Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari,
CARA-CARA SEDEKAH SUBUH…langkah demi langkah
Ramai yang ketinggalan untuk mengikuti pos yang lalu tentang tatacara melaksanakan SEDEKAH SUBUH.
Sebenarnya saya cuba scroll balik pos tu, tapi agak sukar kerana dah jauh sangat…
Jadi, saya perturunkan di sini dengan penambahbaikan daripada pos bertarikh 11 Oktober 2014 yang lalu.
CARA-CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
LANGKAH-LANGKAH
1. Sediakan satu bekas yang boleh diisi duit. Saya cadangkan bekas kuih raya plastic bertutup merah yang jernih warnanya (atau apa saja bekas yang sesuai)
Rasional langkah 1
• Lestari – kitar semula
• Mudah dan murah
• Nampak duit kita terkumpul sebab warna bekas tu jernih –
jadi motivasi
2. Tulis nama anda dan lekatkan di tabung itu jika ramai yang nak buat dalam rumah anda (tak tulis pun tak berdosa!)
Rasional langkah 2
• bertanggungjawab terhadap tabung anda sendiri
3. Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut – seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu
Rasional langkah 3
• Biar sikit asal istiqomah
• Sederhana dalam amalan
4. Semasa anda memasukkannya, niatlah dalam hati tentang hajat @ apa keperluan anda – mudah-mudahan Allah perkenankan
Rasional langkah 4
• Tidak salah memohon dari pemilik kita
• ALLAH tempat meminta
• Jgn fikir ikhlas @ tidak sebab utk ikhlas kena latihan
5. Selepas itu doa (ringkas saja dlm Bahasa Melayu pun boleh dan yakinlah bahawa setiap janji ALLAH benar)
cth: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.
Rasional langkah 5
• Bertawasul dengan amal soleh
• Membentuk keyakinan ke peringkat haqqul yakin
6. Teruskan setiap subuh hingga cukup 40 hari @ 30 hari -
tak salah kalau tiap-tiap hari nak pergi beri sendiri ke rumah
anak yatim
Rasional langkah 6
• Untuk membentuk sikap istiqomah – tekal bukan
bermusim
• Untuk menjimatkan masa sebab waktu pagi adalah sibuk
dengan urusan pergi kerja/sekolah dll
7. Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK (boleh juga waktu bila-bila pun buat sebab sedekah ni tak ada had masa)
Rasional langkah 7
• Setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang
membuat amal soleh. – rebut peluang ini dengan iringan doa
malaikat.
8. Setelah 40 hari terus keluarkan untuk dibuat agihan –
teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.
Tidak menjadi kesalahan jika tak cukup 40 hari – misalnya saya buat “calling for SEDEKAH SUBUH” – jadi tuan/puan boleh keluarkan walaupun baru 1 minggu kerana nak jemaah dengan Team Sedekah Subuh melaksanakan 1 projek – tetapi esoknya kena sambung seperti biasa.
Rasional langkah 8
• 40 hari ini hanya latihan utk istiqomah
• Juga utk membentuk kesabaran
• Juga utk menguji keimanan – sejauhmanakah kita amanah
menjaga duit sedekah selama 40 hari tu
• Untuk memudahkan @ Jika mampu pergi cari fakir miskin
setiap subuh setiap hari(ini lebih baik)
9. Jika outstation masih teruskan, lepas subuh, asingkan duit yang hendak disedekahkanitu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh kita. Iaitu dipindahkan ke tabung yang sedia ada.
Rasional langkah 9
• Supaya kita tetap melaksanakan sedekah walaupun
berada di mana sahaja
APA JADI KALAU SAYA TERLAJAK SUBUH?
Teruskan sedekah seperti biasa dan berazam dengan sebenar-benarnya esok saya akan sedekah pada waktu subuh.
BOLEH TAK KALAU SAYA SEDEKAH SUBUH TAPI TIDAK SOLAT SUBUH?
Solat itu wajib, sedekah itu sunat. Amalan wajib mesti dilakukan kalau tidak bagaimana hendak mengira amalan sunat jika wajib tidak dibuat? Boleh sedekah, tetapi adakah diambil kira oleh ALLAH?..
APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?
Saya cadangkan:
1. Joint Team Sedekah Subuh. Kami membuat projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan. (rujuk facebook : Sedekah Subuh atau Mahawa Pilus)
2. Tuan/puan boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah)
PANTANG LARANG:
Duit yang telah tuan/puan sedekahkan (walaupun masih Nampak di mata dalam tabung sedekah subuh itu) tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi kerana sebaik sahaja tuan/puan mengeluarkan wang dari dompet/saku tuan/puan untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH…agihkan kepada mereka yang selayaknya.
PERINGATAN
Allah akan beri dalam bentuk:
1. Ketenangan hati
2. Material
3. Kemudahan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli
keluarga
4. Kesihatan
5. Dan sebagainya
Allah memberi mengikut keperluan seseorang kerana ALLAH lebih mengetahui.Ini serah kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang tahu apa sebenarnya keperluan anda. Allah juga akan beri secara
1. Cash – segera
2. Lambat
3. Beri di dunia
4. Beri di akhirat
BOLEHKAH KALAU SAYA TAK MAHU KUMPUL 40 HARI TETAPI NAK AGIH TERUS?
Sangat baik dan saya ucapkan tahniah kepada anda jika anda dapat melaksanakannya setiap hari dalam waktu yang ditentukan.
BUKANKAH CARA INI MACAM TAK IKHLAS? MENGHARAP BALASAN…
Bila buat sedekah subuh ni niat macam-macam, nak mintak macam-macam, macam tak ikhlas pulak, nak balasan…(mungkin persoalan ini ada dalam minda anda) Ikhlas itu milik Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sipenderma ikhlas atau tidak.Dan adakah mengharapkan balasan itu salah? Dan adakah meminta dari ALLAH itu salah? ALLAH memiliki segala kerajaan di langit dan di bumi, ALLAH sentiasa menunggu kita meminta dariNYA…DIA memiliki sekunjur jasad dan roh kita, kenapa rasa bersalah meminta dari DIA dan tidak bersalah meminta dari makhluk ciptaanNYA?
Ikhlas perlu latihan, bertatih, berlatih, jatuh bangun, tersungkur, hingga sampai satu masanya nanti kita akan jadi ikhlas….tunggu sajalah saatnya akan tiba, tanpa latihan begini, agak sukar kita mencapai ke tahap tersebut.
Bagi sesiapa yang ingin Sedekah Subuh mereka menjangkau pelbagai projek sama ada dalam atau luar negara walaupun sedekah anda hanya sedikit. Jangan ragu-ragu untuk bank in ke MAYBANK NO 562263519387 AKAUN RASMI PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEDEKAH SUBUH. masukkan ke sini dan akan diuruskan oleh team Sedekah Subuh. Buka page SEDEKAH SUBUH @FB Mahawa Pilus atau GROUP MMR DAN SEDEKAH SUBUH untuk melihat ke mana wang anda disalurkan. Jazakallahu khaira.
DESCLAIMER
Cara spesifik yang diajarkan ini bukanlah satu-satunya cara sedekah subuh dan bukanlah menganggap membuat tabung sedekah subuh itu sebagai sunnah. Ada banyak cara lagi, dan boleh diinovasikan selagi tidak bercanggah dengan syarak.
KEMUSYKILAN?
Hubungi Mahawa Pilus di talian 016-3283909 atau facebook Mahawa Pilus atau Sedekah Subuh.
Jika anda ingin mendapatkan buku-buku berkaitan rezeki, buku-buku di bawah ini merupakan antara buku bestseller dan memberi impak kepada pembaca. Ada yang mampu berubah sehingga 360% darjah selepas membaca buku ini, segalanya dengan izin Allah jua.
Dari kiri: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki RM18/RM20 (SS)
Buku Allah Tempat Meminta RM18/RM20 (SS)
Buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan RM18/RM20 (SS)
Buku Bisnes Cara Kami oleh Felinna Ed Fattah dan suami RM28/RM30 (SS)