Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts


Ada yang tak sampai hati nak naik penimbang lepas raya ni? Hehe. Itu biasa. 

Hari ni raya keberapa ye? Sofiy yang rajin kira, umi tak ingat. Yang ke13 kot. Jangan tunggu lama-lama. Jom cepat-cepat detoks segala lebihan makanan dan makanan tidak berkhasiat yang boleh mengganggu kesihatan dan penampilan kita.

~ berapa banyak lemak yang bakal menepu
~ berapa banyak gula yang diambil melebihi keperluan
~ berapa banyak garam dalam hidangan makanan ringan
~ berapa banyak perisa dan pewarna

Ngeri membayangkannyakan? Hujung minggu nanti ada lagi rumah terbuka nak dihadiri. Hohoho.

Usahakan untuk seimbangkan diet kita di musim perayaan.

> minum banyak air kosong
> makan lebih sayur dan buah di rumah sendiri (jarang org hidang sayur dan buah di musim raya)
> puasa 6 di hari bekerja
> ambil ejen detoks. Shaklee ada Herblax dan Alfalfa
> lengkapkan dengan Set Diet Shaklee: Lecithin, Omega, Cinch Energy Tea, Cinch Shake Mix / ESP.


Nak cerita sikit, Herb-lax ni memang best la sesangat untuk cuci perut kita, cuci kolon sebenarnya. Kalau ada yang bermasalah sembelit, pun Herb-lax sangat membantu. Anda akan membuang dengan mudah dan lepas tu akan rasa "LEGANYAAAAA"...haaa memang macam tu la feel dia. Jangan risau, tak de sakit perut memulas atau cirit birit.

* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.



Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri PutraBandar Bukit Mahkota, Bangi LamaKUISUKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Set Vitamin Raya

Errrk? Ada jugak ke Vitamin Raya ni? 
Ok, vitamin ni saya beri nama Set Vitamin Raya disebabkan mereka ni penting time-time perjalanan balik ke kampung mahupun semasa berziarah dan juga keadaan biasa musim perayaan di mana perut kita tak henti-henti diisi dengan juadah yang sedap-sedap sampai boleh menyebabkan tak sihat badan.

Meh saya nak senaraikan vitamin dalam gambar di atas, bermula dari kiri:

1- Performance Drink (PD)

PD ni macam yang saya selalu cerita dalam entri-entri lepas, ialah minuman tenaga berperisa oren yang cukup marvelous! Memberi tenaga segera, secepat 15 minit selepas diminum. Saya dapat rasa perbezaan lepas minum PD ni masa mengandung tahun lepas. Dah nak collapse dah rasa, minum PD ni segelas in sha Allah, dengan izin Allah juga, dapat buat aktiviti macam biasa balik. Jadi memang sesuai sangat untuk diminum pada waktu sahur dan berbuka, terutamanya jika menempuh perjalanan balik kampung yang jauh. Memandu ni nampak saja duduk, tapi kalau badan tak bertenaga bahaya. PD juga sangat sesuai diambil jika cuaca panas. Mana tahu nanti masa berziarah tu panas lit lit ke, bolehlah minum PD ni untuk recharge. Sesuai untuk semua, termasuk kanak-kanak dan orang tua. Ia tidak manis, nak manis tambahlah gula dam bancuhan.

2- Alfalfa Complex

Alfalfa ni merupakan suplemen yang mempunyai 1001 khasiat, namun apa yang penting untuk musim perayaan ialah peranan alfalfa untuk flush segala lemak dan bahan-bahan yang tidak perlu yang diambil di musim raya. Faham-faham sajalah, mesti ada hidangan rendang, ketupat, lemang, kuah kacang dan aneka kuih raya yang tinggi lemak tinggi gulakan. Sayang sungguh dah puasa sebulan, dah turun 1-2 kg atau lebih, raya ketiga dah naik berat asal. Jadi biar alfalfa bantu buang segala lemak dan toksik tu, jangan biar terkumpul dalam perut kita nan satu.

