Hari ni 31 Julai kan?
Hari terakhir di bulan Julai 2018. Sedar tak sedar dah lebih separuh tahun 2018 ni kita lalui. Memang, masa terasa laju sungguh. Macam baru semalam Jumaat, tetiba dah Jumaat balik. Allahu, kita di akhir zaman.

Bagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Peluang beribadah kita gunakan sebaik mungkin. Peluang menambah baik kehidupan juga usah disia-siakan. Peluang dapat FREE POSTAGE pun grab la sementara ada.
Nak ulang tawaran ni, FREE POSTAGE untuk barangan terpilih seperti dalam gambar sehingga jam 6 petang HARI INI 31 JULAI 2018 sahaja.
Tengok gambar ye, dan mungkin boleh share kot ada kawan yang perlu.










Nak tanya apa-apa klik link whatsapp ni ye.
Doa Mempercepat Penyelesaian Masalah

Zikir:
Ya Awwal (Yang Maha Mempercepatkan)
Ya Akhir (Yang Maha Mengakhirkan)
Ya Baasit (Yang Maha Melapangkan)

Ya Allah, sesuangguhnya daku sudah tidak berdaya lagi menanggung masalah ini, Ya Allah Ya Awwal, Ya Akhir, percepatkan penyelesaian masalah hamba-Mu ini dan akhirilah masalah ini dengan sebaik-baik penyelesaian. Ya Allah Ya Baasit, lapangkanlah jalan penyelesaian bagiku. Sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan daripadaMu.

*godek-godek document tadi jumpa doa ni. Share di sini, semoga bermanfaat untuk semua. Inilah kelebihan dan khasiat Asmaul Husna. 




#asmaulhusna
Bersempena hari ulang tahun kelahiran saya pada 25 Julai, saya nak buat promosi sikit untuk semua sahabat dan pembaca. Nak diskaun banyak-banyak tak mampu, saya belanja postage la ye. Eh, pos pun kalau dah berat, mahal juga betul tak? Saya harap usaha dan sedekah kecil saya ni diterima Allah sebagai sumbangan dalam menyebarkan ilmu-ilmu yang baik kepada lebih ramai umat Islam di luar sana.

PROMOSI bermula 25 Julai - 31 Julai 2018 SAHAJA.



Beli 1 set siri Pujuklah Hati ni, saya belanja posnya pin pin. Hingga hujung bulan Julai ni sahaja. 

Buku-buku Bonda Nor memang saya rekomen sangat. Memotivasikan. Memujuk. Menasihati. Mencabar. Pendek kata umpama sahabat tika kita lelah, sedih dan marah sendirian. 

Ni link wasap saya, boleh wasap terus kalau nak tempah ye.

www.wasap.my/60123302067


Saya kongsi sedikit sinopsis buku-buku di atas untuk tatapan pembaca semua:

***********************************************************************************************

PUJUKLAH HATI

'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.
Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!

BE COOL

Sequel kepada Pujuklah Hati. Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua’ orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.

BE STRONG
Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?
Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.
Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.

BANGKIT
“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!”
Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.
Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

THROWBACK 
Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.
Kata orang …“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. 
Yelah … Buat apa nak fikirtentang perkara yang sudah lepas.Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!
Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.Untuk apa? 
Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. 
Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!
Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.
Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.

Bersempena bulan Zulhijjah yang bakal menjelang, kami di #bukumaia juga nak senaraikan buku-buku haji dan umrah yang boleh kami cadangkan untuk anda bakal tetamu Allah, milik dan ambil mutiara ilmu di dalamnya. 

Mungkin belum lagi direzekikan untuk mengunjungi tanah haram tahun ini, tetapi jika kita sudah punya niat, mendalami ilmu terlebih dahulu juga merupakan satu usaha. Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui. Allah memberi apabila sampai masanya. Kita tambahkan ilmu, mudah-mudahan Allah pilih kita. Soal duit, jangan susah hati langsung. Kita usahakan buka akaun Tabung Haji dulu..kemudian kita usaha tambah sikit demi sikit secara konsisten. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, sebab sudah terlalu banyak kisah insan istimewa yang Allah jemput ke Baitullah walaupun dalam keadaan tiada wang ringgit di tangan. 

Jom tengok senarai buku-buku haji dan umrah terbaik untuk anda:



Edisi Istimewa Haji & Umrah
(Versi Jimat)

Penulis: Dato’ Haji Md. Daud Che Ngah
Kategori: Fardu Ain
Tebal: 280 ms
Harga: RM29.00/ RM31.00(SS)

SINOPSIS

Buku eksklusif berkenaan perlaksanaan ibadah haji dan umrah dengan kupasan yang terperinci berserta dengan dalil yang sahih dan diyakini.

