Buku Bisnes Cara Kami by Felinna ini terus jadi buku paling laris di kedai kami @bukumaia. Alhamdulillah. Kami pun baru je restock BCK ni, dah dah menyusut dengan jayanya. 

Apapun, jangan risau sebab kami akan terus restock selagi mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembaca-pembaca semua.

Berapa harga buku Bisnes Cara Kami ni?



Harganya cuma RM28 / RM30 (Sabah Sarawak) tidak termasuk kos pos. Kos pos bagi sebuah buku menggunakan Poslaju ialah RM7 / RM11 (Sbh Sarawak). Jika anda tempah lebih daripada sebuah, kos pos berubah mengikut berat buku.

Bagaimana nak buat pesanan buku Bisnes Cara Kami?

Mudah saja caranya.

Pertama sekali, anda hanya perlu hubungi kami melalui mana-mana medium yang kami akan nyatakan di bawah. Kami boleh dihubungi melalui SMS/WHATSAPP/TELEGRAM dan juga FACEBOOK FANPAGE. Emel juga ada tetapi mungkin respons agak lambat. Jadi, kami galakkan anda hubungi kami melalui WHATSAPP/ TELEGRAM / SMS. Lebih mudah. Nyatakan anda mahu tempah buku BCK dan kuantiti. Kami akan layan anda secepat mungkin.

Seterusnya kami akan memberitahu jumlah bayaran yang perlu dijelaskan mengikut tempahan anda. Anda boleh membuat pembayaran ke akaun kami sama ada melalui kaunter bank, cash deposit machine ataupun pindahan secara online. Setelah pembayaran dibuat, maklumkan kami beserta bukti pembayaran dan berikan nama, alamat dan no phone penerima tempahan anda.

Kami akan pos tempahan anda, tertakluk pada waktu operasi syarikat dan kurier. In sha Allah, sudah ramai yang berpuas hati dengan servis kami. Kami tidak suka delay tempahan pelanggan.

#bisnescarakami
#bukufelinna
#bisnesmuslim
#bukuniaga
#bukumaia
#bukuonline
#pengedarbck
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Berdaftar MMR, ATM, Legacy dan Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia
Catatan ini diambil daripada tulisan Ustaz Ebit Lew. Semoga menjadi teladan buat kita semua, termasuk saya juga. 
********************************************************************************************************