3- Peppermint Ginger Plus (PGP)

PGP adalah suplemen dalam kategori herba, bahan asasnya halia dan ada rasa mint yang boleh membuatkan perut rasa selesa. Kalau Eno tu kita taktahu apa bahannya, PGP pula memang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dah makan pulut tu, jaga-jaga dengan serangan angin. Jadi PGP sangat sesuai untuk halau angin tu kekuar dari badan. Tak bestlah sakit di musim raya nikan. 

4- Lecithin

Yeahhh..Lecithin si pembakar lemak. Sebelum bagi alfalfa bertindak buang lelemak tidak baik itu, kena bagi Lecithin bakar / cairkan dulu lemak tu. Lecithin ni selain membekalkan kolina yang baik untuk otak, juga bertindak sebagai 'fat emulsifier'. Jadi, taklah rasa bersalah sangat untuk makan di hari raya kan. Takkanlah datang rumah orang, bila orang hidang makanan kita nak cakap "Saya diet, tak dapat makan". Kecik hati tuan rumah nanti.

5- Cinch Energy Tea Mix

Cinch Tea ni ialah teh yang super superb. Sebab apa saya kata begitu? Ia adalah gabungan 4 jenis teh. Cinch Tea ni memang sangat-sangat bagus diambil untuk orang yang nak berjaga malam, nak drive, atau nak jalani aktiviti yang padat sepanjang hari. Buntang je mata. Sesuai dengan namanyakan, 'energy boost' adalah peranannya. Nak campur dengan PD dan jadikan lemon tea pun boleh. Oh ya, ia juga bertindak meninggikan kadar metabolisme, jadi siapa minum Cinch Tea susah nak gemuk.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, semoga selamat semuanya dan amalan kita diterima Allah.

#Penghantaran terakhir sebelum hari raya ialah pada 15 Julai 2015 oleh Shaklee (M) Sdn Bhd.

#vitaminraya
#balikkampung
#inikanraya
#shakleebandarseriputra

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Elakkan Makanan Segera Jika Sayang Rahim Anda



Saya pernah terkesan dengan satu post facebook yang lalu-lalang di newsfeed. Sayangi rahim anda, rahim hanya ada satu sahaja. Saya juga follower fb Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan  / O&G yang terkenal di Malaysia. Melihat gambar-gambar yang beliau post di FB, memang menginsafkan. Serius ngeri.



Endometriosis
Adenomyosis
Fibroid
Cyst Ovari
PCOS

Inilah antara masalah berkaitan rahim atau peranakan wanita. Semuanya boleh membawa kepada satu masalah lain pula, iaitu infertilit atau ketidaksuburan. Cara Dr. Hamid menulis sangat santai, dan sangat jujur dengan identitinya yang menulis dengan ejaan cara orang lama. Beliau seorang pakar yang sangat berpengalaman. Jadi, ada baiknya kita ambil tahu peringatan yang beliau sampaikan. 

Kata Dr. Hamid, sudah semakin ramai wanita awal 30-an yang menderita penyakit berkaitan rahim. Tanda-tandanya ialah senggugut, sakit pinggang, sakit punggung, tidak subur, sembelit, perut buncit tetapi tidak mengandung. Apa yang selalu saya baca, nasihat dan pesanan beliau kepada para pembaca terutamanya wanita ialah:

- Jangan makan makanan segera
- Jaga pemakanan yang betul
- Makan banyak-banyak sayur
- Makan banyak-banyak buah
- Bersenam sehingga berpeluh, 30 minit sehari.
- Kawal stres
- Kawal berat badan
- Ambil suplemen dan vitamin

Makanan segera merupakan salah satu punca kepada masalah-masalah dalaman wanita. Tabiat suka makan makanan segera dan makanan yang diproses, gula, tepung dan minyakserta kurang pula makan makanan berkhasiat terutama sayur-sayuran dan buah-buahan menyebabkan wanita muda juga sudah pandai ada masalah peranakan.

