CORONAVIRUS & HABBATUS SAUDA

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.
.
Selain itu, anda juga boleh mengurangkan risiko penyakit berjangkit ini dengan mengamalkan gaya hidup aafiyat seperti menjaga pemakanan dan amalkan banyak makanan yang sihat dan tinggi antioksidan, antikuman dan antiviral.
.


KELEBIHAN MINYAK HABBATUS SAUDA YANG PERLU ANDA TAHU
.
Habbatus sauda bermanfaat untuk pelbagai penyakit kerana ia mengandungi antihistamina (pencegah alahan), antioksidan (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman), antimycotik (antikult), dan broncho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. - Sumber The Journal of American Scientist
.
Dalam kajian lain, kajian terhadap habbatus sauda mendapati ianya mengandungi antiviral yang memberi perlindungan kepada badan daripada sejenis jangkitan virus cytomegalovirus murine. – Sumber US National Library of Medicine National Institutes of Health
.
Olive House telah menghasilkan Minyak Habbatus Sauda menggunakan teknologi cold pressed atau perahan sejuk, tanpa pemanasan, secara semulajadi bagi mengekalkan khasiat ke tahap maksimum.


Assyifa Health juga mempunyai produk minyak habbatussauda yang sudah cukup popular dan kukuh di pasaran Malaysia. Lebih banyak pilihan kerana terdapat dalam bentuk spray atau liquid dalam botol refill (boleh minum guna sudu). Ada juga pilihan dalam bentuk kapsul jika susah untuk telan minyak. Saya suka yang spray ni sebab senang nak bagi anak-anak, spray nun jauh di tekak jadi mereka tak rasa sangat kelat minyak ni. Yang kapsul pun best sebab senang nak maintain pengambilan, kita tahu kuantiti yang kita ambil dan mudah juga nak makan. Masukkan je dalam pill box dan boleh makan di mana sahaja sama ada di pejabat, masa travel atau di kedai makan. 



.
Minyak Habbatus Sauda sangat kaya dengan vitamin E, antiviral dan pelbagai jenis kebaikan lain dengan hanya 5 titik sahaja sudah cukup untuk membantu melindungi badan dari ancaman oksidan dan kuman yang menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit.
.
CARA AMALKAN MINYAK HABBATUS SAUDA YANG BETUL
.
Amalkan 5 titis minyak habbatus setiap pagi sebelum sarapan.
.
Minyak Habbatus Sauda Olive House     50 ml          :RM 22 (SM) | RM27 (SS)

Minyak Habbatus Sauda Assyifa Health 60ml Spray: RM45 / RM50
                                                               120ml Refill: RM55 / RM60
                                                                60 kapsul     RM28 / RM28
                                                                125 kapsul   RM50 / RM55
                                                                 210 kapsul  RM65 /RM68
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Tempahan: www.wasap.my/60123302067
.
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#coronavirus
#minyakhabbatussauda
#blackseedoil
#maiasihat

Ramai tanya macam mana rupa dalam Asmaul Husna sampul ni?
Ginilah rupanya, macam pamphlet boleh lipat-lipat. Ditulis 99 nama-nama Allah Yang Indah,maknanya beserta khasiatnya.

close up 
Kalaulah kita faham bagaimana besarnya khasiat beramal dengan Asmaul Husna, bukan sahaja berzikir atau melagukannya tetapi mampu memasak keyakinan terhadap Allah SWT dalam menghadapi pelbagai ujian di dunia ini serta memudahkan perjuangan memburu syurgaNya yang abadi, tentu kita akan menyeru Nama-nama ini dengan sepenuh jiwa dan raga.
Sangat comel untuk dijadikan doorgift atau free gift kepada pelanggan. Mudah dibawa untuk diamalkan. Ada 8 design menarik, terpulang kepada citarasa masing-masing.


