Ayat2 Prof Muhaya amat menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "di puncak" kita rasa banyak teman di sekeliling kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
๐Ÿ‘‰Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
๐Ÿ‘‰Waktu kita "Miskin" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..
๐Ÿ‘‰Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.
๐Ÿ‘‰Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.
๐Ÿ‘‰Hidup tidaklah lama,

Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.
Jadilah teman setia tanpa syarat ...
Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...
Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai
Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......
Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....
Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..
Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita....

Sharing Is Caring
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak update blog ni...maaf sangat-sangat, komitmen seharian dah terlalu menuntut masa. Bukan tak ingat ke rumah ni, tapi tak terjenguk pun. Ini pun ada cuti berderet dan anak teruna kecik tu belum bangun. Harap dapat siaplah entri ni.

Alhamdulillah, Muhammad Sofiy dah selamat berkhatan pada 3 Disember lepas pada umurnya 7 tahun. Tahun depan masuk darjah 2. Sebenarnya kami tak rancang pun, sebab saya sendiri rasa tak yakin nak jaga anak pantang berkhatan pada umur dia 7 tahun. Mungkin tahun depan lebih sesuai saya fikir. Tapi itulah, rancangan Allah itu lebih baik. Dalam sibuk-sibuk masjid di tempat kami ni #masjidbandarseriputra iklankan pendaftaran khatan perdana, saya tak berminat pun. Apa yang saya dok fikir cuma nak hantar Sofiy balik kampung cuti sekolah ni sebab opah dia dah cop (buat teman) dan juga tak perlu nak daftar mana-mana transit / daycare sepanjang cuti sekolah. Tiba-tiba ada orang forward satu iklan yang mencari peserta khatan secara percuma. Eh, ini dah cukup baik ni. Saya fikir iklan tu daripada masjid. Mana tau ada yang sponsor. Saya pun hubungilah pihak masjid. Rupa-rupanya memang ada kuota untuk peserta secara percuma (dengan kelayakan tertentu) dan kami memenuhi kriteria tu. Saya pun tanya suami, dia kata tanyalah empunya badan. Rupanya dia memang nak sangat- sangat bersunat. Tanya pulak kat group whatsapp kelas dia..memang ada 2-3 orang yang turut serta. Jadi, kita ON aje la daftar. Jimat RM99 yuran pendaftaran.

Pada hari kejadian, Sofiy kemainlah semangat dan terujanya. Sebenarnya sejak 2 minggu sebelum sunat tu lagi dah teruja. Pengaruh Upin Ipin kot. Sebenarnya saya memang tak ada preparation mental mahupun fizikal. Takda buat research langsung, walhal ni anak pertama. Saya memang takde pengalaman langsung tengok orang yang lepas khatan sebab tak ada adik-beradik lelaki.

Saya jadi risau sejak saya cerita Sofiy nak berkhatan ni pada pelajar-pelajar Korea saya. Rupanya orang Korea berkhatan juga. Diorang la cakap "SAKIT". Kata mereka, selepas hilang ubat bius, akan sakit sangat-sangat. Yang sorang tu kata dia menjerit sampai 3 jam dan sampai dia dah tak larat jerit. Masa tu dia sebaya Sofiy, 7 tahun. Yang sorang lagi katanya khatan masa umur 13 tahun, dia kata sakit dan kesian. Huhu. Korang ni buat cikgu cuaklah. Bila saya sampaikan kegusaran hati saya pada suami, dia kata "ok la", "takda apa-apa la", " tak sakit". Ok, saya harap dia la yang akan layan Sofiy nanti. 

Ini gambar-gambar pada hari kejadian.

Bersemangat! Berani!

Dengar taklimat daripada pihak masjid dan pihak klinik

Bergambar beramai-ramai

Makan aiskrim yang diberi percuma dulu sebelum mandi


Abang bomba dah sampai..semua pakat nak bergambar

yeayyy! mandi!!


Majlis khatan perdana ini adalah hasil kerjasama pihak Masjid Bandar Seri Putra dan Poliklinik UKM. Semua peserta berjumlah 100 orang. Paling muda umur 4 tahun, paling besar umur 11 tahun. Sepanjang hari diadakan sesi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Poliklinik UKM di pekarangan masjid. Boleh buat ujian tekanan darah dan glukos darah percuma, dan banyak pemeriksaan lain. Derma darah pun ada, jualan makanan kesihatan harga diskaun pun ada. 


tunggu giliran...main dulu dengan adik

Sofiy dapat giliran no. 38. Kata urusetia, sekitar pukul 11.50 pagi macam tu. Alhamdulillah, memang sekitar pukul 12 dipanggil masuk.

Proses sedang dilakukan. Good! Tak menangis langsung.

