan juga GLA Buy 2 Get 5% Off / Buy 6 Free 1. Jadi, memang untung sangat jika anda dapatkan Set Kesuburan Shaklee ni di bulan Oktober ini.


Poster rasmi Shaklee

Nak beli terus secara onlin dengan Shaklee? Boleh saja. KLIK icon Esell di bawah ini.



* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara online dan Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri PutraBandar Bukit Mahkota, Bangi LamaKUISUKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kami nak buat STOCK CLEARANCE di hujung Oktober ni.
Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK) terpilih untuk anda dapatkan murah-murah sahaja. Buku ini best, sarat dengan pengisian daripada kisah benar penulisnya sendiri. Bagaimana beliau menikmati kesusahan it sebagai satu kesenangan selepas nekad berhenti kerja.


Harga asal RM18 sebuah
Harga clearance: BELI 2 @RM30 sahaja!
Cepat-cepat hubungi kami,
SMS/ WHATSAPP / TELEGRAM ----> "BKAK" ke 012 3302067 (Mai)

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

ASMAUL HUSNA POCKET GIFT (DESIGN BARU)

Alhamdulillah, awal Oktober baru ni penerbit dah lancarkan design dan warna terbaru Pocket Gift Asmaul Husna ni. Dulukan satu design dan satu warna sahaja iaitu turqouise. Atas permintaan ramai, ada 8 lagi design dikeluarkan dengan pelbagai warna dan menariknya ada yang corak bunga-bunga jugak. Memang rambang mata nak pilih yang mana satu untuk dijadikan gift majlis kita, betul tak?



Design sedia ada - warna turqouise 
masih available untuk tempahan


Gambar dan Senarai Asmaul Husna Design Terkini


















Bagi memudahkan urusan memilih design yang mana satu pilihan pelanggan, kami dah sediakan kod masing-masing untuk setiap design. Ada kod AH 1 hingga AH 8. Kalau nak turqouise, bagitau sahaja warna turqouise design lama. 

Oh ya, sebelum terlupa..untuk makluman, hanya pocket / sampul asmaul husna sahaja yang berlainan corak dan warna. Isi dalam asmaul husna iaitu bookletnya semua sama, berwarna coklat. Warna coklat dipilih sebab warnanya natural dan boleh disuaipadan dengan semua warna dan corak sampul. Boleh tengok macam mana rupa booklet dalam gambar-gambar di atas. Boleh juga tengok kriteria material DI SINI. 

Harga Asmaul Husna Pocket Gift

Harga AH Pocket ini masih sama macam sebelum ini, iaitu RM2 / pcs. Jika pembelian secara borong (50pcs ke atas), anda boleh dapat harga yang lebih jimat:)

Harga tidak termasuk kos pos. Kos pos adalah mengikut berat tempahan. Pilihan kurier yang ada ialah Poslaju Malaysia, Pos Bungkusan Malaysia dan Citylink

#asmaulhusna
#asmaulhusnapocket
#freegift
#doorgift
#goodies
#doorgiftislamik
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pocket gift ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

 

Belajar bahasa Melayu di Malaysia untuk Khalayak Antarabangsa




MODUL BAHASA MELAYU UNTUK KHALAYAK ANTARABANGSA DI ATMA ini merupakan satu insiatif yang dilakukan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM untuk membuka ruang kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu di Malaysia. Anda mungkin datang ke Malaysia untuk tujuan-tujuan tertentu seperti internship, melancong, kursus jangka panjang, mengumpul data, program pertukaran pelajar, kajian lanjutan budaya Malaysia, atau datang untuk bekerja di sini. Namun, anda perlu menguasai bahasa Melayu, setidak-tidaknya pada atahap asas bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih baik apabila bersama rakyat Malaysia.

Berikutan itu, ATMA mempelawa anda mengambil modul bahasa Melayu ini di ATMA, dan ianya merupakan satu kursus jangka pendek. Modul-modul ini terdiri daripada 5 tahap iaitu tahap asas hinggalah tahap kemahiran yang tertinggi. Tahap akan ditentukan berdasarkan temuduga dan ujian ringkas yang diadakan sebelum kelas bermula. 




Setiap tahap terdiri daripada 100 jam pembelajaran di dalam kelas dan latihan amali / aktiviti lapangan. Kelas ini dinamakan sebagai Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu. Konsep kelas ini ialah pembelajaran secara intensif, bermakna nisbah guru dan pelajar tidak melebihi 1:4. Ini bagi membolehkan pengajaran dilaksanakan dengan optimum dan perhatian dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. 

 Keita Shirono dan Kazumi yang bersemangat di hari pertama sesi tahap 1

Kohei Fujita suka sangat agar-agar santan tradisi Melayu

Riho Tanaka sedang menonton Upin Ipin dalam salah satu sesi pembelajaran

Bilik rehat pelajar

Yuran

Yuran keseluruhan kursus di setiap peribgkat berharga RM1800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan kadar RM4500.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan  pelajar. 

Visa Pelajar

Visa pelajar hendaklah diuruskan untuk pelajar yang mendaftar kursus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Visa pelajar ini memboleh pelajar memohon ID Pelajar UKM untuk menggunakan semua kemudaha yang ditawarkan Universiti.

Hubungi ATMA

Jika anda atau kenalan anda berminat untuk mendaftar kursus ini, bolehlah menghubungi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di talian 03-89215280 atau hubungi terus penyelaras program bahasa Melayu di talian 016-9924019 (Dr. Junaini).