Lama ke baca Yaasin?


Dulu saya pun fikir macam tu. Agaknya terpengaruh dengan bisikan syaitan.


Bila dah cuba baca Yaasin di waktu senggang, alahai 10 minit dah selesai. (Kelajuan sederhana dengan bacaan lancar tanpa tadabbur makna).

Jom luangkan kurang 15 minit masa kita untuk baca Al-Qur'an.


Sedikit tips, saya turunkan kepada anda pembaca yang saya kasihi sekalian.
Tips ini saya dapat daripada Dr.Umar Kassim, salah seorang pemegang PhD yang saya kagumi. Saya dapat sendiri tips ini one to one (online) daripada beliau. Inilah salah satu amalan yang beliau lakukan, dan ajar saya untuk amalkan dalam usaha keluar daripada kesempitan.

1- Buat solat dhuha 6-8 rakaat (dua rakaat satu salam), setiap hari. 
2- Selepas itu, baca surah Yaasin sehingga habis dalam sekali bacaan.

Saya sudah amalkan sejak awal tahun 2016, cuma saya tidak ada kesempatan membaca Yaasin selepas solat dhuha kerana kelas saya penuh. Cuma ada senggang waktu setengah jam (saya luangkan untuk solat dhuha). Jadi, saya baca Yaasin masa dalam perjalanan ke tempat kerja (dalam tren, masa tunggu bas, dalam bas) ikut mana yang sempat asalkan masih dalam waktu dhuha. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah banyak perubahan yang saya nampak, banyak kelapangan yang Allah beri pada saya. Jadi, jom lah amalkan. Tak lama pun nak baca Yaasin. Kalau tak dapat pun dalam waktu dhuha, bacalah pada waktu yang lain dalam hari yang sama. In sha Allah ada kesan yang kita akan rasai.



**saya suka Yaasin mini ni, mudah dibawa, mudah dibaca, tahan lasak tak mudah rosak.

Nak iklan sikit:)

Jika anda berminat membuat pembelian surah Yaasin sebagai wakaf, doorgift dan seumpamanya, saya merupakan pengedar Yaasin, Buku Mini Asmaul Husna dan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki serta surah Al-Kahfi.





Jika anda juga berminat nak dapatkan buku-buku mini dan Yaasin ini, dipersilakan hubungi kami melalui medium-medium di bawah.


Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan “Syarahan Umum Siri 12/2016: Pengurusan Masa Di Alam Pascasiswazah”.

Untuk makluman Tuan/Puan, Syarahan Umum ini akan sampaikan oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin , Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Pendaftaran: SILA KLIK DI SINI


Tarikh
:
28 JULAI 2016 (Khamis)
Masa
:
9.00 a.m. – 12.00 p.m.
Tempat
:
Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, UKM



Sinopsis

Syarahan ini bertujuan untuk membantu pelajar pascasiswazah mengurus masa dengan baik dalam pengajian mereka disamping mendepani cabaran yang dihadapi sebagai seorang pelajar pascasiswazah. 

Antara laluan pengajian yang menjadi igauan pelajar pascasiswazah adalah;

- Tidak serasi dengan penyelia
- Pasangan lebih berkuasa daripada penyelia
- Tajuk yang tidak digemari
- Data yang tidak mencukupi
- Salah strategi pembelajaran
- Sistem sokongan yang rapuh
 - MASA YANG TIDAK MENCUKUPI

Kemampuan mencari jawapan APA, MENGAPA, BILA, BAGAIMANA mampu membantu meringankan beban perjalanan penulisan tesis di alam pascasiswazah.

Latarbelakang penceramah:



Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin merupakan Pengarah, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA). Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM) pada tahun 1985, MA (London) pada tahun 1988 dan PhD (UM) 1995. Beliau berjaya menyiapkan penulisan tesis PhD dalam masa 1 tahun 4 bulan.