Makanan segera ini jika diambil selalu akan menyebabkan hormon badan menjadi celaru dan tidak stabil. Lebihnya hormon estrogen dikatakan menjadi penyebab andometriosis. Makan makanan segera juga cenderung menyebabkan seseorang itu bertambah berat badan kepada berat yang tidak ideal. Lemak berlebihan dalam tubuh juga merangsang pengeluaran estrogen secara berlebihan. Penderita masalah peranakan biasanya sensitif kepada tepung yang diproses, gluten, gula, kafein, daging merah dan alkohol. 

Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Dalaman Wanita


Makanan yang baik untuk kesihatan dalaman wanita ialah makanan organik, namun dalam keadaan kita sekarang makanan organik adalah makanan yang sangat sukar diperolehi. Apa yang boleh dilakukan ialah mengelakkan makanan yang menjadi penyebab masalah kewanitaan dan juga makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, ikan, telur, makanan tinggi serat seperti oat, beras perang dan bijirin penuh. Makanan yang tinggi asid lemak omega 3 juga sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita terutamanya melibatkan kesuburan.

Women who eat large quantities of omega-3 fatty acids are 22 percent less likely to be diagnosed with endometriosis—a common cause of infertility—than women who eat little or no omega-3s.


“Consuming each additional 1 percent of energy from omega-3 fatty acids”—say, from mackerel, flaxseed, or supplements—“rather than from saturated, monounsaturated or omega-6 polyunsaturated fats was associated with approximately a 50 percent lower risk of endometriosis,” write the authors of the Harvard-affiliated study that yielded this stat. Powerful anti-inflammatories, omega-3s “are probably the single most important fertility nutrient,” says Lauersen, adding that omega-3s “not only can help control emdometriosis symptoms, but can also reverse some of the fertility-related damage” that endometriosis causes.

Stacey Missmer, et al. “A Prospective Study of Dietary Fat Consumption and Endometriosis Risk.” Human Reproduction, 25 (6): 1528-1535.


Suplemen dan Vitamin Untuk Kesihatan Dalaman Wanita


Alfalfa - Tinggi serat, kaya dengan vitamin dan mineral serta tinggi phyrtoestrogen
B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E - mengawal pengeluaran estrogen dan mengurangkan kekejangan ketika haid.
GLA - minyak borage yang mengandungi Gamma Linolenik Asid menggalakkan keseimbangan hormon sekaligus membantu kesuburan.
Omega 3 - asid lemak omega 3 membantu mengawal kadar lemak tidak baik dalam darah, sangat baik untuk kesuburan.

Kesimpulannya, makanan segera itu sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan. Namun bagi wanita, ia lebih kritikal lagi kerana wanita tubuh wanita tidak seperti lelaki. Wanita ada rahim yang perlu dijaga sebaiknya, tempat di mana kasih sayang bermula. Buat para remaja, biasakan pengambilan makanan yang berkhasiat sejak usia muda adalah langkah terbaik untuk masa depan yang sihat.

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin  VitaMoon  dan BabyKawaiiStore 

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Nama alfalfa bukanlah nama yang biasa kita dengar sehari-hari, kecuali anda seorang pengamal suplemen dan sukakan herba. Ya, saya sendiri pun awal-awal dulu hairan dengar nama alfalfa ni, tak famous macam kunyit, halia, bawang putih, atau pun habbatussawda'. Sejak Shaklee menjadi fenomena di seluruh Malaysia, alfalfa semakin dikenali lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster (penggalak susu) yang hebat!