Oh ye, boleh cetak nama atau majlis juga dengan cetakan warna emas menggunakan kaedah hot stamping. Ada cas berlainan untuk tujuan ni.
Sebarang pertanyaan, hubungi saya di 012-3302067 (whatsapp / sms / telegram sahaja).
Atau klik link ni lebih mudah:
www.wasap. my/60123302067


BENARKAH MADU TIDAK BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI? 
=============
Ada pendapat yang skeptikal mengatakan kita tidak boleh mengamalkan madu setiap hari atas alasan ia adalah ubat penawar. Bukannya makanan.
Pendapat semacam ini sangat janggal kerana bertentangan dengan banyak kertas penyelidikan mutakhir.
AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI DAPAT MENCEGAH OBESITI
Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail membuktikan dengan hanya mengambil madu asli secara konsisten setiap pagi, selera makan seseorang boleh dikawal. Apabila kawalan kepada selera makan berlaku, ia dapat mengurangkan pengambilan makanan seterusnya masalah obesiti dapat ditangani. [1]
AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI MEMBANTU MENGAWAL GULA DALAM DARAH
Dalam salah satu percubaan klinikal diabetes mellitus Type 1 dan Type 2, amalan meminum madu berhubungkait dengan indeks glisemik yang lebih rendah berbanding dengan sukrosa atau glukosa pada pesakit diabetes Type 1 dan manusia normal. [2] Pada pesakit diabetes type 2, madu dapat mengurangkan kadar glukosa plasma secara signifikan berbanding ubat Dextran. [3]


AMALAN MEMINUM MADU SETIAP HARI SEBAGAI PENGGANTI PEMANIS
Madu digunakan sebagai pemanis semulajadi sejak zaman kuno kerana ia mempunyai kadar fruktosa yang tinggi (Madu 25% lebih manis daripada gula pasir). Selain itu, penggunaan madu dalam minuman juga semakin popular. [4] Bukti menunjukkan bahawa madu dapat memberi beberapa kesan kesihatan yang bermanfaat termasuk antioksidan, antiradang, antibakteria, antidiabetik, pernafasan, saluran pencernaan, sistem salurah darah dan saraf [5]


AMALAN MENJADIKAN MADU SEBAGAI MAKANAN DAN UBAT DALAM ISLAM
Madu adalah cairan yang dibicarakan oleh semua kitab suci agama, dan diterima oleh semua generasi, tradisi dan tamadun, baik kuno maupun moden. Islam menyarankan madu sebagai sumber makanan dan ubat, dan juga menamakan surah dalam Al-Quran sebagai Surah al-Nahl yang bermaksud Bab Lebah Madu. Dalam hadith pula, Nabi Muhammad sangat menganjurkan penggunaan madu untuk tujuan rawatan dan penyembuhan. Tambahan pula, Al-Quran secara terang-terangan menggalakkan penggunaan madu sebagai makanan yang sangat berkhasiat atau "Health Promoting Food".
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [6]
Sebelum ayat ini, Allah swt turut menceritakan manfaat minuman dari binatang ternak iaitu susu segar (An Nahlu: 66) dan diikuti minuman dari sumber tumbuhan iaitu kurma dan anggur (An Nahlu: 67). Kemudian barulah diceritakan manfaat minuman madu lebah (An Nahlu: 68-69). Konteks keempat-empat ayat ini berbicara tentang minuman sihat sepanjang zaman. Maka, jelaslah kepada kita bahawa Islam menganjurkan kita merutinkan Madu lebah sebagai sumber minuman/makanan. Bukan semata-mata ubat sebagaimana yang disampaikan oleh ilmuan malang yang skeptikal dan tiada pengetahuan tentang Madu lebah.