Hadiah/Anugerah yang beliau terima:-

2011 Anugerah Inovasi Penerbitan (Makalah/ Jurnal)

2012 Anugerah Penerbitan Cemerlang (Makalah/ Jurnal)

2012 Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kongres Pengajaran UKM

2013 Anugerah Kertas Kerja Terbaik (tmpt ke 3) di World Congress on Educational Sciences, Rome Italy.

2013 Anugerah Penyelidik Cemerlang

2014 Anugerah Penyelidik Terbilang

2014 Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

2016 Anugerah Prestasi Tahunan Cemerlang
Antara Bidang Kepakaran beliau adalah: 

1. Sejarah Intelektual Melayu: Kajian Teks Melayu Tradisional Zaman Pra Kolonial
2. Pemetaan Isoglos Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System (GIS)
3. Teori dan Praktis dalam Leksikografi: Pendekatan Pengajaran Eklektik
4.  Kognitif Minda Melayu dalam Simpulan Bahasa
5.  Geolinguistik dan Geospatial Dialek Melayu di Perak
6.  Khazanah Alam, Pantun dan Permainan Bahasa Kiasan di KL East Ecopark (Melawati)
7. Akal Budi Melayu dan Elemen Sains dalam Peribahasa Melayu
8. Pelestarian Tamadun Melayu di Langkawi dan Satun, Thailand






Alhamdulillah, Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki ini masih mendapat tempat di hati pelanggan-pelanggan kami di seluruh Malaysia. Rasa baru je penerbit buka pre-order Ramadhan hari tui, Syawal dah buka pre-order semula. 

Jadi, buat anda yang sedang mencari-cari cenderahati untuk pelbagai tujuan seperti #majlisperkahwinan, #majlisbertunang, #aqiqah, #doaselamat , #doorgiftseminar , atau saja-saja nak bagi #freegift untuk customer anda, tempahlah dengan kami segera! Tempahan pre-order ini sudah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 22 Julai 2016. Untuk makluman, bagi melancarkan segala urusan tempahan dan penghantaran, semua pre-order memerlukan pembayaran secara penuh termasuk kos pos. Bercakap tentang pos ni, jika anda buat pre-order, anda memang untung sebab kos posnya sangat-sangatlah murah, dan hanya satu harga pos walau berapa pun kuantiti yang anda tempah. Eksklusif untuk pre-order sahaja:)

Trend Buku Mini MMR sekarang ini, dicetak oleh penerbit dalam kuantiti yang tidak sebanyak dahulu. Jadi, ready stock pada penerbit dan agen tidak begitu banyak. Cadangan saya, jika anda berhasrat menempah buku ini terutamanya dalam kuantiti yang besar, buatlah tempahan dalam tempoh pre-order.In sha Allah, anda akan puas hati dan senang hati kerana tempahan anda sudah tentu kami reserved. Jika anda mengharapkan ready stock pada kami, kami risau stock itu tidak dapat bertahan lama. Pernah berlaku, sebaik sahaja selesai dicetak, lebih kurang 2-3 hari ada pelanggan saya yang mahu membeli buku Mini MMR dalam kuantiti 1-2 ribu unit. Malangnya, 1 jam sebelum itu, stok buku penerbit juga sudah dibeli kesemuanya oleh pelanggan yang lain. Penerbit langsung tak sempat bawa balik pun dari kilang. hehe. 

Baiklah, cakap-cakap juga, tapi bagaimana nak order ni?

Jika anda juga berminat nak dapatkan Buku Mini MMR ini, dipersilakan hubungi kami melalui medium-medium di bawah.

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia


Alhamdulillah, dah 10 hari Syawal diraikan. Saya harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada para pembaca. Maaf juga kerana blog ini dah lama tak terupdate. Sungguhlkah waktu mencemburui.

Ok, macam mana puasa dan saya 1437 H ni? 
Pada pandangan saya, puasa dan raya tahun ni agak tenang berbanding tahun-tahun yang lepas. Tak pastilah kot kot saya je rasa macam tu. Tapi, memang macam tu kot. Antara faktornya mungkin kegawatan ekonomi negara dan rakyat Malaysia sendiri. Saya lihat umat Islam d Malaysia tetap menyambut Ramadhan dan Syawal dengan meriah, tetapi sedikit berhemah. Masih lagi membeli baju raya, kuih raya, namun secara terkawal. Betulkan?

Lagi satu faktor mungkin faktor cuti raya. Cuti raya kali ni, orang KL beransur-ansur balik ke kampung sebab cuti sebelum raya agak panjang. Yang cuti awal balik kampung awal, yang cuti lewat sikit balik dekat-dekat nak raya. Jadi kurang la sikit jem tu. Cuma masa nak balik ke ibu kota je ada jem dalam sehari dua.biasalah tu, tak jem bukanlah raya namanyakan?

Rumah terbuka? Ini hujung minggu pertama. Ramai la yang buat minggu ni. Tapi saya rasa hujung bulan nanti lagi ramai kot yang buat, sebab dah gaji:)

Macam mana puasa dan raya keluarga kami tahun ni?