Tapi...nanti dulu...anda yang tidak menyusukan anak juga sebenarnya boleh mengambil alfalfa. Alfalfa bukanlah khusus untuk ibu menyusu sahaja tetapi sebenarnya ia bagus untuk semua (kecuali pesakit auto-immune dan ibu mengandung). Alfalfa Shaklee (Medicago Sativa) ditanam secara organik di California, bebas pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos bebas bahan kimia. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh menelusur sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrien. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil, protein, asid amino, serat, zat galian, vitamin dan enzim serta fitokimia. 

SIAPA LAGI YANG BOLEH MENGAMBIL ALFALFA?


 Antara set-set paling laris yang mengandungi alfalfa

SET MENYUSU

Kombinasi Alfalfa + ESP merupakan set bajet untuk manfaat ibu-ibu yang menyusukan. Alfalfa sebagai milkbooster membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu ibu ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena. Namun demikian, harus diingat bahawa penyusuan badan perlu mematuhi hukum SUPPLY VS DEMAND, iaitu kekerapan menyusukan anak harus dijaga, kerana kurangnya permintaan mengakibatkan kurangnya pengeluaran air susu.

SET SLIMMING

Alfalfa juga merupakan produk yang sangat penting buat mereka yang ingin menurunkan berat badan secara alami. Kombinasi alfalfa dan lecithin merupakan gabungan paling bajet untuk proses menguruskan badan yang kami tawarkan. Lecithin akan bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif, manakala alfalfa pula bertindak menyahkan lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecithin tadi, terus disingkirkan daripada badan melalui perkumuhan. 

SET KEWANITAAN / KEINTIMAN

Sebenarnya, ramai di kalangan suami isteri yang menyimpan perasaan berkaitan hubungan intim setelah perkahwinan sampai ke satu tahap dalam rumahtangga. Sama ada masalah kedinginan, keputihan atau masalah di bahagian intim, ia sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Ini biasa berlaku setelah isteri melahirkan beberapa orang anak, ataupun isteri sedang menyusukan anak, atau setelah rumahtangga mencapai umur yang agak lama. Para isteri yang selalu rasa rendah diri akibat proses melahirkan dan bentuk tubuh yang sudah berubah seharusnya tidak perlu gusar kerana dengan pengambilan alfalfa secara konsisten, anda akan kekal perawan buat suami anda. Ingin kembali muda melayari bahtera, anda dan suami boleh mengamalkan vita-e complex Shaklee yang juga digelar sebagai 'vitamin cinta'.

SET GOUT

Penderita gout semakin hari semakin ramai. Antara suplemen yang boleh meredakan penyakit ini (dengan pengambilan konsisten dan makanan yang terkawal). Alfalfa dan Omega merupakan gabungan yang mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi dan elakkan makanan laut serta sumber tenusu. 

SET RESDUNG

Resdung menyerang tidak mengira usia, malah di kalangan remaja juga cukup ramai penghidap resdung. Resdung menyebabkan hidup seseorang jadi kurang berkualiti kerana perlu berjaga-jaga dalam pemakanan, tempat tinggal dan juga tidak selesa berhadapan orang ramai. Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee. Suami kepada sahabat saya, penderita resdung yang teruk akhirnya pulih terus daripada resdung dengan pengambilan suplemen Shaklee, dengan izin Allah juga tentunya. Elakkan ubat resdung atau alergi yang saiznya sangatlah kecil tapi boleh buat kita mengantuk dan lalok macam kena candu. Cubalah kaedah yang semulajadi dan selamat.

SET DETOKS

Set detoks merupakan set yang fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus dan kolon serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat. Proses detoks ini juga merangkumi proses pembersihan tubuh daripada toksin yang menyebabkan jerawat. Proses ini sangat semulajadi dan tiada kesan-kesan negatif. Anda akan bangun setiap pagi dan akan buat lawatan ke tanda dahulu sebelum ke tempat kerja. Bagaimana nak tahu sama ada anda tidak mengalami masalah pelawasan? Adakah anda membuang air besar setiap hari dengan mudah? Jika 3-4 kali seminggu? Itu tandanya anda punya masalah.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


PERTANYAAN / ORDER:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil 


Keputihan dan jangkitan salur kencing (UTI) merupakan antara masalah yang seringkali dihadapi oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Sampaikan masa antenatal checkup sepanjang mengandung baru ni, itu merupakan soalan rutin nurse. " Ada keputihan yang teruk tak?"