Semasa berjalan di pasaraya sebak bila tengok sepasang suami isteri bawa anak. Isteri tolak troli. Beli barang hampir penuh troli. Bawa anak-anak 3 orang berlari sana sini. Suami boleh sibuk dengan hp jer. Tengok hp. Pegang tangan anak sikit-sikit..sehingga isteri bayar. Suami buat tak tahu. Masuk kereta pun pegang hp lagi. Melintas jalan raya tengok hp. Lupa isteri dan anak-anak..
Saya perhatikan suami sibuk jer dengan hp..tak peduli isteri dan anak-anak. Tak tolong pun. Tak tengok pun. Berjalan sekali tapi macam takde. Senyum seorang diri. Muka macam tak sedar. Kalau tanya anak dekat mana or apa-apa mesti tak sedar..usah tanya pendapat barang apa nak beli...
Waktu lain saya tengok seorang lelaki makan dengan keluarga. Isteri sibuk layan anak-anak kecil makan. Isteri dah rasa nak menjerit tengok anak-anak makan. Jatuhkan sudu. Nak main lagi. Tumpah. Meja makan dah tak rupa meja. Berebut makanan. Menangis lagi. Yang kecil nak susu..
Suami bagaikan batu karang yang tetap walau dipukul ombak...sibuk tengok hp. Sambil suap makanan dalam mulut. Sambil sebelah lagi pegang hp tak berhenti.
Lagi malang saya pernah nampak seorang lelaki bawa kereta sambil tengok hp. Kereta ke kiri ke kanan..tak menentu. Sedangkan ketika itu kereta penuh dengan isteri dan anak-anak...ya Allah...
Saya lihat orang ambil anak di sekolah. Suami main hp. Isteri mengandung perut besar turun dari kereta bawa seorang anak nak ikut dan ambil anak. Mana nak pegang beg. Pegang anak. Suami bertenang tunggu dalam kereta. Sedangkan dah parking elok-elok..
Lebih malang bila seorang ketua pemimpin keluarga duduk di rumah bersama keluarga tapi tangan sibuk tengok hp. Dari sampai rumah katalah 8 malam. Tengok hp sampai isteri dan anak-anak tidur...tak tahu masa bila isteri dan anak-anak tidur.
Sebelum tidur sepatutnya tidurkan anak-anak. Masing-masing tengok hp. Bangun tidur tengok hp. Lupa nak tengok isteri dan anak-anak ada di rumah atau tidak. Hidup atau mati...
Ya Allah...apalah yang telah menimpa kita hari ini. Kita dijadikan dengan tujuan yang lebih besar. Sedarlah..berilah hidayah pada kami semua.. Kita adalah khalifah. Kita pejuang. Kita hamba Allah. Ciptaan terbaik. Hiduplah dengan cinta. Hidup dengan sedar dan hadirkan rasa bertuhan dalam hati. Merasai kebesaran Allah..
Pandang isteri dengan kata ya Allah cantiknya ciptaanMu. Indahnya bidadariku kurniaanMu. Sejuk hati dan pegang tangan mereka erat dan kata wahai bidadariku, terima kaseh sudi menjadi penyejuk hatiku..pelengkap hidupku. Teman perjalanan setiap hari sampai ke syurga..
Bersama dukung anak-anak dengan rasa sayang. Peluk cium mereka..
Ajar Al-Quran dan Hadis Nabi saw dalam rumah. Umar ra boleh kejut keluarga setiap malam tahajud. Bagi tazkirah dalam keluarga. Dia khalifah. Pemerintah paling sibuk. Paling banyak berjuang dan berkorban.
Menghargai keluarga. Hidup dengan cinta dan perasaan. Bukan nak jadi terlalu baik atau romantik..' . Cuma cukuplah jadi orang peka dan hidup dengan perasaan.
Bila kita hilang rasa sayang dan tanggungjawab pada keluarga,Allah tarik rasa bahagia dalam hati. Kita berjalan, makan minum, berkeluarga tapi seperti orang mati. Tiada lagi rasa tenang dan bahagia. Orang berzikir ialah orang yang sedar. Hidup dengan cinta dan perasaan. Lalui hidup dengan cinta. Melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Itulah kenikmatan dunia ini. Kata Saidina Ali ra, nikmat atau berjaya dunia bila dapat isteri solehah. Bagaimana nak dapat isteri solehah sekiranya tak sedar kehadiran isteri itu disisi. Tak sedar dan ambil tahu untuk bawa mereka berjuang dan belajar Islam. Tak tahu solat mereka. Tak ambil tahu siapa kawan mereka. Dengan siapa mereka. Keadaan mereka..
Bila iman menjalar dalam hati. Orang paling penakut jadi paling berani. Orang paling pemalas jadi paling rajin. Orang yang kasar dan keras menjadi penyayang dan lemah lembut-ebit lew

Bismillahirrahamanirrahim
Salam Jumaat yang berkat.
Genggam bebetul ilmu ini
merawat sales yang tak kunjung tiba
+ perbaiki solat 5 waktu (kearah kesempurnaan)
+ banyakkan solat sunat
+ jaga sangkaan baik
+ pelihara lidah dari cakap sia sia
+ sentiasa bersedekah
+ bacalah al Qur'an walau sepotong ayat
Allah maha segala galanya dan Allah maha mengetahui hati kita.
p/s: status ini dipersilakan copy paste boleh, share boleh, like boleh, komen Alhamdulillah boleh.


...APABILA KITA MENIKMATINYA DAN MENSYUKURINYA.