Alhamdulillah, saya rasa puasa dan raya tahun ni antara yang paling menarik walaupun sederhana. Ada beberapa sebab, mengapa saya rasa menarik.

Pertama sekali, anak saya Sofiy dah darjah 1 dan belajar puasa tahun ni. Walaupun dia tak dapat puasa penuh, sebenarnya tak plan pun nak suruh puasa penuh..tapi alhamdulillah dia merasa la puasa yang sebetul-betulnya. Maksudnya bangun sahur sampai la berbuka sama dengan kami yang dewasa. Tahun lepas, masa umur 6 tahun,  dia sahur pukul 7 pagi..hehe..kira tak betul-betul puasa la kan.

Kedua, tahun ni juga kami ubah jadual kami dalam bulan puasa. Tahun ni, masjid sebelah rumah ni memang allocate sejumlah kewangan untuk menaja orang yang berbuka puasa setiap hari. Jadi, kami ambil peluang ni untuk berbuka di masjid. Hari pertama, suami seorang je berbuka di masjid tapi kemudian dia beritahu ramai je jemaah perempuan yang berbuka kat sana. Puasa hari kedua, kami cuba berbuka kat sana dengan anak-anak. Mula-mula agak stres jugalah sebab Farhan memang tengah ligat. Mana nak buka puasa, mana nak layan Sofiy berbuka, mana lagi nak melayan Farhan yang dok berlari sana-sini. Alhamdulillah, lama-lama anak pun dah makin biasa. Saya pun tak makan berat di masjid, makan kurma, kuih, minum air je. Lepas Maghrib baru makan malam.

Ketiga, walaupun saya tak qiamullail dan iktikaf di masjid, tapi seronok tengok suami ke masjid tiap-tiap malam untuk iktikaf dan qiamulllail. 

Keempat, kami nampak apa yang Allah aturkan, walaupun kami tak pernah merancang sesuatu itu. Contohnya, kuih raya dan baju raya. Kami memang tak plan nak shopping baju raya tahun ni. Baju raya tahun lepas-lepas pun cantik lagi. Baju anak-anak pun memang muat lagi sebab Sofiy ni tak membesar sangat pun. Tapi, Allah hantar orang yang budiman yang sedekahkan baju raya untuk anak-anak. Alhamdulillah. Sungguh, bukan kami minta. Kuih raya pun sama, saya order 2-3 jenis je tapi orang bagi berjenis-jenis. Syukur.

Sama juga halnya dengan perancangan balik beraya ke kampung. Kami terpaksa untuk tidak fikir tentang balik beraya di kampung kerana keadaan kereta kami tidak mengizinkan. Sakit teruk kereta kami tu, kena pembedahan berskala besar baru ok.hehehe..takpun beli yang baru je. Tapi belum ada rezeki lebih lagi untuk kereta. Tapi, di saat akhir, sehari lagi nak raya entah tiba-tiba je terfikir nak sewa kereta dan balik kampung. Suami pun setuju. Mula-mula macam nak putus asa dah sebab of course semua kereta sewa dah rent out. Owner pun gaknya dah balik kampung. Tapi, saya serahkan dan sandarkan hanya pada Allah S.W.T. Kami niat pulang beraya memang semata-mata untuk menghiburkan hati orang tua, menghiburkan hati anak-anak, merapatkan silaturrahim lilla hi Taala. Jadi, jika memang rezeki kami, semoga Allah mudahkan. Dan sungguh, Allah mudahkan dan beri yang lebih baik. Kawan kepada kawan saya ada kereta lebih yang boleh kami sewa. Harga pun berpatutan, kereta dalam kondisi yang sangat baik, suami saya kata macam pandu kereta baru. Paling best kereta selesa sebab ALZA. Ayah pandu kat depan, umi dengan Farhan kat tengah, Sofiy baring kat belakang. Haaa...memang selesa la kan? Alhamdulillah, dapat 3 hari di kampung saya di Taiping, lepastu balikrehat jap ka rumah kemudian beraya belah suami di Selayang..haha dekat aje.

Kami masing-masing dah kembali ke mood bekerja sekarang ni, alhamdulillah. Mood raya pun masih ada, cuma dah tak la raya blues lagi. kikiki. Okeh, buat yang belum puasa 6 hari di bulan Syawal..jom kita rebut peluang ni.

Akhir kata daripada saya...


** gambar raya tak transfer ke lappy lagi