Mengandung anak pertama, saya dikira failed dalam dua masalah ni. Dari awal mengandung sampai la cukup bulan...selalu hadapi masalah ni dan perlukan rawatan. Alhamdulillah, mengandung kali kedua ni dah cerdik sikit dan pengetahuan pun dah lebih sikit. Saya tak kena langsung jangkitan salur kencing dan keputihan pun normal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Sebenarnya, masalah lelehan faraj semasa hamil adalah perkara normal. Ini kerana berlaku perubahan pada tahap hormon estrogen dalam badan dan juga paras gula (glikogen) pada faraj yang memudahkan jangkitan kulat. Tapi, tak boleh juga kita ambil ringan dengan masalah ni. Sebaiknya kita cegah ia daripada berlaku dan sekiranya berlaku juga, kita harus menanganinya supaya tidak bertambah buruk.

Tips Mengelakkan Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu hamil untuk mengelakkan berlakunya jangkitan pada salur kencing dan vagina, tidak kira sama ada ketika hamil mahupun bukan sewaktu hamil.

1- Menjaga kebersihan kawasan intim dengan membasuh kawasan tersebut menggunakan air selepas ke tandas.

2- Memakai seluar dalam daripada fabrik kapas dan ditukar dengan kerap bagi mengelakkan persekitaran vagina lembap.

3- Basuh bahagian hadapan membawa ke belakang bagi mengelakkan kuman dari kawasan dubur beralih ke kawasan faraj.

4- Elakkan melakukan douching sewaktu membersihkan kawasan intim.

5- Elakkan menggunakan sabun pencuci vagina berpewangi ataupun pantiliner dengan pewangi (scented)

6- Basuh kawasan vagina dengan air rebusan daun sireh kerana sireh mempunyai sifat antibakteria

7- Pakai pakaian yang longgar untuk aliran udara yang baik

8- Minum air kosong secukupnya agar badan ampuh daripada jangkitan kuman

9- Makan makanan berasaskan beri terutamanya cranberi 

10- Ambil hidangan yogurt untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik

11- Minum air barli sebagai minuman harian

12- Ambil vitamin untuk kesihatan tubuh yang optimum


Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Mengalami Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Ketika Hamil?


Jika jangkitan sudah pun berlaku, apa yang boleh dilakukan?

- Maklumkan kepada doktor yang merawat antenatal atau nurse di KKIA apabila datang ke klinik untuk temujanji. Jangan ambil ringan sebab masalah keputihan yang teruk ni boleh mengganggu proses kehamilan, begitu juga dengan jangkitan salur kencing.

- Bagi masalah jangkitan salur kencing, boleh dapatkan urine neutralizer di farmasi

-Minum air kosong dengan lebih banyak kerana kita tidak tahu keperluan sebenar tubuh kita terhadap air kosong. Kedua-dua masalah ini perlukan air kosong yang mencukupi untuk cepat pulih.

- Jika ada masalah alahan dan tidak boleh minum air kosong dalam kuantiti banyak, lebihkan buah-buahan yang berair seperti tembikai. Boleh juga minum air barli.

- Sapu yogurt asli (kosong tanpa gula) pada vagina dan biarkan seketika. Yogurt baik untuk masalah keputihan.

- Makan 1-2 ulas bawang putih yang diketuk sebaiknya dimakan mentah, atau jika tak lalu boleh digoreng layu sedikit. Jika menghadapi masalah gastrik atau pedih ulu hati, elakkan bawang putih.