Gambar Hiasan:   Kek Mahal VS Kek Murah


Balik kerja tadi, saya singgah sebentar makan di sebuah kedai. Sedang saya menikmati hidangan saya seorang diri, saya ternampak sebuah keluarga datang dan duduk bersebelahan dengan meja saya. Si ayah meminta pesanan makanan yang paling special dalam kedai tu mengikuti permintaan si anak. Dan saya pasti makanan yang paling special, tentu mahal harganya. Sampai sahaja makanan, si anak ambil dan makan sedikit. Tiba-tiba, mukanya berkerut dan dia berkata dengan suara yang agak kuat.
"Ayah, makanan ni tak sedap. Dahlah harga mahal, makanan tak sedap"
Ayahnya pantas membuat isyarat jari di mulut, dan menyuruh anaknya terus sambung makan seperti biasa. Anaknya sedikit tidak berpuas hati dan terus meluahkan perasaan seorang diri.
Saya diam. Saya teringat. Beberapa hari lepas, saya pernah ternampak seorang makcik dan anaknya, makan berkongsi burger yang sama. Selera betul mereka makan. Walhal, mereka hanya makan makanan biasa saja.
"Hakikat Rezeki" saya terdetik.
"Ada orang, tuhan rezekikan dia makanan. Kualiti makanan dia hebat. Sekali makan, mahal bilnya. Tapi, tuhan tak kurniakan selera, makan mahal mana, masih tak memuaskan hatinya"
"Kita selalu cakap dengan diri sendiri. Wahai tuhan, tengoklah orang tu, rumahnya besar, keretanya mahal, isterinya cantik, mesti dia bahagia, dapat tidur dengan lena, walhal belum tentu tuan rumah merasakan perkara yang sama. Kita selalu cakap bila tengok kawan kita yang berjaya, tuhan tengoklah dia, kerja bagus, gaji besar, tentu dia bahagia, walhal dia terhimpit dengan bebanan hutang, sukar menguruskan kewangan yang besar"
"Demikian tuhan, membahagi-bahagikan rezekinya. Jangan kita sangka kita tak dapat rezeki. Ada. Tuhan ada bagi rezeki untuk kita."
Bersyukurlah wahai diri.

#thepowerofsyukur
#mudahnyemenjemputrezeki
#bisnescarakami
#Allahtempatmeminta

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku-buku di kedai maya kami, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Berdaftar MMR, ATM , Legacy dan Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia



TeknikBAD hanyalah sekadar sesi dialog dengan Allah. Antara hamba dan Pencipta. Seperti kita berbual dengan manusia. Namun, sesi dialog ini adalah lebih premium dan eksklusif antara hamba dan Pencipta.

Ada beza antara monolog (bercakap dengan diri sendiri) dan bercakap dengan Allah. Ketika kita marah, andai saat itu kita bercakap dengan Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang.

Berbeza dengan monolog, bercakap dengan diri sendiri. Yang seterusnya berkemungkinan besar diperdaya oleh syaitan, untuk terus-menerus mengeluarkan kemarahan itu seperti baling barang dan sebagainya.

Adakalanya kita perlu menjadi seorang kanak-kanak (walau saat ini kita adalah orang tua) apabila berdialog dengan Allah. Seperti ketika kita masih kecil. Adakalanya kita bercakap dengan Dia. Menjadikan Allah sebagai sahabat yang akrab untuk kita luahkan segalanya.

Cuma, kehadiran buku ini, hanya sebagai ulang kaji, bahawa aktiviti berdialog dengan Allah, telah lama kita tinggalkan. #KisahSuksesBAD, ia kelihatan seperti sesuatu yang baru orang tahu tentang berdialog dengan Allah.

“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya.”
 (Surah al-An‘am 6: Ayat 60)

#bertanyaAllahdahulu
#bukubad
#bukuonline
#bukumotivasi
#bukuagama
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Berdaftar MMR, ATM dan Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia


Penawar Gout...
Jangan bergantung dgn ubat kimia. Jika Anda ada Gout Cukup Minum Ramuan Ini Sekali Saja!
Untuk yang ada masalah gout, saya berpengalaman 20 tahun. Sy tk mampu sholat kerana lutut bengkak tak boleh dibengkokkan. saudara sy beri kapsul Gout dari Amerika, saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.
Dengan izin Allah SWT sy ditemukan dgn orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya umur 90 tahun yang kelihatan lebih tua. Dia tanya sy sakit apa ya? Sy jawap Gout Pak. Cuba cari sebiji nanas yg masak & satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar tambah 3 biji buah keras, jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus.
Berapa kali minumnya?. Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yg beterusan minum lah 3 bulan sekali . Saya buat sebagai mana yg diajarkan, gout sy dah hilang sama sekali, sembuh sepenuhnya Alhamdulillah! Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout sy dah ucapkan selamat tinggal.
- 1 biji Nenas yg masak 
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.
Selamat mencuba. Semuga bermafaat.

Perkongsian daripada Dr. Umar Kassim di facebook beliau.

Saya tunjukkan di sini gambar bahan-bahannya supaya mudah mencari, jika tak kenal yang mana satu.