Salam 4 Ramadan

“Barang siapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(HR Nasa’i dan Tarmizi)

*moga tiada satu hari pun dalam Ramadhan berlalu tanpa sedekah*

.

Madu sangat terkenal akan manfaatnya sehingga kerap diamalkan oleh rata-rata golongan tidak kira muda atau tua. Madu biasanya dicampur dengan pelbagai bahan semulajadi yang lain seperti buah lemon sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan.
Madu sering dikaitkan dengan kecantikan jadi tidak hairanlah jika ramai wanita terutamanya yang mengamalkan madu dalam kehidupan seharian mereka. Namun demikian, pastikan madu yang diambilialah madu asli dan sebaik-baiknya madu hutan bukan madu lebah yang dipelihara. 
.
Antara pelbagai manfaat madu yang terkenal dengan khasiatnya ialah :
.
1. Sumber Nutrisi
.
Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.
.
2. Mencegah Penuaan
.
Madu dapat juga di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas. Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..
.
3. Mengatasi Radang Tekak
.
Jika ada mengalami sakit atau radang pada tekak, maka salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. Cara ini telah banyak terbukti melalui klinik-klinik kesihatan yang memberi ubat sakit tekak yang berasaskan madu.

Ia boleh diambil bersama air suam untuk mengurangkan keradangan tekak. Kita juga sering mendengar tentang “Strepsils”, juga berasaskan madu untuk mengubati sakit tekak malah sangat disarankan oleh doktor-doktor kesihatan Swasta mahupun Kerajaan.
.
4. Menurunkan Berat Badan
.
Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan. Selain hanya mengamalkan madu, kita juga disarankan untuk melakukan senaman supaya ianya selari dengan hasrat kita yang menginginkan berat badan ideal.

Olahraga boleh diamalkan dalam pelbagai bentuk seperti berjoging, berlari setempat atau bermain badminton. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.
.
5. Meningkatkan Metabolisma Badan
.
Salah satu khasiat madu untuk kesihatan juga adalah meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.

Madu memiliki peranan penting untuk mengawal obesiti. Ianya dapat merangsang organ di dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.
.
6. Mengatasi Sembelit
.
Jika anda mengalami sembelit atau sinonimnya dikenali sebagi sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. Minuman ini dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. Tetapi juga disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini.

Madu memiliki kandungan yang sangat positif terhadap sistem pencernaan kerana madu memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit. Itulah khasiat madu untuk kesihatan anda!
.
7. Mengatasi Batuk dan Selesema
.
Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema. Selain itu, mengambil teh bersama madu juga sangat terkenal dan diakui baik untuk merawat batuk dan selesema. Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu proses pemulihan. Madu juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.
.
8. Mengatur Kadar Gula Dalam Darah
.
Khasiat madu untuk kesihatan juga adalah ia dapat mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.

Untuk kesan yang lebih baik, madu boleh dicampurkan dengan 5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang telah direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.
.
9. Mengatasi Perut Kembung
.
Mengalami perut kembung akan membuat aktiviti harian kita terganggu. Perut kembung boleh mengakibatkan hilangnya fokus kita untuk melakukan sebarang pekerjaan. Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung. Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.
.
10. Menambah Tenaga
.
Air madu atau teh madu juga baik diamalkan ketika tubuh merasa kurang bertenaga kerana ianya dapat menambah tenaga dan membuat tubuh merasa segar. Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan.

Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktusa dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.
.
11. Mengubati Penyakit Sukar Tidur Malam
.
Bagi sesetengah mereka yang menderita penyakit insomnia, boleh cuba mengamalkan madu. Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Justeru itu, sesiapa yang menghidap penyakit sukar tidur malam bolehlah mencuba petua ini.
.
12. Penguat Ingatan
.
Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari. Madu merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.
.

Lama tak bercerita tentang anak-anak dan hal keluarga di sini. Sungguh, rindu nak menulis. Tapi masa yang ada cuma lewat malam. Badan dah letih dan perlukan rehat secukupnya. Maka..blog pun sunyi lagi. 

Sempena PKP Covid 19 yang melanda dunia, semua pun kena duduk di rumah. Farhan tahun ni 6 tahun, dia di prasekolah. Cikgu kirim kerja sajalah, nak buat macam mana lagikan. Jadi inilah hasilnya..memang ni bukan hasil tangan dia seorang. Ada bantuan Abang Sofiy dan umi juga. 


*Kapsul dan Liquid Minyak Habbatussauda*



Habbatus Sauda @ *Habasyi* merupakan 100% Pati Minyak Penuh habbatus sauda gred A yang asli. Liquid & kapsul. Minyak ini dihasilkan dengan teknik Perahan Sejuk Pertama (First Cold Press Technique).

Banyak manfaat boleh didapati habbatus sauda. Ini disokong dengan hadis Nabi SAW

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”. (Hadis riwayat Bukhari).

Antara kelebihan & manfaat *Habbasyi*:

- Baik untuk penghidap asthma / batuk berpanjangan
- Antibiotik semulajadi
- Antikulat
- Antiradang
- Antioksidan
- Antitumor
- Antihistamine
- Menstabilkan gula dalam darah dan kolesterol.
- Tingkat daya tahan tubuh badan.
- Meningkatkan air susu ibu (milk booster)
- Menurunkan kadar gula dalam darah.
- Mencegah kanser.
- Meredakan batuk.
- melegakan perut kembung
- meredakan gatal-gatal kulit / ruam / kurap

Sebarang pertanyaan / tempahan, boleh hubungi kami melalui wasap: http://www.wasap.my/60123302067/habasyi

Atau ke Instagram kami @maiasihat
Atau ke FB Page Min-Aina-Ila-Aina / Maizura Osman


#habbatussauda
#minyakhabbatussauda
#covid19
#quranicfood
#penawarbatuk
#milkbooster