Umi yang masuk temankan Sofiy. Sofiy nak umi. Ayah pun nampak macam nervous je. haha. Masuk-masuk tu, nampak ada 4 katil dengan 4 doktor. Ada satu katl tu, budaknya menjerit-jerit meraung-raung. Sofiy dah nampak sedikit cuak. Umi pun cuak nak oi. Huhu. Saya bekalkan dia dengan sapu tangan untuk digigit masa doktor cucuk bius. Saya dah beritahu, cucuk bius tu agak sakit. Ok la, masa doktor cucuk tu dia gigit tuala dan tak berbunyi sikit pun. Lepas tu, ok la doktor boleh potong dengan tenangnya, jahit pun dah tak rasa sakit. Khatan kali ni guna kaedah laser (sebenarnya bukan laser, tapi potong menggunakan alat panas). Saya nampak dengan jelas proses itu walaupun tak pandang dengan fokus sebab ada sikit rasa seriau. 

Ok, episod baru bermula. Lepas je doktor kata siap, dia pun selak kain nak tengok. Masa tu la muka dia nampak pucat, nampak takut sangat. Badan dan pergerakan yang tadi relax, dah jadi kaku. Nak turun katil pun dia dah takut. Kain pelikat pun disinsing tinggi-tinggi. Nampak macam nak menangis. Oho...tadi semua puji sebagai peserta contoh, sekarang peserta contoh dah ketakutan.

Keluar dari bilik tu pun dia dah nampak tak tentu arah. Ayah cuba nak ikat kain pun susah pulak. Maklumlah kain ayah, besar. Lepas tu kami balik...nak naik tangga rumah kami ke tingkat 2 tu pun rasa kesiannya kat dia. Sampai rumah, baru saya rasa "semuanya tak sedia". Suami pun baru nampak nak fikir macam mana nak bagi 'kawasan' tu tak terkena kain. Semalamnya, saya ada cadangkan guna meja macam gambar di bawah, tapi dia kata "ish, tak pernah dibuat orang". Sekali bila anak dah kena sunat, dah taktau nak buat macam mana. Nak gantung, siling tinggi dan tak ada tempat nak gantung pun. Sudahnya, idea saya digunapakai juga. Ha...mujurla isteri ni kreatif jugak bang oi.


Dah balik rumah..selamat berpantang


Haha..sedia rotan untuk halang adik daripada datang dekat

Jadi, untuk ibu-ibu yang nak ambil idea ni silakan, Saya guna meja belajar stail meja jepun tu. Yang ni kakinya boleh dilipat, jadi kena pastikan betul-betul kukuhlah. Kalau ada meja lain yang saiz hampir sama pun ok. Saya suka penggunaan meja ni sebab permukaan keras tu lebih rasa selamat kalau pun adik menyerang ke, adik terjatuh ke, adik baling mainan ke. Lagi satu, boleh jadikan meja makan sekali macam kat hospital. Selain tu, jadi meja laptop jugak boring-boring boleh pasang Upin Ipin, Boiboiboy...atau..Barbie..haha. Abang Sofiy ni dok layan Barbie masa pantang. 

Penjagaan Selepas Berkhatan

Baiklah, saya nak kongsikan sedikit pengalaman menjaga anak bersunat..perlu diingat, ini hanyalah pengalaman saya dan sedikit info daripada pembacaan serta sedikit khidmat nasihat doktor. 

Masa proses sunat, doktor kata kulit luar kemaluan Sofiy ni ada melekat sikit, jadi perlu potong sikit sebelum dikhatan. Sofiy alami sedikit pendarahan (darah meleleh dan bertompok pada kain sekitar saiz penumbuk budak kecil). Pada saya, pendarahan tu agak lama la sebab saya expect takde darah meleleh. Proses penjagaan Si Sofiy ni agak stres sebab dia sangat sensitif. Tak boleh kena langsung, baik kena air pada kawasan hujung (tempat kencing), kawasan luka lagi laaa..bising mulutnya bila saya nak cuci. Nak letak ubat pun jenuh perang mulut. Saya tengok luka sebelah kiri dah elok tapi yang belah kanan gaya nak kering, berdarah balik, gaya nak kering, berdarah balik walaupun hanya sebab yang kecil contohnya dia cuba bangun, atau cuba duduk, atau ketawa. Hari ketiga, saya call doktor dan tanya perlu ke klinik ke untuk rawatan susulan. Doktor minta saya whatsapp gambar dan doktor kata nampak normal semuanya. Selagi darah tak mengalir tanpa henti, bukan pendarahan kata doktor. 

Ok, ibu-ibu yang tak ada pengalaman, saya nak kongsikan beberapa perkara.

1- Selepas je bersunat, sila beri anak makan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan. Selepas kesan ubat bius hilang...memang sangat sakit. Kena potong kot? Sofiy dapat ibuprofen, tapi doktor kata boleh tambah paracetamol jika sakit sangat. Jadi, saya beri ibuprofen dulu dan selepas 2 jam saya top up paracetamol setengah dos. Contohnya dia perlu makan 12 ml pcm, saya beri 6ml sahaja. Kalau nampak sakit sangat, sela 4 jam saya ulang bagi. Bila nampak dah kurang sakit, saya jarakkan ke 6 jam , 8 jam , 12 jam sampailah dah tak perlu ubat tahan sakit. 