- Usahakan untuk minum jus cranberi jika dapat. 

- Basuh kawasan intim dengan air rebusan daun sireh. Elakkan menggaru walaupun rasa gatal.

Suplemen Untuk Masalah Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing


Sebenarnya, ada beberapa pilihan suplemen untuk dua masalah di atas. Namun demikian, bagi ibu-ibu mengandung apa sahaja suplemen yang diambil biarlah dengan nasihat dan kebenaran doktor. Antara suplemen yang baik untuk mengelak dan menangani masalah keputihan dan jangkitan salur kencing ialah::


1- Zinc Complex - zinc sangat  berkesan untuk memperkuat sistem imun tubuh. Oleh itu zinc diperlukan bagi melawan jangkitan.



2- Garlic Complex - garlic sangat terkenal dengan sifatnya yang antibakteria, antifungal dan antiseptik. 



3- Alfalfa - alfalfa merupakan tumbuhan yang mesra dengan sistem dalam wanita. Ada yang menggelarnya sebagai jamu moden. Sangat mujarab untuk mengatasi masalah keputihan dan juga membantu pengaliran dan pembuangan air kecil yang lancar.



4- Nutriferon - nutriferon membina imun tubuh yang sangat mantap dna sangat kuat melawan jangkitan. 


Dalam tempoh kehamilan, badna dan sistem tubuh kita sangat sensitif dan fragile, begitu kandungan yang kita bawa. Masalah yang ringan dan nampak remeh jangan disangka tidak membawa kesan kepada kandungan. Oleh itu, setiap ibu hamil perlu berjaga-jaga, alert dengan perubahan diri sendiri dan rajin mengambil makanan sihat serta vitamin. Semoga 9 bulan 10 hari itu merupakan momen yang indah untuk dikenang.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Lepas Bersalin, Perut Masih Buncit?


Jangan Tengok Rambut, Tengok Perut!



Ini mungkin gambar 2 tahun lepas, Kate pun dah mengandung second baby, girl katanya. Tapi inilah hakikatnya, keluarga diraja pun sama je dengan rakyat marhaen kalau bab mengandung ni.

Saya mengintai juga cerita kelahiran His Royal Highness Prince George of Cmbridge ni. Ramai betul yang puji rambut Kate Middleton tu, dan stylist diraja pun kena hendap. Tapi dalam banyak-banyak komen, saya tertarik dengan komen seorang pembaca yang bertanya.

"Kenapa perut dia still buncit walaupun dah bersalin?"


Haha! Ibu-ibu yang dah pernah bersalin mesti hangin je dengar soalan macam tu. Hakikatnya, proses bersalin tidak memungkinkan tubuh si ibu kembali ke bentuk asal dengan serta-merta. Itulah sebabnya ada tempoh berpantang di mana waktu itu si ibu perlu berehat dan menjaga kesihatan diri dan kesihatan bayinya. Waktu itu dikenali sebagai postpartum period. Dalam tempoh ini, tubuh ibu mengalami proses pemulihan, rahim akan kembali mengecut, air berlebihan dalam badan akan dibuang, luka-luka akibat proses bersalin akan pulih, hormon akan kembali stabil sedikit demi sedikit dan berat badan akan semakin berkurangan. Namun ramai ibu yang masih tidak mendapat berat badan sebelum mengandung walaupun selepas habis tempoh berpantang.