Turut dimuatkan gambar-gambar, ilustrasi, rajah dan lakaran peta yang menarik bagi menceritakan perjalanan ibadah haji.
Buku yang sangat sesuai untuk semua pembaca yang ingin menambah ilmu berkenaan ibadah ini dan juga yang ingin melaksanakannya malah ianya sesuai untuk dijadikan rujukan agar lebih yakin dalam melakukannya.

KANDUNGAN
PENGENALAN UMRAH
Pengertian umrah
Hukum menunaikan umrah
Syarat wajib haji dan umrah
Rukun umrah
Wajib umrah
Sunat-sunat umrah
Hukum melanggar beberapa larangan ihram
Bayaran Dam
Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci
Sebelum berangkat meninggalkan tanah air
Mandi sunat Musafir
Solat sunat Musafir
Doa selepas solat sunat Musafir
Doa untuk mereka yang tinggal semasa hendak berangkat
Doa orang yang tinggal kepada mereka yang hendak bermusafir
Doa ketika keluar rumah
Doa naik kenderaan
Doa apabila melihat negeri yang dilalui
Doa apabila kelihatan binaan rumah-rumah di Madinah



Judul: Nota Haji & Umrah

Kategori: Agama
Penulis: Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
Tebal: 224 ms
Harga: RM20/22(SS)


SINOPSIS

Hasrat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan. 

Hasrat murni ini perlu diterjemahkan dengan usaha mempelajari ilmu-ilmu agama, usaha mencari rezeki yang halalan thoyyiban (halal lagi baik) dan juga menabung dengan niat untuk menyempurnakan manasik haji dan umrah.

Buku ini tampil membantu bakal jemaah haji dan umrah untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan ibadah haji dan umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya menghasilkan umrah dan haji yang mabrur.



Judul: INSPIRASI HAJI, RAHSIA YANG TERSIMPAN

Penterjemah: Dato' Haji Mohd Daud Che Ngah
TEBAL: 400 ms
HARGA: RM 40.00/ RM 42.00

SINOPSIS:
INSPIRASI HAJI, Rahsia Yang Tersimpan mengupas hikmah dan pelajaran di sebalik pelaksanaan ibadah haji. Sejarah dan rahsia pensyariatan ibadah haji wajar diketahui umat Islam agar ibadah haji dapat dihayati sepenuhnya. Pulang dari tanah suci bukan sekadar membawa gelaran Haji/ Hajah, malah suatu amanah supaya sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan menyeru manusia lain supaya mentaati-Nya.

Antara isi kandungan buku ini:
* Sejarah syariat haji.
* Beberapa rahsia mengenai haji.
* Al-Masyhad al-A‘zham.
* Masjidil Haram dalam al-Quran.
* Keutamaan negeri Makkah.
* Sebab-sebab Makkah menjadi Tanah Haram.


Judul: Pulang Bersama Haji Mabrur

Penulis : Mohamad Zaki Abdul Halim 
Tebal : 180 ms
ISBN : 978-983-097-335-7
Harga: RM 19.00 / RM 21.00 (SS)


SINOPSIS
Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.



Judul:  XPDC HAJI

Kategori: Motivasi
Pengarang : Haji Zainal Haji Bujang
Tebal : 270 ms
Harga : RM 19.00 /RM 21.00 (SS)


Sinopsis: 
Merupakan pengalaman penulis pertama kali naik haji. Dikisahkan dalam bentuk penceritaan yang menarik. Disulami dengan peristiwa suka duka. Kisah pertama kali naik haji selalunya adalah yang paling syahdu dan merupakan memori pertama yang paling tulen dan sejati. Nostalgia pertama mampu menjadikan kita tersenyum ria atau merintih duka di penghujung usia. Penulis menitipkannya di dalam XPDC HAJI sebagai kepincangan dan kelemahan haji pertamanya sebagai iktibar untuk bakal-bakal haji yang akan menjejak kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya.


Live di Radio IKIM. fm bersama Prof Dato' Dr Hamid Arshat, pakar perunding dalam bidang kesuburan, kemandulan dan kesihatan wanita yang cukup dikenali. Siapa tak kenal Prof Hamid Arshat, pengalamannya dalam bidang ini sangat-sangat luas. Sehingga ke usia senja pun, khidmat dan kepakaran beliau masih sangat diperlukan. Masih lagi bekerja dari pagi santak ke malam. 
Nantikan bual bicara bersama beliau petang ini.

Masih belum miliki buku berjudul Nasihat Pak Bidan untuk Wanita ini?
Pelabagai nasihat, tips dan panduan dikongsi oleh Prof. dalam buku ini. Memang wanita digalakkan ada buku ini. Kalau ada masalah berkaitan sakit puan atau mengandung dan bersalin lebih-lebih lagi perlu. 
Harganya cuma RM25/naskhah sahaja. Sangat berbaloi nak banding ilmu yang kita dapat di dalamnya. 