2- Sofiy mengalami sedikit kemurungan selepas bersunat. Saya pasti, perasaan itu datang kerana dia tak sangka kemaluan dia akan jadi macam tu. Rupanya, selama ini dia salah faham, dia ingat 'laser' yang dimaksudkan macam cashier scan barkod barangan yang nak dibayar tu...dan siap. Silap saya, saya tak terangkan apa yang bakal dia lalui, mungkin faktor kami tak bersedia, saya sibuk sebenarnya seminggu dua sebelum anak bersunat. Tapi, ada juga pro dan kontra. Bagusnya, bila dia tak tahu apa akan jadi, masa nak bersunat tu mudah..dia tak nervous. haha. 

3- Selepas bersunat perlu berpantang makan. Jadi, sediakanlah makanan yang boleh dimakan secukupnya. Kena terangkan dari awal yang dia perlu berpantang, apa makanan yang dia tak boleh makan supaya anak bersedia. Yang ini saya tak lupa pulak, mungkin sebab saya sendiri pernah berpantang bersalin...jadi Sofiy pun faham. Alhamdulillah, walaupun Sofiy ni memilih makan orangnya, masa pantang dia sangat ok. Tak banyak bunyi. Alasan dia, nak cepat baik dan takut luka makin teruk.

4- Pada saya, keadaan kemaluan anak selepas bersunat adalah agak mengerikan. Saya tak pernah dapat bayangkan sebelum ini. Saya bayangkan lukanya cantik je. Rupanya tidak sama sekali. Pertama sekali, bengkak. Bengkak mungkin 3-4 hari baru surut. Kedua, darah. Darah luka tu kena biarkan kering di situ dan membentuk kuping. Silap saya pada hari pertama, saya nak lap dan terkupil darah yang baru je membeku tu..akibatnya, darah meleleh semula dan anak menjerit-jerit sakit. Ketiga, kulit. Pada muncung (batang) yang telah dibuang kulitnya tu...akan timbul seakan kulat warna kuning dan seterusnya menjadi lapisan kulit yang akan menjadi kuping. Saya memang stres tengok sebab saya taktau warna kuning tu normal atau jangkitan. Sampailah doktor kata itu normal, itu adalah ubat bius.

5- Mandi- saya pakaikan tuperware lutsinar yang biasa isi taufufah kat pasar malam tu. Lekat kat badan anak guna selotape kertas macam kat hospital tu. Alhamdulillah, anak tak bising dan kena percikan air je.  Luka tak basah.

6- Kencing - selepas berkhatan, kencing tak sakit. Jadi yakinkan anak ye supaya jangan tahan kencing. Tapiii...selepas kencing kena cuci, itu yang anak saya takutkan. Saya cairkan antiseptik dettol (setitik dettol dicampur air suam satu tuperware taufufah tu), dan saya lapkan guna kapas muka. Mula-mula saya guna kain gauze yang dibekalkan tapi dia menjerit sakit sebab kain tu kasar. Saya tak guna kapas biasa sebab taknak serat kapas tu lekat. Kapas muka lebih padat tetapi lebih lembut. 

7- Buang Air Besar - Sepatutnya tak sakitlah kan, sebab tempat berbeza. Tapi, bila anak meneran, ada potensi luka tu terkesan. Macam Sofiy, jadi berdarah semula tapi tak sakit dia kata.

8- Makan vitamin dan makanan berkhasiat yang membantu memulihkan luka. Saya tumbuk zinc tablet Shaklee dan campur dengan suplemen vitamin sirap untuk dia minum. Zinc mempercepat pemulihan luka. Saya bagi juga multivitamin dan vitamin C. 

9- Tempoh pemulihan. Jangan bandingkan anak kita dengan orang lain. Rezeki masing-masing. Macam Sofiy, kawan dia Fikri hari ke-4 dah boleh pakai seluar. Maknya kata, Fikri takde darah pun. Rezeki dia. Selain tu, kalau boleh jangan biar anak stres. Lagi dia gembira dan ceria, lagi mudah luka sembuh. Sofiy, hari ke-6 kami pos ke kampung (melalui pakteh dia). Pada mulanya saya tak yakin, sebab dia masih belum boleh pakai seluar. Tapi saya fikir mungkin duduk di rumah ni boring dan tak motivate dia untuk cepat baik. Kat kampung banyak benda nak explore, lambat baik rugilaaa..Jadi saya pakaikan cup polisterine tu, guna selotape. Cup tu cover kemaluan dia, lepas tu sarung seluar yang agak besar. Kengkang-kengkang jalan. Sehari je di kampung, kata kakak saya dia dah mula curi-curi naik basikal. haha. 


Alhamdulillah, itulah serba sedikit pengalaman saya menjaga anak yang berkhatan. Setiap anak berbeza karakter, semangat dan fizikal. Apapun, kita ibu bapalah yang perlu sokong anak kita.