Pengalaman saya sendiri, 'membesar' dengan jayanya sepanjang masa mengandung anak pertama iaitu kenaikan berat badan sebanyak 20kg! Mengandung yang kedua ni alhamdulillah tak naik sampai macam tu, hanya 10kg sahaja tapi...berat sebelum mengandung tu tak berapa cantik iaitu 57.5kg. Asalnya berat saya dah capai 49kg selepas diet, kemudian pregnant dan keguguran. Jadi tak sempat turun berat, lekat semula :-) 

Lepas je bersalin perut memang menggeleber. Rasa tak best sangat, sebab masa mengandung walaupun besar tapi perut tu tegang...bila baby dah keluar? hihi. Serius rasa susah hati, risau perut takmau kecut. Tanya kawan-kawan pun semua cakap "No idea" selain berbengkung. Alhamdulillah, masa habis pantang 44 hari perut dah tak la membuak teruk macam ada sorang lagi. Saya amalkan Omega Guard, ESP, dan Set Bersalin Shaklee. Saya pakai bengkung sip dengan infra red dan juga bertungku. Tapiiiii..sekarang dah off bengkung. Slap me! Ok, stop cerita pasal saya. Nak cerita sikit tentang Set Bersalin + Penyusuan Shaklee.


Kini, ramai ibu memilih kaedah berpantang yang digabungkan antara cara tradisional seperti bertungku, berbengkung, berpilis dan berparam dengan cara modern iaitu pengambilan suplemen. Shaklee adalah antara produk yang paling laris di pasaran kerana ianya semulajadi, tidak menyebabkan jaundis, mudah diamalkan dan menyokong penyusuan susu ibu.

Apakah set yang sesuai untuk ibu-ibu ini?

# Set Bersalin Shaklee

  - Vita-lea
  - B-Complex
  - Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  - Zinc Complex

# Set Penyusuan Shaklee


Set Asas
- Vita-lea
- B- Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex

Set Optimum
- Vita-lea
- B-Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex
- OsteMatrix
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)

# Set Diet Ibu Menyusu Shaklee

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Set-set yang kami cadangkan ini sangat sesuai denagn keperluan si ibu. Set Bersalin Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas yang penting untuk memulihkan tenaga si ibu, dilengkapi dengan Zinc Complex bagi membantu luka-luka pulih dengan cepat dan tidak dijangkiti kuman. Ia juga membantu imun badan si ibu menjadi lebih kuat dalam menempuh rutin baharu sebagai seorang ibu yang tentu saja kepenatan melayan ragam bayi kecilnya.

Begitu juga dengan Set Penyusuan Shaklee, vitamin-vitamin asas dibekalkan agar badan ibu sentiasa cukup dengan nutrisi. Nutrisi yang lengkap menjamin badan yang sihat sekaligus menggalakkan pengeluaran susu yang cukup untuk keperluan bayi. Malah untungnya, bayi juga dapat menyerap khasiat yang ada dalam susu si ibu untuk tumbesaran yang lebih baik. Set Menyusu juga dilengkapi dengan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai milkbooster, iaitu penggalak susu.

Set Diet Ibu Menyusu adalah gabungan vitamin dan suplemen yang membantu ibu dalam mengawal berat badan dan mengurangkan berat badan secara beransur-ansur tanpa memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi. Lecithin dan Omega Guard merupakan suplemen yang bertindak sebagai pembakar lemak (fat emulsifier) dan mengawal selera makan. Alfalfa pula merupakan serat yang berfungsi membawa keluar segala lemak berlebihan itu dari badan melalui perkumuhan. Manakala ESP pula merupakan sumber protein yang rendah lemak dan kolesterol, membantu membina otot agar tubuh si ibu tidak terus menggeleber selepas penurunan berat badan. ESP juga membantu menghilangkan selulit, mencantikkan kulit dan memberikan rasa kenyang agar si ibu tidak makan secara keterlaluan akibat menyusukan bayi.

Jap, nak belanja gambar buat motivasi ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau yang sedang berusaha kembali ke berat dan figura asal, termasuklah saya. haha.


Ini gambar selepas confinement okeh! Jelous mak. 

Dan kita tunggu pulak penampilan pertama Che Ta selepas berpantang...

Anda berminat? Jangan segan hubungi kami dan kami akan berikan konsultasi percuma eksklusif untuk pelanggan MAIA..




Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.