#nasihatpakbidanuntukwanita

Nak beli senaskhah?

Boleh beli melalui kami @bukumaia. Senang je, klik link Whatsapp di bawah ini, dan beritahu anda nak order buku Pak Bidan berapa naskhah. Buat pembayaran dan kami poskan. 
ORDER:
www.wasap.my/60123302067
atau boleh juga SMS/Telegram ke nombor di atas. 



"Ni yang lipat-lipat tu ke?"
"Bukan, yang lipat-lipat tu keluaran lama. Dah lama habis"
"Alaa...saya nak yang lipat-lipat tu"

Begitulah lebih kurang butir perbualan saya dengan klien. Bila stok dah habis, ramai pula yang mencari. Tapi penerbit kata, dah tak diterbitkan lagi. Ralat juga sebab tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan.
Ramadhan lepas, tiba-tiba penerbit bagitau, ada pula sikit lagi Asmaul Husna Poket ni. Ada pelanggan yang tukar dengan design terbaru. Dalam 1 ribu - 2 ribu unit.
Jadi hari ni sekali lagi saya nak uar-uarkan pada kawan-kawan semua, kot ada yang suka Asmaul Husna design ni. Dia lipat-lipat dan ada sarung macam sampul. Bukan kulit keras. Satu warna ini sahaja.



Kalau berminat nak buat doorgift kenduri ke, nak jadikan free gift produk ke, sesuai sangat. Belian borong sahaja iaitu 50 unit dan ke atas. Boleh dicetak nama (tulisan warna emas) untuk pembelian minimum 100 unit. Harga? Harga kami tawarkan mengikut kuantiti, untuk minimum 50 unit RM1.80/unit. Dulu-dulu harganya RM2, sekarang nak clear stock. Lagi banyak lagi murah kami dapat tawarkan. Kalau nak setkan dengan tasbih mini pun boleh, cuma tempahan secara ad hoc (mengejut dan rushing) susah sikit sebab tasbih home made. 

contoh tasbih mini pearl

Dah zikir Asmaul Husna hari ni?
Allah Ya Somad, Ya Baari', Ya Baa'ith, semoga kita produktif di hari terakhir bekerja minggu ini, Jumaat yang berkat.

Klik link whatsapp ni ye jika nak tempah Asmaul Husna.
Instagram: @bukumaia
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

Al-Qur'an Zaky sesuai untuk pelajar dan para penghafaz Al-Quran. 


RM15/naskhah

Tadi sempat tertengok IG Abby Abadi dan Norman Hakim ketika majlis syahadah dan konvokesyen diploma hafazan Al-Qur'an anak lelaki sulung mereka di Insparta, Turki. Kagum dengan usaha mereka sebagai ibu dan ayah. Terus teringat gambar Al-Qur'an Zaky ni tak pernah up lagi. 

Mungkin ada anak-anak yang juga sedang menghafaz Al-Qur'an, boleh hadiahkan AQ Zaky ni. Saiznya yang kecil, mudah dibawa ke mana-mana. Berat AQ Zaky ni cuma 166 gm sahaja, ringankan? Kalau beli 3 buah masih dapat postage RM8 untuk semenanjung dan RM11 untuk Sabah dan Sarawak. Ada pelbagai warna boleh pilih.  Untuk makluman, Al-Qur'an Zaky tidak mengandungi terjemahan. 

Saya juga cadangkan Al-Qur'an Zaky ni jika nak jadikan doorgift. Mungkin doorgift untuk VVIP atau ada majlis yang bajet besar untuk doorgift contohnya majlis khatam Al-Qur'an.Tentu tetamu gembira dapat hadiah yang unik dan sangat berharga. Bagi anda yang memberi pula, saham akhirat menanti anda lebih-lebih lagi jika si penerima amalkan. 

Harga Al-Qur'an Zaky ni cuma RM15 sahaja tidak termasuk pos.

Oh ya...nak Al-Qur'an saiz poket yang hampir sama tapi beserta terjemahan? Jangan risau, kami ada Al-Qur'an Firdaus. Saiz yang hampir sama tetapi ada terjemahan sekali. Cuma harga sahaja lebih sedikit sebab ada terjemahan. Al-Qur'an Firdaus harganya RM38 senaskhah.  

Macam mana nak beli? 
Mudah saja, anda boleh beli melalui kami @bukumaia dengan menghubungi saya melalui mana-mana medium di bawah. Tapi, saya cadangkan Whatsapp / SMS lebih cepat saya respons. Mesej di IG/FB ni risau lambat masuk. 

SMS/Whatsapp/Telegram: 012 3302067 (Mai)
Link whatsapp: www.wasap.my/60123302067

Instagram: @bukumaia
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

#AlQuranZaky
#AlQuranpoket
#miniAlQuran

#AlQuranFirdaus