MADU SEBAGAI MAKANAN LENGKAP NUTRISI (SUPERFOOD)
Komposisi utama madu adalah gula ringkas semulajadi dan air. Di samping itu, ia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral, termasuk vitamin B. Unsur-unsur lain pada madu adalah asid amino, antibiotic-rich-inhibin, protein, antioksidan fenol, dan mikro nutrien. Gula dalam madu lebih manis dan memberikan lebih banyak tenaga daripada pemanis buatan, dan gula ringkas yang paling banyak dalam madu adalah fruktosa. Bahan-bahan ini penting dalam pemakanan dan kesihatan. Beberapa vitamin yang terdapat dalam madu termasuk asid askorbik (vitamin C), asid pantothenik, niacin dan riboflavin; bersama dengan mineral seperti kalsium, copper, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium dan zink. Profil pemakanan Madu yang tinggi dengan pelbagai nutrisi ini (walaupun dalam jumlah minima), mengiktiraf fungsinya sebagai makanan berkhasiat. Oleh disebabkan jumlah nutrien penting Madu Lebah yang rendah, adalah dinasihatkan untuk orang dewasa mengambilnya dalam jumlah besar iaitu (paling minimum 70 - 95 g sehari) untuk mendapatkan manfaat pemakanan dan kesihatan yang diinginkan sepenuhnya [6].
70 - 95 gram diperkirakan bersamaan dengan 2 sudu besar Madu lebah 2-3 kali sehari.
Persoalan Madu Lebah mana yang terbaik? Cukuplah kajian dari sekumpulan penyelidik Kishore dan kawan-kawan yang sudah pun diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa PubMed bahawa madu Tualang mengandung lebih banyak asid fenolik dan flavanoid (quercetin) berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan Malaysia lainnya (Kishore, 2011). [7]
Semoga menjawab persoalan. Tolong sebar dan sampaikan agar banyak insan yang mendapat pencerahan. Wallahua'lam bisshowab.
Artikel disumbangkan oleh Jabatan Penyelidikan Quadmeds ®
_____________
Rujukan:
[1] Prejudis Khasiat Madu, https://www[dot]hmetro[dot]com[dot]my/WM/2020/01/533810/prejudis-khasiat-madu
[2] Erejuwa OO. Effect of honey in diabetes mellitus: Matters arising. J Diabetes Metab Disord. 2014;13:23.
[3] Samanta A et al., Plasma glucose responses to glucose, sucrose, and honey in patients with diabetes mellitus: An analysis of glycaemic and peak incremental indices. Diabet Med. 1985;2:371–3
[4] Babacan S, Rand AG. Characterization of honey amylase. J Food Sci. 2007;72:C050–5
[5] Saeed Samarghandian et al. Honey and Health: A Review of Recent Clinical Research. Pharmacognosy Res. 2017 Apr-Jun; 9(2): 121–127
[6] Abdulwahid Ajibola et al., Nutraceutical values of natural honey and its contribution to human health and wealth. Nutr Metab (Lond). 2012; 9: 61.
[7] Kishore RK et. al. Tualang honey has higher phenolic content and greater radical scavenging activity compared with other honey sources. Nutr Res. 2011.
www.wasap.my/60123302067
Maizura
@maiasihat


PENGUMUMAN PENANGGUHAN PENGANJURAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2020
====================================

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBAKL 2020 bertarikh 6 Mac 2020 sebulat suara memutuskan perkara-perkara yang berikut:

1. PBAKL 2020 di World Trade Centre Kuala Lumpur DITANGGUHKAN sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak;

2. PBAKL 2020 ATAS TALIAN akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 27 Mac- 5 April 2020.

Sekian, dimaklumkan.

MOHD KHAIR BIN NGADIRON
Pengerusi JK Induk
Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2020


********************************************************************************************************

Begitulah yang telah ditakdirkan, kita manusia hanya merancang tetapi Allah jua punya perancangan-Nya tersendiri. Tentu itulah yang terbaik. Ramai yang telah berhabis untuk persediaan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Namun bak kata Bonda Nor, yang juga sangat sinonim dengan PBAKL. Bagi beliau, pilihlah kemudharatan yang paling ringan. Kesihatan dna nyawa lebih bernilai. Kita tahu Covid19 bukan virus biasa  ini virus ganas yang telah membunuh puluhan ribu nyawa! Dan sekarang wabak ini sedang melanda negara kita Malaysia. Setiap hari bilangan yang positif semakin bertambah dan bertambah. Semoga Allah memelihara kita. In sya Allah.